Friday, September 3, 2010

Kisah Raya Part 2

Hai semua! Cik Ila sudah berada di kampung halaman.1 hari Cik Ila berehat semalam,penat sangat travel.Okey,continue the stories...

Raya dan raya,budak-budak mesti suka.Bila dah dewasa ni,lain pulak perasaannya.Zaman kanak-kanak tu ceria.Tak perlu buat apa-apa,tau main-main je.Cik Ila dulu suka bawak beg (ala-ala handbag la konon),time raya bila orang datang,Cik Ila mesti tayang beg tu.Kadang-kadang sengaja tayang depan orang ramai,dengan harapan tetamu memahami Cik Ila.Ya,ada yang memahami,tapi ada yang saja buat tak tau.Terima kasih kepada yang memahami.

Pernah 2,3 kali dalam bulan puasa,ikut mummy pergi cari daun getah.Hehe.Dulu tak pernah kenal pun daun getah,susu getah tahu!

Ni la daun getah!
Kegunaan dia,untuk buat TAPAI!! Tapi sekarang dah tak cari daun getah,cari bekas kecik je dah cukup.Kata mummy,daun getah dah susah nak cari area tu,so kita guna bekas kecik saja.

Tapai
Tapai pun salah satu makanan tradisi raya kat sini.Sampai sekarang pun ada lagi orang letak tapai dalam bekas.Tak tahu la tempat lain ada tapai ke tak.Selain tu,ada lagi yang berbeza dengan tempat lain.Kat mana-mana kita jumpa,makan ketupat 4 segi dengan kuah kacang dan sebagainya,sini pulak makan ketupat palas 3 segi.Tempat lain jugak ada lemang,tapi sini,tak berasap pun,maksudnya,lemang pun tak popular di sini.

Disebabkan rumah Cik Ila dekat dengan Zoo,time raya,mesti hati nak ke zoo,entah la kenapa.Orang melawat saudara mara,si kecik ni nak pulak g melawat haiwan di sana.Pernah sekali tu sampai meronta-ronta nak pergi.Tak susah,hanya jalan kaki,lintas rel kereta api,naik bukit dan jalan kaki lagi untuk sampai ke zoo.Memang meriah sebab ramai jugak orang datang.So,bukan si kecik ini saja yang pelik!!


Musim dekat-dekat raya,Cik Ila dan Cik Elly ada 1 tabiat.Tabiat menunggu Pakcik Posmen datang rumah,sebab nak bertanding kad raya siapa paling banyak.Tiap-tiap hari bertanding sampai dah kenal bunyi enjin motor pakcik posmen.Maklumla,time tu mana ada sms raya,e-mail kad raya. Semua guna manual cari kad raya (siap menangis kalau tak dapat beli kad raya).Pastu mintak setem kat abah,kadang-kadang men sapu je,tak mintak pun.Pernah jugak sebab terdesak nak balas kad raya,guna setem yang dah dicop.Mungkin pakcik posmen terlepas pandang,kad raya sampai jugak.Ada member sekolah rendah ajar,cara nak hilangkan cop kat setem,ambik setem dan tenyek kat atas hidung yang berminyak tu,nanti cop hilang.Yaa...memang jadi!!

Okey lah,Cik Ila stop dulu kat sini.Kalau Cik Ila rajin,Cik Ila akan update lagi.See yaa! Selamat Berbuka Puasa!

0 comments: