Wednesday, November 30, 2011

Jambatan terpanjang di dunia???


At 26.4 miles long, it is five miles further than the distance between Dover and Calais
China has opened the world's longest cross-sea bridge - which stretches five miles further than the distance between Dover and Calais .
The Jiaozhou Bay bridge is 26.4 miles long and links China's eastern port city of Qingdao to the offshore island Huangdao.
The road bridge, which is 110ft wide and is the longest of its kind, cost nearly £1billion to build.










p/s : Wahh..panjang tu..memang sah-sah la jalan kaki tak lepas!

Tuesday, November 29, 2011

Onion Festival di India

Macam tak percaya sebiji bawang boleh divariasikan dengan hiasan dan bentuk yang unik..Kalau tak ada gambar ni,tak terfikir langsung.Sangat kreatif mereka ni..sempena Onion Festival di India,mereka telah menghias bawang dengan bentuk yang kreatif.Jom tengok! ;)













p/s : Cantik kan? Teruja tengok.. ;)

Sunday, November 27, 2011

Kisah semut

Seorang lelaki berjaya menangkap  gambar semut berubah warna mengikut warna makanan yang dimakannya.

Bapa kepada tiga orang anak, Mohamed Ba.bu menangkap gambar peristiwa ini selepas isterinya, Shameem, menunjukkan semut berwarna putih selepas minum tumpahan susu.Dia melakukan eksperimen dengan meletakkan gula cair berwarna dan melihat semut itu berubah warna dibahagian abdomen.
Sesetengah semut minum dari satu gula ke satu gula berwarna lain menjadikan warna yang baru di bahagian abdomen.

Mohamed Ba.bu atau dikenali Dr Ba.bu, seorang sainstis berusia 53 tahun itu menemui bahawa semut lebih suka warna gula yang lebih cerah seperti kuning dan hijau.

‘Idea untuk menangkap gambar tiba sebaik sahaja isteri saya menunjukkan semut berubah warna menjadi putih selepas minum tumpahan susu di dapur.Saya menangkap gambar di ruangan taman untuk mendapatkan pencahayaan yang natural dan menyiapkan parafin set yang diletakkan gula berwarna diatasnya.Saya mendapat semut yang banyak selepas beberapa minit dan menangkap gambar beberapa kalu untuk mendapatkan imej yang berkualiti’

Selain itu, Dr Ba.bu daripada Mysore, selatan India berkata..‘Abdomen semut adalah separuh lutsinar, ia mendapat warna daripada makanan yang dimakan.'







p/s : Subhanallah..cantiknya!!!

Friday, November 25, 2011

Makhluk hijau Krokk..Krokk tu laa..

Dah lupa nak bukak blog.Sibuk sana,sibuk sini.Aku pun tak tahu apa yang rasa beban sangat hujung-hujung tahun ni. Yang pasti,2012 tu macam lebih-lebih sibuk lagi.Korang ingat tak dulu kecoh pasal 2012-Dunia berakhir? Merepek je tu! Haha

Sibuk aku bukan kerana apa.Demi sesuap nasi untuk masa depan jugak.Kalau aku tunjuk kat bawah ni,mesti ramai yang berpinar-pinar mata. Sebab aku dulu pun berpinar jugak mata bila tengok tajuk tu;

MODELING AND SIMULATION OF MULTILAYER InGaAs/GaAs/InGaAs SOLAR CELL USING SILVACO

Ikut suka la macam mana pun,pokok pangkalnya..benda ni mesti setel dalam tahun ni jugak tak pun,awal tahun depan! Rasanya,kalau ada ibu yang tengah pregnant sekarang,InsyaAllah..lahir anak tu,siap la benda ni..Biasanya peneman aku buat kerja ni adalah game kesayanganku,Angry Bird..Tapi makin lama,makin meluat la pulak bila lambat nak up-level..Semua gara-gara makhluk hijau (Krokk..Krokk) tu. Hmm.

Tuesday, November 15, 2011

Pelamin anganku tak jadi

Terkejut.Bila tersedar dan terfikir..Ohh,aku mimpi rupanya..Fuh,nasib baik.Kalau tidak?Mana taknya,mimpi tu membuatkan aku jadi kalut.Kesian si pemimpi macam aku ni..

Mimpi kali ni lebih mencabar emosi.Mimpi tengah buat persiapan kahwin,tapi pelamin tak sempat pasang.Kecewa..Esok nak kahwin,kemudian aku tanya mummy, "Pelamin tu hari tu dah cakap dalam telefon kat wedding planner tu,dia datang pasang tak kalau cakap melalui telefon je?" Mummy jawap,"Eh,mana boleh macam tu,kena pergi jumpa dia!"..Dah! Sentap kejap.Esok nak majlis tapi sah-sah esok pelamin tak ada.

Dalam mimpi pun sempat lagi fikir tindakan apa.Tindakan pertama,nak pergi cari wedding planner tu nak suruh pasang je yang mana ada. Tindakan kedua,pergi kat wedding planner Awie Bridal (salah satu wedding planner yang terkenal kat tempat aku).Tu diaa..Sampai tahap macam tu mimpi aku punya tindakan.Dasyat! Lepas tu cuak tak habis.Belum sempat tindakan seterusnya..aku pun terjaga..

Masih lagi cuak,bila fikir balik..Ohh..tadi tu mimpi rupanya! Nasib baik...hahahaa.Begitu la kisahnya tentang pelamin anganku tak jadi...

Wah..pink gitu

p/s : Aku pun tak tahu apa kisahnya sampai boleh termimpi pasal pelamin.Mungkin sebab semalam tengok gambar kahwin seorang kawan kot..Terus masuk dalam mimpi.

Friday, November 4, 2011

Rasa senang,tapi susah!

Sesuatu yang kita rasa senang,tapi sebenarnya susah...aku selalu macam tu.Kadang-kadang perasaan yakin tu sangat tidak bertempat.Tapi sekurang-kurangnya ada masih ada fikiran positif berbanding negatif.Ok la tu kan?Aku seorang je ke yang fikir macam tu?Tak..tak..ada bukti yang bukan aku seorang je macam tu..Kehkehkeh ;p


See..! haha

Gambar ni sudah cukup untuk menggambarkan keadaan aku setiap masa.Tapi apa boleh buat..bukan kita seorang rasa macam tu,orang lain pun sama.Kalau tak,takkan ada yang boleh lukis gambar macam tu dan share kat Facebook.Ye..benda tu memang betul-betul berlaku di zaman belajar sekarang.Tapi seronok jugak bila keadaan macam ni,macam cabaran yang sangat manis kalau ingat balik. Haha ;p

Wednesday, November 2, 2011

Daim..ohh Daim!

Sedihnya..setiap permulaan mesti ada pengakhiran..
tapi sedih ni lain daripada yang lain..aku sedih sebab coklat kesayangan aku dah habis!

Nyum.nyum.coklat Daim! (Ohh,kualiti gambar sangat teruk!)

Dan ini gambar terakhir aku ambil sebelum aku ngap coklat ni sampai habis.


For the last one..
Dulu asyik makan coklat yang orang bagi,tapi sejak pergi Langkawi hari tu,dapat beli sendiri.Rasanya sebab tu la macam sayang sangat nak habiskan.Untuk yang nak beli,boleh ke Langkawi..tempat lain tak pasti ada ke tak.Kalau ada,baik korang beli sebab sedap coklat ni.

Harga kat Langkawi;

200g - RM 9.90
300g - RM14.80

Disebabkan ramai yang suka coklat ni,dari dulu sampai sekarang coklat ni memang terletak betul-betul dekat pintu masuk kedai supaya senang nak ambil.Memang rambang mata tengok coklat yang banyak dan murah kat Langkawi.

Wordless Wednesday #06


p/s : Ohh..so sweet! hahaha
Lilypie Angel and Memorial tickers