Wednesday, April 4, 2012

Sebelum,Semasa,Selepas

Sudah pulang ke kampung dari semalam.Fuh,dengan serta-merta jugak jerawat aku surut (betul ke istilah surut ni?Aku main taram je).Nampak gayanya,kena stay kat sini lama sikit la agaknya.Serius,semua jerawat yang tumbuh masa kat Perlis,semua dah nak hilang hari ni.Terima Kasih jerawat.Harap-harap tak jumpa kau lagi.

Seminggu sebelum balik,dah ketentuan agaknya bila selalu terjumpa ibu-ibu yang baru lepas bersalin dan ada jugak ibu yang dah 5-6 bulan selepas bersalin. Apalagi  bila aku pergi dinner satu malam tu,ramai pulak orang datang sambil bawak anak masing-masing yang masih baby.Wow, nursery kah?

Selama tu jugak la aku dibayangi kisah-kisah sebelum beranak,semasa beranak,semasa pantang dan semasa baby di bawah umur setahun. Deng! Rajin pulak aku pergi tadah telinga dengar cerita kisah ibu-dan-anak. Menarik memang menarik,rasa macam esok jugak kalau boleh aku mau beranak!

Tapi aku memang cukup kagum dengan kekuatan kaum wanita.Walaupun dianggap lemah,tapi bab-bab bersalin (sebelum,semasa,selepas) memang cekal la.Tabik spring wahai kaum wanita! Tak ada siapa boleh melawan pengorbanan wanita.

Ada jugak terselit kisah sang suami.Mungkin ada yang termakan hati bila waktu-waktu sebelum,semasa dan selepas.Tapi malas nak cerita,itu kisah rumah-tangga orang.Kalau terdengar tu,ibarat pengajaran untuk masa depan aku pulak.

Tak apa.Yang penting..Hidup kaum wanita! Hehe

2 comments:

Azwan Aziz said... Reply To This Comment

pengorbanan seorang ibu memang tiada tandingan... :)

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

tak dapat dinafikan.. ;)

Lilypie Angel and Memorial tickers