Sepanjang 24 tahun menjalani kegiatan harian,rasanya ni la kali kedua rasa macam sibuk sangat.Kali pertama masa zaman sekolah dulu,nasib la kau aktif sangat..amek! Sekarang sibuk bab akademik (perasan kejap). Tahun -tahun sebelum ni memang aku banyak main-main.Biasalah,orang kata tak boleh pressure sangat,nanti jadi bengong! Aku enjoy jela tiap-tiap hari. Makan-makan,
berpacaran,tengok wayang,karaoke,travel sana-sini,
mengorat senior,menyibuk dalam segala aktiviti dan lain-lain.Bahagianya hidup.
Masuk tahun ni,semua tu tiada lagi.Ibarat macam masuk ofis.Pagi petang pun sibuk.Balik rumah malam-malam layan Plant vs.Zombi. Yang menariknya pasal game ni,dari tahun lepas aku main level 5-4,sampai tahun ni aku tak lepas-lepas lagi dari level tu.Menarik bukan?
|
Zombies ate your brain! |
Rupanya macam ni sisa-sisa terakhir jadi student sarjana muda. Belum jadi student sarjana lagi.Sah-sah bangun,tidur,makan mengadap journal.Tapi kira ok sebab aku masih bujang. Ada seorang member kat sini,dah week 38 pregnant,bila-bila masa je boleh beranak,dah la minggu depan dia ada test.Lagi simpati aku tengok.Semoga dia dipermudahkan segala urusan.Bila dia beranak,aku la orang yang gembira agaknya.Biasalah,excited nak tengok baby.Tu je sebenarnya.Haha
0 comments:
Post a Comment