Kembali lagi ke arena penulisan bebas.
Nampak gayanya sampai bulan 8 ni,asyik topik macam ni jela,layankan aje.Ini pengalaman,bukan cakap-cakap kosong.Entri sebelum ni aku kata tiada alahan.Ye,memang sekarang pun tak ada alahan.Tapi benda-benda yang membuatkan aku rasa mual dan simptom-simptom akhir trimester pertama,aku nak cerita dalam entri ni.
Pertama, aku tak boleh gosok gigi lama-lama.Hentam sajalah ubat gigi mana-mana pun,perasaan loya,mual tu tetap ada setiap kali aku nak gosok gigi.Satu saja cara yang ada.Kena fikir positif waktu gosok gigi.Cakap pada diri sendiri,"Jangan muntah..Jangan muntah!".Ataupun,guna listerin.Kumur-kumur dan buang,memang tak rasa loya pun.
Kedua, aku cuba elak daripada duduk sebarangan lepas makan.Akibatnya,rasa mual kembali lagi dan lepas tu rasa kenyang walaupun sebenarnya perut akan kosong lepas tu.Perut pun boleh kembung,masuk angin.Nak letak minyak angin pun tak berani.(Orang kata tak elok letak minyak angin waktu macam ni)
Ketiga,dahaga air tak payah cakap.Kalau dulu nak minum air masak tu susah sangat.Sekarang tak perlu dipaksa,sehari tu memang akan wajib dahaga air masak.Bukan setakat air masak,segala jenis air pun terasa nak minum terutama air soya dan air buah.Sekarang,rasanya dah berapa minggu tak sentuh langsung air teh,kopi,nescafe.Cuba untuk elak.Harap-harap tak kepingin.
Keempat,dah 2 minggu minum Anmum Materna dan ambil produk Shaklee.Alhamdulillah,ada perkembangan positif. Kalau dulu rasa sembelit,sekarang tak lagi. So,siapa yang ragu-ragu dengan Shaklee,sila la cuba.Jerawat kat muka pun hilang.Bangun pagi-pagi rasa lebih senang bukak mata.Selesa sangat.Sila la cuba.
Kelima, mood sentiasa berubah-ubah.Kadang-kadang rasa macam sedih sangat.Kadang-kadang rasa macam happy yang teramat.Tapi satu perasaan yang indah adalah,sentiasa ingat kat mummy.Macammana agaknya waktu mummy pregnant aku dulu.Ok ke dia? Alahan ke dia? Yang pasti,waktu pregnantkan aku dulu,mummy kata dia suka bau perut ikan.Tettttt! *Speechless aku mula-mula tau dulu.*Agaknya sebab tu lah aku lagi prefer makan ikan daripada ayam sampai sekarang.Dan si kecik dalam perut si suka makan ABC.Tak tahu la kenapa.Tiap-tiap hari rasa nak makan ABC Kuala Perlis.Hehe ;p
Keenam, mesti rasa was-was,betul ke ada baby dalam perut ni.Kenapa perut still kempis lagi.Ingat dulu waktu mula-mula check up kat klinik,week ke-5 hanya ada kantung saja,baby tak nampak lagi.Nak check up lagi lepas ni,mesti cuak..Macammana agaknya perkembangan baby.Harap-harap normal seperti baby lain.InsyaAllah.
Ketujuh, tidur malam memang tak pernah selesa.Terjaga sana,terjaga sini.Kaki dengan tangan kebas,sakit-sakit badan,tak tahu posisi mana yang best untuk tidur.Kalau dulu,letak je kepala terus lena.Sekarang,dengan perasaan sentiasa nak kencing nya,waduhh..sanggup aku turun tangga gelap-gelap pergi toilet sorang-sorang.
Satu keajaiban.Satu pengalaman manis untuk bakal-bakal ibu.Harapan aku cuma satu.Semoga si anak membesar dengan baik,sempurna dan sihat tubuh badan.Aku juga selalu doakan,semoga mudah waktu aku pregnant,melahirkan dan membesarkan si anak ini.
Ayuh anakku,kuatkan dirimu..mama sayang kamu! ;)