Saturday, January 12, 2013

Begini rasanya..

Betapa indah rasanya perasaan ibu mengandung.Banyak perkara yang kalau difikirkan balik agak lucu dan merepek.Tapi itulah yang dihadapi semasa mengandung.

Hingga ke hari ni,masih belum alahan.Kata kakak,belum lagi.Maybe week ke 12 baru nak kena.Ya ampun,sekarang nak masuk week 9 dah.Apa la dugaan yang bakal mendatang lepas ni.Ada jugak terbaca dan terdengar ada ibu yang tak akan kena alahan langsung.Kalau la aku salah seorang dari yang dimaksudkan,alangkah bersyukurnya.

Ada yang tanya,boleh rasa ke mengandung.Simple word,YES! Tak semestinya kena muntah baru kata mengandung,tapi rasa pada perut dah cukup. Perut akan rasa lain dari sebelumnya.Seolah-olah macam berat dan membesar ke depan sampai nak duduk pun kena duduk tegak,kalau tak..sah-sah la rasa susah nak bernafas.*Tersangkut kat mana-mana*

Ohh my baby..

Banyak benda yang nak aku kongsikan tentang perubahan diri sejak pregnant.Meh baca;

  1. Malam-malam dah tak larat nak stay sampai pukul 12.Paling lewat pun pukul 11 je.Selalunya pukul 10 lebih tu dah rasa mengantuk.Terpaksa landing awal.
  2. Perasaan penat yang over sangat.Macam lepas bersukan punya letih.Padahal tak buat apa-apa pun.
  3. Perasaan selalu lapar.Bila dah makan,sikit pun jadilah..cepat pulak kenyang.
  4. Tak ada langsung mengidam nak makan apa-apa.*housemate pulak yang mengidam*
  5. Rasa malas nak bukak laptop untuk online dan tengok movie.Banyak rasa nak tengok tv je.
  6. Setiap kali nak makan,search dulu boleh makan ke tak makanan yang nak dimakan tu.
  7. Sibuk rasa nak pakai cantik-cantik dan teringin nak dapat muka licin.*Sibuk tempek krim muka*
  8. Rasa nak kencing yang kerap.Tengah malam terpaksa bangun kencing.
  9. Encik suami selalu demam selsema.Tak tahu la kenapa.
  10. Automatik jadi pencinta susu.Asal habis je terus beli.Sebelum ni susah nak minum susu.
  11. Rasa rindu kat mak sendiri.*Tuhan nak ingatkan,lepas ni nak jadi mak jugak.*
  12. Suka tengok jejaka yang pakai smart-smart macam nak masuk ofis.*Yang ni paling pelik,dapat tau kat encik suami,confirm dia fikir bukan-bukan.
  13. Suka tengok cerita yang kelakar.*Maharaja Lawak Mega*

Pelik memang pelik.Tapi tu la yang aku hadapi.Lain orang mungkin lain ragamnya.Haihhh,apa lagi la lepas ni.Harap-harap jangan la pelik-pelik. ;)

4 comments:

Erna Nordiana Zamri said... Reply To This Comment

ila.....dah ada baby?? Ya Allah....seronok nya. rasa apa yang kak erna rasa sepanjang ada iman dalam perut! happy yang sangat sangat!

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

@erna

Alhamdulillah k.erna..Dh ada dlm perut..happy yg teramat..Doakan yg terbaik utk ila ye.. ;)

bwarghhhhh said... Reply To This Comment

wewit..tak lama dah nak bergelar ibu.. :D

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

@pazil

Kuang3x..begitulah kehidupan..hehe

Lilypie Angel and Memorial tickers