Bertemu lagi di ruangan blog.Nampak gayanya dah kurang la masa untuk tulis blog lepas ni.Alhamdulillah,dengan rezeki yang diberikan oleh-Nya, aku disahkan hamil.Kalau ikut perkiraan,sudah 2 bulan.Ya Allah,permudahkanlah segalanya.Amin.
Aku sekarang berada di zon berjaga-jaga.Semua benda kena jaga.Itu dan ini tak boleh dibuat sesuka hati.Meh aku cerita sikit pengalaman sampai disahkan hamil.Mula-mula tu saja ke Watson.Beli 2 kit untuk pregnancy test.Punya excited,balik-balik terus test.Kecewa,kenapa mesti kabur-kabur? Banyak persoalan dalam hati.Tapi tak mengharap sangat,kalau ada rezeki,ada lah..kalau takde,mungkin belum rezeki. Encik suami pulak yang over excited.Sebab dia memang suka budak-budak,dan memang tak sabar nak ada anak.
Ok takpe.Esoknya aku test lagi.Resultnya sama,tetap jugak kabur-kabur.Ini tak boleh jadi.Jangan la buat aku tertanya-tanya lagi.Esoknya pergi check kat klinik swasta,lagi terkejut,urine test negatif terus! Ohh no..jangan kata aku yang over excited tapi sebenarnya takde apa-apa.Ada jugak scan,tapi hanya nampak kantung aje,tak boleh nak sahkan apa-apa lagi.Doktor kata datang lagi selepas 2 minggu.Ok,aku balik Perlis dulu.(Masa check tu kat Kelantan).
Perjalanan ke Perlis penuh dengan waspada.Apa-apa hal,kesihatan nak kena jaga walaupun belum disahkan apa-apa lagi.Selepas 2 minggu balik semula ke Kelantan.Pergi Watson lagi beli 2 kit untuk pregnancy test..1 masih kabur dan 1 tu betul-btul positif.Apalagi,terus pergi klinik kerajaan.Nurse suruh pergi makmal.Sekejap saja,result dia positif.Bila dah disahkan hamil,kena la bukak Buku Merah untuk ibu hamil.Tapi kena bukak kat klinik desa dekat area rumah husband pulak.Alasan dia,nanti nurse sana yang akan pergi check up ikut kawasan.
Ok.Sampai sana lain pulak ceritanya.Kena urine test lagi.Tapi nurse tak cakap apa-apa pun.Terus bukak buku merah untuk ibu mengandung.Boleh ambil je buku,tapi kena daftar kat KK Perlis.Pulak dah.Ok takpa,bukak je buku merah isi details tentang ibu dan sikit-sikit pasal encik suami.Setel.
Dari situ lah bermulanya disahkan hamil.Ikut perkiraan masa bukak buku merah tu,usia kandungan 8 minggu.Alhamdulillah.
2 comments:
tahniah.. kita dulu lepas pun test kt umah gi klinik dr ckp x pyh test dah.. memang sah la tu. confident betul Dr kk sg buloh ni.. dia kata nak buat blh jer.. byr rm20 atau dia bawak je pt tu dtg klinik sahkan. Tp memang sah tu.. test skali je.. bila pregnant ni badan kita akan rasa lain mcm jer.. memang luarbiasa skit.apapun jaga kandungan tu baik2 yer.. lama x jenguk tau2 dah pregnant. tak perasan pulak bila kawen :D
@THE LEKAT LEKIT STORY
Tu la..dh jarang on9 sebenarnya..dlu sllu je duk komen2 kt blog akak..sejak kawin ni,dh berubah jadualnye.heheh..Nway,thanks ye kak! ;)
Post a Comment