Saturday, April 6, 2013

Ibu mengandung suka benda comel?

Wehuuu!

Dua minggu lepas dah balik kampung cuti seminggu.Haruslah balik sebab encik husband pun bercuti seminggu,teacher la katakan.Sebut pasal teacher@cikgu ni,baru lah tahu rupanya cikgu sekarang bukan macam dulu-dulu yang kerjanya cuma tulis laporan dalam buku laporan mengajar dan tanda kedatangan murid.Cikgu sekarang kerjanya 2-3kali ganda lebih dari tu.Sudahnya,aku jugak yang kena bantu encik suami buat kerja.Tak ape lah,ringan sikit beban dia.Lagipun cuti-cuti sekolah,bukan boleh rileks,kelas tambahan pulak!! Adoiiii.

Plan demi plan berkubur macam tu jela kalau nak berjalan pun.Dalam hati kata takpe,takpe,ilmu tu lebih penting untuk anak-anak murid dia.Kelas tambahan yang sepatutnya sejam lebih,jadi dua jam pun takpe lahhhh! Heee ;p

Ohh ye,aku senyap sekejap dari blog ni sebab bagi peluang pada blog satu lagi untuk kembali aktif seperti dulu.Sebenarnya bukan aktif mana pun blog tu,cuma blog tu blog suka-suka untuk join giveaway dan contest.Aku suka mencuba nasib.Kalau ada rezeki,dapat la hadiah.Kalau tak ada pun,it's ok,dunia belum berakhir!!

Ni link blog ke-2 tu; BLOG KEDUAKU

Kalau korang tengok,banyak betul giveaway yang aku join.Macam aku kata tadi,mencuba nasib!

Well,untuk ke sekian kalinya,aku akan bercerita kembali kisah si kecik dalam perut ni.Alhamdulillah,masih lagi di trimester kedua dalam keadaan tenang dan ceria. Kadang-kadang aku tertanya-tanya jugak,apa la projek yang dibuat oleh si baby dalam perut ni.Bunyi macam bertukang pun ada.Engineer kot ikut latar belakang akademik abah dan mamanya.Amin.Walaupun abah nya dah beralih arah ke profession perguruan dan mamanya hampir ke profession penyelidik,tapi basic teori flip-flop dan electric circuit nya si kecik boleh ikut! hehe ;]

Perasaan sekarang suka sangat tengok benda comel-comel. Hee.Contohnya tengok gambar kucing comel.Tak pasal-pasal bukan?

Bak kata suami,ni gambar kucing pemalas! Hehe
Ni gambar internet,tapi sebelum ni aku pernah pakaikan spek pada kucing suami aku.Hihi

Comel bukan? Agaknya lumrah kot,ibu mengandung suka tengok benda comel.Eh,yeke? Ye la kot.Ala,tak mengandung pun semua orang suka benda yang comel.Cuma tak se-excited ibu mengandung kot sampai terbawak dalam mimpi tengok kucing comel.

Mungkin jugak pengaruh suami aku yang suka membela arnab semenjak dua menjak ni.Serius comel! 

Apa-apa pun,semoga di kecik dalam perut ni pun comel la jugak nanti,InsyaAllah. ;)


6 comments:

♥ CIKZEK ♥ said... Reply To This Comment

bby yg kua tu nnti mst comel gak. hikss ;)

Cik Puan Ila said... Reply To This Comment

@♥ CIKZEK ♥

Tq CIKZEK! ;)

Aziz Syaidahtul said... Reply To This Comment

nnt baby tu kuar glowing2... comel2... hehehhee =) even semua baby confirm comel...y ni nnt serious coooomel...

Cik Puan Ila said... Reply To This Comment

@Aziz Syaidahtul

Tq2..Gitu la harapannye! ;)

Minda Kini said... Reply To This Comment

nanti baby pon dapat yang comel insyallah

Cik Puan Ila said... Reply To This Comment

@Minda Kini

InsyaAllah..tq! ;)