Monday, May 9, 2011

Bila bos tak ada.....

Hai..eheh,sekarang waktu kerja,tapi BOS tadak,pergi meeting!


Kerja pun tadak!




I'm sorry,i'm sleepy!

Nak online,tapi boleh bukak benda-benda macam ni jela.Facebook? Sorry ye,Facebook hanya boleh diakses pada waktu rehat.Masa mula-mula masuk kerja,benda first yang nak dibukak adalah facebook,tapi rupanya facebook hanya boleh dibuka time rehat dan time luar waktu pejabat je.Sedih.Sob3x... :(


Ni la first time bukak blog waktu kerja sebab sebelum ni time-time macam ni tengah sibuk buat kerja.Kalau takde kerja pun,pura-pura buat macam ada kerja.hihi.--->HIPOKRIT terhadap Bos!
Bos saya perempuan tau.Faham-faham jela kalau bos perempuan macam mana gayanya kan?


Puan Bos,minta maaf ye.Saya tumpang on9 bukak blog.Kalau saya tak on9,nanti saya tidur! Puan nak saya tidur ke,nak saya celik mata duduk kat meja buat-buat macam busy?


Hari ni genap seminggu dah praktikal kat sini.Lagi 10 minggu untuk habiskan.Tu pun nasib baik universiti dah pendekkan masa.Kalau dulu praktikal 6 bulan,sekarang cuma 2 bulan.Semoga cepat-cepat la habis,teringin nak masuk kelas,belajar balik.huhu

Sunday, May 8, 2011

Kena marah dengan cikgu?? Ahh,benda biasa je tu..

Assalamualaikum

Jom cerita zaman sekolah lagi.Kali ni nak kongsi cerita peristiwa-peristiwa pahit dan manis zaman belajar kat sekolah menengah dulu.Bila ada entri macam ni,kadang-kadang kita akan teringat balik zaman sekolah yang sangat la kita rindu.Tak tahu lah kalau ada yang tak rindu langsung zaman sekolah.


Pengalaman kena marah dengan cikgu?Banyak la jugak.Bila dah selalu kena marah ni,dah jadi lali sampai kena marah dengan siapa-siapa pun,kita rasa biasa je.Hahaha.Bila kena marah,ada la jugak habuannya.Meh baca sama-sama.;


  1. Tak boleh jawap soalan Biologi dalam kelas.Biasanya bila mula kelas,lepas bagi salam cikgu masuk,tak boleh duduk dulu,kena jawap soalan.Siapa cepat dia dapat.Bila tak dapat jawap sebab tak baca,aku dihalau ke luar kelas untuk study depan pintu masuk kelas.
  2. Cikgu koyak kertas ujian Addmath sebab teruk sangat.Kelas kat tingkat 3,kertas ujian dikoyak dan dicampak ke tingkat bawah (atas rumput) di samping leteran-leteran tak aku tak larat nak dengar!
  3. Belajar kat kelas senior (padahal pergi jumpa kakak senior sebab nak praktis lagu baru untuk band),last-last kantoi dan cikgu suruh ajar dia pulak lagu-lagu baru tu!
  4. Disebabkan lupa perkataan-perkataan baru dalam subjek Bahasa Jepun,sensei (cikgu) suruh tulis kat kertas 200 kali untuk setiap perkataan dan hantar kat rumah dia.Rumah dia dalam sekolah je.
  5. Bila keputusan ujian keluar,Penolong Kanan HEM akan pegang result dan cari budak-budak yang ada gred yang teruk macam C ke bawah untuk dirotan pada perhimpunan tak rasmi.Tapi tak la malu pun,sebab majoriti kawan-kawan pun kena.
  6. Bila budak-budak bising masa perhimpunan tak rasmi,Penolong Kanan suruh lari keliling kawasan sekolah dengan berbaju sekolah yang berkain itu sebelum masuk kelas.hahahhaa
  7. Dihalau keluar kelas dan duduk atas rumput tengah-tengah panas semata-mata sebab tak siap homework.Bila dah siap,baru boleh masuk.Nasib la kalau kawan siap dulu,hang tinggal la sorang-sorang kat luar tu.haha
  8. Kena cubit dengan Cikgu Sejarah kat perut sebab tak boleh jawap soalan.Sakit woo,cubit dengan saiz yang kecik.Adehh!!!
  9. Kena bebel dengan cikgu sebab tak update indeks (Setiap buku,nota,latihan,kena ada indeks pada dua muka surat pertama buku)
  10. Kena marah sebab lab report jawapan lebih kurang dengan member.(Biasala,kerja copy and paste).hahaha
  11. Kena baling dengan duster hitam kat dalam kelas gara-gara terlelap seketika.Sasaran sangat tepat ke muka,kalau kena kat tudung,lagi parah!!!!


Kalau tengok list-list ni,macam tak ada apa sangat kan? Tapi bagi yang melalui benda-benda ni,pengalaman-pengalaman macam ni tetap jadi kenangan yang sangat manis sebenarnya.hehehe.Bila teringat,kita akan rasa bersyukur sangat-sangat sebab kita dididik menjadi seorang yang berdisiplin dan berguna. Yehooo.!!

Saturday, May 7, 2011

Isu legging lagi..Lu langsi,lu mati!

Assalamualaikum semua.


Hari ni,ada gambar sensasi.Minum pepsi,cepat basi
Eh,apa la merepek.
Gambar nya satu je dik non.
Tak boleh lebih,kang jadi "hot" pulak.
Tapi memang dah hot pun.


Mana tak nya,tengok la..


Ada bran nak pakai legging lagi?hahaha

Hmm,betul jugak kan?hahahaha
Legging? Dik non pakai jela dalam rumah ye,jangan pakai kat luar rumah,nanti kang,tok imam pun boleh tercabut kopiah...



Friday, May 6, 2011

Komunikasi antara jantina sama atau jantina berbeza,yang lebih baik?

Assalamualaikum.

Seminggu yang lepas penat sangat-sangat,tak sempat nak publish entri baru.Terpaksa simpan dulu kemudian auto-publish,jimat sikit masa.


Ok,jom bukak topik lagi.Nak tanya la sikit kan,ada siapa-siapa perasan tak beza komunikasi antara lelaki-perempuan, perempuan-perempuan dan lelaki-lelaki?
Maksudnya,pernah tengok tak beza cara setiap orang bercakap,cara selesaikan masalah,cara teguran,cara menerima pendapat dan sebagainya antara jantina yang sama dan berlainan?


Apa yang Cik Ila nak cakap daripada pemerhatian,sebenarnya kalau korang perasan,cara paling berkesan untuk berkomunikasi adalah dengan jantina yang berlainan.Kalau ada masalah dengan jantina yang berbeza,masalah tu cepat je selesai,tapi kalau masalah tu melibatkan jantina yang sama,punya la payah.Sebab apa? Entah la,mungkin dengan jantina yang berlainan ni,perasaan ego tu sangat berbeza berbanding jantina yang sama.


Pernah dengar tak lelaki cakap kat kawan dia, "Ooo..macam ni la member,dengan perempuan tak berkira,dengan aku berkira!"

Atau perempuan cakap kat kawan perempuan,"Bila aku ajak dia taknak,bf ajak makan nak pulak!"


Tak tahu la macam mana pendapat orang lain kan.Tapi kebanyakkan macam tu lah selepas Cik Ila tanya kawan-kawan lain,pendapat diorang pun sama.
Lilypie Angel and Memorial tickers