Friday, May 6, 2011

Komunikasi antara jantina sama atau jantina berbeza,yang lebih baik?

Assalamualaikum.

Seminggu yang lepas penat sangat-sangat,tak sempat nak publish entri baru.Terpaksa simpan dulu kemudian auto-publish,jimat sikit masa.


Ok,jom bukak topik lagi.Nak tanya la sikit kan,ada siapa-siapa perasan tak beza komunikasi antara lelaki-perempuan, perempuan-perempuan dan lelaki-lelaki?
Maksudnya,pernah tengok tak beza cara setiap orang bercakap,cara selesaikan masalah,cara teguran,cara menerima pendapat dan sebagainya antara jantina yang sama dan berlainan?


Apa yang Cik Ila nak cakap daripada pemerhatian,sebenarnya kalau korang perasan,cara paling berkesan untuk berkomunikasi adalah dengan jantina yang berlainan.Kalau ada masalah dengan jantina yang berbeza,masalah tu cepat je selesai,tapi kalau masalah tu melibatkan jantina yang sama,punya la payah.Sebab apa? Entah la,mungkin dengan jantina yang berlainan ni,perasaan ego tu sangat berbeza berbanding jantina yang sama.


Pernah dengar tak lelaki cakap kat kawan dia, "Ooo..macam ni la member,dengan perempuan tak berkira,dengan aku berkira!"

Atau perempuan cakap kat kawan perempuan,"Bila aku ajak dia taknak,bf ajak makan nak pulak!"


Tak tahu la macam mana pendapat orang lain kan.Tapi kebanyakkan macam tu lah selepas Cik Ila tanya kawan-kawan lain,pendapat diorang pun sama.

3 comments:

Budak Botak said... Reply To This Comment

he3, masing2 da cara nak berkomunikasi. Contohnya perempuan lebih cepat terasa, sb tu kena ckp lembut2. Kalo lelaki-lelaki lak ckp la kasar pon xpa, kalo terasa tu maknanya lelaki jadian, he3...

Entry terbaru -> Keputusan Terkini Undian Maharaja Lawak Minggu 6... (",)

Azwan Aziz said... Reply To This Comment

dari sudut psikologi, komunikasi berlainan jantina ni lagi berkesan...huhu

Cik Ila said... Reply To This Comment

Budak botak : Betul2.hehe

Azwan : oo yeke? ;)