Sunday, May 8, 2011

Kena marah dengan cikgu?? Ahh,benda biasa je tu..

Assalamualaikum

Jom cerita zaman sekolah lagi.Kali ni nak kongsi cerita peristiwa-peristiwa pahit dan manis zaman belajar kat sekolah menengah dulu.Bila ada entri macam ni,kadang-kadang kita akan teringat balik zaman sekolah yang sangat la kita rindu.Tak tahu lah kalau ada yang tak rindu langsung zaman sekolah.


Pengalaman kena marah dengan cikgu?Banyak la jugak.Bila dah selalu kena marah ni,dah jadi lali sampai kena marah dengan siapa-siapa pun,kita rasa biasa je.Hahaha.Bila kena marah,ada la jugak habuannya.Meh baca sama-sama.;


  1. Tak boleh jawap soalan Biologi dalam kelas.Biasanya bila mula kelas,lepas bagi salam cikgu masuk,tak boleh duduk dulu,kena jawap soalan.Siapa cepat dia dapat.Bila tak dapat jawap sebab tak baca,aku dihalau ke luar kelas untuk study depan pintu masuk kelas.
  2. Cikgu koyak kertas ujian Addmath sebab teruk sangat.Kelas kat tingkat 3,kertas ujian dikoyak dan dicampak ke tingkat bawah (atas rumput) di samping leteran-leteran tak aku tak larat nak dengar!
  3. Belajar kat kelas senior (padahal pergi jumpa kakak senior sebab nak praktis lagu baru untuk band),last-last kantoi dan cikgu suruh ajar dia pulak lagu-lagu baru tu!
  4. Disebabkan lupa perkataan-perkataan baru dalam subjek Bahasa Jepun,sensei (cikgu) suruh tulis kat kertas 200 kali untuk setiap perkataan dan hantar kat rumah dia.Rumah dia dalam sekolah je.
  5. Bila keputusan ujian keluar,Penolong Kanan HEM akan pegang result dan cari budak-budak yang ada gred yang teruk macam C ke bawah untuk dirotan pada perhimpunan tak rasmi.Tapi tak la malu pun,sebab majoriti kawan-kawan pun kena.
  6. Bila budak-budak bising masa perhimpunan tak rasmi,Penolong Kanan suruh lari keliling kawasan sekolah dengan berbaju sekolah yang berkain itu sebelum masuk kelas.hahahhaa
  7. Dihalau keluar kelas dan duduk atas rumput tengah-tengah panas semata-mata sebab tak siap homework.Bila dah siap,baru boleh masuk.Nasib la kalau kawan siap dulu,hang tinggal la sorang-sorang kat luar tu.haha
  8. Kena cubit dengan Cikgu Sejarah kat perut sebab tak boleh jawap soalan.Sakit woo,cubit dengan saiz yang kecik.Adehh!!!
  9. Kena bebel dengan cikgu sebab tak update indeks (Setiap buku,nota,latihan,kena ada indeks pada dua muka surat pertama buku)
  10. Kena marah sebab lab report jawapan lebih kurang dengan member.(Biasala,kerja copy and paste).hahaha
  11. Kena baling dengan duster hitam kat dalam kelas gara-gara terlelap seketika.Sasaran sangat tepat ke muka,kalau kena kat tudung,lagi parah!!!!


Kalau tengok list-list ni,macam tak ada apa sangat kan? Tapi bagi yang melalui benda-benda ni,pengalaman-pengalaman macam ni tetap jadi kenangan yang sangat manis sebenarnya.hehehe.Bila teringat,kita akan rasa bersyukur sangat-sangat sebab kita dididik menjadi seorang yang berdisiplin dan berguna. Yehooo.!!

8 comments:

Azwan Aziz said... Reply To This Comment

adeh sakitnya kena duster...huhu

Hanif said... Reply To This Comment

penah dulu kantoi g bgunan blok sebelah..nawaitu nk smoke..pastu kantoi ngn guru penolong knan..die tnye nape pg tndas blok sbelah..alasan, nk tengok cermin(mase 2 botak-alasan xkkuh)..pdahal ade je kt blok ni..pastu die suh amik crmin dlm blik air, dduk dkt phimpunan..tgk cermin smpai waktu rhat..malu gle..

Cik Ila said... Reply To This Comment

azwan : wah..pnah kene jugak ke?

Hanif : ish,...nakal btul.

kepochicomel said... Reply To This Comment

rindu time nak sekolah :D:D

Cik Ila said... Reply To This Comment

@kepochicomel

Saat2 manis tu..tak boleh lupa zaman2 skolah dulu

Cik Ila said... Reply To This Comment

@kepochicomel

Saat2 manis tu..tak boleh lupa zaman2 skolah dulu

Zaimin said... Reply To This Comment

saya budak stf 0913. mcm kenal je,, cikgu add math tu..hehe. tapi skrg dia tak buat dh cmtu..garang ttp garang tpi xsmpi tahap koyak lagi.

Cik Puan Ila said... Reply To This Comment

@Zaimin

Ohh my junior! haha