Sunday, November 27, 2011

Kisah semut

Seorang lelaki berjaya menangkap  gambar semut berubah warna mengikut warna makanan yang dimakannya.

Bapa kepada tiga orang anak, Mohamed Ba.bu menangkap gambar peristiwa ini selepas isterinya, Shameem, menunjukkan semut berwarna putih selepas minum tumpahan susu.Dia melakukan eksperimen dengan meletakkan gula cair berwarna dan melihat semut itu berubah warna dibahagian abdomen.
Sesetengah semut minum dari satu gula ke satu gula berwarna lain menjadikan warna yang baru di bahagian abdomen.

Mohamed Ba.bu atau dikenali Dr Ba.bu, seorang sainstis berusia 53 tahun itu menemui bahawa semut lebih suka warna gula yang lebih cerah seperti kuning dan hijau.

‘Idea untuk menangkap gambar tiba sebaik sahaja isteri saya menunjukkan semut berubah warna menjadi putih selepas minum tumpahan susu di dapur.Saya menangkap gambar di ruangan taman untuk mendapatkan pencahayaan yang natural dan menyiapkan parafin set yang diletakkan gula berwarna diatasnya.Saya mendapat semut yang banyak selepas beberapa minit dan menangkap gambar beberapa kalu untuk mendapatkan imej yang berkualiti’

Selain itu, Dr Ba.bu daripada Mysore, selatan India berkata..‘Abdomen semut adalah separuh lutsinar, ia mendapat warna daripada makanan yang dimakan.'







p/s : Subhanallah..cantiknya!!!

6 comments:

emieysandra said... Reply To This Comment

cantik sangat!

say to easy=) said... Reply To This Comment

meriahnye kaler.....sgt cantik!

♥ ieRa ♥ said... Reply To This Comment

cantik sangat..tq 4 sharing darling

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

emieysandra, say to easy, ieRa,

Sangat cantik,kan?? ;)

KiUk said... Reply To This Comment

wah..hebat!
nak try la..
kat rumah ni byk semut..
hahhaa...

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

@KiUk

Sila2...
Cik Ila try tak nmpk mcm tu pun..huhu

Lilypie Angel and Memorial tickers