Dah masuk November.Macam-macam benda dalam kepala ni.Banyak sangat fikir itu dan ini.Persiapan setakat ni Alhamdullilah.Kalau dah cuti panjang tu,agak setel la jugak bab-bab persiapan. Hari Isnin lepas dah buat HIV Test di klinik kesihatan.
Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan |
Dah siap.Boleh bagi kat Pak Imam! |
Alhamdulillah,semua ok! Boleh dah submit semua borang-borang nikah kahwin. Gubahan barang-barang hantaran pun not bad. Dah siap 5 dulang,buat sendiri aje.Teringat kata-kata encik bakal suami, kalau tak cantik memang dia nak gelakkan sebab dia punya gubahan hantaran cantik-cantik. Biarkan dia! haha ;p
Ni kisah setem.Selama ni aku pos kad kahwin guna setem 50sen masa kat Perlis.Tiba-tiba pergi pejabat pos semalam nak order lagi setem 50sen.Dia tanya aku nak buat apa dengan setem 50sen? Aku kata nak hantar kad kahwin..Dia balas,kalau kad kahwin 60sen. Erk! Selama ni aku hantar kad guna setem 50sen tu nasib baik sampai.Tapi aku puas hati sebab member kat Sarawak pun boleh lepas dengan setem 50sen tu. Tuhan tolong~ ;p
Akak kat kaunter tu tanya lagi,sampul warna apa.Aku kata kuning (padahal tak la kuning sangat pun), dia kata nak selamat 80sen. Adoi! setem pun macam-macam la. Time aku kecik-kecik dulu setem 30sen tu boleh sampai KL.Setem pun nak naik harga? Tak kira,aku beli yang 60sen jela. Habis bajet la beli 80sen kalau beli sampai 70 keping. Harap-harap kad yang aku pos sebelum ni sampai la ke penerimanya. Risau kot diorang yang kena denda sebab kad tu tak cukup harga setem. ;)
Apa lagi nak bebel? Cukup setakat ni dulu.Sekian. ;p
7 comments:
alhamdulillah, byk juga dah settle...
skrg hntr surat guna setem 60 sen, makin mahal skrg....
@Qhaifa Nur
Tu la..nasib baik sblm ni yg guna 50sen tu smpai.ehehe ;p
heheh...da lma x post surat.. kak ila, thnx sbb mention psl comment tu.. sya ingt da buang daa..heheheh
@Cik Kema
Ok.No prob! ;p
wah nak kahwin dah buat hiv test... btw awak ni comel lah, untung bakal suami awak... semoga berbahagia kelak... done follow u dear - Noob
@Prince of Noob
Thank you prince noob!!!
wahh bestnya nak kawen dah. hee *awk comel :p
Post a Comment