Wednesday, July 17, 2013

Wordless Wednesday #11


Masihkah kau ingat? ;)

Monday, July 15, 2013

Arwah Rizqi dan Hydrops Fetalis


Assalamualaikum.

Alhamdulillah,sudah hari ke 20 berpantang. Emosi masih seperti mula-mula lepas bersalin,perasaan yang tak tahu nak diceritakan macammana,hanya orang yang mengalami je faham.Dah elok rasa ok,kadang-kadang perasaan datang tiba-tiba,mula la kepala ni ligat mencari surah-surah pilihan untuk lupakan perasaan tu.

Seperti kata seorang lecturer aku,berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul.Thanks buat lecturer yang tak putus-putus bagi semangat hingga ke saat ni.Barulah aku tahu,masih ada insan yang aku perlu dan sentiasa ada saat suka-duka aku walaupun semua orang tahu,aku dan husband duduk berjauhan.
Aku tak harap pada kawan-kawan kalau terjadi apa-apa waktu di sana,aku cuma boleh harapkan lecturer jela sebab aku tau,kawan-kawan pun masih di bawah jagaan parents diorang walaupun semuanya dah besar panjang.

2,3 hari ni aku tak sedap duduk.Rasa macam perlu mencari lagi tentang penyakit arwah Ahmad Rizqi ni. Pernah sebelum ni aku tanya doctor,macam mana kalau aku nak sangat tau apa penyebab sakit dia.Doctor cuma bagi satu jawapan,postmortem baby! Ya Allah,sudahlah hebat derita yang ditanggung arwah Rizqi,aku tak sanggup dia dibedah hanya untuk mencari sebab punca dia berpenyakit.

Sepanjang aku mencari info di internet,aku jumpa satu blog yang menceritakan tentang arwah baby beliau,juga meninggal kerana komplikasi yang sama macam arwah Rizqi.Sedih sebab kisahnya terlalu panjang (part 1-20).Bila baca,aku terdetik dalam hati, “Ya Allah,masih ada orang lain yang diuji sehebat apa yang aku lalui.” Komplikasi penyakit yang sama,kelahiran yang sama dan ditakdirkan pengakhiran cerita yang sama.Subhanallah!

Kalau ada yang sudi nak baca, aku sediakan link blog dia di bawah;












Friday, July 12, 2013

Katakan TIDAK Kepada Perkara Berikut Untuk Next Pregnancy!


1st pregnancy dah setel. Alhamdulillah,sekurang-kurangnya aku ada pengalaman berharga pernah mengandung dan melahirkan walaupun baby tak sempat lihat dunia.Sepanjang pregnant anak 1st,banyak jugak benda yang aku ambil mudah. Nak kata menyesal tak jugak,sebab dari awal tak pernah sangka kesudahannya akan jadi macam sekarang,berpantang sorang-sorang tanpa anak di sisi.Lagipun, tak pernah ada pengalaman pregnant sebelum ni. 

Untuk mengandung kali ke seterusnya lepas ni,aku berazam untuk TIDAK sambil lewa lagi bila pregnant.Aku ada ingat balik apa yang aku buat masa pregnant anak 1st dulu walaupun aku tak tahu sebenarnya punca macam mana anak aku boleh sakit waktu dia dalam perut. Orang kata jangan lawan atau persoal qada’ dan qadar. Aku bukan tolak takdir, tapi untuk langkah berjaga-jaga. 

Kat sini aku akan list down azam atau pantang larang yang aku reka sendiri based on pengalaman aku sendiri pregnant sebelum ni. (Ni bukan pantang- larang umum ye!) 


AZAM UNTUK TIDAK MELAKUKAN PERKARA BERIKUT KETIKA HAMIL

     1.  Pergi ke saloon untuk buat rambut
  • Orang kata tak boleh buat rebonding sebab bahan kimia tu bahaya.Tapi aku pergi bukan untuk buat rebonding pun tapi still terbau bahan kimia bila orang lain yang buat rebonding kat saloon yang sama.Seingat aku 2x jugak pernah ke saloon waktu pregnant.

     2. Pergi ke Spa untuk sebarang treatment

  • Orang kat spa kata kalau pregnant tak boleh guna mesin laser untuk treatment. Aku turun naik spa kat Changlun 2x untuk treatment muka tanpa mesin laser. Sepanjang treatment tu banyak sangat ubat yang dia letak kat muka.Walaupun semua ubat tu guna ramuan oat dan tumbuhan,tapi siapa tahu kalau ubat tu jugak boleh efek pada baby. 

    3.  Minum susu Anmum Materna 

  • Nurse suruh kita minum susu banyak-banyak.Awal-awal pregnant memang teruja konon-konon susu Anmum jela yang bagus sebab banyak iklan duk kempen minum Anmum.Pernah dengar orang kata Anmum buat baby jadi besar,aku tak percaya. Sudahnya, masa pregnant 7 bulan,baby dah cecah 2kg+ !~ 

    4.  Bergantung pada ubat-ubat klinik

  • Mak mertua kata ubat klinik boleh buat anak besar dalam perut. Aku tak percaya jugak sebab tengok jenis ubat setakat untuk tambah darah dan elak kecacatan baby. Tiap-tiap hari aku makan semua ubat yang klinik bagi. Tengok kat FB, ada ibu-ibu yang cakap,tak payah makan pun taka pa sebenarnya kalau kita dah memang makan benda berkhasiat setiap hari. Dan,baby memang besar,tak tahu apa punca! 

    5.  Yakin pada supplement dan produk yang dijual dan overdose!

  • Masa nak masuk 2 bulan pregnant,aku makan Shaklee.Tengok pada vitamin ni,ubat dia sama macam ubat klinik.Aku makan jugak Shaklee tapi dealer dah nasihat,untuk bulan terawal ni,jangan ambil semua vitamin sekaligus,takut efek pada baby. Aku makan 2-2,ubat klinik dan Shaklee,dah macam overdose pulak ambil ubat yang sama tiap-tiap hari (Shaklee+ubat klinik). 
  • Aku ada ambil AURAWHITE masa pregnant 4bulan+, rasa macam baby suka sebab aku rasa tak lengkap hari-hari tanpa AURAWHITE. Setiap kali sebelum breakfast dan sebelum tidur,aku akan ‘shake’ AURAWHITE dan tidur. 

    6.  Melengahkan masa pergi ke klinik/hospital bila bleeding
  • Masa usia 4bulan, pernah bleeding waktu malam dan esoknya baru aku ke klinik.Bila check,sebab uri kat bawah yang menyebabkan ada spot bleeding. Sepatutnya malam yang kena bleeding tu la kena pergi hospital. 

   7.  Ambil mudah tentang kiraan gerakan janin

  • Disebabkan aku aktif setiap hari,kadang-kadang aku mengabaikan rasa gerakan baby dalam perut. Siang tak rasa sangat baby gerak,malam masa tidur tu rasa banyak kali.Tapi dah memang syarat dalam buku merah, 9pagi-9malam je boleh kira.Kadang-kadang hentam cukupkan 10 kiraan walaupun sebenarnya 10 kiraan tu di luar waktu 9pagi-9malam. 

    8.  Ambil mudah antara beza baby bergerak dan perut mengeras

  • Awal pregnant,aku boleh rasa baby bergerak dan selepas perut aku tiba-tiba membesar dengan sungguh besarnya, dah tak boleh beza adakah rasa keras tu sebab baby gerak atau perut aku yang keras? Yang pasti kalau pergi scan masa perut mengeras,tengok kat monitor memang baby gerak, cuma tak boleh rasa dia tendang,rasa keras je (banyak space agaknya!) 

    9.   Malas pergi scan/check up di klinik swasta setiap bulan.

  • Walaupun kat klinik biasa boleh check keadaan baby, tapi aku lebih bersyukur kerana kalau bukan kerana klinik swasta, aku takkan tahu baby mengidap penyakit sewaktu usia 6 bulan dalam kandungan. Klinik swasta lebih detail untuk check keadaan baby termasuk organ, dan bahagian lain. Syukur kerana Tuhan gerakkan hati untuk aku scan di klinik swasta. 


  10.  Paksa diri buat kerja walaupun tahu tak larat


  • Aku memang jenis tak boleh duduk diam selagi banyak urusan yang perlu dibuat. Tapi silap aku sebelum ni.Aku memang tak larat,tapi gagahkan diri jugak buat kerja,drive sana-sini dan buat kerja rumah. Lepas aku sedar aku dah lemah sangat sebab efek buat kerja,aku pun baring dan tidur tak tentu masa! 

  11.  Duduk di persekitaran tidak sihat

  • Waktu balik kampung,banyak terdedah dengan asap dan debu.Hidung memang boleh tutup tapi udara yang disedut tu kadang-kadang tak berapa bersih. 
  • Masa awal pregnant,ada jugak main dengan arnab dan kucing walaupun seingat aku,tak de la banyak sangat main dengan haiwan tu. Sepatutnya kena jauhkan diri dari semua tu sebab kita tak nampak kuman ada di mana. Takut efek pada baby kena jangkitan kuman. 

Tu la sedikit sebanyak azam aku untuk next pregnancy.Walaupun nampak macam tak ada apa sangat,tapi bagi aku,kena jugak la aku buat macam tu, gara-gara takut pisang berbuah dua kali. Cukuplah dah rasa sedih sejak baby 1st meninggal, dapat tengok muka baby pun sekejap je.Lepas ni kalau rindu pun,kubur dengan gambar jela yang boleh tengok.Tu pun husband tak bagi sangat tengok gambar anak,takut teringat katanya.Memang pun! InsyaAllah,semoga ada rezeki untuk kali yang seterusnya.Amin. 

Sunday, July 7, 2013

Menu Berpantang..

Hari ke-11 berpantang.

Nasi Putih,Ikan Selar Bakar,Sup Ikan Haruan ,Ikan Haruan Bakar,Sup Daging,Daging Bakar,Milo Panas,Susu Anlene,ubat-ubat klinik dan hospital,Biskut Tawar.- Itu jela menu setiap hari. Tak kisah.Makan aje!

Yang dikisahkan cuma ikan haruan tu je..Selama ni kan,kecik sampai besar memang tak jumpa la ikan ni. Kalau jumpa pun time melawat orang kat hospital. Penjaja akan jual anak ikan haruan dalam plastik.Maklumlah,ikan haruan ni kan boleh sembuhkan luka.


Ikan Haruan

Bagi yang tak pernah makan, ikan ni memang tak ada rasa.Tawar je! Kalau buat sup atau bakar,letak garam banyak pun masih tak rasa. Itu aku la.Tak tau la kalau orang lain suka.Hihi.

Sepanjang berpantang ni, mummy yang sediakan makanan untuk aku. Setiap kali aku tanya menu,kalau aku dengar je menu ikan haruan, aiseymen..sah-sah mesti makan nasi sikit. Sebab terpaksa! Boleh je nak makan,cuma tak kena dengan selera.Harapkan dia ubat je aku paksa makan.Kalau terdesak tak ada makanan pun aku fikir 2,3 kali nak makan ikan ni.

Kalau bakar ikan haruan ni,kita boleh tengok isi dia seolah-olah macam melekat seperti gam. Agaknya sebab tu la luka cepat sembuh. Bagus memang bagus,tapi tahan jela rasa tawar ikan haruan. Nak yang sedap,makan la Pati Ikan Haruan! Hehe ;)

Ni la pengalaman pertama berpantang. Agak membosankan bila makan-minum kena jaga,badan nak kena jaga, jalan nak kena jaga, alahai,rasa macam gadis-gadis zaman dulu pulak. Orang kata waktu berpantang ni, pantang la betul-betul nanti menyesal bila dah tua.

Oklah,nak pantang betul-betul.

(Entah tahan ke tidak nak jaga makan minum semua ni sampai habis pantang).Hehe ;)

p/s : Nak share pengalaman,rupanya set Shaklee tu memang betul-betul menjadi waktu berpantang ni.Jangan  was-was nak guna produk Shaklee ok. Aku bukan dealer nak promote Shaklee,tapi sekadar nak share pengalaman lepas guna Shaklee hampir 8 bulan.. ;)




Wednesday, July 3, 2013

Toksin Dalam Badan.

Sebelum dan selepas..

Sekarang perut dah kempis.Kalau dulu Ya Allah,semputnya Tuhan saja yang tahu.Sekarang bukan main,sekeping balik badan,rasa macam makin slim daripada zaman bujang. Ke mana lemak semua pergi? Ke dah buang masa bersalin hari tu? Ke mana hilangnya lemak?

Jadi selama ni agaknya toksin banyak dalam badan..

Masa pregnant minum banyak sangat air.Setiap masa pun haus. Tak kisah la banyak kali kencing pun, nak air jugak! Berliter-liter air pun tak kisah.Memang suka minum air masak. Toksin pun dah keluar dari badan masa kencing dan berpeluh.Tapi semenjak lepas bersalin ni, kenapa agaknya,tak rasa dahaga sangat pun? Padahal cuaca boleh tahan panas. Nak minum air pun cepat kenyang. 

Jangan ler toksin makin banyak lepas ni...

Bila check balik tanda banyak toksin,rasanya tanda ni memang ada sejak dulu lagi.Cuma waktu pregnant je tanda-tanda banyak toksin tak la banyak mana.Kalau macam tu, kena rajin pregnant la.Hehe ;p

  1. Kerap sakit kepala.
  2. Badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab.
  3. Susah bangun tidur.
  4. Bahagian keliling mata gelap.
  5. Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengan, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit.
  6. Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi.
  7. Sinus.
  8. Berat badan meningkat.
  9. Kehadiran selulit.
  10. Masalah jerawat dan banyak lagi.

Kalau korang ada tanda di atas, banyak toksin la tu jawapnya.Cara tak nak bagi banyak toksin,aku rasa tak perlu pakai petua. Cuma perlu aktif dan minum banyak air masak je. Kalau kita perhati, semua benda dalam hidup kita, tak kira la..nak cantik ke,nak sihat badan ke,nak kuruskan badan ke,semuanya kena minum air masak banyak-banyak.

Produk-produk yang dijual pun,bukan nak kata tak berkesan. Tapi kebanyakkan syarat dia memang macam tu, BANYAKKAN MINUM AIR MASAK.Kalau orang mengadu produk tak berkesan, si penjual akan kata, mesti tak minum air banyak-banyak. So? 

Abaikan jela produk-produk tu. Minum air masak banyak-banyak. InsyaAllah,cantik,sihat,cergas dan yang penting jimat. Hihi ;p




Monday, July 1, 2013

Ahmad Rizqi Dalam Kenangan...

Assalamualaikum.

Rasanya kawan-kawan terdekat dah tahu tentang berita kematian anakku Ahmad Rizqi di dalam kandungan yang berusia 7 bulan.Usah dipersoal lagi macammana boleh meninggal.Dah sampai ajal,Tuhan lebih sayang Ahmad Rizqi,pergi jua mengadap Illahi.

Sekarang, hidup perlu diteruskan.Walau perit, walau sedih sekali pun,dah ada gunanya nak meratap.Soalnya kalau meratap,sampai bila?

Setengah orang kata,

"Kalau Tuhan bagi ujian ni pada aku,belum tentu aku boleh kuat macam kau!"
Aku tak pulak rasa megah bila orang kata aku kuat. Sebab dia bukan tahu setakat mana aku mampu kuat. 

Aku cukup rindu zaman mengandungkan Ahmad Rizqi.Rindu nak usap perut,cakap-cakap dengan Ahmad Rizqi dalam kereta,sebelum tidur dan waktu aku perdengarkan dia ayat-ayat suci Al-Quran. Rindu jugak perasaan ada Ahmad Rizqi menendang perut setiap masa.Cukup rindu itu semua.

Selama ni 7 bulan ke sana ke mari membawa perut.Alahai.Rindu dengan soalan, "Dah berapa bulan?" Ohhh,betul la kata orang,bila kita dah bersalin,kita akan rindu saat kita mengandung dulu.

"Mama rindu saat-saat mengandungkan Ahmad Rizqi!"

Orang bagi semangat,lepas ni mesti senang nak mengandung lagi.

Wallahualam.

Aku tak menolak rezeki kalau ada.Cuma,biarlah masa yang tentukan nanti.

Ahmad Rizqi sedang dikafankan

Ahmad Rizqi selesai dikebumikan.
Anak Mama,
Bergembiralah anak di sana. Kita hanya sempat bersama selama 7 bulan dan mama hanya sempat menatap wajah Ahmad Rizqi cuma 2 kali sahaja- Pertama kali selepas Ahmad Rizqi keluar dari perut dan kali keduanya semasa Ahmad Rizqi telah dibalut dengan kain batik,untuk dibawa pulang dan disemadikan di kampung abah,juga selepas mama selesai bersalin,masih di katil bersalin hospital.Lepas tu mama dah tak tengok lagi putera mama..... ;( 
Hanya abah yang mengiringi Ahmad Rizqi semasa urusan mandi,solat jenazah dan di perkuburan. Mama bagi peluang untuk Ahmad Rizqi bersama dengan abah pula.Mama masa tu masih di wad. Ahmad Rizqi saling tak tumpah seperti muka abah. Sekarang kalau mama rindu, mama cuma perlu tatap wajah abah saja...


Lilypie Angel and Memorial tickers