Assalamualaikum.
Alhamdulillah,sudah
hari ke 20 berpantang. Emosi masih seperti mula-mula lepas bersalin,perasaan
yang tak tahu nak diceritakan macammana,hanya orang yang mengalami je faham.Dah
elok rasa ok,kadang-kadang perasaan datang tiba-tiba,mula la kepala ni ligat
mencari surah-surah pilihan untuk lupakan perasaan tu.
Seperti
kata seorang lecturer aku,berat mata memandang,berat lagi bahu yang
memikul.Thanks buat lecturer yang tak putus-putus bagi semangat hingga ke saat
ni.Barulah aku tahu,masih ada insan yang aku perlu dan sentiasa ada saat
suka-duka aku walaupun semua orang tahu,aku dan husband duduk berjauhan.
Aku
tak harap pada kawan-kawan kalau terjadi apa-apa waktu di sana,aku cuma boleh
harapkan lecturer jela sebab aku tau,kawan-kawan pun masih di bawah jagaan
parents diorang walaupun semuanya dah besar panjang.
2,3 hari ni aku
tak sedap duduk.Rasa macam perlu mencari lagi tentang penyakit arwah Ahmad
Rizqi ni. Pernah sebelum ni aku tanya doctor,macam mana kalau aku nak sangat
tau apa penyebab sakit dia.Doctor cuma bagi satu jawapan,postmortem baby! Ya
Allah,sudahlah hebat derita yang ditanggung arwah Rizqi,aku tak sanggup dia
dibedah hanya untuk mencari sebab punca dia berpenyakit.
Sepanjang aku
mencari info di internet,aku jumpa satu blog yang menceritakan tentang arwah
baby beliau,juga meninggal kerana komplikasi yang sama macam arwah Rizqi.Sedih
sebab kisahnya terlalu panjang (part 1-20).Bila baca,aku terdetik dalam hati,
“Ya Allah,masih ada orang lain yang diuji sehebat apa yang aku lalui.” Komplikasi
penyakit yang sama,kelahiran yang sama dan ditakdirkan pengakhiran cerita yang
sama.Subhanallah!
Kalau ada yang sudi nak baca, aku
sediakan link blog dia di bawah;
6 comments:
errmm.. sedekahkan banyak-banyak alfatihah yer,..
kita ni ibu-ibu, tentu memahami perasaan seorang ibu...
@Norhasniza Khalid
Btul tu mama..haih..perasaan ibu tu unik sgt.. ;)
huhu..air mata x henti2 mengalir..sedih teramat.
@EllyZahari
RIleks2..huhu
Baca kisah kamu, teringat kisah sendiri di tahun 2009. Arwah anakku juga seperti arwah anakmu.Tapi tiada catatan di mana-mana. Hanya terpahat dalam memori semata. Alfatihah buat mereka. Moga mereka menjadi tiket untuk kita masuk syurga. Amin
@sarah m
Alhamdulillah,sememangnya kita adalah ibubapa yg bertuah memiliki anak syurga itu.Al-Fatihah.
Post a Comment