Assalamualaikum.
Rasanya kawan-kawan terdekat dah tahu tentang berita kematian anakku Ahmad Rizqi di dalam kandungan yang berusia 7 bulan.Usah dipersoal lagi macammana boleh meninggal.Dah sampai ajal,Tuhan lebih sayang Ahmad Rizqi,pergi jua mengadap Illahi.
Sekarang, hidup perlu diteruskan.Walau perit, walau sedih sekali pun,dah ada gunanya nak meratap.Soalnya kalau meratap,sampai bila?
"Kalau Tuhan bagi ujian ni pada aku,belum tentu aku boleh kuat macam kau!"
Aku tak pulak rasa megah bila orang kata aku kuat. Sebab dia bukan tahu setakat mana aku mampu kuat.
Aku cukup rindu zaman mengandungkan Ahmad Rizqi.Rindu nak usap perut,cakap-cakap dengan Ahmad Rizqi dalam kereta,sebelum tidur dan waktu aku perdengarkan dia ayat-ayat suci Al-Quran. Rindu jugak perasaan ada Ahmad Rizqi menendang perut setiap masa.Cukup rindu itu semua.
Selama ni 7 bulan ke sana ke mari membawa perut.Alahai.Rindu dengan soalan, "Dah berapa bulan?" Ohhh,betul la kata orang,bila kita dah bersalin,kita akan rindu saat kita mengandung dulu.
"Mama rindu saat-saat mengandungkan Ahmad Rizqi!" |
Orang bagi semangat,lepas ni mesti senang nak mengandung lagi.
Wallahualam.
Aku tak menolak rezeki kalau ada.Cuma,biarlah masa yang tentukan nanti.
Ahmad Rizqi sedang dikafankan |
Ahmad Rizqi selesai dikebumikan. |
Anak Mama,
Bergembiralah anak di sana. Kita hanya sempat bersama selama 7 bulan dan mama hanya sempat menatap wajah Ahmad Rizqi cuma 2 kali sahaja- Pertama kali selepas Ahmad Rizqi keluar dari perut dan kali keduanya semasa Ahmad Rizqi telah dibalut dengan kain batik,untuk dibawa pulang dan disemadikan di kampung abah,juga selepas mama selesai bersalin,masih di katil bersalin hospital.Lepas tu mama dah tak tengok lagi putera mama..... ;(
Hanya abah yang mengiringi Ahmad Rizqi semasa urusan mandi,solat jenazah dan di perkuburan. Mama bagi peluang untuk Ahmad Rizqi bersama dengan abah pula.Mama masa tu masih di wad. Ahmad Rizqi saling tak tumpah seperti muka abah. Sekarang kalau mama rindu, mama cuma perlu tatap wajah abah saja...
14 comments:
sabarlah, Allah lebih menyayangi dia. Sedih mama baca entry ni.. sabar yer.. Dia bidadari syurga. Dia tunggu ibunya di syurga nanti..
maaf ye, mama share kisah ni di blog mama..
http://mamamamy.blosgspot.com
@Norhasniza Khalid
InsyaAllah mama.Tuhan lebih sayang Ahmad Rizqi..semoga si anak bergembira di samping bidadari di sana...
@Norhasniza Khalid
Takpe mama...sy izinkan..utk kebaikan semua.. ;)
Al-fatihah buat adik Ahmad Rizqi
bersabar ye kak :)
assalam,
salam takziah dari bunda...
tak tahu nak cakap apa....keguguran pun dah sedih gile...apatah lagi bila perut da besar..sbr ye... al-fatihah untuk ahmad rizqi....insyaallah ada hikmah disebalik semua yg berlaku
sabar ye cik suhaila..maaf tak tahu nak pnggil apa..
sesungguhnya Allah maha mengerti kenapa semua ini berlalu. mmng betul bila orng bg kita kekuatan, orang lain tak tahu apa yang kita rasa.
sesungguhnya anak itu bidadari syurga yang sentiasa menanti kehadiran ibu & ayhnya..
@eiyna tyna
Tq eiyna..InsyaAllah
@BUNDA a.k.a KN
Wsalam..tkasih bunda...
@misz sheyla
Tq misz sheyla..InsyaAllah..moga2 sy kuat..
@Mimie Najib
Tq mimie..InsyaAllah..semoga Ahmad Rizqi bergembira di sana..Amin
hanya yg mengalaminya tau betapa susahnya menerima kenyataan kan.. bertabah la.. insyaallah ada hikmah disebaliknya..
@mama maman aka yana
InsyaAllah mama yana..thanks utk doa..
Post a Comment