1st pregnancy dah setel. Alhamdulillah,sekurang-kurangnya aku ada pengalaman berharga pernah mengandung dan melahirkan walaupun baby tak sempat lihat dunia.Sepanjang pregnant anak 1st,banyak jugak benda yang aku ambil mudah. Nak kata menyesal tak jugak,sebab dari awal tak pernah sangka kesudahannya akan jadi macam sekarang,berpantang sorang-sorang tanpa anak di sisi.Lagipun, tak pernah ada pengalaman pregnant sebelum ni.
Untuk mengandung kali ke seterusnya lepas ni,aku berazam untuk TIDAK sambil lewa lagi bila pregnant.Aku ada ingat balik apa yang aku buat masa pregnant anak 1st dulu walaupun aku tak tahu sebenarnya punca macam mana anak aku boleh sakit waktu dia dalam perut. Orang kata jangan lawan atau persoal qada’ dan qadar. Aku bukan tolak takdir, tapi untuk langkah berjaga-jaga.
Kat sini aku akan list down azam atau pantang larang yang aku reka sendiri based on pengalaman aku sendiri pregnant sebelum ni. (Ni bukan pantang- larang umum ye!)
1. Pergi ke saloon untuk buat rambut
- Orang kata tak boleh buat rebonding sebab bahan kimia tu bahaya.Tapi aku pergi bukan untuk buat rebonding pun tapi still terbau bahan kimia bila orang lain yang buat rebonding kat saloon yang sama.Seingat aku 2x jugak pernah ke saloon waktu pregnant.
2. Pergi ke Spa untuk sebarang treatment
- Orang kat spa kata kalau pregnant tak boleh guna mesin laser untuk treatment. Aku turun naik spa kat Changlun 2x untuk treatment muka tanpa mesin laser. Sepanjang treatment tu banyak sangat ubat yang dia letak kat muka.Walaupun semua ubat tu guna ramuan oat dan tumbuhan,tapi siapa tahu kalau ubat tu jugak boleh efek pada baby.
3. Minum susu Anmum Materna
4. Bergantung pada ubat-ubat klinik
5. Yakin pada supplement dan produk yang dijual dan overdose!
6. Melengahkan masa pergi ke klinik/hospital bila bleeding
7. Ambil mudah tentang kiraan gerakan janin
8. Ambil mudah antara beza baby bergerak dan perut mengeras
9. Malas pergi scan/check up di klinik swasta setiap bulan.
10. Paksa diri buat kerja walaupun tahu tak larat
11. Duduk di persekitaran tidak sihat
- Nurse suruh kita minum susu banyak-banyak.Awal-awal pregnant memang teruja konon-konon susu Anmum jela yang bagus sebab banyak iklan duk kempen minum Anmum.Pernah dengar orang kata Anmum buat baby jadi besar,aku tak percaya. Sudahnya, masa pregnant 7 bulan,baby dah cecah 2kg+ !~
4. Bergantung pada ubat-ubat klinik
- Mak mertua kata ubat klinik boleh buat anak besar dalam perut. Aku tak percaya jugak sebab tengok jenis ubat setakat untuk tambah darah dan elak kecacatan baby. Tiap-tiap hari aku makan semua ubat yang klinik bagi. Tengok kat FB, ada ibu-ibu yang cakap,tak payah makan pun taka pa sebenarnya kalau kita dah memang makan benda berkhasiat setiap hari. Dan,baby memang besar,tak tahu apa punca!
5. Yakin pada supplement dan produk yang dijual dan overdose!
- Masa nak masuk 2 bulan pregnant,aku makan Shaklee.Tengok pada vitamin ni,ubat dia sama macam ubat klinik.Aku makan jugak Shaklee tapi dealer dah nasihat,untuk bulan terawal ni,jangan ambil semua vitamin sekaligus,takut efek pada baby. Aku makan 2-2,ubat klinik dan Shaklee,dah macam overdose pulak ambil ubat yang sama tiap-tiap hari (Shaklee+ubat klinik).
- Aku ada ambil AURAWHITE masa pregnant 4bulan+, rasa macam baby suka sebab aku rasa tak lengkap hari-hari tanpa AURAWHITE. Setiap kali sebelum breakfast dan sebelum tidur,aku akan ‘shake’ AURAWHITE dan tidur.
6. Melengahkan masa pergi ke klinik/hospital bila bleeding
- Masa usia 4bulan, pernah bleeding waktu malam dan esoknya baru aku ke klinik.Bila check,sebab uri kat bawah yang menyebabkan ada spot bleeding. Sepatutnya malam yang kena bleeding tu la kena pergi hospital.
7. Ambil mudah tentang kiraan gerakan janin
- Disebabkan aku aktif setiap hari,kadang-kadang aku mengabaikan rasa gerakan baby dalam perut. Siang tak rasa sangat baby gerak,malam masa tidur tu rasa banyak kali.Tapi dah memang syarat dalam buku merah, 9pagi-9malam je boleh kira.Kadang-kadang hentam cukupkan 10 kiraan walaupun sebenarnya 10 kiraan tu di luar waktu 9pagi-9malam.
8. Ambil mudah antara beza baby bergerak dan perut mengeras
- Awal pregnant,aku boleh rasa baby bergerak dan selepas perut aku tiba-tiba membesar dengan sungguh besarnya, dah tak boleh beza adakah rasa keras tu sebab baby gerak atau perut aku yang keras? Yang pasti kalau pergi scan masa perut mengeras,tengok kat monitor memang baby gerak, cuma tak boleh rasa dia tendang,rasa keras je (banyak space agaknya!)
9. Malas pergi scan/check up di klinik swasta setiap bulan.
- Walaupun kat klinik biasa boleh check keadaan baby, tapi aku lebih bersyukur kerana kalau bukan kerana klinik swasta, aku takkan tahu baby mengidap penyakit sewaktu usia 6 bulan dalam kandungan. Klinik swasta lebih detail untuk check keadaan baby termasuk organ, dan bahagian lain. Syukur kerana Tuhan gerakkan hati untuk aku scan di klinik swasta.
10. Paksa diri buat kerja walaupun tahu tak larat
- Aku memang jenis tak boleh duduk diam selagi banyak urusan yang perlu dibuat. Tapi silap aku sebelum ni.Aku memang tak larat,tapi gagahkan diri jugak buat kerja,drive sana-sini dan buat kerja rumah. Lepas aku sedar aku dah lemah sangat sebab efek buat kerja,aku pun baring dan tidur tak tentu masa!
- Waktu balik kampung,banyak terdedah dengan asap dan debu.Hidung memang boleh tutup tapi udara yang disedut tu kadang-kadang tak berapa bersih.
- Masa awal pregnant,ada jugak main dengan arnab dan kucing walaupun seingat aku,tak de la banyak sangat main dengan haiwan tu. Sepatutnya kena jauhkan diri dari semua tu sebab kita tak nampak kuman ada di mana. Takut efek pada baby kena jangkitan kuman.
Tu la sedikit sebanyak azam aku untuk next pregnancy.Walaupun nampak macam tak ada apa sangat,tapi bagi aku,kena jugak la aku buat macam tu, gara-gara takut pisang berbuah dua kali. Cukuplah dah rasa sedih sejak baby 1st meninggal, dapat tengok muka baby pun sekejap je.Lepas ni kalau rindu pun,kubur dengan gambar jela yang boleh tengok.Tu pun husband tak bagi sangat tengok gambar anak,takut teringat katanya.Memang pun! InsyaAllah,semoga ada rezeki untuk kali yang seterusnya.Amin.
5 comments:
Faham apa yg awak rasa sebab sy dh lalui. Takziah ya. Ada benda2 dlm list awak tu, mmg tak patut dibuat mcm no 1,2&4. Apapun, jaga diri & pemakanan. Jgn stress & bykkan berdoa. In sha allah, sy doakan awak berjaya ya ^_^
@YanaHime
Thanks.InsyaAllah.Semoga sy boleh improve utk masa yg akan datang..
Betul tu, mama ada GBS ketika preggy dulu, memang kena alert betul dengan tanda nak kelahiran.
Takut jugak..
No.6, 7,8,9 sgt setuju!
bab main kucing pn setuju.
cuma psl baby besar tuh..my frens ramai je yg beranak >3.5kg ..yg 4.2kg pn ade!
x semestinya mkn mcm2 tu leh bt baby jd besar..
Danish lahir 2.42kg je walau mamanye x penah miss mkn ubt n pengamal ais tegar di kala mengandung! hihi
@EllyZahari
Entah la...terlebih vitamin kot i ni.hehehe ;p
Post a Comment