Sunday, July 7, 2013

Menu Berpantang..

Hari ke-11 berpantang.

Nasi Putih,Ikan Selar Bakar,Sup Ikan Haruan ,Ikan Haruan Bakar,Sup Daging,Daging Bakar,Milo Panas,Susu Anlene,ubat-ubat klinik dan hospital,Biskut Tawar.- Itu jela menu setiap hari. Tak kisah.Makan aje!

Yang dikisahkan cuma ikan haruan tu je..Selama ni kan,kecik sampai besar memang tak jumpa la ikan ni. Kalau jumpa pun time melawat orang kat hospital. Penjaja akan jual anak ikan haruan dalam plastik.Maklumlah,ikan haruan ni kan boleh sembuhkan luka.


Ikan Haruan

Bagi yang tak pernah makan, ikan ni memang tak ada rasa.Tawar je! Kalau buat sup atau bakar,letak garam banyak pun masih tak rasa. Itu aku la.Tak tau la kalau orang lain suka.Hihi.

Sepanjang berpantang ni, mummy yang sediakan makanan untuk aku. Setiap kali aku tanya menu,kalau aku dengar je menu ikan haruan, aiseymen..sah-sah mesti makan nasi sikit. Sebab terpaksa! Boleh je nak makan,cuma tak kena dengan selera.Harapkan dia ubat je aku paksa makan.Kalau terdesak tak ada makanan pun aku fikir 2,3 kali nak makan ikan ni.

Kalau bakar ikan haruan ni,kita boleh tengok isi dia seolah-olah macam melekat seperti gam. Agaknya sebab tu la luka cepat sembuh. Bagus memang bagus,tapi tahan jela rasa tawar ikan haruan. Nak yang sedap,makan la Pati Ikan Haruan! Hehe ;)

Ni la pengalaman pertama berpantang. Agak membosankan bila makan-minum kena jaga,badan nak kena jaga, jalan nak kena jaga, alahai,rasa macam gadis-gadis zaman dulu pulak. Orang kata waktu berpantang ni, pantang la betul-betul nanti menyesal bila dah tua.

Oklah,nak pantang betul-betul.

(Entah tahan ke tidak nak jaga makan minum semua ni sampai habis pantang).Hehe ;)

p/s : Nak share pengalaman,rupanya set Shaklee tu memang betul-betul menjadi waktu berpantang ni.Jangan  was-was nak guna produk Shaklee ok. Aku bukan dealer nak promote Shaklee,tapi sekadar nak share pengalaman lepas guna Shaklee hampir 8 bulan.. ;)




8 comments:

Norhasniza Khalid said... Reply To This Comment

OO mak ai.. memang takde lah mama nak makan ikan sekor segitu, mama makan siap proses punye.. hihi

mama makan shaklee jugak, terbaik produk tu.. sampai setahun berlalu, susu mama sentiasa mengalir laju.. alhamdulillah..

Suhaila Zahari said... Reply To This Comment

@Norhasniza Khalid

Mama,sy mmg mkn sekor terus kalau buat sup atau bakar..hehehe

Terbaikkan shaklee..;)

LYAfrina said... Reply To This Comment

sdg bpantan ye....

lya dulu selalu amalkan nasi putih aul dgn lada hitam + ikan bakar... tu je..

EllyZahari said... Reply To This Comment

amboii..siap ikan haruan bagai..I dlu minum pati haruan je..ikan haruan?? mummy x buat..huhu

Sya Mimie said... Reply To This Comment

selalu la terdengar pasal ikan haruan ni..tp selalu terfikir kalau 1 hari nanti kena telan..adoyai..nak elak dari mkan yang berkaitan dgn ikan haruan boleh?? hihiih

Suhaila Zahari said... Reply To This Comment

@LYAfrina

Menu org berpantang..mampu mkn yg bakar2 jelaa..hehe ;)

Suhaila Zahari said... Reply To This Comment

@EllyZahari

Mcmana mummy nak buat..ikan haruan sekor pn xde masa u bersalin dlu.. ;p

Suhaila Zahari said... Reply To This Comment

@Sya Mimie

Mne boleh..ni kan ubat.hehehe..esok2 mimie kene gk mkn!