Sunday, September 11, 2011

Best ke naik bas 2 tingkat?

Sedap pulak tengok iklan kat bas tu.hehe ;p

Setelah 4 bulan di rumah bersama keluarga,kini aku pulang ke tempat belajar..di mana lagi kalau bukan Perlis tercinta.Tak banyak pembaharuan,cuma aku tengok bilangan UniMAP yang bertambah dari segi kompleks pengajian yang sememangnya bersepah di serata Perlis.Semua binaan rumah kedai baru,UniMAP ambil dulu,nasib baik tak buat UniMAP kat Hadyai,kalau tidak...aku nak jugak duk situ.hehehe ;p

Semalam naik bas waktu pagi,agak malang dan terkejut bila tengok bas untuk ke Perlis adalah 2 tingkat.Setahu aku,tak boleh guna bas 2 tingkat sebab jalan sebelum sampai ke Gerik bersimpang-siur dengan selekoh yang banyak sangat..Entah,itu cuma orang cakap..tak tau la wujud ke tak undang-undang yang mengatakan demikian.

Lebih malang bila dapat tingkat atas yang sememangnya macam sardin.Penuh dengan manusia dan segala macam kotak budu,kotak air mineral (orang cina selalu bawak) dan tak kurang juga,pembawa biskut raya.Sebenarnya,ni la first time naik bas 2 tingkat dan baru tau rupanya tak best pun bas 2 tingkat.Dulu punya excited nak naik.Bestnya cuma satu,orang kat atas takkan rasa gegaran berbanding orang kat bawah dan kalau hujan,orang kat atas paling best,rasa macam duk dalam awan!

Habis cerita tentang bas.Sekarang mahu berehat dan mengemas..tapi,bila sampai sini,automatik rasa lapar..kenapa entah! Rasa nak makan macam-macam.Ok lah.Babai! ;)

0 comments: