Thursday, September 29, 2011

Pengguguran haram

Fuh...mengucap panjang bila aku jumpa gambar ni kat Facebook tadi..Adehh..Boleh buat jadi mimpi ngeri ni..


Ni la gambar baby yang dikeluarkan dari rahim ibunya atau istilah yang sesuai adalah 'Pengguguran atau Abortion'.Kesian baby tu kan? Cuba imagine orang yang buat pengguguran haram tu,dosa ibarat macam dosa membunuh bila baby dibuat macam tu.Nauzubillah.

Tapi ada jugak yang tergamak buat macam tu kat negara kita,cuma kita yang tak diberitahu.Mintak-mintak la dijauhkan dari dosa-dosa macam ni..

Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday #03



p/s : Orang tua,budak-budak..doktor,lawyer..polis,cikgu,pakcik guard pun main game ni..aiseymen! ;p

Tuesday, September 27, 2011

Gereja yang telah diubah suai menjadi kedai buku!

Di Maastritch, sebuah bandar di negara Belanda - sebuah gereja Dominican diubah suai menjadi sebuah kedai buku yang cool. Gereja yang dibina pada kurun ke 13 ini asalnya menempatkan paderi Dominican. Pada tahun 1794 selepas Maastritch diserang Napoleon Bonaparte paderi Dominican dihalau keluar dari kota ini. Semenjak itu gereja ini bertukar-tukar fungi menjadi biara, stor menyimpan barang dan terakhir sekali sebagai garaj menyimpan basikal.


Beberapa tahun yang lalu ianya diubah suai menjadi sebuah kedai buku. Syarikat buku Selexyz di Belanda menggunakan khidmat syarikat senibina Merkx + Girod bagi mengubah suainya menjadi kedai buku yang unik. Sehingga kini kedai buku Selexyz Dominicanen sudah memenangi anugerah"Lensvelt de Architect Interior Prize" dan "Kedai Buku Terbaik Dunia 2008" dari akhbar The Guardian.







Monday, September 26, 2011

Angkat tangan selama 38 tahun?

Lelaki ini telah mengangkat tangan selama 38 tahun sebagai tanda keabdiannya kepada tuhannya. Tengokla sebelah tangannya tu dah mengecut dek kerana dibiarkan tak bergerak bertahun-tahun. Kalau di sana benda ni tak pelik sangat pun. Ada yang tak mandi bertahun-tahun, tak tidur bertahun-tahun semata-mata kerana keabdian mereka kepada tuhan mereka. Hmm, macam-macam….











Sunday, September 25, 2011

Hang Tuah kata Takkan Melayu Hilang di Dunia..betul ke??

Selamat bercuti semua..Alamak,esok dah mula minggu yang baru..malasnya! Jangan malas-malas,nanti terbawak perangai malas tu sampai ke tua.Hari ni agaknya semua orang keluar shopping/beriadah bagi yang berkeluarga dan bagi student macam aku,ada yang masih dibuai mimpi dan  lain-lain lagi.

Aku dah siap semua kerja-kerja mencuci,mengemas dan lain-lain..cuma makan tengahari je belum..Biasa lah,perut aku tak tahan kalau tak makan asyik bunyi je..

Hari ni nak kongsi video kelakar sikit,dah lama tak tengok video ni,tiba-tiba jumpa kat facebook..Ala..video Hang Tuah ambil SPM tu..Jom layan!

Saturday, September 24, 2011

Awak asal mana?

Dah berulang kali aku dengar ayat yang sama,kenapa agaknya ye?Dah banyak kali aku cakap,aku anak jati Kelantan,tapi ramai kata aku tipu.**Muka penipu ke aku ni??**

"Awak asal mana??"

Aku jawap simple.."Kelantan!"

Tiba-tiba orang yang tanya tu kata.."Tipu laa..!"


So,nak aku tipu la ni eh??hahahaha.Agak-agak,apa benda yang ada pada aku sampai orang boleh kata aku tipu?

Thursday, September 22, 2011

Mentaliti masyarakat bila perempuan keluar waktu malam

Apa mentaliti masyarakat bila nampak perempuan keluar makan sampai tengah malam,bercampur lelaki dan perempuan??

Tanggapan orang sudah tentu.."Ishh,teruknya minah ni..apa nak jadi entah,tengah-tengah malam pun keluar campur dengan lelaki!"


Tapi lain bagi aku.Aku fikir perempuan macam ni lebih bersikap terbuka dan agak sempoi.Sebab aku rasa,perempuan tu ada kelebihan dalam perwatakan,komunikasi, cara dia bergaul sampai orang yang keluar dengan dia tu rasa selesa bila keluar bersama tak kira lelaki atau perempuan.Agak normal sebenarnya benda ni di sekitar kota,tapi bagi yang tinggal di desa,mungkin pendapat tu sedikit berbeza.Aku rasa tak salah untuk keluar bersama,tapi kena pandai jaga diri.Selagi kita jaga diri,InsyaAllah..kita takkan melampaui batas.

Sesetengah orang kata tak elok perempuan keluar malam-malam..Ye,memang betul,tapi tengok tujuan jugak..kalau keluar untuk lepaskan tekanan atau makan tu tak salah rasanya,yang salahnya kalau keluar tanpa hala tuju,pergi kacau orang lain,pergi buat kerja tak elok,pergi tempat merbahaya dan sebagainya.

Nak kata benda tu tak salah 100% pun tak boleh sebab ada hadis yang kata benda ni tak digalakkan..



33. dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu Dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara Yang mencemarkan diri kamu - Wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari Segala perkara Yang keji). (Surah Al-Ahzab ayat 33)

Bagi aku,seelok-eloknya,kalau keluar tu,biarlah berteman..supaya apa-apa jadi kat kita pun,ada yang ambil berat.Tapi teman tu pun,kena pilih yang baik-baik jugak..Kalau perangai pun macam ape je,baik korang duduk dalam rumah jela..selamat dunia akhirat! ;)

Sumber Hadis : Hadis tentang wanita yang keluar waktu malam

Wednesday, September 21, 2011

Aishiteru la sangat....

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…
*)
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan
reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru
Bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali
kembali ke *)


p/s : Lagu yang pada mulanya sangat tak berminat untuk ambil tahu,tapi sekarang sangat suka..
Mood : Boleh pulak camtu kan?hahaha

Wordless Wednesday #02



Seronok jadi baby,ada yang mendukung,ada yang penjaga setiap masa..kalau diberi peluang untuk kembali ke zaman baby,aku lah orang pertama yang nak jadi baby semula ! ;)

Monday, September 19, 2011

Rindu pada cikgu......!!!

Semenjak baru mula semester ni,perasaan rasa sunyi semacam..Rasanya macam dah banyak keluar berjalan-jalan,tapi masih rasa tahap busan yang melampau.Apa lagi yang tak cukup? Macam semua dah ada je,makanan dah cukup..pakaian masih dalam keadaan baik.Tapi hati rasa tak puas lagi nak jenguk-jenguk apa yang berlaku pada dunia luar!

Cakap jela busan duk dalam rumah  kan?Macam biasa,bila dalam bilik ni,kerjanya sudah tentu berFACEBOOK dan segala bagai klik-klik pada laptop yang tak menjamin sebarang faedah...Bila dah syiok sangat,nak buat kerja lain pun malas.Hebat sungguh penangan dunia maya ni kan?
Kalau la aku rajin beribadat seolah-olah seperti rajinnya aku mengadap alam maya,alangkah bagus!!! Sepatutnya tak boleh lupa alam lain seperti alam kubur dan alam akhirat...

Bila berFACEBOOK,secara automatiknya kita akan selongkar sehabis-habisnya isi kandungan dalam facebook.Itu kerja stalker macam korang...dan macam aku jugak secara tak langsung.

Mengaku sangat jeles bila tengok facebook cikgu-cikgu masa zaman sekolah dulu.Terdetik dalam hati,"Kenapa masa zaman aku,Facebook belum wujud lagi??" Kalau ada,mesti cikgu dengan student tu lebih rapat,nak bergosip pun,boleh gosip kat Facebook..Cikgu-cikgu pun macam perangai kita jugak,cuma dalam sekolah berwatakan sangat berbeza..Bila masuk Facebook,komen-komen dan mesej diorang sama je macam kita.

Sangat rindu pada cikgu-cikgu di STF... ;(

Sesungguhnya,sangatlah rasa rindu pada cikgu-cikgu kat STF dulu yang banyak tolong dan bagi tunjuk ajar...Bila dah masuk Universiti,perasaan rindu nak kembali ke sekolah tu meluap-luap apatah lagi bila tengok post cikgu-cikgu dalam facebook berserta komen-komen dan gambar..rasa macam,wahh..sporting sangat cikgu-cikgu sekarang,dulu bukan main serius lagi cikgu kat sekolah...

Harap-harap satu masa dan ketika,akan jumpa balik dengan cikgu-cikgu tu semua...rindu sangat!!! ;)

Thursday, September 15, 2011

Merdunya suara,seindah rupa...itulah Ainan Tasneem

Untuk bergambar dengan seorang penyanyi,sangat tidak mustahil sebab penyanyi juga seorang manusia biasa seperti kita.Jadi kenapa mahu membezakan penyanyi dengan kita,tak ada beza kan?

Sebut tentang penyanyi,baru je 2,3 hari lepas bergambar bersama penyanyi.Tak pasti sama ada orang lain kenal atau tidak tetapi si dia (penyanyi) cukup popular dalam Youtube.Namanya Ainan Tasneem.


Si dia yang dimaksudkan berbaju pink,bertudung merah

Apa susah,bukak saja Youtube dan taip Ainan Tasneem,mesti korang akan kenal dia..Suara dia sangat mengancam sesuai dengan paras rupa.Jangan main-main,dia budak Bioprocess Engineering!

Ohh ye,dalam gambar ni,Ainan dijemput untuk membuat persembahan untuk Majlis Watikah Perlantikan Majlis Penghuni Kolej Kediaman UniMAP sesi 2011/12 dan Penghargaan kepada MPKK sesi 2010/11.Gambar si dia membuat persembahan??Harap maaf,masa tu adalah masa untuk mengambil lauk-pauk,faham-faham jela..makanan diutamakan! Keh3

Tengok sana dan sini

Jangan lupa,bukak Youtube dan dengar lagu-lagu Ainan Tasneem,mesti korang suka! ;)

Wednesday, September 14, 2011

Wordless Wednesday #01

Boros atau jimat,anda di kategori mana?

Boros dan jimat,itulah perangai manusia lebih-lebih lagi lelaki dan perempuan.Ada yang kata perempuan lebih boros dan ada juga yang kata lelaki dan perempuan sama-sama boros..Ya! Aku setuju lelaki dan perempuan sama-sama boros.Tapi aku kurang setuju dengan lelaki boros.Korang nak beli ape sampai boros sangat?Lain la perempuan nak beli tudung dan aksesori lain.

Sebut pasal jimat pulak,orang zaman sekarang ada yang kedekut dan ada yang langsung tak sayang duit sampai beli benda-benda yang tak patut.Tapi kalau kau orang kaya,kau patut bersyukur sebab kau sentiasa diberi pertolongan dari Tuhan untuk sentiasa ada duit tak kira masa.Dan orang kaya jugak tak pernah kisah dan tak pernah kira berapa sen pun dia habis dalam sehari.Tidak bagi orang yang berjimat ala-ala sederhana,10 sen pun berkira.

Punca orang berjimat adalah dia memang hidup sederhana,bukan kategori kaya dan tidak terlalu miskin.Tapi ada juga si penjimat yang hidup berjimat sebab dia sememangnya ada duit,tapi guna duit secara tak berhemah sampai habis terus tak simpan walau 1 sen pun.Korang sangat rugi!

Kategori apakah aku ini?Kawan kata aku kategori jimat,tapi itu yang diorang nampak..yang diorang tak nampak,hanya aku yang tahu..Tapi aku lebihkan kualiti sebenarnya,kalau kita beli murah tapi boleh guna sekejap je,tak ke rugi..ada baiknya beli terus yang mahal tapi boleh guna dalam jangka masa yang lama..Bergantung pada jenis benda yang dibeli,berjimat dan berpada-pada dalam kewangan,nanti tak sudah-sudah menyesal... ;)

Sunday, September 11, 2011

Best ke naik bas 2 tingkat?

Sedap pulak tengok iklan kat bas tu.hehe ;p

Setelah 4 bulan di rumah bersama keluarga,kini aku pulang ke tempat belajar..di mana lagi kalau bukan Perlis tercinta.Tak banyak pembaharuan,cuma aku tengok bilangan UniMAP yang bertambah dari segi kompleks pengajian yang sememangnya bersepah di serata Perlis.Semua binaan rumah kedai baru,UniMAP ambil dulu,nasib baik tak buat UniMAP kat Hadyai,kalau tidak...aku nak jugak duk situ.hehehe ;p

Semalam naik bas waktu pagi,agak malang dan terkejut bila tengok bas untuk ke Perlis adalah 2 tingkat.Setahu aku,tak boleh guna bas 2 tingkat sebab jalan sebelum sampai ke Gerik bersimpang-siur dengan selekoh yang banyak sangat..Entah,itu cuma orang cakap..tak tau la wujud ke tak undang-undang yang mengatakan demikian.

Lebih malang bila dapat tingkat atas yang sememangnya macam sardin.Penuh dengan manusia dan segala macam kotak budu,kotak air mineral (orang cina selalu bawak) dan tak kurang juga,pembawa biskut raya.Sebenarnya,ni la first time naik bas 2 tingkat dan baru tau rupanya tak best pun bas 2 tingkat.Dulu punya excited nak naik.Bestnya cuma satu,orang kat atas takkan rasa gegaran berbanding orang kat bawah dan kalau hujan,orang kat atas paling best,rasa macam duk dalam awan!

Habis cerita tentang bas.Sekarang mahu berehat dan mengemas..tapi,bila sampai sini,automatik rasa lapar..kenapa entah! Rasa nak makan macam-macam.Ok lah.Babai! ;)

Sunday, September 4, 2011

|Fenomena Jalan Sesak di Pantai Timur|

Jalan jem,perkara biasa bagi penghuni kota seperti korang.Tapi,tidak biasa untuk aku yang tinggal di kawasan yang agak kurang bandar.

Fenomena 'Jalan jem' tu setahun sekali je aku dapat rasa.Korang tau sebab apa?

Aku tinggal di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.Semenjak aku besar,nak tengok jalan jem adalah waktu musim perayaan macam sekarang ni.Seingat aku waktu kecik dulu,mana ada sangat jalan jem.Kalau ada pun,raya ke-2 je...Sekarang,boleh dikatakan setiap hari jalan sesak.Tambah-tambah pulak,aku tinggal di kawasan menghala ke lebuhraya Gua Musang-K.Lumpur.

Persoalannya,adakah majoriti yang bekerja di bandar adalah anak pantai timur?Kalau aku kata ya,confirm berlagak pulak bunyinya...tolong jawap untuk aku...please!