Kata diorang..
Aku bukan seperti anak bongsu,lagak macam anak tengah..Eh,Serius? Nampak macam kakak-kakak kah aku? (Tiba-tiba rasa macam aku muda lagi laa sebenarnya).Please la cakap aku macam anak bongsu,supaya hidung aku kembang at least beberapa saat.
Kata seorang teman..Aku anak bongsu,tapi aku tak gunakan kelebihan aku sebagai anak bongsu.Hmm,pandai betul meneka.Useless kah aku? Tak..tak..sebenarnya aku pun tak sedar yang aku belum guna kelebihan yang ada pada anak bongsu.Bila kawan tu cakap macam tu,baru sedar! Thanks kawan kerana bagi aku fikir macam-macam cara nak ambil kesempatan yang ada...Haish!
Pusing kiri,pusing kanan..aku memang agak lambat dan ketinggalan jauh berbanding kawan-kawan yang lain.Rasanya aku cuma alert benda-benda yang aku suka je,benda yang aku tak suka..lantak la tertinggal pun tertinggal la..aku peduli apa!
Maksud aku,dari segi barang-barang.Kalau tengok barang aku,semua tak ada value langsung,kalau jual second hand atau kasi free pun orang tak nak.Aku bukan tak ada taste,tapi aku malas nak layan benda-benda yang updated..Ada kawan lagi sorang kata,bagusnya jadi macam aku..tak ada perasaan nak sesuatu benda..
Kawan ada macam-macam benda.Kereta,ada HP yang style habis,ada pakaian yang branded,pergi makan kedai gila eksklusif,ada camera tiap-tiap tahun tukar lens,weekend pergi berpoya-poya shopping dan jalan-jalan cari makan.Aksesori mahal-mahal gaban,produk kesihatan & kecantikan bertimbun-timbun.Gajet penuh masuk wishlist..Aku apa ada? Hahaha
Aku tak kisah pun.Yang aku tahu,biar aku duduk diam-diam sampai habis belajar dulu.Aku fikir,suatu hari nanti aku akan rasa puas dapat capai sesuatu benda hasil dari kesabaran aku selama ni.Tu je.Orang kata,susah-susah dulu,senang-senang kemudian.Biar aku cikai,lekeh sekarang,janji suatu hari nanti aku capai semua yang aku target! Kejayaan dan kebahagiaan.Cewah!
Sekurang-kurangnya,aku pernah merasa kesusahan dan kepayahan,berbanding orang yang sentiasa senang tapi hati tak tenang sebab leka sangat..Dapat macam-macam,tapi banyak pulak masalahnya,tu tandanya ada la tu sebab-sebabnya yang kita tak tahu.Wallahualam.