Wednesday, March 7, 2012

Terlalu bandar..

Dulu aku tertanya-tanya,kenapa ada orang lelaki yang suka perempuan tak bertudung dan kenapa bila waktu dia nak kawin,dia sibuk nak cari perempuan yang baik-baik,sopan santun,kalau boleh dapat ustazah tu lebih bagus.

Kenapa wahai lelaki? Kenapa?

Aku pernah ada seorang kawan lelaki.Baik budaknya.Tapi terlalu bandar sangat,biasalah warga kota.Nak dibandingkan dengan aku memang tak masuk akal la kan.Satu benda yang aku tak boleh lupa pasal dia ni adalah apa yang dia pernah kata bila aku tanya pendapat dia pasal perempuan bertudung;

" I tak boleh handle perempuan bertudung ni..susah lah! Korang ni macam Girl-Next-Door!'

Wahhh! Sentap kau jantung aku! Haha.

Dah kalau kau cakap macam tu,kau pergi la kawan dengan perempuan lain yang tak bertudung,kawan dengan aku buat apa? Kelihatan agak kerek bila statement dia keluar macam tu.Aku kenal sangat dia ni,memang kawan dia bersepah-sepah.Bila lepak-lepak sama,tengok kawan-kawan dia punya la high-class punya orang.Tak ada nya muka-muka nak lepak kat warung macam aku ni...

Aku ni dah la bagaikan wartawan sikit kan,suka tanya banyak benda.Aku pernah la cuba-cuba tanya pasal pandangan dia pada suasana kampung pulak dan ini jawapan dia;

" I tak tahu macammana orang survive duduk kat kampung,tak ada entertainment langsung kot!"

Deng! Dia ni dah melampau.Tak ada langsung ciri-ciri layak dibuat suami.Reject terus.Haha.Aku harap suatu hari nanti orang yang aku maksudnya tu kembali la ke pangkal jalan.Amin.Mudah-mudahan.. ;)

1 comments:

robotkuning said... Reply To This Comment

kampung bes.kampung ada sungai.boleh terjun tiruk.

kampung bes.kampung ada anak dara aum.boleh pewit2 dekat simpang jalan.

kampung bes.kampung ada ketua kampung.boleh lepak minum dengan ketua kampung.

kampung bes.ok.gua nak cal ketua kampung gua jap.