Sunday, July 22, 2012

Part 1 Surabaya - Menu, Puasa dan Sahur.

Hari ini,genap seminggu aku berada di rantau orang dan untuk pertama kalinya berpuasa di negara orang.Walaupun tak jauh dari negara sendiri,tapi perasaan nak puasa di negara sendiri adalah meluap-luap sebenarnya.

Tak banyak mana pun bezanya.Cuaca tetap juga sama seperti Malaysia.Bezanya cuma makanan,budaya,masa,dan persekitaran.Semuanya baik-baik saja,cuma beberapa perkara yang aku perlu aku sesuaikan.Alhamdulillah,1 Ramadhan sudah berjaya dilalui dengan tenang.Waktu berbuka di sini cukup awal,5.30 petang.Kalau di Malaysia sekitar jam 7 malam.Itu bezanya. Rasa macam puasa main-main.Tup-tup dah berbuka!

Berbuka puasa bersama staf,pensyarah dan pelajar PHD
Menu berbuka 1 Ramadhan.Nasi Goreng Asin dan Marquisa Juice.
Kali kedua menjamah menu Nasi Goreng di restoren yang sama.Nasi boleh kongsi 3 orang sebab banyak sangat.Restoren Wok-Wok namanya.Rasa memang sedap dan puas hati.Harga sekitar 20 000 Rp,lebih kurang RM7 di Malaysia dan air sekitar 4000-7000Rp, RM1-RM2.50 duit kita.

Itu kisah berbuka.Sahur? Seawal jam 3 pagi dah bangun untuk bersahur sebab Subuh jam 4.30 pagi.Mata memang tak payah cakap.Susahnya nak bukak,macam ada gam! Tapi Alhamdulillah,dah 2 hari bersahur dengan jayanya!

Cukup sampai di sini dulu Part 1.Akan bersambung untuk part yang lain.

0 comments: