Sunday, July 1, 2012

FIkir Positif

Hari ni hari Ahad,semua orang tahu.Kecuali bagi orang yang baca post ni esok,lusa...dan minggu depan.
Aku tak suka hari Isnin,sebab permulaan minggu.Kalau ada kuliah,kerja..aku tunggu hari Jumaat sebab esoknya weekend. Tapi tu la dia. Hari Jumaat ke hari Isnin cepat je...tapi kalau hari Isnin ke Jumaat? Lamaaa!

Hari ni dah 1 Julai 2012, dah bau-bau nak puasa dah ni. Tapi puasa tahun ni mencabar sket sebab untuk pertama kalinya akan berpuasa di bumi Jawa iaitu Indonesia. Untuk apa ke sana,nanti aku update status bila dah sampai sana ye. Tu pun kalau ada masa nak update blog. Entah-entah internet pun jarang-jarang dapat bukak.

Alhamdulillah.Rasa macam 2,3 hari ni bersemangat sket dan selalu fikir positif.Kenapa? Sebab 2,3 hari ni asyik dengar motivasi je dari internet. Motivasi bersama Prof.Dr.Muhaya, seorang individu yang cukup hebat dalam segala bidang. Pakar mata,pensyarah,pakar motivasi..sampaikan orang panggil ustazah pun ada.

Kalau dengar hari-hari, InsyaAllah..fikiran positif akan selalu ada dengan kita setiap hari..

Untuk mendengar ceramah beliau..boleh cari sendiri kat YouTube.Kalau malas..klik sini je;




Kata beliau,InsyaAllah..fikiran yang positif,akan menjadikan individu itu bersih hati,tenang,cemerlang dan senang dalam melakukan apa sahaja.

0 comments:

Lilypie Angel and Memorial tickers