Ada orang belajar untuk cepat-cepat grad.Jalan pintas,masuk asasi atau matriks,wah,cepatnya dia habis! Kau Diploma dulu? Kenapa tak masuk matriks? Rugi tau,lambat habis.Katanya.
Ada orang belajar kerana nak kejar gaji yang lumayan.Nanti bila orang tengok,wah! Dia punya wang! Mak pun bangga canang cerita,anak aku dah kerja dah.Anak kau ada?
Ada orang belajar dengan harapan dapat tunjuk pada orang yang dia ada pelajaran.Hey! Aku ada degree,kau ada?
Ada orang belajar tapi dia sendiri tak tahu kenapa dia perlu belajar. Cepat la habis,bosan dah belajar,katanya.
Ada orang belajar untuk score tinggi-tinggi,supaya grad dapat pointer bagus,tak kira walau setiap kali test/exam,dia meniru saja.Tak fikir orang lain punya mentelaah selama mana dan dia hanya tulis jawapan pada kalkulator dan nota-nota kecil,tapi mengharap Tuhan bantu dia untuk dapat kerja.
Ada orang belajar,tapi tak la fokus sangat.Datang kelas tak bawak apa-apa.Sehari sebelum test/exam,mula cari nota kat mana,soalan tutorial kat mana,mula pinjam nota kawan sampai kawan pun tak boleh nak belajar guna nota dia.Tak bagi,dia kata kawan kedekut ilmu. Ada jugak orang macam tu?
Ada orang belajar,dia tak fikir apa pun.Rileks la,test dengan exam lambat lagi.Kita online puas-puas ye! Dekat-dekat exam,dia la paling semangat belajar.Saja je,tunjuk rajin dan pandai.Padahal baru je buka buku semalam.Tak tidur sehari pun tak apa,pengorbanan katanya.Lucu sangat.
Ada orang belajar,tapi dia tak tahu apa-apa langsung.Dekat nak exam,dia tanya macam mana nak buat ni?
Ada orang belajar,tapi bila ada assignment,dia nak tengok kawan punya.Kurang bijak.Sebijik sebutir dia tiru.Kalau tak bagi,nanti dia bilang apa guna kawan kalau tak nak tolong.
Ada orang belajar, tapi dia dengki,kenapa kawan baik dia dapat tinggi dari dia? Padahal belajar sama-sama.
Ada orang belajar,tiru sana,tiru sini.Bila result keluar..si peniru dapat tinggi,si pemberi tiru dapat rendah.Kesian dia.
Ada orang belajar,result cecah 3 pointer.Tapi merengek macam orang dapat pointer 2.00.Alaaaaa..kenapa dapat sikit je katanya.Dia tak pernah fikir apa perasaan orang yang dapat pointer 2.0 ?
Ada orang belajar, dah pesan siap-siap kat kawan.Lepas ni test,aku duk sebelah kau ye?
Ada orang belajar,dia bagus.Cepat faham dan rajin usaha.Keputusan pun bagus.Tapi perangai dia..Subhanallah.Hanya Tuhan saja yang tahu.Attitude kenapa begitu?
Ada orang belajar,dia malas.Tapi dia salahkan lecturer yang ajar tak bagus.Lecturer bagi markah sikit pun dia marah.
** Ini dia aku namakan PERKARA 15 yang aku selalu jumpa.Sakit hati bukan kepalang.Tapi nak buat macam mana,semua tu manusia punya perangai.Aku juga bukan sempurna.
** Aku seperti tak ada perasaan.Yang aku tau,baik buruk keputusan,kuat mana cabaran dan lama mana masa belajar,aku tak fikir pun tu satu beban dan dan aku perlu malu.
** Aku tak kejar sesuatu yang lumayan.Tapi mau kepuasan hati sebab dapat peluang belajar.
** Orang kata bila kita susah nak cemerlang,ada sesuatu yang kita buat tanpa Redha dari-NYA.Bagi aku,Tuhan dah atur yang terbaik.Kalau semua orang cemerlang serentak,huru-hara dunia,huru-hara orang nak kerja.
** Maafkan aku kalau entri ni mengguris perasaan sesiapa.Random dan tidak bernama untuk setiap penyata di atas.Maafkan aku.Tidak terniat untuk menyakiti hati sesiapa.Harap,semoga ada yang nampak dia sekarang berada di mana dan bagaimana dia dilihat dari kaca mata orang lain.Begitu juga diperlihatkan kepada penciptaNYA.Semoga kita diredhaiNYA.Wallahualam.
0 comments:
Post a Comment