Sunday, July 8, 2012

Pujian dan kata-kata manis

Hobi baru masyarakat dalam Facebook..

Upload gambar baru dengan caption, "It's me,without make up!" dan ayat-ayat seumpamanya benar-benar menarik perhatian aku.

Lantaklah dia.Lagipun gambar boleh menipu.Camera DSLR sekarang pun pandai mengampu,lebih teruk dari ayat-ayat bodek manusia.Instagram pun boleh tahan.Kelabu ala-ala vintage gitu.Juga pelakon yang hebat sama seperti camera,menjadikan manusia bertambah leka,perasan dan yang utama..Confident cantik.Harus la begitu,kata mereka agaknya.

Tak cukup dengan tu,tambah pulak dengan software edit gambar.Jerawat sebijik pun boleh hilang dalam masa 2 minit aje. Terima kasih editter!

Sekelip mata.Manusia-manusia tersebut upload semua gambar baru.Caption tak payah cakap,tak larat nak baca. Berduyun-duyun pujian manis di bawah gambar yang baru di-upload. Cara reply pun memainkan peranan. "Kita tak cantik la.., Mana ada..biasa-biasa saja..., Ala,awak lagi cantik.., bukanlah..salah tengok kot! Dalam hati..yes,orang puji lagi..Bulan depan upload lagi.Agaknya laa.

Itu benda biasa sekarang.

Tapi ada seorang Hamba Allah,bukan begitu perangainya. Apa yang ada di Facebooknya,hanya gambar usang,gambar paling teruk yang dia pernah ada tentang dirinya. Pada tanggapan orang yang melihat Facebook beliau,sesuatu yang amat teruk pada pandangan pertama. Tapi bila jumpa, jauh lebih baik dan molek daripada apa yang dipamerkan. Syukur,masih berpeluang untuk jumpa orang seperti beliau. Kagum dan hormat sama dia!

0 comments: