Wednesday, July 4, 2012

True or false?

Pernah suatu ketika,waktu jatuh,terjatuh dan dijatuhkan dengan sengaja..orang bertanya..

"Ok ke?"

Dalam hati, nak je tanya, " Nampak macam ok ke?"

Tapi sakit dalam hati,Tuhan aje yang tau. Kadang-kadang kita cuba sorok dari realiti sebenarnya,sakitnya sangat  kuat sampai tak terkata dengan apa-apa bahasa pun. Takut dicop LOSER. Degil dan ego mengatasi segalanya.Tak ada la..ok je,tak ada apa-apa pun!

Bila orang sengaja buat sakit hati,(padahal dah tak heran pun sebab banyak kali sangat sakit hati), orang tanya lagi, betul ke tak sakit hati? Again! Tak ada laa,tak rasa apa-apa pun! Menipu untuk sekian kalinya lagi.

Bila orang minta maaf sebab menyinggung perasaan, orang tu datang balik cakap, sori kalau terasa tadi. Jawap aku, Eh,tak apa,nak buat macam mana dah lepas.

Dalam hati,semoga Tuhan ampunkan dosa mereka-mereka yang sebegini rupa Ya Allah!

Kalau kecewa bercinta? Agak-agak apa jawapannya? Hint ada di bawah.

true or false?

0 comments: