Saat-saat ni jugak lah aku tiba-tiba teringat makanan yang aku selalu makan waktu bujang dulu.Nak kata rindu waktu sebelum pregnant pun tak boleh jugak sebab lepas kahwin aku terus pregnant. Hehe ;p
Kalau dikira,rasanya dah hampir 5 bulan aku tak sentuh Maggi,Coffee,Nenas,Ikan Keli.
Ada lagi yang aku tengah jauhkan diri,macam Teh,Nescafe.Dua minuman ni aku tak tahan sangat,kadang-kadang terpaksa minum sebab kempunan terutama Teh Ais.Maklum la,cuaca tengah panas,aku jadi geram nak minum Teh Ais yang sejuk tu.Jarang-jarang tak apa kan? Kalau tak,kempunan la aku nak sampai ke 9 bulan nanti.Huhu
Air kelapa pun aku baru je beranikan diri minum masa dah nak dekat 5 bulan pregnant.Mak mertua kata dia minum dari awal pregnant ok je.Aku nak minum takut pulak sebab orang kata awal-awal ni dia akan 'cuci perut'.Tapi seingat aku,masa aku belum tahu lagi yang aku pregnant (dalam 4minggu pregnant),aku dah minum air kelapa,beli kat taman perumahan aku ni.Masa tu mana tau lagi pregnant.Tapi Alhamdulillah,semua ok.
Sekarang ni,hampir tiap-tiap minggu akan beli air kelapa,tak kisah la sebiji harga RM2,3 pun asalkan minum.Bukan apa,aku ni senang terpengaruh bab-bab petua nak kasi baby kulit comel.Maklum lah,mama dia kulit MasyaAllah..pemalas betul nak jaga muka.Tompok sana sini.Hehe ;p
Esok genap minggu ke-23 pregnant.Baby pun tak duk diam.Perut mama dia dah besar,jalan macam penguin.Sabar jela mama walaupun kadang-kadang aku rasa macam dalam gambar ni;
Doraemon pun pregnant? |
Ni baru 5 bulan.Macammana agaknya situasi akan datang?Oh baby..baby..cepatlah lahir,tak sabar nak tengok budak yang sangat aktif dalam perut ni sampai mama tak boleh tidur malam-malam.
Ohh,bila baby besar nanti aku akan cerita pada dia.Masa dia dalam perut,musim ni adalah musim orang nak berpilihan raya.Bila dewasa nanti,sila la tunaikan tanggungjawap kepada negara.Abah aku pulak kata,tarikh aku lahir tu adalah tarikh lahir UMNO baru.Ada sikit persamaan dengan baby dalam perut ni.Mummy aku pulak selalu cerita,waktu aku lahir tu tahun naga.Kebetulan raya cina pun waktu tu jugak.Tiap-tiap hari asyik bunyi orang main gendang naga cina tu.Patut la masa aku sekolah aku suka masuk benda-benda bising macam tu,pancaragam.Hee ;p
p/s : Bila agaknya baby ni nak tunjuk sama ada dia baby girl ke baby boy? Excited dah ni.. ;p
5 comments:
pantang betul ni.. akak dulu pantang sikit2 jer. hahahaha. tunggu dah beranak baru pantang betul2
@THE LEKAT LEKIT STORY
Bkn ape kak,excited sbnrnye..hehe
salam kenal blogger. jom join GA nina yeaaa :)
kite pun waktu tu kandungan 3 bulan.. pastu tibe2 terasa nak air kelapa. skali kakak ckp jgn minum takut la kalo jd ape2.. tp mak mertua kata bole je minum. mungkin ikut badan masing2. ada yg kuat ada yg rahim tak kuat. so, it's a matter of taking risk la.skrg dah masuk 7bulan.. nanas pun bedal je.. haha
dah scan ke ?
suka minum air kelapa dl..tp tu la..ada yg ckp tk leh minum masa kandungan masih awal...
Post a Comment