Sunday, April 28, 2013

Minggu 24 sudah

Seminggu ni,dah macam-macam makanan masuk dalam perut.Tak tahu la baby ni ok ke tak makan benda pelik-pelik yang mama dia tak pernah makan sebelum ni. Ni semua gara-gara mama dia ada training kat Cyberjaya sejak Isnin hari tu.Tau-tau jela kat sana,nak jumpa kedai biasa jangan harap la. Tak pe lah,untung jugak baby ni boleh merasa makan selain dari yang dia selalu makan.

Hari ni genap minggu ke-24 pregnant.

Apa yang berlaku sepanjang minggu ke-24?
Berat bayi anda lebih dari 1.3 paun / 600 gram. Walaupun dia mempunyai hanya sedikit lemak badan dan kulitnya nipis dan mudah pecah, dia sekarang sudah mempunyai bentuk badan yang sempurna. Otaknya tumbuh dengan pantas, dan dia semakin memenuhi ruang dalam rahim anda. Dari mercu kepala ke tumit dia berukuran 11.8 inci / 30 sentimeter. Sekiranya pelahiran anda nampak seakan-akan hendak bermula, sudah pasti pakar obstetrik dan doktor akan melakukan segala-galanya untuk menghentikan perjalanan kelahiran pramatang supaya bayi anda boleh terus-menerus matang. 


Anda mungkin kelihatan jalur-jalur merah atau coklat yang malap yang merupakan tanda perut meregang, bergelar stria kehamilan yang terdapat di abdomen, punggung dan payudara anda. Krim tidak boleh menghilangkannya, tetapi, memakai bra yang menyokong boleh menghindarkan atau mengurangkan jalur-jalur ini di payudara anda. Jalur-jalur ini memang terjadi di tahap kehamilan ini - lebih kurang 90 peratus wanita mendapatnya. Sesudah anda melahirkan, pigmen kemerahan atau kecoklatan pada jalur-jalur itu akan mula hilang, dan menjadi lebih pudar dari di kulit kelilingnya. 

Juga, mata anda akan menjadi sensitif kepada cahaya dan akan terasa kering dan seakan-akan berpasir. Ini merupakan simptom kehamilan yang biasa bergelar 'mata kering'. Untuk meredakan ketidakselesaan anda, gunakanlah larutan 'airmata tiruan' untuk menambahkan kelembapan. 


Tu dia.Dah tak lama lagi kan? Baby,sila duduk baik-baik dalam perut mama ye.Jangan nakal sangat pusing sampai mama senak perut..hihi

0 comments:

Lilypie Angel and Memorial tickers