Thursday, April 11, 2013

Pemberian si dia..

Masa balik kampung jumpa encik suami hari tu,

Katanya tak ada apa yang dia nak bagi sebelum aku balik Perlis,cuma....




Ya,dua anak POKOK CILI!

Dia tanam sendiri,katanya jaga la pokok ni,siram setiap hari dan letak baja.Tengok-tengokkan kalau ada serangga perosak,gembur-gemburkan sikit sabut dalam tu.**Speechless kejap**

Dia tahu wife dia ni masih kurang berminat dengan bercucuk-tanam.Melainkan bercucuk-tanam di Farmville,Farm Story dan lain-lain kat Internet.Agaknya sebab tu la sampai dua pokok dia bagi.Dia kata lagi,kalau ada rezeki,dapat la merasa cili tu.Kalau tak ada rezeki pun tak apa.Mungkin rezeki kat tempat lain.Huhu.Terharu jugak aku dengar! ;(

Memang aku secara jujurnya masih belum berminat untuk bercucuk-tanam.Mungkin jugak sebab sebelum ni aku tinggal di hostel,kali ni duduk menyewa sebab tu la dia nak suruh aku minat jugak menanam.Sebelum ni dia pernah sebut,tanam la pokok.Alasan aku cuma satu.."Mana ada tanah nak tanam kat rumah tu,tak ada space langsung untuk tanam apa-apa!" Hmm..Sudahnya dia suruh tanam dalam plastik tu.Aku kata lagi,entah la..tengok la kalau rajin.Memang takkkkkk la kan. ;p

Bila ingat balik susah payah dia tanam,rasa tak sampai hati kalau tak jaga betul-betul.Tambah pulak,duduk berjauhan dengan encik suami.

Macam dia kata,InsyaAllah,kalau ada rezeki,dapat la merasa hasilnya.Sama-sama kita tengok nanti.. ;)




7 comments:

adzairdawati makdara said... Reply To This Comment

auwww sooo sweet

Cik Puan Ila said... Reply To This Comment

@adzairdawati makdara

Tq akak..hehe ;)

Wak Gelas™ said... Reply To This Comment

wak pon tingal berjauhan jugakk..,ahHKs

saifudin abu izzudin said... Reply To This Comment

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/

Ema Nordin said... Reply To This Comment

Alahai syahdunya long distance macam ni. Dulu suami Ema duk Bintulu, Ema kat semenanjung. Sadisssss.

NinaAz said... Reply To This Comment

hehehe.samalah! nina pun xsuka menanam. ingat dulu ambik pokok cili ma. xsampai sebulan mampos dah pokok tu. haha
btw. tq join GA nina yea

EllyZahari said... Reply To This Comment

pasni bleh suh dia tanam pokok serai lak..sng nk masak nt..haha