Wednesday, April 10, 2013

Tentang Shaklee,Dermatologica dan AuraWhite.

Entah la..aku pun tak tahu nak komen apa.Keterujaan tu mengatasi segalanya!

Shaklee!

Awal bulan dulu order Shaklee.Produk ni memang bagus.Masa tu baru berapa minggu pregnant aku dah cuba makan dengan waspada.Waspada maksud aku,kalau rasa loya ke apa ke,aku stop la dulu sekejap.Bila dah stop,mak aii..banyaknya jerawat! Sampai terpaksa pulak pergi treatment muka di Changlun,Kedah untuk 3 kali berturut-turut selang 3 minggu. Guna produk Dermatologica masa treatment,baru ok! Mungkin jugak gangguan hormon semenjak pregnant.Lepas treatment,ok balik muka.Masa tu dah sesuai untuk ambil semula Shaklee.Pagi,petang dan malam semua kena ada Shaklee.Memang puas hati.Hajat di hati nak guna Shaklee sampai la si kecik ni lahir kalau tak ada kesan sampingan.Maksudnya untuk permulaan,set hamil dan kemudian set berpantang dan menyusu.

Alhamdulillah,sepanjang guna Shaklee ni memang berkesan.Mata rasa cergas,badan rasa terlebih larat buat kerja walaupun tengah pregnant.Kulit muka kurang minyak,jerawat langsung tak ada,sembelit hilang dan yang menarik,kalau pergi monthly check up kat klinik untuk ibu hamil,tekanan darah dan HB memang bagus!   Air kencing kotor pun tak ada lagi.Ni bukan tipu ye! Ini betul-betul. Itu Shaklee.

Aurawhite!

Sejak dua menjak di fikiran agak beracun dengan promotion dalam internet pasal Aurawhite. Apa lagi bila housemate pulak dah jadi dealer Aurawhite! Secara drastiknya,aku meng'order' produk ni untuk diri sendiri.Senang sikit,free postage.Hantar depan bilik terus! Semalam adalah hari pertama aku ambil Aurawhite dan kita tunggu 2-3minggu untuk tengok hasilnya.Kalau positif,Alhamdulillah.Kalau sebaliknya,mungkin tak sesuai untuk jenis kulit aku. Sekadar mencuba.Aku kan suka mencuba.heheh ;p




Tak mengharap kulit licin macam artis.Tapi mengharap at least,kulit lebih rata dan sihat pun jadilah.Selebihnya,kena banyakkan ambil wuduk.Itu yang utama.Sangat la untung orang yang tak ada masalah kulit kan? 

Kat atas aku ada sebut pasal Dermatologica.Tapi aku tak guna pun,tu cuma produk untuk treatment muka.Produk tu memang bagus,cuma harga dia.....err,tunggu aku kerja tetap dulu baru guna! Buat masa ni dah beralih arah ke Nutox Oxyfusion sebab muka aku memerlukan penggunaan SPF,kata orang di tempat aku buat treatment tu..Hmmm...So far,so good! Tengok lah 6 bulan lagi jadi macam mana. ;)

p/s : Ada orang tak makan vitamin,tak cuci muka,tak buat apa-apa untuk muka pun muka cantik dan licin.Untung laaaaa... ;p


4 comments:

erna said... Reply To This Comment

ila...teruja la ila komen tentang shaklee ni. nak copy la testimoni ni. boleh x ila?

kak erna pengedar sah shaklee sekarang ni. memang kak erna selalu dapat feed back positif dari customer. seronok sangat..

teruskan makan vitamin shaklee ni ye..iman pun dapat makan vitamin shaklee juga. sebab susu yang mengalir dari badan ummi untuk iman penuh khasiat vitamin shaklee :)

take care ila

Cik Puan Ila said... Reply To This Comment

@erna

Ok k.erna..diizinkan utk amek sebagai testi..mmg puas hati guna shaklee ni.Harap-harap kekal la ila guna shaklee sampai la dah beranak pinak nanti..InsyaAllah..Thanks k.erna atas nasihat yang diberi! Kemsalam kat baby Iman tau..hihi;)

adzairdawati makdara said... Reply To This Comment

wahhh bagus betul produk ni kan

Cik Puan Ila said... Reply To This Comment

@adzairdawati makdara

Sgt bagus kak..kalau ada org suruh suggest,sy rekeman produk tu. ;)