Buat masa ni,aku confius.Orang kata kalau berdepan dengan benda-benda macam ni,kena kuatkan hati dan jangan stress.Tapi sekarang on/off mood ni,sekejap rasa sedih.Sekejap rasa biasa. Allah,betapa hamba-Mu ini sangat perlukan kekuatan.
Orang yang tak mengalami tak mungkin rasa seperti apa yang aku rasa.Mereka paling kurang pun,tersentuh hati dan rasa simpati.Tapi berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul ni.Tadi pergi follow-up ke Hospital selepas rujuk Alor Setar tempoh hari.
11 Jun 2013,2.30 petang.
Aku sampai agak awal,lepas Jumaat dan kebanyakkan staf hospital masih lagi sedang rehat.Ada seorang doktor muda,Chinese berumur lebih 3 tahun dari aku. Dia check buku merah ibu mengandung. Tapi kata-kata dia buat aku tersinggung.Sebelum ni tak pernah ada doktor yang layan aku macam tu. Maksud aku,menyinggung perasaan aku. Tapi takpe lah,aku pun sedar apa yang sedang aku alami sekarang.
Dia cakap;
"Puan tahu kan anak Puan akan mati even lepas deliver pun?"
Aku cakap la lepas ni aku nak transfer hospital kat kampung untuk treatment.Dia cakap;
"Ohh.. I don't think about treatment.Your baby is critical.Bila-bila masa boleh mati dalam perut!"
Ya Allah.Kenapa bahasa macam tu? Aku seorang ibu yang stress sekarang ni,boleh tak cakap elok-elok dan berhemah?
Aku cuma angguk tanda macam faham. Tapi dalam hati terasa jugak dengan kata-kata tu.Emm,takpe lah,dia doktor baru kot.Baru nak belajar. Lagi pun selepas tu dia scan perut aku dan dia macam tak berapa nak confirm sangat apa yang dia tengok kat monitor.
Kemudian,seorang lagi doktor datang.Doktor yang ni memang aku suka.Sebab sebelum ni pernah scan dengan dia.Sesi kaunseling dia membuatkan aku semakin kuat dan tabah. Dia pujuk supaya aku berdoa banyak-banyak pada Tuhan.Kalau apa-apa yang berlaku,at least kita masih kuat untuk hadapi semua tu. Condition baby agak teruk seperti yang diberitahu oleh doktor di Alor Setar hari tu.
Tapi takpe,doktor ni explain aku boleh terima dengan hati terbuka sebab aku sendiri rasa tenang je waktu dia nasihat dan explain tentang baby. Dia terangkan satu-satu dan banyak juga aku bertanya pada dia. Alhamdulillah.Dia menjawap soalan aku dengan baik dan aku sangat puas hati. Katanya pagi tadi pun ada seorang ibu yang alami nasib macam aku. Doktor macam hairan kenapa boleh ada 2 kes yang sama.
Kuasa Tuhan.Tiada siapa yang tahu.
Tekad.Aku akan balik ke Kelantan untuk deliver baby.Normal atau C-Sec bukan jadi persoalan.Yang penting anakku dalam perut ni.Mengharap untuk sesuatu perubahan walaupun tak banyak.
Tidur malam pun dah tak macam tidur.Menangis sepanjang baring. Aku tak lagi tidur di katil sebab sakit di 2-2 belah tulang rusuk.Aku pujuk hati,demi anak ini,biarlah aku tanggung semua ni.Seksanya hanya Tuhan saja yang tahu.
Aku tak pasti sekarang. Dua condition : Lahir hidup atau Lahir Mati. Lepas tu akan ada condition seterusnya : Lahir sakit atau Lahir sihat selepas rawatan.
Doa demi doa aku panjatkan pada Allah SWT.Ada rezeki..ada lah..kalau tak ada..redha saja. Anggap saja sebagai kafarah dosa yang lalu.
Anak Mama,
Jika suatu hari,sebelum sempat anak melihat dunia,anak mama sudah tiada, doakan mama di hari muka. Mama bertuah kerana memiliki anak penghuni syurga. Biarpun belum menjamin anak mama akan membantu mama masuk ke pintu-pintu syurga,tapi biarlah anak mama yang masuk.Dosa mama masih banyak yang belum dihisab.Tapi dirimu anak,terlalu suci,tak ada dosa dan tak salah silapnya,mama redha Tuhan hantar anak mama ke syurga.Mama gembira dan bersyukur.Moga anak mama tenang di sana. Jika dirimu anak,ditakdirkan hanya beberapa hari saja bernafas di muka bumi ini (walau ini bukan mama pinta), maka bergembiralah wahai anak di mana-mana pintu syurga Allah swt.
Mengandungkan anak mama untuk suatu tempoh yang agak lama,cukup membuatkan mama bahagia.Biarlah berperang dengan sakit,muntah,tidur yang tak menentu,nafas yang tak pernah cukup,tapi mama rasa bahagia Allah kurniakan anak buat mama dan abah.
Anak mama tahu tak, Abah seorang yang sangat suka budak-budak. Mula-mula dia dapat tahu mama mengandung, dialah orang yang paling gembira.Masa tu mama masih lagi blur,tak percaya yang dalam perut mama ni ada bakal khalifah, hasil benih mama dan abah. Abah pernah kata, lepas ni dia tak sabar nak main-main dengan anak sendiri sebab sebelum ni dia cuma bermain dengan anak-anak buah saja. Memang ini harapan abah,mempunyai anak seperti kawan-kawan yang lain.Abah selalu cakap,dia dah tua tapi anak kecik lagi,kalau jadi apa-apa kat dia waktu tua,kesian pulak kat mama nak kena jaga sorang-sorang.Sedih mama!
Sepanjang mama mengandung,abah tak ada di sisi mama.Anak mama cuma kenal suara mama saja agaknya.Dan betapa abah menanti mama pulang bercuti,untuk dia bersembang dengan anak mama dalam perut ni.Betapa kasihnya dia pada dirimu anak....
Anak Mama,untuk kali ke berapa pun mama tak pasti,setiap kali mama tulis entri ni,mama pasti mengalirkan airmata, punya tinggi harapan mama untuk lihat anak mama survive. Mama tak boleh stress sangat,nanti anak mama pun terikut sama. Apa yang mampu mama buat,mama cuba fikir positif, InsyaAllah..anak mama ini kuat dan tabah.Di sebalik gelak ketawa aku di rumah,di sebalik senda gurau aku bersama suami,tak siapa yang tahu bahawa aku runsing,aku bingung dan aku cukup tertekan untuk mengharungi semua ni.Apalagi bila berjauhan dengan keluarga dan suami sendiri.
Masih memikirkan tentang pengajian Master yang tertangguh,kewangan yang hanya cukup-cukup saja dan pergerakan aku yang terbatas akibat mengandung ni,semua pun ada dalam kepala ni.
Adik-beradik tak tahu apa yang aku alami ni,sebab aku tak cerita. Housemate pun sama. Aku hanya mampu gelak dan bergembira bersama mereka.Tak nak mereka susah hati atau simpati pada aku.Aku tak suka situasi yang akan buatkan airmata aku bertaburan.Jadi,ada baiknya aku sembunyikan perkara ini.Housemate,maafkan aku sebab terpaksa sembunyikan perkara ni. Bukan aku tak tahu, daripada mula-mula aku pregnant,korang lah yang paling tak sabar nak tengok ada baby dalam rumah ni,korang lah yang paling tak sabar nak jaga,nak main-main dengan baby,sebab aku tahu,korang semua baik-baik dan mempunyai naluri seorang kakak dan bakal ibu yang terbaik.Maafkan aku kawan...
Walaupun korang tak tahu apa yang aku rasa saat ini, tapi aku harapkan,kepada beberapa orang yang tak sengaja mendapat tahu akan hal ini supaya terus mendoakan aku dan baby setiap masa. Aku sebenarnya merasakan aku 'berhutang doa' dengan kawan-kawan yang mendoakan. Moga-moga di suatu saat, aku bakal mendoakan korang semua nanti untuk semua keadaan dan situasi yang kita tak pernah jangka,seperti kisah anakku ini.
Ya Allah,jika diberi peluang,aku mahu merasa kembali saat-saat kali pertama aku disahkan mengandung,kerana saat itu cukup indah dan mengembirakan.Semoga akan ada lagi rezeki buat aku dan suami.InsyaAllah.
0 comments:
Post a Comment