Sunday, June 9, 2013

Mama Kurang Kalsium,Baby Ambik!

Allahurabbi!

Siapa sangka, dah masuk 7 bulan pregnant,baru nak merasa apa yang ibu-ibu lain rasa.Hanya Tuhan saja yang tahu betapa 'macam-macam' nya perasaan ketika ni.

Ok.Dah lama sangat tak buat entri baru.Bukan sebab malas atau banyak kerja tapi sebab terpaksa merehatkan diri daripada mengadap laptop.Rasanya berjalan-jalan lebih bagus daripada duduk setempat.Orang tegur, "Besarnya perut!" Tu dia.Selama ni orang duk komen perut kecik.Nahhh! Ambik.Umpama sebiji bola kat perut ni haa. Masa week 28 hari tu, berat baby dah 1.5kg. Tak tahu la nak sampai ke 9 bulan dah naik berapa kg nanti. Oh my baby! Patut la mama rasa berat sangat nak buat kerja.Awak besar sangat.

Well,sebelum ni dah ada orang pernah tanya minum susu apa.Aku cakap minum Anmum Materna. Ramai pulak yang nasihatkan aku jangan minum lagi susu tu,nanti baby jadi besar! Dulu aku tak percaya,sekarang aku percaya! Memang baby cepat besar.Tengok la aku sekarang,berat perut toksah cakap la oi. Bila aku stop minum susu Anmum tu,aku tak top-up pun dengan susu lain.Hasilnya aku sakit belakang,sakit pinggang,sakit tulang rusuk.

Nasib baik gigi aku masih ok.Tu tandanya,baby dah serap kalsium dari mama dia.Mama dia pulak yang tak cukup kalsium sekarang. So,aku cepat-cepat ganti dengan susu Anlene untuk tambah kalsium.Lantak la orang nak kata tu susu orang tua pun,tapi aku minum je nak cover tulang yang sakit-sakit ni.

Oh ye! Aku lain dari orang lain. Orang lain lebih selesa berehat tak pergi mana-mana berbanding berjalan waktu pregnant. Tapi aku terbalik. Makin aku berehat,baring ke,tidur ke,masa tu la tulang aku sakit.Sakitnya sampai tahap aku nak menangis. Tidur nak pusing kiri-kanan pun ambik masa yang lama.Tak apa lah baby, janji anak mama ni sihat dan sempurna,sakit mama pun biarlah mama tanggung sorang.

Tentang barang baby,Alhamdulillah,dah 80% ada, macam kawan cakap,yang penting adalah barang keperluan ke hospital masa nak bersalin tu. Setel. Aku dah letak dalam kereta satu beg. Apa-apa jadi pun,aku harapkan beg tu ada masa aku kat hospital nanti. Hihi.

Ok lah,next time aku update lagi apa-apa entri.Nak rest jap,berjalan ke dapur dan ke toilet.Kalau tak,memang tulang ni rasa nak dicabut je satu-satu.hehe

Tataaaa! ;)


1 comments:

NinaAz said... Reply To This Comment

Take care yeaaa!!!