Saturday, June 29, 2013

Kisah Anakku Part 5


Selasa- 25 Jun 2013.

8.00pagi-Wad Merpati 1

Hari yang penuh dengan tanda tanya. Adakah esok masih ada untuk aku? Atau ditakdirkan hari ni hari terakhir aku melihat dunia? Wallahualam. Aku sudah bersedia untuk hari ini. Andai aku dijemput Ilahi, aku berdoa pada Tuhan waktu sekarang ni,hapuskanlah dosa aku sementara masih ada waktu ni.
Ubat dah dimasukkan berupa tablet. Kata doctor,bukaan baru 2cm.Kena baring selama sejam tak boleh buat apa.Lepas sejam barulah aku dapat makan dan berjalan ke sana –sini. Nurse asyik tanya,

 “ Awak tak sakit lagi?” 

Jawap aku, “Tak ada lagi..”Aku fikir,agaknya anak pertama susah nak rasa sakit awal kot,ramai orang cakap macam tu. Sampailah ke tengahari tetap tak jugak sakit.

Lunch hari tu nasi ayam. Sedap pulak menu hari ni. Aku makan sebab takut tak sempat nak makan sebab nak dekat pukul 1 dah,waktu melawat. Nanti suami datang.Yeyy! Lepas makan boleh pulak aku tertidur sekejap sampai la suami datang tu aku tak sedar. Aku sedar bila dengar dia  tanya kakak katil sebelah, “Dah lama ke dia tidur?” Kakak tu kata, “Tak lama,dia kenyang la tu lepas makan,tu yang tertidur tu agaknya.” Aku pun bukak mata. Ohh suami,betapa kesiannya tengok dia menunggu sekian lama kat hospital. Dia tanya dah sakit ke belum. Aku kata belum lagi. Siap bincang lagi, kalau tak rasa sakit macammana? Boleh ke nak operate keluarkan baby? Pendapat aku,silalah bincang dengan doktor sebab aku sendiri tak tahu macammana.

2.00 Petang


Waktu melawat pun habis. Suami pergi ke kaunter nak tanya boleh ke tak buat operation. Doktor kata operate tu untuk kes kritikal nak selamatkan baby. So kalau kes macam aku ni kiranya tak patut buat operation sebab baby pun dah meninggal. Ok. Akur dengan kata-kata doctor. Sejak waktu tu, aku rasa perut lain macam. Haihh,jangan kata sekejap lagi nak beranak.Aku pergi toilet dan solat zohor siap-siap sebelum doctor ‘check laluan’ nak tengok berapa cm bukaan. Perut tak sedap.Nama dah kena panggil check bukaan.Nahhh, dah 3cm..Kalau 4cm dah kena standby kat labour room.


Ya Allah. Permudahkan segalanya.

Aku cuma baring je.Aku rasa contraction tapi tak sekuat mana. Ibarat macam senggugut yang biasa tu. Aku boleh tahan lagi tapi tak larat nak pergi mandi,macam nak kena baring lama je ni. Makin lama makin kuat pulak. Sampai la ke waktu melawat pukul 5 petang. Aku layan tak layan je suami sebab aku dah rasa contraction kuat daripada yang tadi. Kesian suami,macam tak dilayan.Pukul 5.30petang,aku tak tahan dah.Suruh suami panggilkan nurse. Nurse pulak datang suruh check bukaan lagi. Akhirnya dah 4 cm,kena masuk Labour Room,tunggu sampai beranak.

5.30 Petang – Labour Room

Aku suruh suami pack terus barang aku. Dia pun lepas tu kena masuk Labour Room jugak.
Sampai la ke Maghrib,aku duk sakit macam tu. Nurse dah pasang tiub air kat tangan,dan oksigen kat sebelah untuk prepare. Aku mintak dengan nurse kata nak tidur,dia bagi je. Aku dah mengantuk semacam. Suami pun keluar pergi solat maghrib sekejap. Sudahnya aku sedar dah pukul 9malam,tak nampak pun suami masuk lagi. Lepas tu dia masuk dan katanya dia solat Isyak sekali tadi. Masa terus berjalan. Doktor masukkan ubat induce yang drip tu. Katanya lepas ni contraction akan makin kuat. Ya Allah,macam mana la agaknya nanti. Tak lama lepas tu ada doktor datang dan check bukaan,masih lagi 4cm. Apa yang dia buat? Dia pergi ‘bukak’ laluan tu sampai jadi 5cm, sampai air ketuban pun pecah. Sakit dan peritnya hanya tuhan yang tahu. Tapi demi anak ini, aku kena hadapi jugak.

Contraction semakin kuat. Nauzubillah. Antara hidup dan mati sebab sakitnya hanya orang tu sendiri yang alami. Orang kata induce memang sakit. Jadi doctor tanya nak ubat tahan sakit tak. Aku cakap nak je sebab aku takut sakit melampau. Rupanya guna ubat tahan sakit pun dah seksa, kalau tak guna ubat tahan sakit,entah macammana la aku nanti.

Nurse kata kalau sakit nak datang sedut oksigen dan hembus dalam tu jugak (dalam serkup oksigen). Yang sakitnya lama. Tak sakitnya berapa saat je. Bila sakit tu datang, sedut kuat-kuat. Time ni ada dua keadaan,aku sentiasa rasa sakit dan nak kencing. Tapi sebenarnya tu bukan nak kencing,tu adalah air ketuban yang semakin nak keluar dari perut. Kencing pun guna wayar. Dua kali jugak mintak nak kencing.Tapi tengok pada tiub kencing tu,bukan banyak sangat pun air kencing. Betul la suami aku kata, tu air ketuban,bukan air kencing.

Tanggung la kesakitan sampai la pukul 10malam.Masa tu dah tak daya dah. Aku jadi makin semput. Suami sah-sah dah aku tak layan sebab sakit yang teramat. Ibarat macam nak putus nyawa. Apa yang aku mampu buat, aku selawat banyak-banyak masa tu.Tapi setiap kali aku selawat, aku terbayang dosa-dosa aku sebelum.

Ya Allah.Waktu ni jugak dosa aku diperlihatkan. Sedihnya aku sampai mengalir airmata.Harap-harap masih lagi bernyawa lepas ni. Itu doa aku pada Tuhan.

11 Malam – Labour Room

Aku rasa sakit nak meneran. Tapi aku tak bagitahu nurse pun. Sakit nak teran tu macam kita rasa nak berak, tapi sakit. Aku tak teran pun lagi sebab nurse tak ada. Bila nurse masuk aku cakap dah rasa macam nak teran. Nurse nak check. Dia terkejut sebab dia kata kepala baby dah nak keluar. Dia cepat-cepat pakai apron dan sedia nak sambut baby. Teran la aku sekuat-kuatnya. Lama jugak hampir ½ jam, baru baby keluar. Tu la dia,pengalaman bersalin normal dengan induce. Hanya orang yang rasa je tau sakitnya macammana.

25 Jun 2013 – 11.42 Malam

Leganya lepas baby keluar seberat 2.04kg.Aku dah tak daya. Bibir dah kering sangat. Muka dah macam nak biru sebab kurang tenaga. Doktor dan nurse cuma tunjuk je baby macam tu,tak kasi pun aku pegang. Aku harap lepas ni dapat jumpa balik baby. Tinggal la aku sorang kat katil,suami nak kena setelkan segala borang. Sepanjang tempoh tu..pukul 2.30 pagi baru aku dapat jumpa balik suami. Dia pun dah lembik semacam. Dia tanya aku nak tengok balik tak baby. Aku memang nak tengok,duk tunggu je nak tengok..Ada sorang nurse tu tak bagi,dia kata dia dah siap ikat dah baby tu. Aku cakap aku nak jugak tengok. Mintak dengan nurse sorang lagi, dia bagi pulak.

Subhanallah..indahnya kurniaan Tuhan pada aku dan suami. Cukup sempurna sifat dan anggota.

Si anak yang masih kemerahan,sejuk dan tenang ada kat pangkuan aku untuk kali terakhir. Aku tak boleh buat apa-apa dan hanya dapat kucup dahi dia untuk kali terakhir. Aku pasti rindu pada anak ini lepas ni.Anak ini bakal dibawa pulang ke rumah suami di Bachok untuk disemadikan di sana.Sebak dada seorang ibu,bila itulah kali terakhir dapat lihat si anak. Hanya dua kali sahaja dapat tengok. Cukuplah kata hati aku. Bimbang kalau lama sangat menatap, aku akan rasa kehilangan pulak.

Anak Mama,
Mama namakan kamu AHMAD RIZQI BIN MOHD SAHFIRUL IZWAN yang bermaksud rezeki kurniaan Allah. Walaupun Rizqi dah tak ada, tapi mama pilih nama ini sebab Rizqi adalah rezeki dari Allah untuk mama dan abah.Satu pinjaman Tuhan  kepada kami berdua selama 7+ bulan. Kalau ikutkan mama yang paling untung sebab mama yang paling lama dengan Rizqi. Susah senang hanya kita berdua je yang tahu sebab mama yang mengandungkan Rizqi.
Anakku Ahmad Rizqi,
Orang kata bayi yang meninggal ni suci,tak ada dosa dan ahli syurga,mama dan abah beruntung sangat.Walaupun kami berdua entah ke mana hala tuju di akhirat nanti, tapi anak mama dan abah dah tetap jadi penghuni syurga di samping bidadari.
Subhanallah anak.Cukup istimewa dirimu sayang.Insan terpilih yang dijamin syurga selamanya. 
Tinggal la dirimu sayang bersama bidadari si sana.Bergembiralah wahai anak.Mama tak sempat nak jaga,tidurkan,susukan dan tengok anak mama membesar ketika di dunia.Biarlah segalanya bidadari yang sediakan untukmu sayang.Dan doakanlah kami dihapuskan dosa sedikit demi sedikit dari sekarang. 

InsyaAllah, kita akan bertemu di akhirat nanti wahai anak.Tataplah wajah abah dan mama di sana. 
Wallahualam. 
Allah,cukup hebat dugaan ini. Aku memohon padamu Ya Allah,semoga kau peliharalah anakku Ahmad Rizqi di alam sana. Amin. 




11 comments:

EllyZahari said... Reply To This Comment

Sesungguhnya di sebalik kesukaran itu ada kesenangan...
Tabahkanlah hati atas ujianNya..sesungguhnya Allah tidak akan membebani hambaNya jikalau kita tidak mampu memikulnya..

Azwan Aziz said... Reply To This Comment

Ya Allah sebaknya baca coretan ila ni, menitis air mata. tak mampu saya bayangkan bagaimana rasanya. Ya Allah, Engkau tabahkan hati ila dan suami... moga mereka dapat menahan ujian dari-Mu ini.... takziah ila...

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

@EllyZahari InsyaAllah..pasti ada hikmah yang tersembunyi..

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

@Azwan Aziz Tq atas semangat dan kekuatan yang diberi..Semoga Allah terus beri kekuatan yang berpanjangan..Amin

Syamimi Saad said... Reply To This Comment

sebak baca kisah ni..hanya mereka yang melaluinya je yang tahu macam mana..sabar ye..

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

@Mimie Najib

Thanks mimie..harap2 saya akan kuat sentiasa..

cik.einaaa said... Reply To This Comment

sedihnya baca kisah awak..semoga awak sentiasa tabah..

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

@Amalina Hussain

InsyaAllah..tq atas semangat yg diberi. ;)

akudarikayangan said... Reply To This Comment

Allahuakhbar....berat sungguh dugaan awak...mengalir air mata ini bila baca pengalaman awak...arwah seusia dgn ank sy...sesungguhnya setiap ujian dan dugaan Allah berikan pada hamba-hambanya adalah ujian yg mampu ditanggung oleh hamba-hambanya...saya tak kuat sebab tu agaknya Allah panjangkan tempoh saya kandungkan ank sy sehingga 37 mggu...

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

@akudarikayangan

Dugaan Allah bg tu sgt kuat..tp Alhamdulillah..dia permudahkan susah payah saya..

akudarikayangan said... Reply To This Comment

saya baca kat mana ntah...Allah berikan ujian pada hambaNya tapi dia pakejkan sekali kesabaran pada hambaNya yg menerima ujian... =)

Lilypie Angel and Memorial tickers