Showing posts with label Annoucement. Show all posts
Showing posts with label Annoucement. Show all posts

Friday, November 28, 2014

Permohonan Jawatan Dalam MARA Secara Online

Assalamualaikum.

Bagi sesiapa yang berminat dan berkelayakan untuk memohon jawatan dalam MARA khasnya Guru Mara, anda boleh melayari laman web berikut untuk mendapatkan maklumat serta mengisi borang secara online.

Tarikh tutup permohonan : 30 November 2014



Wednesday, October 15, 2014

Tawaran Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda UiTM Bagi Pengajian Peringkat PhD/Sarjana Tahun 2015

Khas untuk yang berminat.

Boleh rujuk link ni;



Kepada yang tak tahu nak kerja apa,boleh cuba apply untuk biasiswa UiTM ni. Permohonan boleh dibuat bermula 20 Oktober 2014 melalui;





Wednesday, August 27, 2014

Untuk kedua kalinya..

Alhamdulillah.

Berjuta-juta syukur pada Tuhan kerana untuk kedua kalinya disytiharkan pregnant lagi. Dah kali ke-2 pregnant. Minggu ni dah masuk week ke 18.Cepat masa berlalu.Rasa macam baru semalam lahirkan arwah baby Rizqi,anak syurga yang terpilih oleh Yang Esa.

Harapan kali ni kalau boleh-diulang,kalau boleh dan diizikan Tuhan,supaya segalanya lancar tanpa sebarang masalah macam dulu. Sekarang,nak kata terlampau jaga pun tidak,tak jaga juga tidak. Cuma kali ni lebih berserah pada Tuhan-kalau ada rezeki,ada lah.Harap-harap.

Untuk kedua kalinya,still lagi aku tak habis-habis buat Master.Tolong jangan bilang aku tak pandai sebab habis lambat.Tapi cuba lah untuk faham,Master by Research memerlukan masa yang sangat banyak untuk research,publication,conference dan juga thesis.Usah dibanding dengan orang yang buat Master by Coursework yang memang boleh habis setahun saja.Juga,harap-harap semua orang faham!

Tahun pertama buat Master pregnant,tahun kedua Master juga pregnant.

Juga sama,aku dan suami masih lagi berjauhan.Seorang di timur,seorang di utara.

Tapi semua tu bukan masalah.Macam aku cakap dulu,demi sesuap nasi masa depan.Lain orang,lain periuk nasinya.Kami pun sama.Ada jalan masing-masing dan belum ada rezeki lagi untuk berada di tempat yang sama.InsyaAllah suatu hari nanti,kalau diizinkan.

Untuk follower semua,minta maaf kalau korang follow blog ni yang tak best langsung.Dah la jarang update.Maaf banyak-banyak.Busy yang amat.



Monday, February 24, 2014

Demi Sarjana


Sekarang adalah waktu-waktu getir untuk sarjana.

Sarjana yang aku bayangkan dulu tak seindah apa yang lalui.Soalan yang aku tak boleh jawap adalah, "Bila nak habis Master?" Aku signifikasikan soalan itu sebagai soalan yang tidak berjawapan untuk setiap individu

Master by Research: 
Msc.Microelectronic Engineering

Itu sarjana aku.Belum lagi bersarjana.Tapi itulah yang dikejar.

Untuk yang selalu bertanya bila nak habis.Ini jawapan contoh;

Sarjana/Master ada 3 pilihan. 1) Coursework, 2) Mixed Mode, 3) Research

Sebahagian besar ramai yang memilih Coursework.Masuk kelas dan ambil exam.Tak lama, 2 semester saja dan ada mini projek di akhir semester.Apa perlu buat? Study untuk dapat maintain pointer bagus untuk result final nanti. Bertungkus-lumuslah anda dengan assignment,kuiz,dan final exam. Mini projek pun,siap tak siap,asalkan boleh bagi impak yang bagus pada pointer,haruslah mencapai apa yang korang nak demi pointer. Tesis,viva? Harus!

Ada yang nak fokus kedua-duanya, subjek dan projek.Maka ambil la dia Mixed-mode. Lebih kurang jugak kaedahnya.Cuma yang special case di sini adalah dia ada 1 sem untuk project dan ada masa untuk dia buat tesis lebih lama. Biasanya 3 semester (2 semester untuk subjek dan 1 semester untuk projek). Tesis,viva? Harus!

Ketiga, Research. Dulu aku selalu dibayangi dengan persoalan : Aku ni boleh ke buat master by research? Dan sekarang aku menjeratkan diri dalam research. Apa yang perlu ada untuk graduasi? Kelas tak ada,exam pun tak ada.Minimum 1 tahun,Maksimum 3 tahun.

Tapi wajib ada;

  • Hasilkan sebanyak mana paper (journal/proceeding) yang mempunyai nama kita sebagai 1st author. - Untuk universiti aku,setiap paper ada point,tak lepas point,hang jangan grad!
  • Join seberapa banyak conference (Local/International) yang jugak kita sebagai presenter.- Sama,pun ada point.Tak cukup point,hang extend!
  • Ada Proposal Defence (Nak propose tajuk pun susah,nak kene defend! - Hang kantoi,hang extend 3 bulan,re-viva balik!
  • Viva Voce (Final viva) - Kantoi yang ni,tak dapat master!
  • Thesis Final
  • Ada beratus-ratus research paper untuk dikaji,di'highlight',diconteng. Tak study,mana mana nak buat paper? Belum lagi method yang digunapakai.Betul ke salah ke apa yang dibuat? 
  • Research progress, kalau dapat apa yang kita nak,kita happy. Tapi kalau tak dapat, menangis untuk ke sekian kali duk fikir salah kat mana. Yang pasti, progress mesti capai target.Kalau tak,nak tunjuk apa kat supervisor?

Nampak tak betapa beratnya cabaran?

Aku tak tahu bila kesudahkan episod master by research ni. 

Setakat ni,cabaran memang getir.

  • Aku register master lepas kahwin dan survive kehidupan tanpa suami di sisi. Aku belajar di Perlis,suami bekerja di Kelantan. Dengan restu seorang suami,aku ikhtiar hidup.Makan,tidur,duit minyak,pandai-pandai lah nanti. Demi sarjana~
  • Aku pregnant anak sulung.Alhamdulillah Tuhan bagi rezeki awal. Segala pening-loya aku rasa seorang. Kawan tak rasa,hanya perhati je kita dan tolong setakat mampu. Demi sarjana~
  • Ulang-alik hampir 40km sehari drive. Apa nak buat,rumah di Kangaq, kampus di Pauh,sempadan Changlun,Kedah. Maka bersembanglah aku bersama baby dalam perut. Sampai satu keadaan,dah masuk dalam kereta,nak tarik pintu kereta pun tak larat! Demi sarjana~
  • Check up perut di klinik berseorangan.Pagi ke klinik, balik terus ke kampus ; demi anak dan demi sarjana~
  • Baby disahkan ada komplikasi. Waktu diagnose, turun-naik la aku ke hospital pakar termasuk ke Alor Setar. Jumpa doktor sana-sini. Seorang! Siang berbahagi dua; demi anak dan demi sarjana ~
  • Baby meninggal dalam perut di usia hampir 8 bulan. Satu episod yang mencabar emosi. Rasa nak rebah. Berehatlah aku di kampung bersama thesis chapter 1-3. Demi sarjana~
  • Aku kembali selepas berpantang. 2 bulan berpantang dan balik semula dengan kekuatan yang tipis. Rasa badan ringan tanpa si anak.Rasa kosong bila drive sebab selalu sembang dengan baby dalam perut. Gagahlah ke kampus untuk sambung belajar. Juga,demi sarjana~

Perasaan sekarang seperti;

"Esok aku nak grad!"

Tapi,

"Aku tak memenuhi kriteria lagi untuk grad!"

Kalau grad lambat,

"Tiada kesudahan. Hidup tanpa suami di sisi. Anak kedua yang entah bila menyusul."

Itu dia.

Betapa hebatnya ujian kesibukan dunia.

Demi sarjana. ;(







Sunday, December 29, 2013

Selamat Tinggal 2013.Selamat Datang 2014!

Eh,dah lama betul tak update blog.Readers lari ke mana entah? (Ada ke readers?haha)

Tak lama dah kita nak masuk tahun baru 2014.Rasa cepat je masa berlalu.Azam lama tak jugak tertunai.Setiap tahun pun sayang nak tinggal tahun yang dah kita lalui.Sebab apa? Sebab kita makin tua.Hilang sudah masa muda.Hehe

Ikut suka korang la nak berazam apa.Aku tak pernah ada azam.Semua pun terjadi ikut kehendak-NYA.Tapi tahun 2013 ni memang mencabar untuk aku selepas kematian putera sulung yang tak disangka sewaktu dalam kandungan 7 bulan.Setakat ni,tu la kejadian yang paling senang untuk buat aku menangis berkali-kali.

Akur.Redha dan terima seadanya.

Tuhan janji,ada hikmah yang tersembunyi.Pasti ada! Aku tunggu tanpa menyalahkan siapa pun.

Harap-harap ada sesuatu yang terbaik di tahun baru ni.Yang mana boleh lupa,lupakan je segala benda yang tak patut ada dalam fikiran kita.Orang kata,buat semak je simpan dalam otak.Banyak lagi benda lain nak fikir.

Buang je yang tak penting dalam hidup korang!
Tinggalkan je semua.Maksud aku,manusia yang tak mendatangkan manfaat untuk korang.Adik-adik yang masih bersekolah.Cukup-cukup dan sudah-sudah la korang memuja pakwe korang yang korang duk 'papa-mama' sangat tu.Buat serabut wall facebook aku je ber'papa-mama'  kat status facebook.

Ditegur kang,bising pulak kata wall dia,dia punya pasal. Tak kira aku punya meluat ni dah tahap gaban?

Tinggalkan jugak ex-pakwe korang yang tak boleh diharap.Termasuk skandal-skandal korang yang dah basi  tu.Semua tu pun membuang masa je kalau nak fikir balik. Dah nama pun ex,tak yah ingat dah.Cuma ingat satu je bila dh ex ni,pasti ada sebab Tuhan kasi korang kenal.Aku percaya.Hehe

Tinggalkan jugak orang-orang yang korang rasa boleh buat korang rasa cemburu.Khas nya pakwe-makwe yang ada orang ke-3,4,5 tu.Tak ada gunanya duk tunggu dan lihat tiap-tiap hari si dia bersama orang lain.Fokus pada kerja kau je.Faham?

Dah.Aku pun tak tahu kenapa aku tulis entri macam ni.Haha

Ok.Bye.




Saturday, November 16, 2013

Happy 1st Anniversary!

Alhamdulillah Ya Allah!

Hari ni dah genap setahun berkahwin.Biasa la awal-awal kahwin semua excited tulis anniversary. Tunggu la 20 tahun lagi,agak-agak ada tak nak tulis entri anniversary,takde kan kan kan?

15.11.2012-15.11.2013

Ingat senang ke nak dapat approval kahwin ni?

Susah kot.Ingat lagi mula-mula aku nak bagitahu parent pasal kahwin.Ketaq lutut cheq.Seminggu aku fikir sebelum tidur,macam mana nak cakap ni? Boleh ke diorang accept? Kalau diorang tak suka macam mana? Kalau dah approve, bila tarikh kawin?Betul ke aku dah nak kahwin?

Haaa..tu dia.Macam-macam ada dalam kepala.Kalau tak silap,bulan April 2012 aku bagitau mummy aku pasal kahwin. Katanya nanti dia bagitau abah. Yang pasti,apa-apa hal pun mesti melalui mummy dulu.Maklum,saya takut pada abah saya!!! Mummy tanya nak kahwin,aku cakap nak kahwin 12.12.12..Tarikh nak cantik aje! Haha.Masa aku bagitau tu,aku kat stesen bas nak balik perlis untuk final year exam degree. Dalam bas seram sejuk.Mesti abah tak bagi.Komfem!

Tak sangka pulak dalam diam,mummy bagitau abah.Abah setuju! Horray! Tapi agak kelakar sebab aku punya la buat habis lambat 12.12.12. Tiba-tiba abah cadangkan 15.11.2012.Wow! Itu sudah bagus. Katanya sempena Awal Muharam 1434.Masa tu menitik airmata aku. Tak sangka dengan mudahnya abah approve!

Dan begitu la kisahnya hingga ke alam perkahwinan pada 15.11.2012 bersamaan 1 Muharam 1434H.

Tak tunang,terus kahwin.

Save bajet la konon.Haha

Mr.and Mrs.Arrogant! ;)

Moga-moga diberkati hendaknya sampai bila-bila.Amin. ;)

Saturday, October 26, 2013

Rumah Baru!

Sejak lepas raya haji,aku dah masuk rumah sewa baru.Agak mencabar sebab duduk sorang-sorang. Tapi aku suka sebab kalau husband datang, tak perlu la merantau ke hotel lagi semata-mata nak bermalam. Fulus pun habis kat situ jek.

Ohh ye,rumah baru ni dekat sikit dengan tempat kerja.So,tak perlu la aku ulang-alik 40km sehari. Penat tekan minyak kereta. Tambah pulak minyak mahal sekarang. Dulu paling cikai isi RM20 naik la 3 bar. Sekarang isi RM20 naik 2 bar je. Makna? 1 bar = RM10.

Ting-tong kalau fikir.

Sepertimana juga ting-tong kepala aku,ada baiknya aku pindah rumah baru walaupun sayang sangat rumah lama yang ada segala kemudahan termasuk bank,stesen minyak,stesen bas dan lain-lain. Kat sini ok,cuma dekat dengan supermarket.Makna? - Setiap minggu aku akan bershopping!

Ting-tong jugak! Adoi

Meh tengok dalam rumah cik puan ila ni;

Macam ni la rupa dalam rumah
Owner rumah ni pun baik hati. Terasa di layan macam anak gitu. Yela,dia perempuan dan baya-baya mak kita gitu. Selalu pesan,duduk baik-baik,jaga rumah elok-elok. Apa-apa hal,contact dia. Kalau ber-sms dengan dia,mesti dia nasihat macam-macam.

Dalam hati aku, 'mmm..mak-mak sangat~!"

Haha. So far,belum ada kes pelik dalam rumah ni.Maklum la,aku duduk seorang saja. Harap-harap, Tuhan jaga aku dan jiran-jiran aku sama. Amin.

Friday, September 13, 2013

Selamat Hari Jumaat

Selamat Hari Jumaat

Selamat balik kampung kepada siapa-siapa yang balik tu..

cuti 3 hari guna betul-betul jangan buat benda tak berfaedah macam aku ni.haha

Okeh.

Saja nak tayang muka bersama penaja-penaja untuk aksesori hari ini.


 Shawl Thara : Zyranee Sugarscarf

Brooch "Blogger" : NR Collection

Thanks kepada penaja. ;)

Sunday, September 1, 2013

Kembali Semula Selepas 2 Bulan.

Assalamualaikum

Alhamdulillah.Dah 2 bulan bercuti bersalin,dan kembali semula ke Perlis untuk menyambung pengajian dan kerja-kerja yang tertangguh sekian lama. Dah tak ada alasan untuk ponteng buat research memandangkan aku dah tak pregnant.Hihi.

Sehari sebelum balik Perlis,sempat singgah ke kubur arwah anak tersayang.Gembira pulak bila tengok pokok yang ditanam atas kubur tu hidup segar.Alhamdulillah,kubur yang segar dan arwah anak yang sedang bahagia di Syurga sana.Puas hati dapat tatap kubur anak sebab mamanya dah nak kembali ke Perlis.Menitik airmata tak payah cakap la sambil cabut rumput yang tumbuh atas kubur tu.

Esok paginya bertolak ke Perlis dengan perasaan sederhana.

Masih sama seperti dulu.Tak ada yang berubah pun Perlis.

CUACA PANAS!

Tak hairan la kalau aku minum air berbotol-botol sehari sebab cuaca kat sini memang panas.Tak pernah jumpa tempat yang panas macam ni. Aku rasa setiap rumah pun pasang air-cond kecuali rumah aku sebab kami menyewa dan faham-faham sudah,siapa nak bayar bil elektrik banyak-banyak kan? Haruslah berjimat cermat.

Mula-mula kembali ke sini,rasa pelik sebab eh,rasa macam badan agak ringan! Kembali jumpa katil empuk dan apa yang best,dah boleh duduk meniarap atas katil.Punya la 7 bulan aku tak boleh duduk meniarap sebab ada baby dalam perut.Sekarang tidak lagi.

Dan,nampaknya lepas ni kena jaga badan sikit.Maklum la,aku rasa program pantang aku dah hancur.Mentang-mentang aku dah lebih 60 hari pantang,dah macam-macam benda masuk dalam perut masa musim raya hari tu. Orang lepas bersalin ni senang naik badan kalau tak jaga betul-betul.Ye ke? Aku rasa la kan.hehe ;p

Okeh.Cukup sampai sini.Nak berehat kejap fikir nak buat apa. ;)

Saturday, January 5, 2013

Tambah Trafik Tambah Follower 2013


Jom join Segmen terbaru dari blogger hasrulhassan.com.Senang saja.Lebih kurang untuk nak promosi blog.Siapa yang nak join,boleh join sehingga 9 Januari 2013.


Sedikit intro untuk blog Darling Angel ni;

Blog Darling Angel lebih menjurus kepada blog personal tentang kehidupan penulis.Pelbagai kisah dikongsi bersama di samping info-info yang mungkin tidak diketahui umum.Pembahagian tajuk blog juga telah pun difokuskan mengikut label tertentu untuk memudahkan pembaca memilih tajuk di dalam label pilihan semasa membuat kunjung balas ke blog Darling Angel.Penulis lebih menyuarakan pendapat dan perihal diri secara meluas di blog dan menulis blog secara sambilan di samping mengisi masa lapang.Blog Darling Angel diharapkan agar dapat dijadikan blog pendidikan buat blogger kerana pelbagai info dan idea-idea dapat dikongsi bersama pembaca yang setia membaca blog Darling Angel.

Selamat Tahun Baru 2013

Assalamualaikum semua.

Rasanya belum terlambat untuk wish Selamat Tahun Baru 2013.Wahh,cepat betul masa berlalu.Impak yang paling besar untuk diri sendiri,hari tu single lagi..sekarang dah bersuami.Rasa macam semakin tua walhal umur baru nak masuk 25 pada Februari nanti.

Atas kekangan masa semenjak menjadi isteri secara sah ni,blog dan benda-benda yang tidak mempengaruhi diri terpaksa dilupakan untuk seketika.Kenapa tak mempengaruhi? Sebab blog sebenarnya tak bukak pun tak apa,kalau bukak tu maksudnya dah habis tak ada kerja nak buat..Macam dulu-dulu.. ;)

Ohh ye,sebut tentang 2012 yang lalu..terlampau banyak kenangan manis dan tak kurang jugak kenangan yang tak berapa nak manis untuk dikenang.Kata orang,ingat yang manis-manis aje.Kawan-kawan pun ramai yang berkahwin,bertunang,dirisik..dan macam-macam lagi.

Sekali lagi merasakan diri semakin tua..

Ciss!

Tak apa,sekurang-kurangnya dah bergelar Puan.

Harap-harap 2013 lebih bermakna untuk kita semua.Amin.InsyaAllah. ;)

Monday, October 1, 2012

Secara rasminya sudah grad!

Entri hari konvo yang lepas (29 Sept.2012)

Alhamdulillah.Tak perlu terlalu bangga dengan segunung ijazah,hidup masih perlu untuk diteruskan.Kita dituntut untuk berjaya dunia akhirat.

Konvo ke-2 di sini.

Cukup hanya sekeping.Banyak lagi perkara lain yang perlu disetelkan.Sengaja taknak diperbesarkan.Alah,orang lain pun grad juga,ye tak? ;)

Syukur pada Yang Esa.Tanpa IzinNya,tiada kejayaan di sisi sesiapa.

Sunday, August 26, 2012

Cincin RM7

Tengok orang lain punya blog,sikit punya cantik.Blog sendiri rasa macam kuno semacam jek.Tu pun ada hati nak update entri.Tiap-tiap hari buka dashboard blogspot.Nah! Rajinnya diorang ni update status.Aku pulak terpaksa mengemis tajuk-tajuk entri baru dalam ni.Kesian.

Tapi hari ni ada sesuatu yang aku mahu kongsi.Terutama untuk aweks-aweks di luar sana yang suka pakai aksesori cincin.Cincin handmade,cantik sangat dan berbaloi-baloi.Harga tak sampai pun RM10.Owner bisnes ni adalah ex-schoolmate aku juga.

Cantik dan sesuai dipakai untuk yang sukakan aksesori.

Cantik,simple dan murah.Kalau berminat,cepat-cepat la usha FB page Enhance & Enchant.

p/s : Sekian sahaja.Siapa yang beli,tolong belikan sama untuk aku.InsyaAllah,murah rezeki korang nanti.Eheh! ;p

Tuesday, March 6, 2012

Kisah tudung Express

Kegilaan memang menjadi-jadi bila tengok barang-barang yang dijual dalam Internet.Ya Rabbi! Tahan jela mata tengok.Mengalahkan tengok jejaka tampan.Jejaka tampan pun boleh jadi tak laku sebab barang-barang tu lebih penting.Sorry sang pria! Hihi

Tapi sebenarnya,aku mudah tewas bila tengok gambar.Contohnya tudung express! Wah,cantiknya model tu pakai..See? Model yang cantik sebenarnya kan? Cuba hang pakai..jadi cantik macam dia tak rasa-rasanya? Bila dah pakai sendiri,rasa macam tak kena pulak dengan muka.Kuang.Kuang.Kuang!

Abaikan aku membebel kat atas..

Ini kisahnya yang sebenar-benar.. Berminat dengan tudung di bawah?

Cantik dan manis!
Kalau berminat, sila share gambar ni  pada link di bawah ni untuk menang tudung Qaira Hijab!

Tuesday, August 23, 2011

| Aku jumpa dia...|

Baru aku sedar..yang aku dah 3 hari tak update blog. Rasa malas menulis dan kering idea.Tapi banyak benda baru aku jumpa dalam 2-3 hari ni.Salah satunya...

Aku jumpa Octove!!!

Aku baru kenal dia.Dia best tapi slow sikit.



Konsep yang hampir sama dengan Facebook tapi ada la tambahan sikit-sikit application dia macam earning point.Siapa yang aktif guna,point dia makin banyak dan ranking dia pun kat atas jela selalu.

Ahh.tak susah mana pun.Sama macam korang mula-mula ada Friendster dan Facebook.Awal-awal guna,blur kejap..tapi lama-lama..emmm..boleh laaaa tahan.

Yang belum sign up boleh sign up.Yang malas,duk diam-diam.Ohh ye..Octove ni komuniti yang kebanyakkan ada blog sendiri.Tapi yang tak ada blog pun boleh je nak register! ;)


REGISTER HERE!

Wednesday, March 30, 2011

Pesanan ringkas tapi mendalam

Sejak beberapa hari ni,ramai orang copy dan paste benda yang sama kat Facebook masing-masing.Apa yang menarik,benda tu hanyalah satu peringatan ringkas kepada perokok-perokok tegar (ehem-ehem encik-encik/bapak-bapak/abang-abang/datuk dan pakcik-pakcik)........



Dear smokerssss,

Please get a plastic bag for yourself whenever you want start smoking.
So you can enjoy the smoke 100% by yourself, i dont want any percent of it.
...And some of my friends, too.
.................................
Regards,
Don't-like-smoker guy/girl.

p/s: copy and paste this message at your profile to support the keep-smoke-away campaign!


Wahai perokok-perokok sekalian,korang tak kesian ke,sampai macam ni sekali peringatan yang dibuat.Sah-sah la korang tu dibenci sama sekali sebab merokok di kawasan terbuka.Lagi satu,pada mat-mat romeo yang ada awek tu,tak payah la korang duk sorok-sorok merokok,sebab awek korang tu tunggu masa je nak marah kaw-kaw kat korang!!


** Nak merokok silakan,tapi pastikan orang-orang di sekeliling anda,tak terkena/terhidu bau asap rokok tu.Kadang-kadang seronok pulak main hembus-hembus asap beropol-ropol ke langit tu ye? Simbah dengan air baru tau!

Monday, March 28, 2011

Dia muncul lagi hari ni...

Entri pasal BE...


Dengan ini diumumkan,muncul lagi satu BE untuk hari ini...


Cukup 10 sen,boleh beli coki-coki..


Terima kasih Nuffnang.Macam biasa la,bila BE dah muncul,perasaan meng'update' blog tu meluap-luap.Punya la sabar tunggu BE yang tak muncul-muncul,akhirnya muncul jugak setelah sekian lama menyepi di samping BE yang dah pencen dan bertukar rupa menjadi ME.


Bloggers dan kawan-kawan,jangan kecewa yang mana tak dapat BE tu,hantar je tiket banyak-banyak,mesti boleh dapat BE.hehehehe.


** Ouh,terima kasih Nuffnang untuk pertambahan BE lagi!!! :)

Friday, March 25, 2011

Kawan baik Nuffnang....Dia pun baik macam Nuffnang!

Sebagai promosi,

Saya nak berkempen untuk ruangan iklan yang baru saya sertai.

Bukan buang nuffnang,tapi tambah kawan nuffnang.Jangan risau kawan-kawan,

iklan yang ni bukan saingan pihak Nuffnang.Iklan yang dimaksudkan adalah;


Heartbeat.my 


Rasanya dah ramai yang cuba guna iklan Heartbeat.my dan rata-rata bersetuju dengan iklan ni.Bukan apa,kalau pilih yang lain,alamatnya berperang la dengan Nuffnang.Korang jangan risau,tak ada kesan pun dekat pendapatan Nuffnang korang tu.Nak tau apa untungnya sertai iklan ni?



Sila klik untu tumbesaran


Memang terbukti!!!!


Tak percaya,boleh cuba dan tengok sendiri hasilnya dalam seminggu dan rajin-rajin la promote iklan HB ni untuk dapatkan RM0.04/per genuine click pada banner/text link korang tu macam dalam blog saya.Makin ramai yang klik,pendapatan pun makin tinggi.Yang bagusnya iklan ni,dia tak ada syarat sangat.Mungkin sebab masih baru.Jom join HB sekarang.Boleh klik sini;




Selamat mencuba dan dapatkan hasil pendapatan yang terbaik setanding dengan Nuffnang!! ;)

Friday, March 4, 2011

Kenapa dashbboard penuh kisah contest,bloglist,dan segmen tajaan? Tak ada topik lain ke?

Gambar ni cantik!

Kenapa bila bukak dashboard,tengok update dari kawan-kawan blogger,mesti penuh contest-contest,segmen-segmen tajaan dan segala bagai isu pasal bloglist?? Asyik-asyik bloglist  dan bloglist.Paling tak menahan,bila ada blogger yang nak update list je,mesti penuh orang rebut-rebut nak masuk list.Haha.
Okeh,Cik Ila sendiri pun mengaku,kita kadang-kadang tak ada idea pun nak tulis,sekadar untuk suka-suka je pun join contest dan sebagainya.


Macam Cik Ila,suka la jugak join contest,lepas tu dah agak-agak banyak sangat contest yang Cik Ila join,terpaksa la buat blog lagi satu yang khas untuk contest semata-mata.Dan,untuk blog contest tu,tak ada follower pun tak pe sebab itu penyertaan individu,kita seorang saja yang join.Ada sebahagian blogger yang campur contest dan cerita dalam satu blog.Itu lah sebab bila bukak dashboard,kita akan nampak orang update pasal contest je.Sedangkan orang tu hanya suka-suka nak masuk contest.


Cik Ila sangat memahami.Tapi kadang-kadang mood kita nak membaca cerita atau info dan segala luahan-luahan kawan-kawan blogger,tapi terpaksa scroll ke bawah lebih jauh untuk cari entri tu sebab kat atas-atas semua orang update pasal contest dan bloglist.Okeh,tak pe la,mungkin blogger lain pun nak tengok jugak update dari contest untuk join.Bukan apa,dapat hadiah kot! Haha


Tapi,kat sini Cik Ila sarankan,siapa yang suka join contest tu,cuba buat blog lagi satu.Senang sikit nak kumpul contest-contest semua.Lepas tu,pos entri contest tu waktu sibuk yang agak-agak korang,mesti waktu tu dia tengah buat kerja.Kita kadang-kadang tak tahu apa perasaan orang yang follow blog kita.Ada setengah tu memang tertunggu-tunggu kita update.Tapi sayangnya,lain pulak benda yang kita update.

***** Kawan-kawan blogger,hayatilah pesanan ini ;)

Saturday, February 19, 2011

Amaran pihak polis?

Peringatan baru kepada pemandu-pemandu atau siapa-siapa yang menumpang kereta orang! haha.Ni amaran pihak polis,jangan main-main!!


-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA!!!!!--
Sedarlah semua! Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kereta dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!


BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.

Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

**Info ni Cik Ila ambil dari FB,rasanya dah ramai yang tahu.Tapi,kalau ada yang tak tahu,sila sebarkan untuk kebaikan kita bersama. :)
Lilypie Angel and Memorial tickers