Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Tuesday, September 3, 2013

Perjalanan Master

Ramai jugak yang bertanya..

"Macammana dengan study lepas ni?"

Aku jawap senang,teruskan jela.Apa lagi? Pelik aku.Adakah kerana anak meninggal,aku perlu stop Master?Banyak jugak dugaan dan salah satu dugaan adalah mengadap manusia-manusia seperti ini.Kalau tak kuat semangat,memang dah putus asa.Nasib baik jiwa ni kebal walaupun tak la sekebal mana pun tapi boleh la tahan kebal. Haha

MASTER

Aku rasa berdebar pun tak habis.Aku tak nafikan,masa pregnant pun aku sampai tak boleh nak kira gerak janin semata-mata sebab aku terlalu fokus untuk siapkan Master.Kebanyakkan waktu siang aku adalah untuk Master dan check up baby kat klinik.Balik rumah memang rest habis sebab waktu tidur memang takkan cukup.Ke toilet satu hal,ubah posisi tidur satu hal. Tak cukup masa nak tidur!

Perjalanan hidup masih panjang dan untuk pertama kalinya,ni adalah dugaan paling hebat setakat ini.Kalau bercakap dengan orang yang mengalami nasib yang hampir sama,tentu dia faham. Bercakap dengan orang yang tak pernah alami benda macam ni,memang dia akan tanya kita yang tak masuk akal.

Tak apa,masih ramai yang diuji lebih hebat waktu belajar ni.Kadang-kadang dugaan setiap orang tu lambat.Ada sorang member,waktu dia sambung PhD kat oversea diuji dengan dua kematian ahli keluarga.Wallahualam.Hebat dugaan yang dia hadapi Ujian Allah itu pasti ada untuk setiap manusia.Cepat-lambat,hebat tak hebat je bezanya.

Dan awak yang tengah membaca entri ni.Kalau pernah rasa dugaan hebat,tabahlah menghadapinya.In-Sya-Allah,ada yang terbaik untuk kita semua. Amin. ;)

Wednesday, September 19, 2012

Mereka bilang...

Mereka bilang,

Kalau diuji sesuatu dari Tuhan,jangan marah,jangan cepat melenting.

Mereka bilang,

Ada la tu silap kat mana-mana tanpa sedar.

Mereka bilang,

Padan muka..tu la...

Mereka bilang,

InsyaAllah..ada hikmah tersembunyi dalam ujian itu..

Mereka bilang,

Manusia tak pernah lari daripada ujian Allah S.W.T

Mereka bilang,

Sabar dengan ujian,kuatkan hati,Tuhan mahu uji iman kita

Mereka bilang,

Ujian itu harus ada sebagai satu pengajaran dan muhasabah diri

Mereka bilang,

Ujian adalah salah satu cara Tuhan nak kita dekatkan diri pada-Nya

Mereka bilang,

Tak perlu rasa sedih dan kecewa dengan ujian yang dihadapi

*STOP

Mereka bilang terlalu banyak bilangannya.
Mereka juga ada sifat simpati yang mendalam.
Mereka juga satu hari nanti bakal diuji,tak seberapa segera,mungkin masa tua?
Mereka juga ada pelbagai ujian yang bakal dihadapi.
Mereka boleh leka sekarang,tapi tidak bila berlaku ujian.
Mereka melihat sang penerima ujian,dan mereka punya banyak sifat semasa melihat ujian orang lain.

Dan didoakan semoga mereka di atas tidak leka dan tak lupa untuk bersedia menerima ujian.Bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Tuesday, March 6, 2012

Untuk renungan..

Kata-kata semangat hari ini untuk direnung...

"Walau bijak mana pun seseorang,tapi kalau tak ada keberkatan dari Tuhan,tetap jugak tak boleh berjaya...." - by co-SV
"Tuhan tau niat kita....kalau niat tu tak betul,apa yang kita buat takkan menjadi...." - by co-SV 

Betul dan betul. Tiada yang salah.Kadang-kadang kita pandai tengok luaran,tapi dalaman seseorang,hanya Tuhan saja yang tahu. Biarkan Tuhan saja menilai..DIA lebih mengetahui dan DIA yang lebih memahami..Setitik airmata kita kerana ujian dari Tuhan,lebih mahal daripada airmata gembira seseorang setelah berjaya tapi terpesong niat dan kata hati mereka..

Sunday, January 8, 2012

Kaut untung hasil dari kisah aib orang lain?

Minggu lepas,kecoh cerita pasal ^&*())__@^# ..Tak boleh sebut,nanti hukumnya sama macam apa yang nak diceritakan dalam entri ni.

Semua dah sedia maklum tentang isu 'culture shock' oleh seorang student kita.Aku malas sebut siapa sebab satu Malaysia tahu.Maklum lah,1 Malaysia! Haha
Lagi pun,kalau aku sebut,berdosa tau tangan yang menaip ni.

Tapi persoalannya,apa fungsi dihebahkan benda tu untuk tujuan meraih trafik yang tinggi kat blog? Pendapatan tinggi hasil dari mempamirkan kisah-kisah negatif seseorang.Adakah itu jalan terbaik dan strategi untuk korek pendapatan lebih untuk cari makan? Jika begitu,berbaloikah duit itu untuk sesuap nasi kita dan anak-anak kita suatu hari nanti?

Ye.Memang untuk tujuan kebaikan jugak.Tapi soalnya,kalau esok dan lusa ada ahli keluarga atau kawan yang senasib dengan kisah-kisah negatif tu,agak-agak seronok tak baca cerita tu dalam blog-blog.Apa lagi bila dapat tau,hasil dari kisah negatif tu,orang lain yang dapat untung,kita dapat apa? Malu tak?

Sudah-sudahlah.Kita pun belum tentu masa depan macam mana.Kot esok lusa,anak cucu kita orang duk mengata sana sini,tak ke malu muka tu? Sedar-sedar la diri tu..

Mood : Geram ni.Tak aci pun ada.Apsal aku emo sangat nih? haha ;p

Thursday, September 29, 2011

Pengguguran haram

Fuh...mengucap panjang bila aku jumpa gambar ni kat Facebook tadi..Adehh..Boleh buat jadi mimpi ngeri ni..


Ni la gambar baby yang dikeluarkan dari rahim ibunya atau istilah yang sesuai adalah 'Pengguguran atau Abortion'.Kesian baby tu kan? Cuba imagine orang yang buat pengguguran haram tu,dosa ibarat macam dosa membunuh bila baby dibuat macam tu.Nauzubillah.

Tapi ada jugak yang tergamak buat macam tu kat negara kita,cuma kita yang tak diberitahu.Mintak-mintak la dijauhkan dari dosa-dosa macam ni..

Thursday, September 22, 2011

Mentaliti masyarakat bila perempuan keluar waktu malam

Apa mentaliti masyarakat bila nampak perempuan keluar makan sampai tengah malam,bercampur lelaki dan perempuan??

Tanggapan orang sudah tentu.."Ishh,teruknya minah ni..apa nak jadi entah,tengah-tengah malam pun keluar campur dengan lelaki!"


Tapi lain bagi aku.Aku fikir perempuan macam ni lebih bersikap terbuka dan agak sempoi.Sebab aku rasa,perempuan tu ada kelebihan dalam perwatakan,komunikasi, cara dia bergaul sampai orang yang keluar dengan dia tu rasa selesa bila keluar bersama tak kira lelaki atau perempuan.Agak normal sebenarnya benda ni di sekitar kota,tapi bagi yang tinggal di desa,mungkin pendapat tu sedikit berbeza.Aku rasa tak salah untuk keluar bersama,tapi kena pandai jaga diri.Selagi kita jaga diri,InsyaAllah..kita takkan melampaui batas.

Sesetengah orang kata tak elok perempuan keluar malam-malam..Ye,memang betul,tapi tengok tujuan jugak..kalau keluar untuk lepaskan tekanan atau makan tu tak salah rasanya,yang salahnya kalau keluar tanpa hala tuju,pergi kacau orang lain,pergi buat kerja tak elok,pergi tempat merbahaya dan sebagainya.

Nak kata benda tu tak salah 100% pun tak boleh sebab ada hadis yang kata benda ni tak digalakkan..



33. dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu Dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara Yang mencemarkan diri kamu - Wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari Segala perkara Yang keji). (Surah Al-Ahzab ayat 33)

Bagi aku,seelok-eloknya,kalau keluar tu,biarlah berteman..supaya apa-apa jadi kat kita pun,ada yang ambil berat.Tapi teman tu pun,kena pilih yang baik-baik jugak..Kalau perangai pun macam ape je,baik korang duduk dalam rumah jela..selamat dunia akhirat! ;)

Sumber Hadis : Hadis tentang wanita yang keluar waktu malam

Tuesday, August 9, 2011

| Berhenti sebarkan Vote Google untuk memilih Palestin atau Israel |

Assalamualaikum semua.

Baru-baru ni,agak ramai jugak yang post kat FB tentang
Isu Berkenaan Vote Yang Dikatakan Dianjurkan Oleh GOOGLE Untuk Memilih Sama Ada Mengembalikan Nama Palestin Ke Peta Di Dalam GOOGLE MAPS...

Secara jujurnya,aku pun terlibat sama tertipu dengan benda ni,siap undi 2-3 kali lagi.
MasyaAllah..
Rupanya,semua tu atas kepentingan Israel semata-mata..Cuba baca kat bawah ni;

Berhenti sebarkan mesej "Google sedang menjalankan vote sama ada ingin menamakan Israel ataupun Palestin dalam peta Google Earth. Israel kini mendahului......"
Ia adalah mesej berantai.

Undi anda walaupun sebanyak mana disana tak akan membantu sedikit pun rakyat Palestine dalam kesengsaraan malah menambahkan beban bagi mereka. Untuk pengetahuan anda, setiap page view laman web tersebut, sebanyak RM0.01 akan dibayar kepada Israel untuk iklan Google Ads mereka. Bayangkan kalau ada berjuta-juta pageview dan mungkin lebih dari itu. MasyAllah. Berapa banyak dah wang yang mereka perolehi. Dan tahukah anda wang itu digunakan untuk membeli senjata dan peluru2 yang membunuh saudara2 kita di Palestine? Kalau difikirkan logik, tak kan Google yang besar itu buat poll gunakan website free seperti ini kan? Dan saya ada buat sedikit Whois Lookup keatas laman web tersebut (cara untuk mendapatkan maklumat pemilik laman web tersebut). Ini hasil carian saya: http://www.whois.net/whois/isr​ael-vs-palestine.com. Tengok sahaja pada maklumat yang disertakan. Ada tertulis pemiliknya Google? Malah maklumat yang disertakan bukan maklumat yang betul. Fikir-fikirkan lah.

http://www.whois.net/whois/isr
www.whois.net

Dunia akhir zaman yang penuh dengan fitnah. Antara haq dan yang batil. Masih boleh dibezakan?

WaaAllahu a'lam.......

 
Credit to : http://miszsheyla.blogspot.com/2011/08/drama-sinentron-zionist.html

p/s : Aku siap tekan 2-3 kali kot pilih Palestine....MasyaAllah..!! ;(

Sunday, July 31, 2011

Penerbangan itu..akan bermula sekarang

Assalamualaikum



Selamat datang ke PENERBANGAN RAMADHAN AIR, pesawat no 1432H. kita akan terbang dengan ketinggian 30/30 hari ke atas permukaan haus dan lapar. Penumpang diwajibkan untuk memakai TALI PUASA dan menegakkan kerusi SOLAT. hidangan Al-Quran disediakan setiap saat. Alatan mengumpat dan seumpanya tidak dibenarkan ketika penerbangan. Selamat beribadah di bulan ramadhan. MOHON MAAF ATAS SEGALA KEKHILAFAN.


p/s : Di saat aku post entri ni,azan Isyak pun berkumandang..menandakan,selepas solat Isyak nanti hingga ke Subuh,bermulanya Terawih untuk hari pertama.Semoga diberi keberkatan dalam menunaikan ibadah puasa dan amalan-amalan yang lain.InsyaAllah ;)

Thursday, June 16, 2011

Yang bertudung dipertikai,yang tak bertudung senang lenang

Perempuan dan tudung selalu dipertikai.Yang selalu jadi mangsa keadaan adalah yang bertudung.Tiap-tiap hari ada je topik pasal orang bertudung.Contohnya;

  • Pakai tudung tapi seksi
  • Pakai tudung tapi buat maksiat
  • Pakai tudung tapi bersikap kurang ajar
  • Pakai tudung sekadar ikut fesyen
  • Pakai tudung kadang-kadang je,ikut time


Balik-balik yang bertudung dipersoal.Apa nak kecoh? Benda tu boleh ubah jadi elok bila-bila masa je.Habis yang tak bertudung,kenapa tak dipersoal?Kenapa tak dihebohkan sedangkan itu satu tuntutan.
Dan tak kurang hebat bila keadaan ni berlaku,mesti ada pulak yang kata, 

"Kalau dah macam tu,baik tak payah pakai tudung!" ---> Aku rasa ayat ni tak sesuai sebenarnya.


Kenapa aku kata tak sesuai??


Sebab,bagi aku sekurang-kurangnya mereka pakai jugak daripada tak pakai langsung.Jadi kenapa perlu salahkan atau perlekehkan keadaan.Cuba bayangkan kalau keadaan tu berlaku pada orang yang baru nak bertudung,tak ke sakit hati bila dengar orang cakap macam tu.Terus tak jadi bertudung dengan sebab orang cakap-cakap.Patutnya kita lah yang bagi sokongan atau setidak-tidaknya mendoakan semoga orang tu bertudung dan sempurnakan cara pemakaian tu betul-betul menutup sepenuhnya walaupun kita tak la sempurna mana.


Ada satu kes pulak.Si A seorang yang tidak bertudung dan berniat mahu bertudung,tapi sebagai permulaan,dia nak pakai waktu-waktu tertentu je,kira on-off la kan.Tolong la JANGAN cakap kat Si A,  

"Eh,kalau macam tu baik jangan pakai tudung je!"

Kalau ada yang cakap macam ni,tak mustahil Si A terus tak jadi nak teruskan niat dia.


Sekurang-kurangnya,tolonglah cakap macam ni, 

"Tak apa,sekurang-kurangnya dapat pahala waktu pakai tu!"Haa,tak ke makin semangat Si A nak teruskan niat,kan???


Selalunya,yang banyak komen pasal tudung ni adalah mereka-mereka yang tidak bertudung.(Minta maaf la cakap).Kalau tak percaya,cuba dengar diorang cakap,mesti akan keluar ayat ni,

"Yang bertudung tak semestinya baik,yang tak bertudung tak semestinya jahat!

Mungkin ayat ni keluar sebab diri mereka dipandang lekeh hanya sebab tak bertudung.Banyak lagi alasan lain,contohnya ;

"Tunggu hidayah datang baru nak mula".Kihkihkih.Kita la yang patut cari Hidayah tu kan? ;)


Cuba buang mind set tu.Tak kira la orang tu bertudung atau tak,jangan la menilai orang tanpa kita tau apa niat dalam hati dia.Jangan senang-senang kata orang tu jahat,orang tu baik.Tapi sekurang-kurangnya,yang bertudung tu tetap dipandang elok walau keadaan adalah sebaliknya tanpa kita tau.Itulah hikmah agama suruh tutup aurat.Dah memang sah-sah tuntutan agama,terimalah kenyataan kalau anda dipandang lekeh hanya kerana tak bertudung atau hidup anda sentiasa difitnah kerana imej anda yang sebegitu rupa.Kalau ada orang nak buat baik,kita jangan halang,untung-untung,kita jugak dapat pahala. ;)


p/s : Entri ni tak memihak pada sesiapa.Maaf kalau ada menyinggung hati mana-mana pihak.Tapi jujur cakap,jangan asyik perlekehkan usaha orang dalam menunaikan kewajipan,tak kira la orang tu baru mula atau dah lama mula.

Saturday, June 4, 2011

Tak sampai hati nak publish gambar ni!

Aku sendiri tak sampai hati nak publish gambar ni.
Tapi demi pengajaran kepada manusia-manusia di luar sana termasuk aku sendiri  yang sentiasa leka dengan duniawi,aku pun publish.


Innalillah..


Kepada yang tertanya-tanya dan masih tak tahu,ni la gambar bayi yang dibuang dari pangsapuri Sentul 2,3 hari yang lepas.


Nauzubillah.
Mengikut kata surat khabar,kemungkinan si pembuang yang celaka tu nak buang bayi ni ke dalam tong sampah sebab tong sampah memang dekat dengan tempat bayi ni dicampak.
Kesian kan?Entah-entah budak ni bila besar,jadi doktor ke,ahli farmasi ke,cikgu ke,tak ke menyesal si pembuangnya?


p/s : Semoga si pembuang bayi yang keji lagi celaka tu bertaubat la sekarang sebelum Tuhan hukum atas dunia lagi.

Thursday, April 28, 2011

Jom rebut jawatan kosong ni!!

Jom semua kita pakat rebut jawatan kosong ni!!!!


Jawatan Kosong!


Agak-agak boleh lawan Jomheboh tak?hehehe

Sunday, March 27, 2011

18 sebab jin merasuk manusia!

18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:



1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.

2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah

3. Meninggikan suara dalam bilik air

4. Menangis dan merintih sebelum tidur

5. Membuang air panas ke dalam bilik air

6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah

7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan

8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan

9. Selalu bertengkar suami isteri

10. Terlampau marah

11. Mengikut hawa nafsu

12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah

13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir

14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah

15. Perempuan suka bersolek

16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir

17. Jin jatuh cinta pada manusia


18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.





Beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat.
Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.

Friday, March 25, 2011

Sekadar perumpamaan




Gambar ni cantik,perumpamaan dia pun cantik.Alangkah cantiknya kalau semua orang menghayati perumpamaan ni.....Peringatan untuk semua termasuk diri sendiri yang masih banyak kekurangan.

Wednesday, March 16, 2011

Tahu tapi tak ambil kisah...

Agungnya Kuasa Tuhan



Bukak dashboard,penuh cerita Tsunami Jepun.Bagus blogger-blogger ni,prihatin kepada keadaan semasa.Bukak facebook,ramai orang kongsi video,berita-berita dari CNN serta risalah berkenaan radiasi nuklear hasil daripada tsunami yang melanda,bagus pengguna-pengguna facebook ni.Bila jadi malapetaka,semua orang sibuk kaji Al-Quran kononnya dah tertulis akan jadi benda tu.Tapi sebelum kejadian,ada orang kaji tak? Mungkin ada,cuma saya saja yang tak tahu.Tapi tu la,rasa nya semenjak dulu lagi mesti tersebar info kajian dari Al-Quran selepas bencana menimpa.Semua orang sangat prihatin pasal bencana...

Tapi??


Kita sedar tak,apa kesan nya pada kita?Pernah tak kita fikir kenapa bumi jadi macam ni?Semua orang boleh cakap simpati pada mangsa tapi kita?? Masih tetap dengan dunia kita sendiri,bab-bab agama semua kita pandang remeh.Tujuan entri ni bukan nak tunjuk alim,tapi rasanya semua orang boleh fikir secara logik jugakkan?Ke,tak boleh fikir?Lebih malang lagi,ramai antara kita tahu bencana tu datang dari Tuhan atas sebab-sebab dan kesalahan manusia jugak,tapi langsung tak ambil kisah seolah-seolah yakin yang bencana tu takkan dapat kat kita.




Contoh lagi,seseorang yang cemerlang akademiknya,tapi malangnya dari segi agama seolah-olah macam tak ada langsung pegangan.Yang peliknya,boleh lagi rasa senang hati dengan kecemerlangan yang dia ada.Kenapa agaknya eh? Memang tak pelik kalau kita tengok sekeliling kita,orang yang taat atau setidak-tidaknya dia berpegang pada syariat yang ditetapkan,banyak dugaan pada mereka.Tapi pada golongan sebaliknya,kalau kita tengok mereka ni lebih banyak kesenangan dan kejayaan yang mereka dapat.Lebih takut untuk berdepan dengan situasi seperti peperiksaan,dan sebagainya.Alangkah bagusnya kalau perasaan takut itu untuk akhirat,kan lebih baik?




Jangan risau,golongan-golongan "Kufur Nikmat" tu  hanya dapat kesenangan sementara je tu.Suatu hari,mereka pasti akan rasa menyesal kerana tak ambil berat soal syariat.Lebih malang kalau ajal menjemput saat-saat mereka masih lalai dan leka.Nauzubillah.Minta-minta dijauhkan.




**Heran jugak bila golongan-golongan Kufur Nikmat sangat ambil berat soal malapetaka,tapi kurang pulak ambil berat tentang agama. Entah la, kesian pun ada,tapi apa boleh buat bila ego dan keras kepala tu dah sebati dalam diri.Semoga kita semua dibukakan pintu hati untuk taat pada syariatnya.Penulis bukannya sempurna mana sangat,ada jugak buat salah,tapi sekurangnya-kurangnya kita tahu apa yang kita buat dan apa tanggungjawap yang perlu kita buat.Minta-minta Tuhan ampunkan dosa kita sebelum terlambat.


Sedikit info berbentuk pengajaran boleh baca di sini...  

Tuesday, March 8, 2011

Bila Dr.Fadhilah Kamsah menulis...



Assalammualaikum. .....


Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ...


Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ....either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...


Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..


Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...


Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.


"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu!


So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly...
Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose nothing. Wallahu A'lam...

*** Sumber Facebook

Tuesday, March 1, 2011

Rahsia hebatnya solat di awal waktu.



Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.Warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuh ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi


Waktu Zohor
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?


Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur).Tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan

Qiamullail
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Tuesday, February 8, 2011

Nombor aneh tahun ni

Dah sekian lama aku tak tulis blog.Ohh,aku baru saje pulang dari bercuti.Kembali ke keadaan sedia kala balik,belajar dan belajar.Nak tergelak pulak bila baca komen-komen kat entri sebelum ni.Buat entri petua mau langsing.Feedback yang aku dapat,mau aku buat entri petua mau gemuk pulak! Tapi tak mengapa,korang punya pasal,aku cuba buat nanti ye.

Hari ni aku mau kongsi sesuatu yang membuatkan aku kagum dengan ciptaan Tuhan.Tapi rasanya dah ramai yang tau.Info ni aku share dari Gengblogger FB.

Sedikit info kuasa ALLAH...Tahun ini mempunyai 4 tanggal aneh:1-1-11, 11-1-11, 1-11-11, 11-11-11.Sekarang cuba ini: ambil 2 digit terakhir tahun kelahiran anda dicampur dengan umur anda tahun ini.Hasilnya pasti =111...nice ..Subhanallah !! its... miracle , try it.....!!

Agungnya ciptaan Tuhan kan?Pada yang lalai,leka tu ----> termasuk diri sendiri,bawak-bawak la beramal banyak-banyak.

**Sumber info : FB --> Gengblogger

Wednesday, February 2, 2011

Jangan tengok gambar ni.

Yeah,dah selamat sampai di kampung halaman.
Internet punya la super duper lembab!
Okeh,tadi jumpa gambar ni kat e-mail.

WARNING!
Jangan tengok kalau anda seorang yang geli pada darah dan seangkatannya!







Gambar yang dimaksudkan adalah;
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Kesian kat dia,tapi sempat belek handphone!

Pengajaran dari gambar
* Dalam keadaan macam ni,tinggalkan lah Handphone anda sekejap,banyakkan berselawat dan beristigfar,ingatkan family dan orang-orang tersayang.
* Sentiasa berhati-hati dalam apa jua situasi,sebab kita tak tau apa nasib kita selepas ni.
* Banyakkan ingat Tuhan,kadangkala bala yang menimpa tu atas kealpaan kita pada Yang Maha Esa.
* Sentiasa bersyukur dengan apa yang Tuhan bagi,jangan sampai Tuhan tarik balik keistimewaan yang ada pada kita.

Wallahualam.

Wednesday, December 8, 2010

Tak ramai yang tahu...ada apa dalam Jerusalem.


Ini ialah "tabut ahdi", peti yang menyimpan baju, tongkat dan kitab taurat Nabi Musa. Ia dihilangkan oleh Yahudi pada tahun 70 masihi ketika Titos, raja Rom timur menyerang Jerusalem. Orang Yahudi menggali di sekitar masjid al-Aqsa mencari dua perkara iaitu tabut ini dan harta nabi Sulaiman. Kedua-dua ini penting bagi cita-cita mewujudkan kerajaan Yahudi Raya dan Tample ketiga mereka. Mereka yakin, tabut ini berada sekitar masjid al-Aqsa atau di bawah al-Aqsa.
 

Ini pula salib yang diperkenalkan oleh Richard the lion heart, Raja Britan yang bercita-cita menawan kembali al-Aqsa setelah tentera salib kalah di peperangan Hittin. Salib ini menggabungkan kristian dari berbagai mazhab, salib-salib kecil itu melambangkan gabungan lima negara iaitu Britan, Spain, Italy, France dan German. Akhirnya, Richard berundur kerana tidak mampu menandingi kehebatan Salahuddin al-Ayubi


Ini ialah "manurah". Yahudi akan menyalakannya dengan lilin yang dipasang setiap hari. Tujuh tempat itu merupakan tujuh hari 



Yang ini pula "Hanukah", setahun sekali mereka akan menyalakannya pada hari perayaan. Ia sembilan hari
 

 Jerusalem dipagar dengan tembok. Hanya boleh dilalui dari 7 pintu yang terbuka. Satu pintu lagi ditutup dan hanya akan dibuka setelah Nabi Isa datang. Dipercayai oleh orang Islam di sini, Kristian dan Yahudi. Bagi Yahudi, yang datang adalah Messiah, seorang lain yang bukan Isa a.s Ini adalah Damascus Gate.
 

Herod Gate atau Bab Tahirah  


Ini adalah Bab Nabi Daud, atau Zion Gate. Pintu ini adalah pintu terakhir pertahanan orang Islam ketika Yahudi cuba menawan Jerusalem. Lubang-lubang di pintu ini ialah bekas tembakan peluru peperangan pada tahun 1967 yang menyaksikan Israel mengalahkan lima negara iaitu, Palestin, Syria, Lubnan, Mesir dan Jordan.
 

 Dewan "last supper" . Orang kristain percaya di sini adalah tempat makan malam terakhir Nabi Isa. Dahulunya ia adalah masjid. 






Di sini terdapat makam Nabi Daud. Ia dijaga oleh Yahudi sekarang. Jika hendak masuk seorang mestilah memakai kopiah. Jika tidak ada, maka ada disediakan kopiah di sini
 

Makam Nabi Daud. Ia dipisahkan antara lelaki dan perempuan yang ingin melawat. Nabi Daud dianggap raja terhebat bagi orang Yahudi 







Ini adalah lorong lama di dalam Jerusalem. Ia disebut sebagai laluan Cardo. Laluan ini ialah lorang peniaga.
 

 Peta Jerusalem yang ditemui di gereja Madaba Jordan. Di tengah ialah laluan Cardo. Gereja ini ialah gereja kurun ke lima masihi iaitu sebelum kelahirann Nabi saw  


Lukisan tample ketiga idaman Yahudi
 


Menurut kristian di sinilah Jesus di Salib, di kubah biru sebelah kanan. Bagi Islam, Nabi Isa diangkat ke langit dan akan turun kembali akhir zaman.
 

Setelah di salib, Jesus diletakkan dibatu ini. Bagi Islam, sesorang yang mengkhinati Isa yang telah diserupakan seperti baginda.
 

Setelah mati Jesus di tanam di sini. Pandangan ini merupakan pandangan semua kristian kecuali Protestan. Ini kerana, bagi protestan, tidak ada kubur zaman dahulu berada di dalam kota Jerusalem. Ia mesti di luar. Bagi Islam, Isa masih hidup dan akan diturunkan kembali nanti
 

 Orang yang datang akan membawa lilin. Lilin akan dimatikan didepan kubur ini. Lilin itu akan dibawa balik untuk menjadi lilin keramat seperti tangkal bagi mereka.
 

Ketika tentera Islam dapat mengalahkan Rom di Jerusalem, Saidina Umar datang ke Jerusalem ini, beliau di ajak oleh paderi di sini untuk melawat tempat di sekitar Jerusalem ini. Pada ketika itu, masuk waktu asar. Umar dijemput untuk sembahyang di gereja.Umar menolak dan bersembahyang di tepi gereja di atas. tempat Umar sembahyang bersama para tentera Islam di dirikan masjid dan dinamakan Masjid Umar. gambar di atas adalah di dalam masjid Umar.
 

Umar membuat satu perjanjian bahawa orang kristian di Jerusalem akan dijaga harta mereka dan hak mereka jika mereka tidak bekerjasama dengan Rom dan Yahudi, juga hendaklah mereka membayar Jizyah. Bagi Islam, mereka ada zakat dan bagi orang kafir ada Jizyah. Perjanjian ini terdapat di Masjid Umar hingga sekarang. Ia disaksikan oleh empat sahabat besar iaitu, saidina Khalid al-Walid, Saidian Abdul Rahman al-Auf, saidina Mauwiyah dan Saidina Amru al-Ash.
 

Dinding Jerusalem pernah dirobohkan tahun 1299 m. Ia dibina kembali pada zaman Sultan Sulaiman al-Qanuni, Sultan Uthmaniah. Ini ialah makam dua jurutera Islam yang membina kembali dinding kota pada tahun 1541 m.
 

Betul-betul di tengah gambar ini ialah perkampungan Uzair, seorang yang dimatikan selama seratus tahun untuk Allah tunjukkan kekuasaanya. Kisahnya ada tersebut di dalam al-Quran.
 

Al-Aqsa dari bukit Mukabbir. Ia dinamakan bukit Mukabbir kerana, di sinilah Saidina Umar dan seluruh tentera Islam bertakbir. Ini kerana, dari bukit inilah, tempat pertama Saidina Umar melihat al-Aqsa.

**Sumber : E-mail**

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah 1432

Salam Maal Hijrah 1432 kepada semua.
Semoga di tahun baru ni,semua dimurahkan rezeki dan diberkati selalu dan terhalang daripada buat perkara yang tak baik..
Salam Maal Hijrah 1432
Teringat zaman kat STF dulu.Time nak sambut tahun baru,
petang-petang lagi dah ada kat surau untuk baca doa akhir tahun dan time maghrib pulak baca doa awal tahun.Ustazah cakap,kalau kita baca dan niat dengan ikhlas,InsyaAllah,satu tahun tu kita terpelihara daripada gangguan syaitan dan seumpamanya.Hidup pun lebih tenang tahun tu,kiranya walaupun ada masalah,tapi Tuhan bagi kemudahan untuk kita dan dijauhkan daripada segala bahaya dan bencana.InsyaAllah.mudah-mudahan tahun ni,kita lebih kuat dan diberikan keselamatan dan kesihatan yang baik.Amin.
Lilypie Angel and Memorial tickers