Showing posts with label Joke. Show all posts
Showing posts with label Joke. Show all posts

Saturday, April 13, 2013

Gurauan di hujung minggu

Gurauan di hujung minggu.. ;)


Udin: "Pak, apa kentut dalam bahasa Inggeris?"
Pak: "Wind of change."
Udin: "Kentut yang tidak bunyi?"
Pak: "Sound of silence."
Udin : "Kentut yang ada ampasnya?"
Pak: "Dust in the wind."
Udin : "Kentut yang tak sengaja gitu?"
Pak: "Careless whisper."
Udin: "Kentut yang terhimpit?"
Pak: "Please release me."
Udin: "Kentut yang bau bangettt?"
Pak: "Killing me softly..."
Udin: "Kalau kentut beracun?"
Pak: "Don't speak..."
Udin: "Kentut malam hari?"
Pak: "Wonderfull tonight."
Udin: "Orang yang sering kentut?"
Pak: "Someone like you."......

Sunday, September 25, 2011

Hang Tuah kata Takkan Melayu Hilang di Dunia..betul ke??

Selamat bercuti semua..Alamak,esok dah mula minggu yang baru..malasnya! Jangan malas-malas,nanti terbawak perangai malas tu sampai ke tua.Hari ni agaknya semua orang keluar shopping/beriadah bagi yang berkeluarga dan bagi student macam aku,ada yang masih dibuai mimpi dan  lain-lain lagi.

Aku dah siap semua kerja-kerja mencuci,mengemas dan lain-lain..cuma makan tengahari je belum..Biasa lah,perut aku tak tahan kalau tak makan asyik bunyi je..

Hari ni nak kongsi video kelakar sikit,dah lama tak tengok video ni,tiba-tiba jumpa kat facebook..Ala..video Hang Tuah ambil SPM tu..Jom layan!

Monday, August 8, 2011

|Baca komik Doraemon bertajuk "Kamera Kecek"|


Jom semua! 
Kita baca komik Doraemon sekarang..

 
Dah habis baca? Kalau la ada versi Kelantan untuk komik Doraemon ni,mesti jadi komik paling lawak,mengalahkan Majalah Ujang dan Majalah Gila-Gila

Sunday, March 20, 2011

Lagu SpongeBob versi Kelantan

Assalamualaikum semua.Apa khabar?
Pernah dengar lagu SpongeBob versi Kelantan??
Nak tau lirik dia macam mana?
Boleh tengok kat bawah ni khas untuk anda semua;


Ready dok budok-budokkk? Ho laa, keptenn! Gaaapo diiiooo? HO LAA, KEPTEN! oooooo..Podio dok dale buoh lanah bowoh laut? Spongebob Sluar Kkotok! Sene meresap bewarno kuninggg. Spongebob Sluar kotok! Kalu demo suko bendo laut hok ngarut. Spongebob Sluar Kkotok! Pah mari la pakat nnopat supo ike. Spongebob S.........luar Kkotok! Ready? Spongebob Sluar Kkotok,(3x) Spongebobbb Sluar Kkotokkkkkkkk~~



Sila nyanyi ikut nada lagu SpongeBob ye kawan-kawan.Pada rakan senegeri saya,selamat bergelak ketawa sebab kami kat sini pun dah memang tak tahan gelak baca lirik lagu SpongeBob ni.

Saturday, December 11, 2010

Mr.Bean dan keluarganya.

Time kecik-kecik,ni la salah satu cerita lawak dalam TV.Rela tengok banyak-banyak kali,tak pernah bosan.Ada kawan bagi teka-teki...

"Kenapa watak Mr.Bean tu seorang yang bodoh dan tak tau apa-apa?"


Jawapan pada soalan tu,


"Mr.Bean sebenarnya makhluk asing yang jatuh ke Bumi (ingat tak permulaan cerita,yang dia tiba-tiba jatuh kat tempat terang dengan iringan lagu tu)..Sebab tu la kat Bumi,dia tak tau apa-apa."


Entah betul ke tidak,Cik Ila tak tau.Kawan yang cakap macam tu.Tapi logik jugak jawapan tu kan?Kepada peminat Mr.Bean kat luar sana,boleh check biodata idola korang kat sini,tapi sikit jela.


Biodata ringkas;

Nama : ROWAN SEBASTIAN ATKINSON a.k.a Mr.Bean / Row.
Tarikh/tempat lahir : 6 JAN 1955 , Newcastle-upon-Tyne,UK.
Isteri : SUNETRA SASTRY
Anak Lelaki : BENJAMIN ATKINSON
Anak perempuan: LILY ATKINSON

Mr.Bean dan isteri


Anak Lelaki - Benjamin Atkinson
Lily Atkinson

 Sekarang...Mr.Bean dah tua......
*
*
*
*
*


Rambut pun dah beruban.Uncle Bean!

Wednesday, November 10, 2010

Ada Brann???


Ni kerja budak-budak!!! Mesti kes bosan gila-gila!!! hahaha

Teringat pulak time sekolah rendah dulu-dulu..kalau bosan sangat,banyak main benda-benda mengarut ni;
  • Buat keluar kertas,pilih huruf,tulis nama,nama negeri,nama tempat,nama buah..kalau sama dengan partner,dapat markah kurang,kalau lain dari orang lain,dapat full mark.huyooo!! haha
  • Balik-balik main teka-teki,...dah la merepek.Dari kecik sampai besar,soalan mesti sama,"Macammana nak masukkan gajah dalam peti ais????"
  • Binggo! Buat petak 5x5,tulis nombor 1-25 kat mana-mana petak.Siapa yang Bingo semua dulu,die menang.
  • Main kad.Macam-macam kad ada contohnya Happy Family utk budak perempuan.
  • Apalagi,main kejar-kejar..belasah jela campur laki perempuan.budak-budak tau apa! haha
  • Main lubang tikus tak pun lompat tali getah tu.Sanggup pulak cari stock getah banyak-banyak lepas tu sambung-sambung.Tak paham betul.Apa yang best sangat main lompat-lompat tu.ishh!!
  • Bila cikgu takde,main conteng papan hitam,Contohnye  Ali ♥ Siti dan segala bagai nama semua nak gosip!!!
  • Buku sekolah,style koyak tengah-tengah,biasala..nak main SOS,Bingo,Nama negeri..bla..bla..Ada jugak yang tulis surat.Adik angkat-kakak angkat la konon.haha
  • Bila lepas periksa,budak perempuan sibuk tayang Autograph,suruh tulis nama,alamat,tarikh lahir,hobi,makanan kegemaran,bilangan adik beradik...MOTIF?? hahaha 
  • Cikgu ada meeting,ketua darjah sibuk jaga kelas,tak nak bagi bising.Ahh.senang je,pergi kat papan hitam,tulis "Nama murid bising" Dengan harapan,bila cikgu tengok,dia marah la si budak yang bising tu,ketua darjah pun disanjung tinggi.hehehe. (macam pernah buat je dulu)
** Banyak lagi sebenarnya kan?? Tapi kalau nak list semua,jenuh la nak type..best kan jadi budak-budak?? huhu**

Saturday, November 6, 2010

Facebook bakal dihapuskan??

  
Facebook semakin menjadi-jadi
Tak..sebenarnya tajuk tak berkenaan dengan topik pun.hehe.Ye,saya tau gambar ni semua orang dah tau.Okeh.Sebenarnya,Cik Ila copy gambar ni dah lama,bajet nak buat entri baru guna gambar kt atas ni,tapi memandangkan Cik Ila busy sangat-sangat melayan karenah air sungai naik turun ramalan kejap hujan,kejap banjir,so terbantut la usaha nak publish entri pasal ni.
Cik Ila puji betul orang yang  meng'edit' benda-benda kat atas ni.Walaupun apa yang ditulis tu kadang-kadang tersirat byk sindiran,tapi tu hanya gurauan semata-mata.Saja nak bagi semua orang cool,takde la asyik nak marah je kan dalam hidup ni.Utk tengok selebihnya,boleh bukak blog ni..http://amazingnara.com/2010/10 ....

Thursday, November 4, 2010

Simple,tapi kelakar

Pernah tak korang alami benda ni....

Situasi A : Akak,tumpang tanya,kat mana rumah ni...tadi aku dah lalu kawasan ni banyak kali..

Situasi B (dalam kuliah) : Prof,boleh ulang balik tak utk solution tadi,tadi tuan cakap .....


Situaci C (dalam kuliah) : Puan,saya rasa jawapan cik tadi tak berapa betul..sebab jawapan saya..


Situasi D (ofis kerajaan) : Puan,tumpang tanya,macammana nak isi borang ni,boleh tak akak ajar?


Situasi E (penulis alami) : Helo,kak ila!!! Ni aku ni..... (dalam telefon)


Walaupun benda ni nampak simple,tapi kadang-kadang kelakar jugak bila dengar,bagi mereka2 yang pernah alami ni sama ada korang adalah pendengar atau korang yang mengajukan soalan.

Thursday, July 29, 2010

Matematik itu mudah bukan?

Kalau korang pandai Math,korang boleh jawap.Bagi aku,soalan ni memeningkan kepala sebab aku sememangnya tak pernah suka untuk belajar Math.So,lets go through the question guys! Haha.

SITUASI:
Sekarang si ibu 21 tahun lebih tua dari anaknya.
6 tahun kemudian, umur ibunya adalah 5 kali ganda umur anaknya.
 
SOALAN:
Bapanya sekarang berada di mana ?

Silakan berpikir dan menjawab secara ilmiah/matematik, sila buktikan bahawa anda punya kemampuan untuk berpikir secara wajar...
 
Tetapi...... . .

Jikalau anda malas, terlalu sibuk, terlalu...dll yang membuat anda tidak mahu menghitung atau tidak percaya bahawa hal ini bukan JOKE semata.....
 
Cuba lihat jawapan di bawah...
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sekarang ibunya (M) 21 tahun lebih tua dari anaknya (A)
M = A + 21

 
6 tahun kemudian, umur ibunya jadi 5 kali ganda umur anak
M + 6 = (A + 6) x 5
dimana M = A + 21
A + 21 + 6 = (A + 6) x 5
A + 27 = 5A + 30
27 - 30 = 5A - A
-3 = 4A

A = -3/4
 
Bererti umur anaknya sekarang
* -3/4 tahun = - 3/4 x 12 bulan = - 9 bulan.

Bererti anaknya sekarang belum lahir (akan lahir kira-kira 9 bulan kemudian)
 
Kesimpulannya, sekarang Bapanya berada di ...atas ibunya atau di bawah atau di sebelah (mengikut posisi kesukaan) . Si anak baru hendak dihasilkan.. ha.
 
 

Lilypie Angel and Memorial tickers