Showing posts with label My baby. Show all posts
Showing posts with label My baby. Show all posts

Thursday, March 26, 2015

30 Hari Menjadi Ibu

30 hari menjadi ibu.

Ewah tajuk.Macam kau sorang je mak kan? Seriuosly memang mencabar gila jaga budak kecik yang diberi nama Muhamad Rizq Akashah ni.Aku panggil dia Kashah. Kalau marah aku panggil dia Mad dengan nada kasar tapi bukan marah.

Wajah kesayangan hamba!
umur 1 hari
umur 3 hari
Umur berapa? Cer teka..

Seminggu yang pertama aku macam blur.Orang kata baby blues.Rasa happy,but sometimes rasa macam eh..aku penat gila takleh nak rehat langsung.Yela,biasalah,tidur malam akan terganggu dan baby blues ni sindrom pada ibu lepas melahirkan anak.Once u deliver your baby, automatically no time for you to get enough sleep. Sampai la anak masuk sekolah,universiti,kawin..baru la boleh lena tidur.Hopefully. Hehe

Bila dah masuk 2 minggu aku dah beransur-ansur ok. Oh ye,sakit bersalin dah hilang seawal seminggu. Aku pun hairan. Dah rasa macam boleh melompat nak pergi mana-mana aje! Ohh how?haha

Aku rasa sebab ni dah 2nd time bersalin,so macam tak serik-serik jugak nak beranak.That’s why tak sakit.Ehh yeke? Satu benda yang aku kenal pasti lepas aku bersalin. Aku macam dah tak kisah makan ke tak makan.Sebab kadang-kadang syiok jaga anak sampai terlupa yang kita belum makan. Kalau makan pun,sikit-sikit je.Takut anak menangis dan takut perut buncit.Tett! ;p Satu benda lagi,mandi dah macam mandi kerbau. Asalkan mandi,berus gigi,cuci badan,shampoo rambut dah cukup. Dah tak ada masa nak lepak berendam dalam air lama-lama.

1st month lepas deliver,baby tak tidur malam langsung. Aku dah serupa kunfu panda. Mana pernah tak tidur langsung. Lagi-lagi bila nak kena dodoi baby,alahai sedihnya sakit-sakit badan,lesu,nak pengsan semua ada. Totally lost. Tapi lama-lama dah biasa. Aku rasa macam happy pulak stay up malam-malam layan baby. Cuma waktu siang aku ke laut la sket. Asyik mengantuk.

Oh ye.Sepanjang pantang,aku memang pam susu. Tapi bila penat,terjejas jugak la mutu pengeluaran susu sebab kita tak cukup rehat,stress dan air susu pun kurang. Agak menyedihkan. 

Makanan sewaktu berpantang,haruslah nasi panas+ikan bakar+sayur sawi+lobak merah+lobak putih.Sampai 44 hari. Dah naik muak sampai tahap aku dah tekad tak nak makan dah lauk-lauk ni lepas pantang.Tapi kadang-kadang aku gatal tangan jugak bukak tudung saji kat dapur ratah sikit-sikit yang tak boleh dimakan. Ala...sket je.Terliur! haha

Again.Bulan pertama selepas melahirkan,sangat ting-tong. Banyak mencuri-curi masa untuk buat sebarang kerja. Bila fikir-fikir,seronok juga kalau macam ni gayanya kalau dapat kuruskan badan best jugak.Haha

30 hari yang mencabar dah berlalu dengan seribu satu perasaan. Alhamdulillah. Syukur pada Tuhan yang menganugerahkan anak ini kepada aku.


Next entry will be…Ragam si budak kecil.Tunggu! ;p

Saturday, February 28, 2015

Bersalin - Part 3 – Episod dalam wad

Part 3 – Episod dalam wad

Setel urusan mengeluarkan uri dan jahit-menjahit, aku rasa dah nak Maghrib. Tanya doctor bila dapat masuk wad, dia kata setengah jam lagi.Rupanya harapan palsu. Penat punya tunggu. At last,pukul 11malam baru aku masuk wad. Kecewa.Letih. Kisahnya sebab bleeding aku banyak so terpaksa tahan sekejap sebelum masuk wad.

Waktu ni la baru dapat jumpa husband dan family yang dah tunggu dari petang. Semua orang dah lembik. Nampak gayanya aku sorang-sorang la dalam wad malam ni tak ada yang sudi nak teman. Yep,aku sorang!

Wad selesa.air-cond sedap.Katil sedap.Semua sedap.

Yang tak sedapnya baby tak nak tidur. Seingat aku pukul 3 lebih baru dapat tidur,tu pun terpaksa pangku baby kat sebelah,tidur sama dengan dia. Tidur selepas melahirkan adalah tidur-tidur ayam.

Yang hebatnya kali ni,aku rasa segar berbanding beranak 1st dulu. Tak rasa apa pun kesan jahit tu. Selamba jela ke hulur ke hilir.Tapi nak kena curi-curi jalan.Awas. Baby macam ada sensor boleh kesan orang nak tinggalkan dia walau sekejap.

Esoknya 22 Jan 2015, breakfast milo dengan biskut je. Tiada lagi makanan sedap-sedap macam nasi lemak,mee goreng. Sob3x. Makan jela. Tapi takut jugak. Dulu masa beranak 1st, aku fobia bab nak membuang hajat besar. Takut tertetas jahitan. Kali ni Alhamdulillah,agaknya jahit tak banyak mana kot sebab aku boleh jalan tahap rasa nak lompat pun boleh. Hee ;p

Episod di wad adalah lebih kepada check up doctor untuk mak dan anak. Ramai doctor pakar datang check dan lalu-lalang. Alhamdulillah mak baby dan baby sihat. Boleh discharge hari ni jugak. Yeyy!

Waktu melawat,parents datang melawat. Tapi parents aku dapat masuk awal atas budi bicara nurse-nurse yang sangat baik hati. Mekacehh~ ;p Hidangan tengahari sedap. Mak aku suruh je aku makan walaupun kalau ikut orang tua,aku tak boleh makan oren, sayur dan ayam bakar rempah.

Lebih kurang pukul 2 petang,aku dah boleh discharge. One more thing,adik baby naghis kuat gila masa nak discharge.Aku tak tahu pasaipa. Dia suka duduk hospital kot? Daripada wad sampai ke pintu kereta,naghis tak henti. Masuk dalam kereta baru diam sampai la ke rumah dia tidur.

Macam tu la kisahnya.

Next entry will be: 30 hari menjaga adik baby. Haha ;p



Bersalin - Part 2-Labour Room

Part 2-Labour Room

Lepas aku solat zohor,aku rasa macam contraction makin bisa. Rasa macam nak sepak terajang orang! Aku jalan ke katil,bajet nak tidur. Tak boleh wei,sakit!  Hati punya ego nak jugak tahan rasa sakit tapi tak nak bagitahu nurse.

Pukul 4.30 macam tu,aku menyerah kalah. Bagitahu nurse kata dah rasa macam nak meneran. Nurse suruh pergi bilik rawatan untuk check bukaan. Aku rasa menyampah pulak bila orang tengok-tengok aku waktu nak pergi bilik tu. *Aku sakit ni,kau tengok apahal?”

Astaghfirullahalazim.Haha

Okeh.Finally dah 6cm.Masa untuk ke labour room.Apalagi,nurse kata tunggu jap,nak ambil wheelchair.

4.55pm,sampai je labour room, ramai pulak yang menyambut aku.Meluat rasanya. 

“Okeh,mari-mari!”.Annoying habis suasana dalam tu.Labour room memanjang ke belakang. Aku ditolak ke hujung bilik. Yang ke 10 ke 11 aku tak ingat. Check tekanan darah,pasang tiub air kencing. Dalam hati aku,”Nak check apa lagi,aku dah tak tahan sangat-sangat nak beranak dah ni!”

Datang pulak lagi nurse nak pasang CTG.Adoi. Tak payah la kot.Nak keluar dah ni. At last,ada doctor datang tengok.Aku cakap dah nak meneran dah ni. Terus dia tengok dan ohhh..rupanya dah nampak rambut baby! Haha ;p

Baru semua orang kalut cabut segala wayar yang tak patut.

Yang sedihnya,waktu tu suami baru on da way nak ke hospital.Akhirnya aku bersalin sendiri dengan nurse dan doctor saja.Baru nak suruh dia tengok aku beranak.Hampa.
5.31 petang dan aku pun selamat melahirkan.Alhamdulillah.
Baby boy-2.5kg.Kecik je.

Bersalin - Part 1 – Early Contraction,Masuk wad

Fuh lega,syukur Alhamdulillah dah selamat bersalin tarikh 21 Januari 2015,5.31pm di Hospital Raja Perempuan Zainab II,Kota Bharu Kelantan. Teruja wei!
Meh kita tengok kronologi kelahiran.

Bermula sakit tengah malam.Seingat aku 11.30mlm rasa macam contraction. Tapi sebelum tu,2,3 hari sebelumnya memang ada rasa macam contraction Cuma yang tu tak lebih sejam.Yang ni start 11.30mlm,contraction punya interval dalam 6-12minit. Cuak. Dah nak bersalin ke ni? Adik baby tunggu la pagi esok. Tak larat la nak pergi hospital malam-malam. Jauh kot.Bachok ke Kota Bharu,ada la dalam setengah jam.

Aku on contraction timer punya application kat telefon untuk record contration.Tunggu punya tunggu sampai la pukul 2.08pagi.Confuse.

Aku dah ulang-alik ke toilet sebab nak membuang.Kisahnya petang 20 Januari 2015,aku belasah satay ikan a.k.a lokcing. Berapa cucuk toksah cakap.aku rasa kalau RM1 tu ada 4 cucuk,aku rasa dah telan berapa puluh ringgit!!

Tak boleh jadi ni.Takkan nak beranak dah? Last-last aku tertidur.
Pukul 5.30am,husband bangun dan mandi.Tengah bersiap nak pergi kerja. Yang aku ni duk confuse lagi,nak pergi hospital ke tak.Husband pun duk risau.Dia pergi cari mak dia kat dapur.Aku sekali lagi pergi melepaskan hajat.Tak tahan wei. Dalam hati,menyesal pulak aku telan satay tu banyak,kan dah cirit-birit.

Kata mak,pergi je hospital.Kalau rasa berat perut memulas tu ye la.Tapi aku was-was lagi. Sakit ni sebab aku belasah satay kea tau memang aku tunggu masa nak bersalin.Lagipun kalau ikut hari,aku dah 39week cukup-cukup.

Okeh.Husband kata mai la pergi hospital.Kalut aku.Subuh-subuh dah bersiap dan terus pergi.Dalam kereta tak ada benda lain,duk ingat balik camne eh sakit bersalin dulu? Haha.Sambil duk baca kat mulut. “La-illahailla-anta subhanaka-inni-kuntumina-zzolimin.”
Aku cuma ada kalimah tu saja.

Sampai hospital,terus ke labour room.Check bukaan baru 3cm,ambil sampel air kencing,check tekanan darah,timbang berat dan buat CTG kat perut. Masa tu contraction on-off.Perut mengeras.Sudah! Aku fobia betul perut keras ni.Teringat yang kes arwah anak sulung dulu.Gitu la rasa mengerasnya!

Doktor kata admit ke wad. Okeh.Mari kita pergi ke wad 24 katil nombor 8.
Perut dah tak sakit.Entah ke mana hilangnya contraction macam semalam. Risau. Jam demi jam,nurse akan pantau tekanan darah dan jantung baby. Aku lapar sangat. Lambat betul nak waktu makan,aku dah lapar ni. Husband keluar pergi cari makanan untuk aku. Oh ye,time ni contraction datang balik. Tapi dalam 20minit sekali. Bila dia datang,aku macam krem sekejap.Siapa pandang aku time contraction datang,rasa nak belasah je orang tu!

Pukul 11lebih,aku dah belasah makanan yang husband beli. Pukul 12tengahari,makanan pun sampai,sekali lagi aku belasah semua. Fuh kenyang. At least kalau terberanak hari ni,aku puas hati dah dapat makan macam-macam.

Dah pukul 1 lebih.Waktu melawat. Abah datang melawat. Masa tu contraction makin cepat pulak. Dalam 15 minit camtu.Seperti biasa,kalau dia datang,aku rasa krem+blur+jadi anak patung sekejap. Sakit gila kot. Contraction pekebenda bisa sangat ni. Dulu tak macam ni pun!!

Habis waktu melawat,husband pun balik semula ke Bachok. Tinggal la aku sorang-sorang. Hiba wei..waktu sakit datang,mau nak mengamuk dibuatnya. Bajet nak tidur,sori la..Aku dah banyak kali cuba nak tidur,last-last nurse kejut;

 “Dik,bangun check tekanan darah, dik bangun check jantung baby!”

Bila nak tidur nya ni??

Sampai ke sudah tak tidur. Zohor pun pukul 3.30 baru nak buat. Tu pun duk berperang dengan sakit yang makin kerap,10minit sekali.

Jeng-jeng-jeng.Nak tahu pukul berapa aku masuk labour room?

Sila ke part 2. Heee ;p


Monday, January 12, 2015

Pregnancy,Banjir,Tesis..

Hari ni dah 37weeks + 2 days pregnant untuk kali ke-2.

Adik baby bila-bila masa saja boleh lihat dunia. Alhamdulillah, sempat balik kampung untuk bersalin selepas bermacam-macam dugaan sebelum balik.Aku sendiri pening kepala hari tu.Antaranya hal banjir, Thesis Master terkontang-kanting,rumah aku di Kuala Krai kena banjir,jalan bukit Gerik runtuh,dilema nak bersalin di mana,dan macam-macam lagi.

Tapi segalanya dipermudahkan olehNya.

  • Draf Tesis Master - aku submit pada SV sehari sebelum balik.Yakin dan teramat yakin memang salah banyak. SV suruh aku hantar hardcopy untuk dia check,dan selepas check dia kasi balik untuk aku buat correction. Sudahnya,aku hantar hardcopy,sekali dengan kotak poslaju dengan ucapan pada SV, "Dr..Saya taknak susahkan Dr.Saya tahu tesis saya carca-marba,so saya bagi kotak poslaju,nanti Dr suruh je student Dr hantarkan lepas Dr check,esok saya nak balik dah!"
  • Banjir - Kata abah, rumah kita tinggi,tak banjir.Lagipun,selama hayat rumah kita tak permah banjir! Sudahnya,dapat info dari abah; "Salam anak2,rumah kita tenggelam.Tak jangka sama sekali,bateri fon pun out!' - Menangis tak berlagu,aku fikir barang baby yang ada separuh kat rumah sah-sah rosak! Sedih sebab time banjir tu tak boleh agak macammana parent aku survive.Entah makan ke tidak.Lagi-lagi masa telefon abah dah habis bateri,tiada elektrik+air.
  • Rumah di Kuala Krai - Since rumah banjir,aku fikir kotor,barang-barang rosak,air tak ada, udara kotor,wabak penyakit banyak. Macam mana aku nak balik bersalin kalau dah Hospital Kuala Krai tu pun entah ok ke tak ok. Kat rumah sah-sah la tak bagus untuk baby baru lahir dengan wabak penyakitnya. Itu belum kira rumah yang belum habis dibersihkan lagi.
  • Jalan Bukit Gerik - Sejak hujan tak henti dan Kelantan banjir,tup-tup dengar pulak kisah lori jatuh dalam gaung sebab tanah runtuh kat Gerik. Husband dah susah hati. Dia sepatutnya balik sebab ada meeting dan plan nak bawak balik kereta dia ke Kelantan pastu datang balik untuk angkut aku balik dengan kereta aku. Barang pun banyak. Nak harap cik purple aku, macam swiss roll la nanti. Sudahnya, terpaksa tinggalkan cik purple kat Perlis sampai sekarang.Harap-harap ok la cik purple di sana.
  • Dilema nak bersalin - Disebabkan aku ada kes daripada 1st pregnancy,so Doc suruh aku bersalin hospital yang ada specialist. Aku plan sebelum ni nak bersalin di Hospital K.Krai sebab ada pakar,plus sebelum ni pun aku bersalin kat situ. Disebabkan banjir, aku terpaksa balik rumah mertua di Bachok. Bachok tak ada hospital,paling dekat pun Hospital P.Puteh. Tapi Hospital P.Puteh pulak tak ada specialist. Yang ada specialist di HUSM dan Hospital Raja Perempuan Zainab,Kota Bharu dan perjalanan ambil masa sejam ke sana.Stress!
  • Fizikal&Mental - Celaru gila! Duk pujuk baby keluar la lambat sikit,tapi bukan lambat sangat,kang kena induce pulak macam hari tu. Disebabkan 1st pregnancy aku gagal sebab baby meninggal dalam perut, aku jadi macam takut-takut bila mengandung kali ke-2 ni. Tambah pulak dengan segala dugaan ni.
Haih.Mintak-mintak la dipermudahkan segalanya nanti.Adik baby,sabar ye.Nanti kita jumpa. Wee ;p

Monday, December 15, 2014

Malish Ilaria - Double Breastpump Murah

Segmen review kembali lagi.

Kalau last week dah review pasal tilam kelambu&sleeping beg,kali ni nak review pasal breastpump pulak.Kot-kot la ada mommies yang tengah pening kepala nak cari breastpump kan.

Breastpump yang akan di'review' kali ni adalah Malish Ilaria Double Pump.

Sebelum ni rasanya ramai yang tak pernah dengar lagi brand Malish ni.Kalau dengar pun,hujung-hujung 2013 macam tu la kot. Aku pun baru dengar tahun ni.Lagi la lambat tahu.Ni dah nak 2015 dah pun.Heee.. ;p

Tadaaaa...

Malish Ilaria Double Pump
Satu set ni murah saja.RM399+Free Gift+Free Postage

Free Gift;

+ FREE Bag V-Cool 2-in-1 ( Boleh Muat PAM dan 8 botol)
+ FREE 6 Extra bottle BPA Free
+ FREE Ice Brick
+ FREE 2 wideneck bottle converter
+ FREE Special USB cable
+ FREE Battery case
+ FREE 2 Membrane (spare parts)

KELEBIHAN PAM NI:
✔ Double PUMP
✔ 2 MOTOR
✔ Backlight LCD screen
✔ Boleh pakai ELEKTRIK, BATERI dan POWERBANK
✔ Suction HEAVY DUTY
✔ Sangat SENYAP. Tak perasan pun PUMP tengah ON!
✔ Silicon shield yg sangat LEMBUT
✔ Saiz yg KECIL dan ringan
✔ Design yg stylish dan SIMPLE button
✔ WARRANTY 1 tahun by Malish

Kebanyakkan yang jual Malish ni akan jual pada harga RM399 tak termasuk postage.Tapi kalau nak harga RM399 beserta free gift dan free postage,korang boleh order kat sini;


Boleh jugak tengok video ni untuk nak tahu sejauh mana bunyi suction dia selain daripada video di youtube.


Okeh.Itu sahaja segmen review untuk hari ni. Ingat tau,kalau nak harga fixed RM399,boleh beli di breastmilk4ubaby sahaja.Tempat lain kalau tak silap tambah RM20 untuk postage.Kalau minat nak beli double breastpump,pilih lah Malish Ilaria. Tapi kalau nak yang single pump pun ada,Malish Mango.Jangan tertukar pulak tau! ;)

Wednesday, December 10, 2014

Tilam Kelambu Murah

Siapa nak tilam bayi murah?

Semua nak kan.Confirm!

Mommies kat luar sana,siapa yang tengah survey tilam baby,meh baca entri ni.Tak rugi. Hari ni nak review sikit pasal tilam baby yang baru dibeli hari tu.Rezeki dapat harga yang berpatutan.So,nak share dengan mommies semua yang mana memang tengah bajet-bajet duit nak beli tu.

Ada sesetengah mommies yang memang nak tilam yang simple untuk baby.Ada jugak yang suka tilam kekabu tebal. Tapi aku prefer yang biasa-biasa saja dengan harapan,kalau baby tak selesa,aku taram la lapik kain lampin lepas ni.Hee ;p

Taraaaa!

Sweet Purple!
Sweet kan tilam purple ni? Tilam ni ada kelambu sekali.So,nak guna atau taknak,terpulanglah.Ohh,sebelah tu sleeping bag. Boleh letak dalam stroller atau nak letak baby sekejap-sekejap sebagai alas pun boleh.Untuk travel pun boleh jugak.


Tilam Kelambu dan Sleeping Bag
Harga sangat berpatutan.Dua-dua ni set promosi. RM 53 sahaja untuk kedua-duanya.Kalau beli satu agak mahal jugaklah.So,dah alang-alang ada set promosi ni,sila la grab kedua-duanya ok!Dengan syarat,korang mesti beli kat sini;


Sangat puas hati dengan harga dan layanan dari butik ni.Ada banyak lagi barang baby yang dijual di sini especially tilam kekabu dan bantal.Jom like page butik ni.Selamat membeli-belah~! ;)

p/s; Kalau beli dekat Padang Besar,Perlis..harga untuk satu tilam ni RM45,paling kurang pun dia bagi RM40.

Thursday, November 6, 2014

Tips Minum Air Gula Untuk Ibu Hamil

Masa tulis entri ni sebenarnya baru lepas minum air gula.

Dari semalam fikir,boleh ke aku telan hari ni memandangkan sebelum ni punya pengalaman agak meloyakan.Siapa tak loya,ibarat minum kordial kot.

Ok.So far,tekak aku ok lagi.Harap-harap sampai ke petang tak ada masalah pening macam dulu.Nak makan lepas tu pun fikir 2,3 kali.So,hari ni nak share sikit tips minum air gula untuk ibu-ibu yang susah nak telan air gula.

Kenapa kena minum air gula?
  • Diabetes disebabkan oleh kegagalan pankreas menghasilkan hormon insulin yang mencukupi. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah dan membolehkan badan anda menyimpan gula yang tidak diperlukan serta-merta untuk menghasilkan tenaga.
  • Badan anda perlu menghasilkan insulin tambahan untuk memenuhi keperluan bayi semasa anda sedang hamil, terutamanya daripada kira-kira bulan kelima iaitu ketika tumbesaran bayi sedang berlaku dengan pesat. Jika badan anda tidak dapat menyaingi perkembangan ini, anda mungkin akan menghidap diabetes gestasi.
  • Bayi anda memerlukan gula dalam bentuk glukosa untuk membantunya membesar, tetapi terlalu banyak gula pula boleh menyebabkan badannya lebih besar daripada yang sepatutnya, terutamanya pada bahagian bahu, dada dan abdomen. Keadaan ini dikenali sebagai makrosomia yang bermaksud "badan yang besar".
  • Akibatnya, mungkin sukar bagi anda melahirkannya secara normal nanti kerana bahunya yang besar mungkin akan tersangkut. Bayi yang terlalu besar berkemungkinan perlu dilahirkan secara pembedahan caesarean.
  • Di antara 2 dan 14 peratus wanita hamil menghidap diabetes gestasi. Dalam kebanyakan kes, apa yang anda perlu untuk mengawal diabetes ialah dengan mengikuti diet yang sihat dan bersenam. Dalam kira-kira 10 hingga 20 peratus kes, wanita-wanita ini terpaksa menyuntik diri mereka dengan insulin untuk mengawal penyakit ini.
  • Salah satu tanda diabetes gestasi ialah terlalu banyak gula dalam air kencing. Ini mungkin dikesan melalui ujian air kencing rutin semasa hamil tetapi ia tidak lagi disyorkan sebagai cara yang terbaik untuk mengesan masalah diabetes.
Ujian MGTT
Apakah itu Ujian MGTT?
Untuk prosedur MGTT (modified glucose tolerance test), ibu-ibu akan diminta puasa bermula jam 10 malam pada hari sebelum temujanji di klinik.
Pagi keesokan harinya,kebiasaannya sebelum pukul 8 pagi di klinik, darah kira-kira 2-3 ml akan diambil buat pertama kali untuk diuji kandungan glukosa.
Ibu-ibu kemudian perlu minum air glukosa yang disediakan - 75 mg glukosa dalam 200 ml air kosong.
Dua jam kemudian, darah akan diambil sekali lagi untuk melihat tahap toleransi ibu-ibu pada gula (penghasilan insulin atau tidak) dan kandungan glukos dalam darah.
Secara umumnya bacaan yang biasa di ambil untuk ibu mengandung di Malaysia adalah seperti berikut :
FBS (Fasting Blood Sugar) - Bacaan pertama yang diambil pada sampel darah yang di ambil ketika kita sampai di klinik. Normal : 3.0 mmol/L - 5.5 mmol/L
2 Jam selepas - Bacaan yang di ambil pada sampel darah selepas 2 Jam ibu hamil minum air glukos/air gula. Normal : < 7.8 mmol/L
Reference Range

Normal : < 7.8 mmol/L
Impaired : 7.8 mmol/L - 11.0 mmol/L
Diabetic : 11.1 mmol/L

Biasanya ibu-ibu yang punya bacaan yang berhampiran atau pada borderline akan di minta melakukan ujian sekali lagi.
Manakala ibu-ibu yang mempunyai bacaan lebih dari 7.8 mmol/L akan di rujuk untuk melakukan ujian BSP dan seterusnya mendapat nasihat doktor.
Ok.Tu serba sedikit fakta kenapa perlu minum air gula ni.Sekarang nak share tips pulak.

Macammana nak minum air gula dengan tenang?
  1. Biasanya nurse/doktor akan suruh kita puasa dari jam 10malam sampai la pagi.Ikut aje.Kalau korang degil,susah nak telan air gula. Sebab aku pernah terlupa pergi bantai makan buah.Nurse tanya puasa ke? Aah,puasa! haha.Air masak pun puasa sama.Ok?
  2. Sebelum minum tu,baca selawat banyak-banyak.Kuatkan hati semoga dapat minum dengan lancar.
  3. Minum terus jangan berhenti. Kalau minum sekejap-sekejap,confirm payah nak habiskan.
  4. Fikir positif.Ingat baby dalam perut.Kalau ada kencing manis,kesian jugak baby pun berisiko macam-macam.
  5. Jangan dengar cakap orang pasal air gula tu tak sedap. Walaupun memang tak sedap pun sebenarnya.Lagi-lagi yang tak ada perisa.Aku pernah terkena yang tak ada perisa tu dua kali Uwek! Haha. Mana tahu,korang diberi minum yang berperisa oren yang sedap tu,macam yang aku minum pagi tadi.Nyum2.
  6. Sehari sebelum ke klinik, kalau boleh hadkan pengambilan makanan. Minum air masak banyak-banyak.Kurangkan nasi,lebihkan sayur.
  7. Jangan muntah atau sengaja muntahkan air gula tu.Kalau nurse tahu,habislah korang kena minum air gula balik.(Kalau muntah,diam-diam sudah!).Hehe
  8. Lepas dah selesai ambil darah kali ke-2 lepas minum tu,kalau boleh jangan makan lagi makanan berat-berat,takut korang muntah. Slow-slow minum air masak,makan biskut ke roti ke.Lambat-lambat sikit makan nasi.ok?
Rasanya tu sajalah yang aku nak share hari ni. Kejap lagi aku nak pergi klinik balik ambil darah kali ke-2. Harap-harap bacaan gula aku normal.


Rujukan;

Apa Itu Ujian MGTT??
Minum Air Gula Semasa Hamil

Saturday, October 25, 2014

Gila Cappati!

Tahun ni tahun menggila dengan cappati.

Dapat makan cappati tiap-tiap minggu pun tak apa kot! Kisahnya,aku ni jarang dan tak suka cappati. Better makan roti canai la sebab senang jumpa.Cappati ni kurang minat sebab tak jumpa kedai yang betul-betul buat kuah sedap.Biasa la,aku pentingkan kuah dari segalanya.Haha

Tahun ni tak tahu la kenapa.Mentang-mentang kat taman perumahan ada segala bagai kedai dan warung,aku tertarik nak makan cappati. Kuah dia so-so je sebenarnya tapi bila dah makan sekali,nak lagi weh! Haha

Cappati-hasil ihsan google image.
Aku tak ingat pulak dari bulan berapa suka makan cappati. Lepas raya puasa hari tu,ada buat sesi pot-luck dengan kawan-kawan. Ada kawan yang bawak cappati. Ya Allah. Memang suka sangat.Rezeki aku murah. 

Sejak tu,bertambah lagi nafsu membeli cappati. 

Aku tak pasti kenapa. Aku yang nak makan atau baby nak makan atau nafsu makan aku dah ke arah cappati sebenarnya? Hee.


Sunday, October 12, 2014

Nescafe oh Nescafe!

Subhanallah.

Dah masuk 6 bulan tak pekena Nescafe.Aku ingat bila dah lama tak minum,akan lupa la pasal Nescafe ni.Rupanya haram tak langsung!

Yummeh!

Kalau nak tahu,aku peminat setia Nescafe.Kalau bukan Nescafe'O,Nescafe susu.Itu wajib setiap minggu mesti mahu minum. Kalau tak minum,aku jadi sakit kepala. Ini bermaksud, aku memang dah ketagih Nescafe sebenarnya.

Sekarang,tengah pregnant maka aku terpaksa berpuasa Nescafe hampir setahun. Ohh tidak! Tapi takpe,demi adik baby dalam perut ni,buang jela tabiat minum Nescafe.Nanti dah bersalin,aku nak minum tiap-tiap hari.Haha

Sebenarnya tak elok pun minum Nescafe ni. Tapi entah la,rasa seronok je minum Nescafe. Rasa macam semangat je nak buat kerja. Cuma satu jela. Orang kata kalau nak berjaga malam,minum la Nescafe atau kopi supaya tak mengantuk. Tapi aku tak. Minum la banyak mana pun,aku tetap akan tidur! Heee ;p

Untuk ibu-ibu hamil,bertahanlah korang. Kalau korang teringin,boleh minum tapi had-kan pengambilan Nescafe sebab ada sumber kafein yang boleh mengurangkan penyerapan zat besi korang. Nanti pergi klinik, kalau bacaan HB rendah,cuba check balik kot-kot ada terambil sumber kafein waktu ambil pil zat besi.

Tapi aku tak minum kafein,tetap jugak HB rendah. So how? Hahaha



Wednesday, August 27, 2014

Untuk kedua kalinya..

Alhamdulillah.

Berjuta-juta syukur pada Tuhan kerana untuk kedua kalinya disytiharkan pregnant lagi. Dah kali ke-2 pregnant. Minggu ni dah masuk week ke 18.Cepat masa berlalu.Rasa macam baru semalam lahirkan arwah baby Rizqi,anak syurga yang terpilih oleh Yang Esa.

Harapan kali ni kalau boleh-diulang,kalau boleh dan diizikan Tuhan,supaya segalanya lancar tanpa sebarang masalah macam dulu. Sekarang,nak kata terlampau jaga pun tidak,tak jaga juga tidak. Cuma kali ni lebih berserah pada Tuhan-kalau ada rezeki,ada lah.Harap-harap.

Untuk kedua kalinya,still lagi aku tak habis-habis buat Master.Tolong jangan bilang aku tak pandai sebab habis lambat.Tapi cuba lah untuk faham,Master by Research memerlukan masa yang sangat banyak untuk research,publication,conference dan juga thesis.Usah dibanding dengan orang yang buat Master by Coursework yang memang boleh habis setahun saja.Juga,harap-harap semua orang faham!

Tahun pertama buat Master pregnant,tahun kedua Master juga pregnant.

Juga sama,aku dan suami masih lagi berjauhan.Seorang di timur,seorang di utara.

Tapi semua tu bukan masalah.Macam aku cakap dulu,demi sesuap nasi masa depan.Lain orang,lain periuk nasinya.Kami pun sama.Ada jalan masing-masing dan belum ada rezeki lagi untuk berada di tempat yang sama.InsyaAllah suatu hari nanti,kalau diizinkan.

Untuk follower semua,minta maaf kalau korang follow blog ni yang tak best langsung.Dah la jarang update.Maaf banyak-banyak.Busy yang amat.



Wednesday, October 9, 2013

Tahu vs. Tak Tahu

Dalam aku terkejar-kejar untuk siapkan projek Master,aku sangka semua orang dah tahu kisah aku yang kehilangan anak baru-baru ni. Tapi rupanya silap. Masih ada 'seguni' orang lagi yang tak tahu cerita. Dulu awal-awal peristiwa,semua orang yang tahu,diamkan diri dari bertanya. 

Sampai aku laki-bini duk pelik;

"Diorang taknak tanya kita ke pasal baby?"

Dah tak tahu sangat agaknya.Aku laki-bini pun kata;

"Agaknya diorang jaga hati kita takut kita sedih,benda tu kan sensitif.."

Macam tu la kitorang berdua buat kesimpulan.Tapi aku sangka,semua dah tahu cuma tak berani nak tanya atau tunggu masa yang sesuai baru nak tanya.Nak dijadikan cerita dalam 2-3 hari ni,banyak pulak orang yang baru terjumpa aku dan tanya pasal baby.

  1. "Eh,dah bersalin? Mana babynyaaa?"
  2. "Hai Su..Camne,baby sihat?"
  3. "Slimnya lepas bersalin.Baby hantar kat nursery ke?"
  4. "Wah mummy ni..bila nak ajak kita datang tengok baby?"

Dan..banyak lagi.Time ni la mula duk fikir,hmmm...

Rizqi,
Semua orang pun tanya pasal Rizqi.Semua orang pun teringin nak tengok Rizqi. Tapi mama dah cakap dan cerita satu persatu.Semua orang terdiam.Diorang rasa bersalah pulak sebab tanya mama.Tapi diorang tak salah sebab diorang pun tak tahu cerita.Alhamdulillah.Tuhan beri kekuatan pada mama untuk terus tabah untuk bercerita tanpa reaksi sedih sedikit pun.Hmmm..dah hampir 4 bulan Rizqi di SANA.Tentu seronok.Mama tak tahu lagi pengakhiran hidup macammana..syurga neraka pun entah ke mana lagi.Bila la agaknya kita boleh jumpa? 

Kalau la ada medium untuk aku bercakap dengan Rizqi macam kata-kata kat atas,dah lama aku buat.Dan kalau la aku diberi peluang untuk mengandung Rizqi balik,dah lama aku jaga dia betul-betul dan dah lama aku bercakap banyak-banyak dengan dia setiap waktu kalau tahu dia akan pergi.Setiap nafas yang bernyawa ada perasaan dan dia faham apa yang mak dia rasa,kata kawan aku. Aku fikir lagi, agaknya dia tahu kesusahan aku waktu sekarang. Hmm..anak pulak yang berkorban untuk mak.. ;(

Monday, July 15, 2013

Arwah Rizqi dan Hydrops Fetalis


Assalamualaikum.

Alhamdulillah,sudah hari ke 20 berpantang. Emosi masih seperti mula-mula lepas bersalin,perasaan yang tak tahu nak diceritakan macammana,hanya orang yang mengalami je faham.Dah elok rasa ok,kadang-kadang perasaan datang tiba-tiba,mula la kepala ni ligat mencari surah-surah pilihan untuk lupakan perasaan tu.

Seperti kata seorang lecturer aku,berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul.Thanks buat lecturer yang tak putus-putus bagi semangat hingga ke saat ni.Barulah aku tahu,masih ada insan yang aku perlu dan sentiasa ada saat suka-duka aku walaupun semua orang tahu,aku dan husband duduk berjauhan.
Aku tak harap pada kawan-kawan kalau terjadi apa-apa waktu di sana,aku cuma boleh harapkan lecturer jela sebab aku tau,kawan-kawan pun masih di bawah jagaan parents diorang walaupun semuanya dah besar panjang.

2,3 hari ni aku tak sedap duduk.Rasa macam perlu mencari lagi tentang penyakit arwah Ahmad Rizqi ni. Pernah sebelum ni aku tanya doctor,macam mana kalau aku nak sangat tau apa penyebab sakit dia.Doctor cuma bagi satu jawapan,postmortem baby! Ya Allah,sudahlah hebat derita yang ditanggung arwah Rizqi,aku tak sanggup dia dibedah hanya untuk mencari sebab punca dia berpenyakit.

Sepanjang aku mencari info di internet,aku jumpa satu blog yang menceritakan tentang arwah baby beliau,juga meninggal kerana komplikasi yang sama macam arwah Rizqi.Sedih sebab kisahnya terlalu panjang (part 1-20).Bila baca,aku terdetik dalam hati, “Ya Allah,masih ada orang lain yang diuji sehebat apa yang aku lalui.” Komplikasi penyakit yang sama,kelahiran yang sama dan ditakdirkan pengakhiran cerita yang sama.Subhanallah!

Kalau ada yang sudi nak baca, aku sediakan link blog dia di bawah;












Friday, July 12, 2013

Katakan TIDAK Kepada Perkara Berikut Untuk Next Pregnancy!


1st pregnancy dah setel. Alhamdulillah,sekurang-kurangnya aku ada pengalaman berharga pernah mengandung dan melahirkan walaupun baby tak sempat lihat dunia.Sepanjang pregnant anak 1st,banyak jugak benda yang aku ambil mudah. Nak kata menyesal tak jugak,sebab dari awal tak pernah sangka kesudahannya akan jadi macam sekarang,berpantang sorang-sorang tanpa anak di sisi.Lagipun, tak pernah ada pengalaman pregnant sebelum ni. 

Untuk mengandung kali ke seterusnya lepas ni,aku berazam untuk TIDAK sambil lewa lagi bila pregnant.Aku ada ingat balik apa yang aku buat masa pregnant anak 1st dulu walaupun aku tak tahu sebenarnya punca macam mana anak aku boleh sakit waktu dia dalam perut. Orang kata jangan lawan atau persoal qada’ dan qadar. Aku bukan tolak takdir, tapi untuk langkah berjaga-jaga. 

Kat sini aku akan list down azam atau pantang larang yang aku reka sendiri based on pengalaman aku sendiri pregnant sebelum ni. (Ni bukan pantang- larang umum ye!) 


AZAM UNTUK TIDAK MELAKUKAN PERKARA BERIKUT KETIKA HAMIL

     1.  Pergi ke saloon untuk buat rambut
  • Orang kata tak boleh buat rebonding sebab bahan kimia tu bahaya.Tapi aku pergi bukan untuk buat rebonding pun tapi still terbau bahan kimia bila orang lain yang buat rebonding kat saloon yang sama.Seingat aku 2x jugak pernah ke saloon waktu pregnant.

     2. Pergi ke Spa untuk sebarang treatment

  • Orang kat spa kata kalau pregnant tak boleh guna mesin laser untuk treatment. Aku turun naik spa kat Changlun 2x untuk treatment muka tanpa mesin laser. Sepanjang treatment tu banyak sangat ubat yang dia letak kat muka.Walaupun semua ubat tu guna ramuan oat dan tumbuhan,tapi siapa tahu kalau ubat tu jugak boleh efek pada baby. 

    3.  Minum susu Anmum Materna 

  • Nurse suruh kita minum susu banyak-banyak.Awal-awal pregnant memang teruja konon-konon susu Anmum jela yang bagus sebab banyak iklan duk kempen minum Anmum.Pernah dengar orang kata Anmum buat baby jadi besar,aku tak percaya. Sudahnya, masa pregnant 7 bulan,baby dah cecah 2kg+ !~ 

    4.  Bergantung pada ubat-ubat klinik

  • Mak mertua kata ubat klinik boleh buat anak besar dalam perut. Aku tak percaya jugak sebab tengok jenis ubat setakat untuk tambah darah dan elak kecacatan baby. Tiap-tiap hari aku makan semua ubat yang klinik bagi. Tengok kat FB, ada ibu-ibu yang cakap,tak payah makan pun taka pa sebenarnya kalau kita dah memang makan benda berkhasiat setiap hari. Dan,baby memang besar,tak tahu apa punca! 

    5.  Yakin pada supplement dan produk yang dijual dan overdose!

  • Masa nak masuk 2 bulan pregnant,aku makan Shaklee.Tengok pada vitamin ni,ubat dia sama macam ubat klinik.Aku makan jugak Shaklee tapi dealer dah nasihat,untuk bulan terawal ni,jangan ambil semua vitamin sekaligus,takut efek pada baby. Aku makan 2-2,ubat klinik dan Shaklee,dah macam overdose pulak ambil ubat yang sama tiap-tiap hari (Shaklee+ubat klinik). 
  • Aku ada ambil AURAWHITE masa pregnant 4bulan+, rasa macam baby suka sebab aku rasa tak lengkap hari-hari tanpa AURAWHITE. Setiap kali sebelum breakfast dan sebelum tidur,aku akan ‘shake’ AURAWHITE dan tidur. 

    6.  Melengahkan masa pergi ke klinik/hospital bila bleeding
  • Masa usia 4bulan, pernah bleeding waktu malam dan esoknya baru aku ke klinik.Bila check,sebab uri kat bawah yang menyebabkan ada spot bleeding. Sepatutnya malam yang kena bleeding tu la kena pergi hospital. 

   7.  Ambil mudah tentang kiraan gerakan janin

  • Disebabkan aku aktif setiap hari,kadang-kadang aku mengabaikan rasa gerakan baby dalam perut. Siang tak rasa sangat baby gerak,malam masa tidur tu rasa banyak kali.Tapi dah memang syarat dalam buku merah, 9pagi-9malam je boleh kira.Kadang-kadang hentam cukupkan 10 kiraan walaupun sebenarnya 10 kiraan tu di luar waktu 9pagi-9malam. 

    8.  Ambil mudah antara beza baby bergerak dan perut mengeras

  • Awal pregnant,aku boleh rasa baby bergerak dan selepas perut aku tiba-tiba membesar dengan sungguh besarnya, dah tak boleh beza adakah rasa keras tu sebab baby gerak atau perut aku yang keras? Yang pasti kalau pergi scan masa perut mengeras,tengok kat monitor memang baby gerak, cuma tak boleh rasa dia tendang,rasa keras je (banyak space agaknya!) 

    9.   Malas pergi scan/check up di klinik swasta setiap bulan.

  • Walaupun kat klinik biasa boleh check keadaan baby, tapi aku lebih bersyukur kerana kalau bukan kerana klinik swasta, aku takkan tahu baby mengidap penyakit sewaktu usia 6 bulan dalam kandungan. Klinik swasta lebih detail untuk check keadaan baby termasuk organ, dan bahagian lain. Syukur kerana Tuhan gerakkan hati untuk aku scan di klinik swasta. 


  10.  Paksa diri buat kerja walaupun tahu tak larat


  • Aku memang jenis tak boleh duduk diam selagi banyak urusan yang perlu dibuat. Tapi silap aku sebelum ni.Aku memang tak larat,tapi gagahkan diri jugak buat kerja,drive sana-sini dan buat kerja rumah. Lepas aku sedar aku dah lemah sangat sebab efek buat kerja,aku pun baring dan tidur tak tentu masa! 

  11.  Duduk di persekitaran tidak sihat

  • Waktu balik kampung,banyak terdedah dengan asap dan debu.Hidung memang boleh tutup tapi udara yang disedut tu kadang-kadang tak berapa bersih. 
  • Masa awal pregnant,ada jugak main dengan arnab dan kucing walaupun seingat aku,tak de la banyak sangat main dengan haiwan tu. Sepatutnya kena jauhkan diri dari semua tu sebab kita tak nampak kuman ada di mana. Takut efek pada baby kena jangkitan kuman. 

Tu la sedikit sebanyak azam aku untuk next pregnancy.Walaupun nampak macam tak ada apa sangat,tapi bagi aku,kena jugak la aku buat macam tu, gara-gara takut pisang berbuah dua kali. Cukuplah dah rasa sedih sejak baby 1st meninggal, dapat tengok muka baby pun sekejap je.Lepas ni kalau rindu pun,kubur dengan gambar jela yang boleh tengok.Tu pun husband tak bagi sangat tengok gambar anak,takut teringat katanya.Memang pun! InsyaAllah,semoga ada rezeki untuk kali yang seterusnya.Amin. 

Monday, July 1, 2013

Ahmad Rizqi Dalam Kenangan...

Assalamualaikum.

Rasanya kawan-kawan terdekat dah tahu tentang berita kematian anakku Ahmad Rizqi di dalam kandungan yang berusia 7 bulan.Usah dipersoal lagi macammana boleh meninggal.Dah sampai ajal,Tuhan lebih sayang Ahmad Rizqi,pergi jua mengadap Illahi.

Sekarang, hidup perlu diteruskan.Walau perit, walau sedih sekali pun,dah ada gunanya nak meratap.Soalnya kalau meratap,sampai bila?

Setengah orang kata,

"Kalau Tuhan bagi ujian ni pada aku,belum tentu aku boleh kuat macam kau!"
Aku tak pulak rasa megah bila orang kata aku kuat. Sebab dia bukan tahu setakat mana aku mampu kuat. 

Aku cukup rindu zaman mengandungkan Ahmad Rizqi.Rindu nak usap perut,cakap-cakap dengan Ahmad Rizqi dalam kereta,sebelum tidur dan waktu aku perdengarkan dia ayat-ayat suci Al-Quran. Rindu jugak perasaan ada Ahmad Rizqi menendang perut setiap masa.Cukup rindu itu semua.

Selama ni 7 bulan ke sana ke mari membawa perut.Alahai.Rindu dengan soalan, "Dah berapa bulan?" Ohhh,betul la kata orang,bila kita dah bersalin,kita akan rindu saat kita mengandung dulu.

"Mama rindu saat-saat mengandungkan Ahmad Rizqi!"

Orang bagi semangat,lepas ni mesti senang nak mengandung lagi.

Wallahualam.

Aku tak menolak rezeki kalau ada.Cuma,biarlah masa yang tentukan nanti.

Ahmad Rizqi sedang dikafankan

Ahmad Rizqi selesai dikebumikan.
Anak Mama,
Bergembiralah anak di sana. Kita hanya sempat bersama selama 7 bulan dan mama hanya sempat menatap wajah Ahmad Rizqi cuma 2 kali sahaja- Pertama kali selepas Ahmad Rizqi keluar dari perut dan kali keduanya semasa Ahmad Rizqi telah dibalut dengan kain batik,untuk dibawa pulang dan disemadikan di kampung abah,juga selepas mama selesai bersalin,masih di katil bersalin hospital.Lepas tu mama dah tak tengok lagi putera mama..... ;( 
Hanya abah yang mengiringi Ahmad Rizqi semasa urusan mandi,solat jenazah dan di perkuburan. Mama bagi peluang untuk Ahmad Rizqi bersama dengan abah pula.Mama masa tu masih di wad. Ahmad Rizqi saling tak tumpah seperti muka abah. Sekarang kalau mama rindu, mama cuma perlu tatap wajah abah saja...


Saturday, June 29, 2013

Kisah Anakku Part 5


Selasa- 25 Jun 2013.

8.00pagi-Wad Merpati 1

Hari yang penuh dengan tanda tanya. Adakah esok masih ada untuk aku? Atau ditakdirkan hari ni hari terakhir aku melihat dunia? Wallahualam. Aku sudah bersedia untuk hari ini. Andai aku dijemput Ilahi, aku berdoa pada Tuhan waktu sekarang ni,hapuskanlah dosa aku sementara masih ada waktu ni.
Ubat dah dimasukkan berupa tablet. Kata doctor,bukaan baru 2cm.Kena baring selama sejam tak boleh buat apa.Lepas sejam barulah aku dapat makan dan berjalan ke sana –sini. Nurse asyik tanya,

 “ Awak tak sakit lagi?” 

Jawap aku, “Tak ada lagi..”Aku fikir,agaknya anak pertama susah nak rasa sakit awal kot,ramai orang cakap macam tu. Sampailah ke tengahari tetap tak jugak sakit.

Lunch hari tu nasi ayam. Sedap pulak menu hari ni. Aku makan sebab takut tak sempat nak makan sebab nak dekat pukul 1 dah,waktu melawat. Nanti suami datang.Yeyy! Lepas makan boleh pulak aku tertidur sekejap sampai la suami datang tu aku tak sedar. Aku sedar bila dengar dia  tanya kakak katil sebelah, “Dah lama ke dia tidur?” Kakak tu kata, “Tak lama,dia kenyang la tu lepas makan,tu yang tertidur tu agaknya.” Aku pun bukak mata. Ohh suami,betapa kesiannya tengok dia menunggu sekian lama kat hospital. Dia tanya dah sakit ke belum. Aku kata belum lagi. Siap bincang lagi, kalau tak rasa sakit macammana? Boleh ke nak operate keluarkan baby? Pendapat aku,silalah bincang dengan doktor sebab aku sendiri tak tahu macammana.

2.00 Petang


Waktu melawat pun habis. Suami pergi ke kaunter nak tanya boleh ke tak buat operation. Doktor kata operate tu untuk kes kritikal nak selamatkan baby. So kalau kes macam aku ni kiranya tak patut buat operation sebab baby pun dah meninggal. Ok. Akur dengan kata-kata doctor. Sejak waktu tu, aku rasa perut lain macam. Haihh,jangan kata sekejap lagi nak beranak.Aku pergi toilet dan solat zohor siap-siap sebelum doctor ‘check laluan’ nak tengok berapa cm bukaan. Perut tak sedap.Nama dah kena panggil check bukaan.Nahhh, dah 3cm..Kalau 4cm dah kena standby kat labour room.


Ya Allah. Permudahkan segalanya.

Aku cuma baring je.Aku rasa contraction tapi tak sekuat mana. Ibarat macam senggugut yang biasa tu. Aku boleh tahan lagi tapi tak larat nak pergi mandi,macam nak kena baring lama je ni. Makin lama makin kuat pulak. Sampai la ke waktu melawat pukul 5 petang. Aku layan tak layan je suami sebab aku dah rasa contraction kuat daripada yang tadi. Kesian suami,macam tak dilayan.Pukul 5.30petang,aku tak tahan dah.Suruh suami panggilkan nurse. Nurse pulak datang suruh check bukaan lagi. Akhirnya dah 4 cm,kena masuk Labour Room,tunggu sampai beranak.

5.30 Petang – Labour Room

Aku suruh suami pack terus barang aku. Dia pun lepas tu kena masuk Labour Room jugak.
Sampai la ke Maghrib,aku duk sakit macam tu. Nurse dah pasang tiub air kat tangan,dan oksigen kat sebelah untuk prepare. Aku mintak dengan nurse kata nak tidur,dia bagi je. Aku dah mengantuk semacam. Suami pun keluar pergi solat maghrib sekejap. Sudahnya aku sedar dah pukul 9malam,tak nampak pun suami masuk lagi. Lepas tu dia masuk dan katanya dia solat Isyak sekali tadi. Masa terus berjalan. Doktor masukkan ubat induce yang drip tu. Katanya lepas ni contraction akan makin kuat. Ya Allah,macam mana la agaknya nanti. Tak lama lepas tu ada doktor datang dan check bukaan,masih lagi 4cm. Apa yang dia buat? Dia pergi ‘bukak’ laluan tu sampai jadi 5cm, sampai air ketuban pun pecah. Sakit dan peritnya hanya tuhan yang tahu. Tapi demi anak ini, aku kena hadapi jugak.

Contraction semakin kuat. Nauzubillah. Antara hidup dan mati sebab sakitnya hanya orang tu sendiri yang alami. Orang kata induce memang sakit. Jadi doctor tanya nak ubat tahan sakit tak. Aku cakap nak je sebab aku takut sakit melampau. Rupanya guna ubat tahan sakit pun dah seksa, kalau tak guna ubat tahan sakit,entah macammana la aku nanti.

Nurse kata kalau sakit nak datang sedut oksigen dan hembus dalam tu jugak (dalam serkup oksigen). Yang sakitnya lama. Tak sakitnya berapa saat je. Bila sakit tu datang, sedut kuat-kuat. Time ni ada dua keadaan,aku sentiasa rasa sakit dan nak kencing. Tapi sebenarnya tu bukan nak kencing,tu adalah air ketuban yang semakin nak keluar dari perut. Kencing pun guna wayar. Dua kali jugak mintak nak kencing.Tapi tengok pada tiub kencing tu,bukan banyak sangat pun air kencing. Betul la suami aku kata, tu air ketuban,bukan air kencing.

Tanggung la kesakitan sampai la pukul 10malam.Masa tu dah tak daya dah. Aku jadi makin semput. Suami sah-sah dah aku tak layan sebab sakit yang teramat. Ibarat macam nak putus nyawa. Apa yang aku mampu buat, aku selawat banyak-banyak masa tu.Tapi setiap kali aku selawat, aku terbayang dosa-dosa aku sebelum.

Ya Allah.Waktu ni jugak dosa aku diperlihatkan. Sedihnya aku sampai mengalir airmata.Harap-harap masih lagi bernyawa lepas ni. Itu doa aku pada Tuhan.

11 Malam – Labour Room

Aku rasa sakit nak meneran. Tapi aku tak bagitahu nurse pun. Sakit nak teran tu macam kita rasa nak berak, tapi sakit. Aku tak teran pun lagi sebab nurse tak ada. Bila nurse masuk aku cakap dah rasa macam nak teran. Nurse nak check. Dia terkejut sebab dia kata kepala baby dah nak keluar. Dia cepat-cepat pakai apron dan sedia nak sambut baby. Teran la aku sekuat-kuatnya. Lama jugak hampir ½ jam, baru baby keluar. Tu la dia,pengalaman bersalin normal dengan induce. Hanya orang yang rasa je tau sakitnya macammana.

25 Jun 2013 – 11.42 Malam

Leganya lepas baby keluar seberat 2.04kg.Aku dah tak daya. Bibir dah kering sangat. Muka dah macam nak biru sebab kurang tenaga. Doktor dan nurse cuma tunjuk je baby macam tu,tak kasi pun aku pegang. Aku harap lepas ni dapat jumpa balik baby. Tinggal la aku sorang kat katil,suami nak kena setelkan segala borang. Sepanjang tempoh tu..pukul 2.30 pagi baru aku dapat jumpa balik suami. Dia pun dah lembik semacam. Dia tanya aku nak tengok balik tak baby. Aku memang nak tengok,duk tunggu je nak tengok..Ada sorang nurse tu tak bagi,dia kata dia dah siap ikat dah baby tu. Aku cakap aku nak jugak tengok. Mintak dengan nurse sorang lagi, dia bagi pulak.

Subhanallah..indahnya kurniaan Tuhan pada aku dan suami. Cukup sempurna sifat dan anggota.

Si anak yang masih kemerahan,sejuk dan tenang ada kat pangkuan aku untuk kali terakhir. Aku tak boleh buat apa-apa dan hanya dapat kucup dahi dia untuk kali terakhir. Aku pasti rindu pada anak ini lepas ni.Anak ini bakal dibawa pulang ke rumah suami di Bachok untuk disemadikan di sana.Sebak dada seorang ibu,bila itulah kali terakhir dapat lihat si anak. Hanya dua kali sahaja dapat tengok. Cukuplah kata hati aku. Bimbang kalau lama sangat menatap, aku akan rasa kehilangan pulak.

Anak Mama,
Mama namakan kamu AHMAD RIZQI BIN MOHD SAHFIRUL IZWAN yang bermaksud rezeki kurniaan Allah. Walaupun Rizqi dah tak ada, tapi mama pilih nama ini sebab Rizqi adalah rezeki dari Allah untuk mama dan abah.Satu pinjaman Tuhan  kepada kami berdua selama 7+ bulan. Kalau ikutkan mama yang paling untung sebab mama yang paling lama dengan Rizqi. Susah senang hanya kita berdua je yang tahu sebab mama yang mengandungkan Rizqi.
Anakku Ahmad Rizqi,
Orang kata bayi yang meninggal ni suci,tak ada dosa dan ahli syurga,mama dan abah beruntung sangat.Walaupun kami berdua entah ke mana hala tuju di akhirat nanti, tapi anak mama dan abah dah tetap jadi penghuni syurga di samping bidadari.
Subhanallah anak.Cukup istimewa dirimu sayang.Insan terpilih yang dijamin syurga selamanya. 
Tinggal la dirimu sayang bersama bidadari si sana.Bergembiralah wahai anak.Mama tak sempat nak jaga,tidurkan,susukan dan tengok anak mama membesar ketika di dunia.Biarlah segalanya bidadari yang sediakan untukmu sayang.Dan doakanlah kami dihapuskan dosa sedikit demi sedikit dari sekarang. 

InsyaAllah, kita akan bertemu di akhirat nanti wahai anak.Tataplah wajah abah dan mama di sana. 
Wallahualam. 
Allah,cukup hebat dugaan ini. Aku memohon padamu Ya Allah,semoga kau peliharalah anakku Ahmad Rizqi di alam sana. Amin. 




Lilypie Angel and Memorial tickers