Showing posts with label Berita sensasi. Show all posts
Showing posts with label Berita sensasi. Show all posts

Friday, March 23, 2012

Sibuk nak tau result atau sibuk nak jaga ranking?

Aura result SPM hari tu belum habis lagi.Fuhh..lega.Aku cuak jugak walaupun saat-saat debaran nak tau result SPM tu dah berlalu hampir 6 tahun. Sebenarnya masa aku nak SPM dulu,bukan aku risau kat diri sendiri boleh dapat result gempak ke tak tapi aku lebih risau ranking sekolah jatuh. Ada ke patut?

Cikgu selalu cakap kat semua anak murid dia,"Jaga la kamu,result jatuh..saya lelong nama kamu kat junior-junior tahun depan!"Mak aii...cukup menyakitkan.Aku rasa aku la tu salah seorang yang dilelong nama dulu.Kalau tak,takkan budak-budak junior satu sekolah dengan aku semua kenal aku bila masuk Universiti.Sah,mesti nama aku dilelong!

Aku peduli apa..Janji bila dah habis sekolah,boleh masuk Universiti..Keh3x.

Aku cukup suka bila ranking sekolah keluar untuk SPM dan PMR.Mula rebut-rebut nak tau sekolah mana yang "perghhhh!" tahun lepas.Ohh ye,ni senarai yang dah di'update' dari semasa ke semasa untuk result SPM 2011;


Senarai penuh ranking SBP Terbaik SPM 2011
  1. KOLEJ TUNKU KURSHIAH - 0.9230
  2. SEKOLAH TUN FATIMAH - 0.9390
  3. SEKOLAH SERI PUTERI - 0.9842
  4. SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH - 1.1183
  5. SM SAINS TUANKU MUNAWIR - 1.1800
  6. SBP INTEGRASI GOMBAK - 1.226
  7. SM SAINS REMBAU - 1.3006
  8. KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH  - 1.3553
  9. SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN  - 1.3725
  10. SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK  - 1.3793
  11. SM SAINS ALAM SHAH  - 1.4400
  12. SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU  - 1.4508
  13. KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR - 1.4579
  14. SEKOLAH SAINS SERI PUTERI -1.4508
  15. SM SAINS SULTAN MAHMUD -1.4724
  16. SM SAINS MUZAFFAR SYAH  - 1.5109
  17. SBP INTEGRASI RAWANG - 1.5281
  18. SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA - 1.5287
  19. SM SAINS JOHOR - 1.5491
  20. SM SAINS KUALA SELANGOR - 1.5690
  21. SM SAINS MUAR - 1.5800
  22. SM SAINS SELANGOR - 1.5927
  23. SM SAINS BAGAN DATOH - 1.6082
  24. SM SULTAN ABDUL HALIM  - 1.6345
  25. SBP INTEGRASI JEMPOL - 1.6416
  26. SM SAINS SERI PUTERI - 1.6491
  27. SM SAINS MACHANG - 1.6565
  28. SBP INTEGRASI BATU RAKIT  - 1.7148
  29. SM SAINS HULU SELANGOR - 1.7336
  30. SM SAINS KUCHING - 1.7590
  31. SBP INTEGRASI SELANDAR  - 1.7763
  32. SBP INTEGRASI SABAK BERNAM - 1.7893
  33. SM SAINS KUBANG PASU  - 1.7920
  34. SBP INTEGRASI KUBANG PASU - 1.7997
  35. SM SAINS TUANKU JA`AFAR  - 1.8128
  36. SM SAINS LAHAD DATU  - 1.8227
  37. SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG 1.8264
  38. SM SAINS KUALA TERENGGANU  - 1.8529
  39. SM SAINS MIRI - 1.8874
  40. SM SAINS SULTAN ISKANDAR  - 1.902
  41. SM SAINS KOTA TINGGI - 1.9150
  42. SM SAINS TENGKU ABDULLAH - 1.9327
  43. SBP INTEGRASI TEMERLOH 119 - 1.9355
  44. SM SAINS PASIR PUTEH  - 2.0000
  45. SBP INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK - 2.0353
  46. SM SAINS LABUAN - 2.0397
  47. SBP INTEGRASI KUANTAN - 2.0950
  48. SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH - 2.0980
  49. SM SAINS SABAH  - 2.1370
  50. SBP INTEGRASI GOPENG  - 2.1467
  51. SM SAINS SULTAN MOHAMMAD JIWA - 2.1803
  52. SM SAINS TUANKU SYED PUTRA  - 2.1994
  53. SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH - 2.2249
  54. SM SAINS POKOK SENA  - 2.2297
  55. SM SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH - 2.3900
  56. SM SAINS TELUK INTAN  - 2.4285
  57. SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN  - 2.4899
SENARAI RANKING MRSM TERBAIK SPM 2011 
  1. TUN GHAFAR BABA – 1.00
  2. TAIPING – 1.06
  3. PENGKALAN CHEPA – 1.13
  4. KUANTAN – 1.19
  5. LANGKAWI – 1.21
  6. PONTIAN – 1.29
  7. BALIK PULAU – 1.63
  8. TRANSKRIAN – 1.70
  9. PASIR SALAK – 1.73
  10. KUALA KUBU BARU – 1.77
  11. TAWAU – 1.78
  12. PENDANG – 1.80
  13. PDRM KULIM – 1.83
  14. SERTING – 1.85
  15. GEMENCHEH – 1.88
  16. MUADZAM – 1.90
  17. BATU PAHAT – 1.92
  18. LENGGONG – 1.92
  19. PENGKALAN HULU – 1.92
  20. KUALA TERENGGANU – 1.94
  21. MERBOK – 1.95
  22. FELDA – 1.97
  23. KOTA KINABALU – 2.00
  24. KUBANG PASU – 2.00
  25. BESERI – 2.02
  26. KUCHING – 2.03
  27. ALOR GAJAH – 2.04
  28. KEPALA BATAS – 2.06
  29. JELI – 2.07
  30. TUN GHAZALI SHAFIE – 2.10
  31. K.BERANG – 2.20
  32. KUALA KRAI – 2.23
  33. TERENDAK – 2.28
  34. BETONG – 2.29
  35. MUAR – 2.31
  36. MUKAH – 2.31
  37. MERSING – 2.32
  38. BESUT – 2.40
  39. KOTA PUTRA – 2.42
p/s : Tahniah adik-adik..Masuk Universiti,jangan malas-malas macam saya! Haha



Sumber : putrarocker

Sunday, October 2, 2011

Dengar radio online

Ohh..Selamat Pagi Ahad!!! Masih lagi blur dan tak tahu plan nak buat apa,yang pasti akan mengemas rumah.Kawan kata aku surirumah sebab aku bangun pagi-pagi dan segala kerja rumah,aku kerjakan!! Harus diingat,esok-esok korang kawin..benda ni jugak la korang kena buat kat rumah.Eh,tapi aku belum kawin,jadi nya semua yang aku buat tu untuk praktis dulu.ekekeke ;p

Aku suka mendengar radio tak kira masa,tapi kenapa la aku tak terfikir untuk dengar radio Live Streaming kat Internet?Ceh,sanggup aku habiskan bateri handphone untuk dengar radio.Rupanya boleh dengar Live Streaming kat Internet.Cesss! Seingat aku,tahun 2008 masih tak ada Live Streaming Radio kat Internet sampai kena install software Radio Online Tokei Kedai,baru dapat dengar radio.Mai tang mana sekarang ada?Ohh,sejak bila eh?Nampak sangat aku ni tak suka explore.

Dengar lagu sat..Ohh,nak dengar jugak?? Klik sini;

Tuesday, September 27, 2011

Gereja yang telah diubah suai menjadi kedai buku!

Di Maastritch, sebuah bandar di negara Belanda - sebuah gereja Dominican diubah suai menjadi sebuah kedai buku yang cool. Gereja yang dibina pada kurun ke 13 ini asalnya menempatkan paderi Dominican. Pada tahun 1794 selepas Maastritch diserang Napoleon Bonaparte paderi Dominican dihalau keluar dari kota ini. Semenjak itu gereja ini bertukar-tukar fungi menjadi biara, stor menyimpan barang dan terakhir sekali sebagai garaj menyimpan basikal.


Beberapa tahun yang lalu ianya diubah suai menjadi sebuah kedai buku. Syarikat buku Selexyz di Belanda menggunakan khidmat syarikat senibina Merkx + Girod bagi mengubah suainya menjadi kedai buku yang unik. Sehingga kini kedai buku Selexyz Dominicanen sudah memenangi anugerah"Lensvelt de Architect Interior Prize" dan "Kedai Buku Terbaik Dunia 2008" dari akhbar The Guardian.







Thursday, September 15, 2011

Merdunya suara,seindah rupa...itulah Ainan Tasneem

Untuk bergambar dengan seorang penyanyi,sangat tidak mustahil sebab penyanyi juga seorang manusia biasa seperti kita.Jadi kenapa mahu membezakan penyanyi dengan kita,tak ada beza kan?

Sebut tentang penyanyi,baru je 2,3 hari lepas bergambar bersama penyanyi.Tak pasti sama ada orang lain kenal atau tidak tetapi si dia (penyanyi) cukup popular dalam Youtube.Namanya Ainan Tasneem.


Si dia yang dimaksudkan berbaju pink,bertudung merah

Apa susah,bukak saja Youtube dan taip Ainan Tasneem,mesti korang akan kenal dia..Suara dia sangat mengancam sesuai dengan paras rupa.Jangan main-main,dia budak Bioprocess Engineering!

Ohh ye,dalam gambar ni,Ainan dijemput untuk membuat persembahan untuk Majlis Watikah Perlantikan Majlis Penghuni Kolej Kediaman UniMAP sesi 2011/12 dan Penghargaan kepada MPKK sesi 2010/11.Gambar si dia membuat persembahan??Harap maaf,masa tu adalah masa untuk mengambil lauk-pauk,faham-faham jela..makanan diutamakan! Keh3

Tengok sana dan sini

Jangan lupa,bukak Youtube dan dengar lagu-lagu Ainan Tasneem,mesti korang suka! ;)

Friday, August 19, 2011

Pelik dengan Tahajjud Cinta

Setiap minggu mesti tak lepaskan peluang untuk tengok Tahajjud Cinta ni.Tapi makin lama,makin pelik pulak cerita ni.Daripada episod pertama,aku dah fikir bukan-bukan pasal cerita ni.Bukan nak kutuk ke ape,cuma cerita ni meninggalkan tanda tanya yang cukup hebat.."Apa motif sebenar cerita ni???"



Bagi penonton setia cerita ni,korang mesti tertanya-tanya jugak..err..ke aku je yang tengok cerita ni?Hahaha.
Dari episod pertama,cerita ni ibarat aku baling dadu,lepas babak ni...teka..babak mana pulak lepas ni....Tambah kusut bila ade babak;

  • Masa Seri belajar kat Tanah Arab,boyfriend Seri cakap," Dah 3 tahun kita kenal,saya nak tengok wajah awak.."Tak sesuai!!
  • Dating di sebalik pintu rumah.Pelik! Tambah pulak,setiap masa ada babak tengah dating.. Pekejadahnya?
  • Seri bila balik Malaysia,tiba-tiba jumpa Ustaz Sauki dan bersalam tanpa berlapik.Aihh! Apa pertalian Seri dengan Ustaz tu?
  • Ustaz Sauki dah ada 4 isteri,diceraikan seorang atas sebab menfitnah dan kemudian nak memperisterikan Seri pulak! Laaa,kenapa perlu tambah lagi seorang?

Ahh,kalau nak ikutkan,banyak lagi yang aku nak tulis..tapi pendam jela dalam hati,tengok kesudahan cerita ni macam mana.

Tapi,aku sangat tertarik dengan blog ni ----> Blog Papanda.Korang boleh baca pendapat dia pulak! ;)


Sebenarnya,aku suka cerita ni sebab.........


Comelkan Fazura bertudung!

p/s : Kalau anda rasa pelik dengan cerita Tahajjud Cinta ni,korang tunggu la sampai habis episod,baru korang faham...bagi aku..yang penting..Fazura sangat comel.hehehe

Wednesday, August 17, 2011

| Perodua Viva generasi kedua..mengalahkan MyVi? |

Tengahari tadi dapat info menarik dari sebuah blog ni,agak terkejut tapi terkejut bercampur excited.Info ni dapat dari GARANG.COM dan PANDU.MY.

Perodua Viva akan memperkenalkan generasi keduanya dengan menggunakan Daihatsu A-Konsep yang telah pun dipersembahkan pada showcase di Indonesia pada awal tahun lalu.




A-Konsep dibangunkan bersama pakar dari Indonesia dengan sokongan teknikal daripada Daihatsu Jepun. A-Konsep yang dibawa adalah berbeza iaitu sedikit besar berbanding A-Konsep yang biasa dilihat.Cantik kan?Macam rupa Honda Jazz pun ada! ;)





Bawak-bawak la bersabar.Belum pun keluar lagi.Tapi harap-harap akan keluar la Perodua Viva generasi ke-2 ni,mesti mendapat permintaan tinggi,lagi-lagi kaum wanita yang suka sangat kereta pattern macam ni.Bagi kawan-kawan yang masih belum ada transport,bersabar la ye..Lagi lama korang bersabar,lagi banyak pattern baru yang keluar.Contoh macam MyVi 2011-Lagi best- tu.haha


p/s : Yang baru beli kereta,jangan la menyesal dengan setiap pattern yang baru keluar.Jaga kereta anda tu baik-baik,tu je! ;)

Tuesday, August 16, 2011

Ada 3 juta orang kenal dia..wow,famous tu..!!!

Hari ini,dah masuk hari ke-16 umat Islam berpuasa..

Segala pahala-pahala puasa dan amalan berkaitan,hanya Yang Esa sahaja tau.


Tapi kesian,di sebalik Ramadan yang disambut..ada yang diberi percubaan dan dugaan saat-saat berpuasa.Itulah jugak yang terjadi pada adik Mohd. Asyraf Haziq Rossli,seorang pelajar Malaysia yang disamun di Barking, East London.Berita tentang adik ni dapat liputan meluas dari pihak media.Satu dunia boleh tengok! Dianggarkan hampir 3 juta orang yang tengok video adik ni diserang dalam rusuhan tu menerusi Youtube.

3 juta...bukan sikit! Kalau adik Asyraf ni ada blog,mesti femes meletup!


"Cakap-cakap mengenai serangan kejam terhadap pelajar Malaysia itu telah tersebar luas yang hampir semua yang saya tahu, mahu melihat klip itu di YouTube. Orang ramai bersimpati dengan nasib pelajar itu dan ketabahannya," kata Percy Higgins, ahli kimia di London -Kosmo-


 Itu kata Ahli Kimia.Tapi pelik,kenapa Ahli Kimia yang komen pasal ni eh?hahaha


Apa kata adik Asyraf??


Asyraf, 20, pelajar tahun pertama jurusan perakaunan tajaan Mara di Kaplan College, yang telah keluar dari Royal London Hospital selepas pembedahan berkata,dia tidak ada perasaan dendam atau sakit hati dengan rakyat Britain.
Dia akan meneruskan pengajiannya di London kerana itulah tujuannya datang ke Britain, walaupun ibu bapa Asyraf menggesa anaknya itu untuk pulang ke Malaysia dan meneruskan pelajarannya di sana.


p/s : Kesian adik ni..nasib baik dia kuat semangat.Nasib baik jugak dia tak cedera teruk,hanya patah gigi dan sakit pada rahang,tapi sakit woo!

Sumber : KOSMO 16 Ogos 2011
 

Saturday, July 16, 2011

Mati terjatuh selepas minum arak

KUALA LUMPUR - Keseronokan seorang remaja yang didakwa meminum arak bersama rakan-rakannya di Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Jalan Ipoh di sini berakhir tragedi apabila dia mati akibat terjatuh dari tingkat empat premis itu kelmarin. Kejadian pukul 9 malam itu mengakibatkan Gopinath Krisnamurty, 18, mati di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan seluruh badan.
Seorang saksi yang tinggal di tingkat tiga flat tersebut memberitahu, sebelum kejadian, dia ternampak mangsa dan beberapa rakannya sedang meminum arak di tingkat bawah. Katanya, mangsa tinggal bersama keluarganya di blok lain dan datang ke situ untuk berbual sambil minum arak bersama rakan-rakannya.


"Mangsa kemudian naik ke tingkat empat untuk pergi ke rumah salah seorang rakannya. Bagaimanapun, tidak lama kemudian saya terdengar suara seperti orang bertengkar dan disusuli dengan bunyi benda terhempas.
"Apabila saya keluar, saya dapati mangsa telah terjatuh tertiarap dalam keadaan berlumuran darah manakala rakan-rakannya telah turun melihat mangsa sebelum melarikan diri," ceritanya kepada Kosmo! semalam.


Tinjauan Kosmo! mendapati terdapat beberapa botol arak dan minuman berkarbonat di tepi tiang tingkat bawah flat berkenaan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi berkata, siasatan mendapati mangsa mati selepas terjatuh dari tingkat empat flat tersebut. Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber : KOSMO


p/s : Kalaudah tertulis ajal...apakan daya..maut menjemput tak kira masa..Tu la dia,buat baik berpada-pada,buat jahat sangat sesekali..

Wednesday, April 20, 2011

Warung-warung di sana

Assalamualaikum
Semalam dah selesai sudah paper exam..Baru lepas satu..Tapi bebanan yang aku lepaskan adalah seperti aku dah habis semua paper.Hehehehe..


Ok.Dah.Cukup! Jom ikut aku tengok gambar warung-warung kat Indon!


Jumaat malam keliwon.Aku tak boleh dengar keliwon ni,macam cerita hantu.


mBakBerry? Ekslusif,tapi makan nasi+tempe je!

Waduh-waduh,nongkrong tu apa sih???hahahhaa


Gue enggak paham "Terima pesanan partai besar.."Gue tau pantai aja dong!


Lepas Donat Coklat,buat Donat warna Coklat.Apa bezanya?haha


Kecik hati Yahoo! tengok signboard ni.haha


Intel telor??


Apa kesimpulan korang nak kata?? Aku cakap senang je,diorang idea memang banyak,tapi cuba la jangan guna produk sedia ada dalam erti kata lain meniru..waduh-waduh!

Thursday, March 31, 2011

GEMPAR!!Kanak-kanak berjalan di atas air????

Kanak-kanak berjalan DI ATAS air??

Uish..macam mana dia boleh berjalan atas air,hebatkah dia?

Saya pasti anda pun boleh berjalan di atas air,

bukan susah pun,senang je...

Tak percaya?

Betul..............!!


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Ada nampak macam berjalan atas air tak dari jauh?hehe ;p



Sebenarnya bukan jalan atas air pun!! 

Cuma kawasan air tu ada laluan berbatu yang dibuat dalam air

Kalau tengok dari jauh,memang orang akan terkejut sebab gaya macam berjalan atas permukaan air..



*** Macam tak sesuai je buat laluan berbatu macam tu dalam air.Nanti budak-budak main jalan je,lepas tu licin,jatuh dalam air..Kena kat budak yang tak pandai berenang,lemas macam tu je,kesian! Ibubapa di luar sana atau kakak/abang,sila la awasi pergerakan anak/adik masing-masing,jangan main lepas je budak-budak main air.

Sunday, February 20, 2011

Review special "Pasir Mas kilang jelitawan"

Pada harian metro bertarikh 20 Februari yang lepas,ada satu artikel tentang "Pasir Mas kilang jelitawan".Hari ni,Cik Ila cuba menyokong artikel tu.Walaupun tiada bukti secara terang-terangan,tapi percayalah anda-anda semua bahawa artikel tu memang sangat tepat.

Sumber google/harian metro
Dulu kalau orang tanya,kat mana tempat nak cari perempuan cantik-cantik dan lawa-lawa kat Kelantan?Jawapan diberi sudah tentu Pasir Mas.Sampai sekarang,bila tanya mummy Cik Ila,jawapan yang keluar pun mesti Pasir Mas jugak.Tapi alasan mummy masa tu,sebab gadis-gadis Pasir Mas ni kacukan Siam,memang nenek moyang diorang asal dari Siam.Itu betul.Banyak lagi sebenarnya kisah susur-galur gadis Pasir Mas ni yang Cik Ila sendiri baru tau.Cik Ila tak reti nak bercerita,tapi kat sini Cik Ila sediakan link untuk korang baca sendiri fakta-fakta yang mungkin boleh bagi pengetahuan kat korang semua.



 
** Ok,dah baca semua? Lepas ni,boleh la buat kesimpulan sendiri kenapa gadis Pasir Mas ni dikatakan comey-comey belaka.. :)

Sunday, December 19, 2010

Mereka yang glamour!

Hari ni bukak paper,tengok nama-nama orang glamour dalam ranking google.Dengar je tak cukup,sebab tak tau ranking tak syiok jugak.Yang kenalnya sorang je.Sape lagi kalau bukan Cik Hanis Zalikha.Lama-lama,jadi artis jugak la gamaknya dia..(kalau la dia nak jadi artis,tapi jadi model cukup la kot).Bersepah-sepah artis kang,takleh cari makan pulak!

Ya.dia comel dan pandai :)
 Okey,ni pulak ranking google yang semua orang sibuk duk sebut-sebut tu;

10 orang yang dicari dalam Google.

1. Maher Zain (penyanyi antarabangsa)
2. Justin Bieber (penyanyi antarabangsa)
3. Luna Maya (artis Indonesia)
4. Din Beramboi (pelakon/pelawak/penyampai radio)
5. Lady Gaga (penyanyi antarabangsa)
6. Hanis Zalikha (model/blogger/pelajar)
7. Lee Min Ho (pelakon Korea)
8. Adam Lambert (penyanyi antarabangsa)
9. Datuk Siti Nurhaliza (penyanyi/ahli perniagaan)
10. Paul Tan (blogger)

p/s : Korang bila lagi nak femes???

Tron Legacy -- best dan berbaloi tengok kat wayang!

Oleh kerana kebusanan melampau di sini.Saya dan kawan-kawan cabut lari ke panggung wayang tengok cerita Tron Legacy! Yes,btul orang cakap 5 star untuk cerita.2jam memang berbaloi habis.Sape plan nak tengok cerita Hantu Kak Limah tu,cancel la wei..tukar cerita.(tapi yang dh tengok hantu K.Limah tu,takpelah kan?hehe)

Program yang best gila!

watak Sam Flynn - Gerrett Hedlun yang hensem bangat!
Design cantik!
Dunia grid dalam software
Light cycle

Olivia Wilde


Pakat mai ramai-ramai tengok cerita ni.Satu family boleh tengok.Semalam sesak teruk sebab cerita ni semua nak tengok.Jangan lupa pastikan panggung yang korang tengok tu ada version 3D...Kalau tengok yang version 2D,kurang cantik sket la gambarnya.Ohh ye,pada yang berminat nak tau jalan cerita nya,boleh tengok kat sini dan baca;


p/s : Berbaloi-baloi..Kagum dengan design software tu,hebat! Macam mana la boleh terfikir idea cipta design tu.bagus! :)

Sunday, December 12, 2010

Lorong Mayat??

Sebelah sekolah
Eh..jalan ni memang wujud la!!!! Siapa tak percaya,pergi tengok sendiri kat Padang Temu,Melaka.Nama asalnya Lorong Mayat, tetapi selepas laluan itu dinaiktaraf, ditukar nama jadi Jalan Mayat.Ada cerita kononya penduduk terserempak makhluk halus, hantu bungkus atau pocong, lagi pun,laluan tu memang digunakan untuk mengusung jenazah sejak zaman nenek moyang penduduk.Macam-macam la pulak kan?haha

“Hanya laluan itu paling dekat kalau nak ke kubur,jarak 2km saja... kalau usung keranda, memang penat sebab terpaksa berjalan jauh. Sebab itulah, jika berlaku kematian, ramai yang akan bantu, orang lelaki bergilir-gilir pikul keranda sampai ke kubur.Dulu, jika berlaku kematian di sekitar Padang Temu, Ujung Pasir, Kampung Ladang dan sekitarnya, jenazah akan dibawa ke Kampung Duyung yang memakan masa antara 30 hingga 45 minit bagi setiap perjalanan berjalan kaki." Kata seorang penduduk.

Seorang lagi penduduk cakap, tanah kubur di Kampung Duyung itu sebenarnya diserahkan oleh pemiliknya berketurunan Cina kepada penduduk kampung yang banyak membantu mereka ketika perang antara kongsi gelap.


Sebab tu lah, tanah kubur itu terletak bersebelahan jirat Cina di atas bukit berhampiran Sekolah Kebangsaan Payong. Bukit itu dibahagi dua kawasan, satu terletak kubur Islam dan selebihnya jadi kawasan kubur Cina.Laluan itu jugak sebenarnya menghala ke tempat bersejarah, Perigi Hang Tuah yang sering menjadi tumpuan pelancong.Apa lagi,pergi la melawat! hahaa


** Sumber Berita Harian- Pada yang tak sempat belek-belek habis tu,baca kat sini jela.

Saturday, December 11, 2010

Mr.Bean dan keluarganya.

Time kecik-kecik,ni la salah satu cerita lawak dalam TV.Rela tengok banyak-banyak kali,tak pernah bosan.Ada kawan bagi teka-teki...

"Kenapa watak Mr.Bean tu seorang yang bodoh dan tak tau apa-apa?"


Jawapan pada soalan tu,


"Mr.Bean sebenarnya makhluk asing yang jatuh ke Bumi (ingat tak permulaan cerita,yang dia tiba-tiba jatuh kat tempat terang dengan iringan lagu tu)..Sebab tu la kat Bumi,dia tak tau apa-apa."


Entah betul ke tidak,Cik Ila tak tau.Kawan yang cakap macam tu.Tapi logik jugak jawapan tu kan?Kepada peminat Mr.Bean kat luar sana,boleh check biodata idola korang kat sini,tapi sikit jela.


Biodata ringkas;

Nama : ROWAN SEBASTIAN ATKINSON a.k.a Mr.Bean / Row.
Tarikh/tempat lahir : 6 JAN 1955 , Newcastle-upon-Tyne,UK.
Isteri : SUNETRA SASTRY
Anak Lelaki : BENJAMIN ATKINSON
Anak perempuan: LILY ATKINSON

Mr.Bean dan isteri


Anak Lelaki - Benjamin Atkinson
Lily Atkinson

 Sekarang...Mr.Bean dah tua......
*
*
*
*
*


Rambut pun dah beruban.Uncle Bean!

Friday, December 10, 2010

Top Universiti di Malaysia 2010?

Top 4 je.Tak muat nak Print Screen semua!
Ada orang pernah bukak tak website ni?
Yeah..
1. Universiti Malaya(UM),KL
2.Universiti Putra Malaysia(UPM),Serdang
3.Universiti Islam Antarabangsa(UIA),Gombak
4.Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Kangar/K.Perlis/Arau

Nak tau ranking universiti anda? Boleh klik sini...



Tuesday, December 7, 2010

Gila kasut sampai design sendiri?

Kalah artis nak buat show!
Christina Mei Mei Ng seorang gadis berusia 23 tahun,pemegang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi dan Sains Hayat, Universiti Industri Selangor (Unisel) yang hanya memiliki 
sebuah komputer riba dan laman sesawang www.christyng.com untuk meluaskan minat dalam menambah koleksi kasut.Oleh kerana sambutan menggalakkan, dia menambah koleksi kasut bertumit yang dibeli secara online daripada pengeluar kasut dari Amerika Syarikat dan United Kingdom.Sambutan menggalakkan ini menguatkan semangat Christina untuk menghasilkan rekaan sendiri.

Berbekalkan penyelidikan di butik kasut jenama antarabangsa, majalah, buku serta Internet, Christina menghasilkan sendiri kasut yang lebih versatil serta anggun menggunakan material terkini seperti satin dan separa kulit dihiasi batu permata.

Christina Mei Mei Ng
"Saya suka melihat wanita bergaya cantik serta percaya keyakinan wanita akan meningkat apabila mampu melindungi kekurangan tubuh mereka. Disebabkan kebanyakan wanita Malaysia memiliki ketinggian sederhana antara 150 hingga 160 sentimeter, wanita memerlukan kasut bertumit tinggi yang selesa, kukuh dan stabil bagi membolehkan mereka berjalan dengan penuh yakin serta rasa cantik,”



Setakat ini, Christina sudah menghasilkan hampir 400 pasang kasut dan memiliki ratusan pembeli bukan saja dari Malaysia malah luar negara seperti Thailand, Filipina, Brunei, Singapura dan Australia manakala pelanggan Malaysia terdiri daripada pembeli di pantai timur seperti Pahang, Kelantan dan Terengganu, selain sekitar Lembah Klang.

p/s : Korang tak teringin nak buat ke????Hahahaha

Tuesday, November 23, 2010

Nak tak makan satay yang ni?

Ni bukan calang-calang satay! satay yang ni eksklusif.Mau cuba?kuang3

Unik,guna klik kertas?haha
Banyak tu!

Hmmm..tak menarik la kalau tak letak banyak gambar kan? Jom tengok yang ni pulak...tarraaaaaa!!

satay cicak ke mengkarung ke ape?
heee




Jual..jual...sapa mau?
 p/s : senang ke nak cari benda tu???? bela agaknya! hmm..belum rasa,belum tau sedap ke tak,kan?hahaha
 
Lilypie Angel and Memorial tickers