Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Friday, August 9, 2013

Aidilfitri dan Hari ke-44 Berpantang!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah,pejam celik pejam celik dah raya.Tahun ni tahun pertama beraya sebagai suami isteri.Yeyy! Dah 8 bulan lebih hidup suami isteri dan selama tu jugak aku rasa macam mimpi.Kenapa? Sebabnya,lepas aku kahwin je terus pregnant.Kira terus jadi mak-mak gitu.Sempat jugak lah tahu macam-macam benda pasal baby sebab dalam fikiran masa tu 'ok,lepas ni akan jadi mama!'.Semuanya berubah bila anakanda dijemput Illahi.

Sedih masih terasa waktu ke kubur arwah anak.Adoi..tak mampu nak tahan sebak atas kubur tu.Malu pulak besar-besar panjang pun menangis lagi. Masa ke kubur tu,anak-anak saudara ikut sama. Tau-tau jela budak-budak,kalau kita menangis,dia pulak yang sibuk bagitahu orang yang kita menangis.Alahai..budak-budak sangat! Haha.

Biarkan aje.

Itulah yang aku kata mimpi tadi.Macam mimpi je,semalam pernah mengandung dan tiba-tiba anak dah tak ada.Takpe,InsyaAllah ada hikmah di sebalik semua ni.Kan? ;)

Ok.Tak nak sedih-sedih dah.

Tentang raya.Hari pertama raya juga adalah hari ke 44 aku berpantang selepas bersalin.Yeyy,dah bebas!
Tahun ni beraya di rumah mertua dan raya ke-3 baru pulang ke rumah mak ayah sendiri.Sob..sob..sedih jugak lah,kali pertama beraya dengan keluarga baru.Rasa macam,'Alahai,dah tak boleh pow duit raya lagi daahhh!" Uwaaa.

Juadah untuk raya tahun ni roti jala bersama kuah gulai ayam.Nampak macam senang buat roti jala kan? Tapi aku yang terketar-ketar sebab sebab 1st time buat kat rumah mertua.Kalau tak jadi,mana nak sorok muka agaknya.Hihi.

Tapi jadi la jugak walaupun buat main-main je.

Menjala main-main.Heee ;p
Bergambar sebelum ke pusara anak tersayang
Raya secara sederhana je tahun ni sebab masih lagi berkabung sejak kematian anak tersayang.InsyaAllah,tahun-tahun depan boleh raya dengan anak jika diizikan Tuhan dan dipanjangkan umur.Ok.Tutup sudah cerita raya kali ni.Dah bagitahu tadi,raya secara sederhana.InsyaAllah,jumpa lagi entri raya pertama tahun 2014 nanti. Jom pergi beraya! ;)

Tuesday, August 21, 2012

Salam Aidilfitri!

Assalamualaikum.

Buat apa korang semua? Raya sakan eh? Blog sunyi sepi kat dashboard blogspot.
Itu menunjukkan semua orang beraya sakan dengan segala bagai jenis makanan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri semua.Maaf Zahir Batin!

"Saya masih bujang" - kata pemilik Darling Angel.


Thursday, August 18, 2011

Kad Raya 'cyber' dari Abg Eq

Kurang 2 minggu lagi nak raya.Perkataan pertama aku..'Yeyeyy!!".Sah! Budak-budak lagu rupanya aku ni kan.
Ni dah berapa kali Hari Raya, tak dapat sekeping pun kad raya.Kecewa tu tak la,sebab dah tau..tak ada siapa pun nak kasi.huhu.

Tapi,walaupun posmen tak hantar Kad Raya,blogger kirim Kad Raya kat blog pun jadi la..Orang kata Kad Raya 'Cyber'..Jimat kos sikit daripada nak beli kad raya dan setem sekarang ni.Ohh,setem mahal woo sekarang..Kalau bukan 60sen,tak sampai la jawapnya surat menyurat korang tu.


Kad Raya Abg Eq   




Salam Ila,
Terima kasih singgah blog abg eq dan komen. Kad raya 'cyber' kat blog abg eq tu abg eq alu2kan untuk letak kat blog Ila k...ikhlas dari abg eq...
Selamat berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba...

Terima kasih kepada Abg Eq..Kad Raya 'cyber' pun jadi la...daripada tak ada langsung kan! hahahah

Ohh ye,jemput ke blog Abg Eq ni ya.. http://www.eqbalzack.com. Jom kita serbu,tengok gambar-gambar dan entri menarik Abg Eq.Adik-adik yang nak kata-kata semangat dari Abg Eq pun,dijemput singgah ke blog Abg Eq ye... ;)

Tuesday, November 16, 2010

Hari yang dipanggil "Hari Buat Ketupat"

Hari ni dipanggil hari membuat ketupat.
Itu memang pasti bagi 'orang-orang sini'
orang mana?
Kelantan Darul Naim!
Tak kira Raya Puasa@Raya Haji,sehari sebelum Hari Raya,memang panggil 
"Hari Buat Ketupat"


jangan tanya kenapa panggil macam tu,itu dah memang sejak Cik Ila lahir lagi dah panggil gitu.
So,esok Hari Raya!
Cik Ila nak wish kat semua..
Salam Aidiladha!!
Manfaatkan raya sebaiknya.
Tahun ni orang lain menunaikan Haji.
Mudah-mudahan sampai la seru untuk kita pulak ke sana.
InsyaAllah.
Siapa-siapa yang nak korban lembu tu,boleh asah pisau hari ni.
Esok,lembu-lembu tunggu masa je..

 
 

Saturday, October 9, 2010

Open House 2010

Alang-alang suasana tenang ni kan,tiba-tiba mood datang utk tulis blog.Dah lama tak tulis.Malas kot,busy pun mungkin.Semalam,Aidilfitri dah habis.So,pada siapa-siapa yang kononnya nak buat open house tu,hentikan lerr..Sebut pasal open house,memang hari ni nak cerita pasal open house pun.Tahun ni la catat record paling banyak pergi open house.Ada banyak sangat gambar open house.Tapi tak dapat nak upload semua la kan.Nanti,jadi fotopages pulak.ahah!

Open house rumah En.An kt Changlun
muka-muka happy dapat makan :)

Okeh,itu rumah En.An.Ada lagi gambar.Kesimpulan,tahun ni la paling banyak undangan open house.Kalau ikutkan,majlis berbuka pun boleh tahan banyak.Alhamdulillah,rezeki murah tahun ni.Next picture untuk Majlis Sambutan Aidilfitri Kg.Wai,di mana masa ni,Cik Ila kurang turut serta makan-makan dengan semua yang datang,kene jaga PA sytem n audio.Hmm..dapat makan ciput je.Tapi takpa,yang penting,majlis selamat dan lancar. 

Penganjur bersama :)
ramai kan orang? makanan habis!


satay yang diserbu!

artis jemputan n ain!

 Hmmm..dah byk gmbr publish,tapi sebenarnya byk lagi tempat.Cuma tak berkesempatan nk publish semua.Ok.That's all for today.Say bye2 to Syawal. :)

Monday, September 13, 2010

Raya datang lagi

Salam Aidilfitri kepada semua.Hari ni dah masuk hari ke-3 beraya.Alhamdulillah,masih lagi dipanjangkan usia utk menyambut kemeriahan Aidilfitri bersama keluarga.Semoga ikatan Silaturahim akan tetap terjalin sampai bila-bila.

Family Cik Ila


Sekali lagi,Salam Aidilfitri dari Cik Ila..Maaf zahir & Batin.
Ikhlas dari Cik Ila sekeluarga.

Friday, September 3, 2010

Kisah Raya Part 2

Hai semua! Cik Ila sudah berada di kampung halaman.1 hari Cik Ila berehat semalam,penat sangat travel.Okey,continue the stories...

Raya dan raya,budak-budak mesti suka.Bila dah dewasa ni,lain pulak perasaannya.Zaman kanak-kanak tu ceria.Tak perlu buat apa-apa,tau main-main je.Cik Ila dulu suka bawak beg (ala-ala handbag la konon),time raya bila orang datang,Cik Ila mesti tayang beg tu.Kadang-kadang sengaja tayang depan orang ramai,dengan harapan tetamu memahami Cik Ila.Ya,ada yang memahami,tapi ada yang saja buat tak tau.Terima kasih kepada yang memahami.

Pernah 2,3 kali dalam bulan puasa,ikut mummy pergi cari daun getah.Hehe.Dulu tak pernah kenal pun daun getah,susu getah tahu!

Ni la daun getah!
Kegunaan dia,untuk buat TAPAI!! Tapi sekarang dah tak cari daun getah,cari bekas kecik je dah cukup.Kata mummy,daun getah dah susah nak cari area tu,so kita guna bekas kecik saja.

Tapai
Tapai pun salah satu makanan tradisi raya kat sini.Sampai sekarang pun ada lagi orang letak tapai dalam bekas.Tak tahu la tempat lain ada tapai ke tak.Selain tu,ada lagi yang berbeza dengan tempat lain.Kat mana-mana kita jumpa,makan ketupat 4 segi dengan kuah kacang dan sebagainya,sini pulak makan ketupat palas 3 segi.Tempat lain jugak ada lemang,tapi sini,tak berasap pun,maksudnya,lemang pun tak popular di sini.

Disebabkan rumah Cik Ila dekat dengan Zoo,time raya,mesti hati nak ke zoo,entah la kenapa.Orang melawat saudara mara,si kecik ni nak pulak g melawat haiwan di sana.Pernah sekali tu sampai meronta-ronta nak pergi.Tak susah,hanya jalan kaki,lintas rel kereta api,naik bukit dan jalan kaki lagi untuk sampai ke zoo.Memang meriah sebab ramai jugak orang datang.So,bukan si kecik ini saja yang pelik!!


Musim dekat-dekat raya,Cik Ila dan Cik Elly ada 1 tabiat.Tabiat menunggu Pakcik Posmen datang rumah,sebab nak bertanding kad raya siapa paling banyak.Tiap-tiap hari bertanding sampai dah kenal bunyi enjin motor pakcik posmen.Maklumla,time tu mana ada sms raya,e-mail kad raya. Semua guna manual cari kad raya (siap menangis kalau tak dapat beli kad raya).Pastu mintak setem kat abah,kadang-kadang men sapu je,tak mintak pun.Pernah jugak sebab terdesak nak balas kad raya,guna setem yang dah dicop.Mungkin pakcik posmen terlepas pandang,kad raya sampai jugak.Ada member sekolah rendah ajar,cara nak hilangkan cop kat setem,ambik setem dan tenyek kat atas hidung yang berminyak tu,nanti cop hilang.Yaa...memang jadi!!

Okey lah,Cik Ila stop dulu kat sini.Kalau Cik Ila rajin,Cik Ila akan update lagi.See yaa! Selamat Berbuka Puasa!

Wednesday, September 1, 2010

Kisah Raya Part 1

Kecik-kecik dulu,baju raya mesti banyak,plus segala bagai subang,gelang,rantai,beg,gincu...semua tu Cik Ila pakai.Disebabkan kami hanya 2 org perempuan dlm adik beradik, selalu dapat barang-barang yang sama.Cik Elly beg merah,Cik Ila beg biru.Cik Elly subang besar,Cik Ila subang kecik.

Cik Ila masih ingat,time raya,mesti main bunga api dengan abang-abang.Maklumlah,ada sorang abang kami tu,merangkap ketua segala abang adalah supplier bunga api masa tu.Sekarang tidak lagi,tapi dia masih lagi jadi supplier,tapi untuk anaknya! haha

Pagi-pagi raya,juadah utama tak lain tak bukan,NASI DAGANG.Lauk ada 2 jenis,Gulai ikan dan Gulai Ayam.Dulu-dulu,malam raya mesti buat kek,baunya.....MasyaALLAH! Biasalah,bagi kanak-kanak seperti Cik Ila masa tu tak lepaskan peluang makan kerak-kerak kek dekat bekas.Kadang-kadang Cik Ila sengaja masukkan tangan dalam acuan kek sebab bau sedap sangat.

Kuih raya? Ohh maaf.Cik Ila bukan seorang yang gemar biskut raya.Tapi Cik Ila suka makan biskut Cornflakes.Sebab tima puasa,pukul 4ptg,Cik Ila mesti tengok Riang Ria Cornflakes bersama Chef Wan.Siap salin resepi,tapi tak pernah buat pun.Time berbuka,Cik Ila dan adik beradik makan kerang yang direbus.Makan dengan sos cili.Memang ajaib! Bila time sahur,kerang tu mesti dah habis ataupun tinggal paling maksima 10 je.Agak-agak,siapalah yang makan tu ye?

Cik Ila sudah mahu menayang gambar sebenarnya.Banyak gambar-gambar raya time Cik Ila kecik,tapi malu pulak nak dipublish.Macam-macam gaya ada.Maklumla,budak-budak.Okey,setakat ni dulu.Cik Ila mau packing utk balik malam ni.Nantikan Kisah Raya Part 2 ye.
Lilypie Angel and Memorial tickers