Showing posts with label Kenangan STF. Show all posts
Showing posts with label Kenangan STF. Show all posts

Thursday, August 30, 2012

Entri malam merdeka

TV pun bosan.Tak ada cerita menarik.

Malam merdeka tayang cerita hantu.Yey! Memang aku tutup la TV.Agaknya TV pun tahu,semangat patriotik aku belum upgrade lagi.Sikit-sikit tu ada.Zaman sekolah dulu dah upgrade.Sebab cikgu semai.Tapi tolong ye,semangat patriotik aku bukan macam orang main mercun dan bunga api berkepul-kepul kat langit.

Baiklah,malam merdeka di usia 24 tahun banyak beza dengan malam merdeka di usia belasan tahun.Kenapa? Aku dah kata tadi,cikgu yang semai semangat patriotik. Betapa berkesannya didikan di sekolah waktu tu. Masa tu pengetahuan tentang Sejarah masih lagi fresh.Ala,setakat kisah Malayan Union tu,boleh cerita balik kot.Tanya sekarang tak usah la, bagi aku cari buku Sejarah dulu.

Seingat aku,sekali je aku sambut Merdeka di sekolah,masa form 1.Tahun-tahun berikutnya ada event di sekitar Johor. Tapi jangan salah sangka, aku bukan seperti Yuna mahu pun Najwa Latiff. Pergerakan aku secara beramai-ramai dengan kuantiti sebanyak 70-80 orang.Event di tengah padang,meraikan sambutan kemerdekaan peringkat negeri Johor. Persembahan kemuncak itu kami dah atur sebaiknya.Tunggu,lihat dan dengar saja.

Malam sebelum sambutan pada 31 Ogos, aktiviti yang biasa aku buat adalah tengok bunga api yang meriah di celah tingkap.Nak keluar tak boleh,cikgu dah pesan,kamu semua kena tidur awal,esok buat persembahan.Fine.Cicak atau lipas kat tingkap,aku tak peduli.Janji dapat tengok.Diorang pun nak teman aku kat tingkap.Sayangnya,dulu kamera guna film Kodak/Konica je.Salah tangkap,rugi film satu sebab gambar tak menjadi.

Suka tengok,tapi tak suka mendengarnya.Sakit jiwa!


Simpan ajelah kenangan dalam hati,walaupun hanya kenangan menyaksikan bunga api dari tingkap dan sambutan merdeka di tengah-tengah stadium.Umat manusia berpusu-pusu malam ni,countdown merdeka katanya.Tak mengapalah,aku tidur dulu.

p/s : Selamat Hari Kemerdekaan kepada semua.








Wednesday, August 22, 2012

Hormat senior

Semua orang pernah melalui zaman jadi junior dan senior.Terutama di sekolah,kolej dan universiti.Tapi tak semua tau erti hormat antara senior dan junior.Tak semua tau macam mana beza bila bercakap dengan senior dan junior.Nak kata tak sekolah,tak pulak.Orang tua nasihat,sama macam iklan dalam TV.Yang tua dihormati,yang muda disayangi.Tapi orang zaman sekarang,yang tua diperli-perli dah lanjut usia.Yang muda pulak berlagak macam dia dah lama hidup atas muka bumi ni.Nasihat orang yang lebih tua dia ignore je.Biasalah,dah pandai.Agaknya laa..

Aku tiba-tiba rasa beruntung sebab diberi peluang untuk masuk sekolah berasrama di mana kat situ lah tempat aku belajar segala macam hal termasuk budaya untuk hormat orang.Sumpah! Zaman sekolah dulu,golongan ke-2 yang aku paling takut selepas cikgu adalah kakak senior. Macam takut habis! Kena pulak style muka bengis,suka marah-marah,suka menjeling budak junior,lagi la aku takut.Silap-silap kena sound,mampus! Senior suruh buat apa-apa, aku layan aje.Takut punya pasal.

Bila dah jadi senior,terbawa-bawa sifat macam senior dulu.Rasa nak buat muka bajet garang.Dalam hati baik sebenarnya.(Ya Allah,perasannya!).Secara automatik,junior pun ibarat macam kita junior dulu.Muka seposen sebab takut senior.

Kalau di sekolah kita ala-ala terpaksa hormat senior,bila keluar sekolah dan masuk kolej/universiti,secara automatik korang akan terbiasa hormat pada orang yang lebih tua. Benda ni memang terbukti bila aku masuk universiti.Aku terbawa-bawa perasaan takut dengan senior sampaikan takut nak berkawan dengan senior.Bukan nak riak,tapi kadang-kadang terfikir,budak yang tak boleh hormat orang ni,mesti time sekolah dia pun sama tak hormat sesiapa pun.

Ada orang yang tak minta dihormati,tapi tak bermakna kita boleh sesuka hati pijak kepala dia.Sekurang-kurangnya tunjuk rasa hormat pada diorang supaya orang rasa senang dengan kita. Sangat kecewa tengok budak-budak sekarang,tak ada langsung sifat hormat pada orang yang lebih dewasa dari dia.Kalau langgar tu main langgar jela,tak pusing dah minta maaf ke apa.Kalau bercakap tu memang tak berlapik la,main cakap je tak fikir apa.Haih.macam-macam la budak-budak sekarang.

p/s : Rasa excited melampau bila dulunya kita takut senior tu,takut senior ni.Tapi bila dah dewasa,senior yang kita kononnya takut tu baik dan lembut sangat.Rasa macam,alahai..kenapa dulu kau tak macam ni,kan bagus?Haha


Tuesday, May 17, 2011

Entri untuk pendidik

Rasanya belum terlambat lagi untuk aku wish Selamat Hari Guru kan?So,Selamat Hari Guru kepada semua pendidik,tak lupa jugak pada pensyarah-pensyarah dan PLV ,semua tu kategori pendidik jugak.


Semalam,penat la jugak aku selongkar Facebook semata-mata nak wish Selamat Hari Guru.Mana-mana cikgu yang memang "friend" dengan aku kat Facebook,memang aku wish la kat diorang.Tapi bila dah biol sangat,"Selamat Hari Guru!" tu bertukar secara automatik kepada "Happy Birthday!" pulak.Lorh,silap,silap..Nasib baik perasan dan terus delete,kalau tak buat malu aku je..T___T



Bila hari guru,setiap sekolah sambut.Cikgu-cikgu pun banyak dapat hadiah.Seronok jadi cikgu kan,tiap-tiap tahun dapat hadiah.hehe.So,jom la kita jadi warga pendidik.hahah


Oh,ye! Teringat pulak zaman-zaman sekolah.Terjumpa gambar masa Form 2..semua muka kecik-kecik,innocent,budak-budak lagi.Tett~



Masa Form 2,aku AJK Kebersihan,kena duk baris depan! Haha ;)


Kalau jumpa,cari la aku kat mana dalam barisan depan sekali tu.Hint sudah diberi okeh! ;)

Sunday, May 8, 2011

Kena marah dengan cikgu?? Ahh,benda biasa je tu..

Assalamualaikum

Jom cerita zaman sekolah lagi.Kali ni nak kongsi cerita peristiwa-peristiwa pahit dan manis zaman belajar kat sekolah menengah dulu.Bila ada entri macam ni,kadang-kadang kita akan teringat balik zaman sekolah yang sangat la kita rindu.Tak tahu lah kalau ada yang tak rindu langsung zaman sekolah.


Pengalaman kena marah dengan cikgu?Banyak la jugak.Bila dah selalu kena marah ni,dah jadi lali sampai kena marah dengan siapa-siapa pun,kita rasa biasa je.Hahaha.Bila kena marah,ada la jugak habuannya.Meh baca sama-sama.;


  1. Tak boleh jawap soalan Biologi dalam kelas.Biasanya bila mula kelas,lepas bagi salam cikgu masuk,tak boleh duduk dulu,kena jawap soalan.Siapa cepat dia dapat.Bila tak dapat jawap sebab tak baca,aku dihalau ke luar kelas untuk study depan pintu masuk kelas.
  2. Cikgu koyak kertas ujian Addmath sebab teruk sangat.Kelas kat tingkat 3,kertas ujian dikoyak dan dicampak ke tingkat bawah (atas rumput) di samping leteran-leteran tak aku tak larat nak dengar!
  3. Belajar kat kelas senior (padahal pergi jumpa kakak senior sebab nak praktis lagu baru untuk band),last-last kantoi dan cikgu suruh ajar dia pulak lagu-lagu baru tu!
  4. Disebabkan lupa perkataan-perkataan baru dalam subjek Bahasa Jepun,sensei (cikgu) suruh tulis kat kertas 200 kali untuk setiap perkataan dan hantar kat rumah dia.Rumah dia dalam sekolah je.
  5. Bila keputusan ujian keluar,Penolong Kanan HEM akan pegang result dan cari budak-budak yang ada gred yang teruk macam C ke bawah untuk dirotan pada perhimpunan tak rasmi.Tapi tak la malu pun,sebab majoriti kawan-kawan pun kena.
  6. Bila budak-budak bising masa perhimpunan tak rasmi,Penolong Kanan suruh lari keliling kawasan sekolah dengan berbaju sekolah yang berkain itu sebelum masuk kelas.hahahhaa
  7. Dihalau keluar kelas dan duduk atas rumput tengah-tengah panas semata-mata sebab tak siap homework.Bila dah siap,baru boleh masuk.Nasib la kalau kawan siap dulu,hang tinggal la sorang-sorang kat luar tu.haha
  8. Kena cubit dengan Cikgu Sejarah kat perut sebab tak boleh jawap soalan.Sakit woo,cubit dengan saiz yang kecik.Adehh!!!
  9. Kena bebel dengan cikgu sebab tak update indeks (Setiap buku,nota,latihan,kena ada indeks pada dua muka surat pertama buku)
  10. Kena marah sebab lab report jawapan lebih kurang dengan member.(Biasala,kerja copy and paste).hahaha
  11. Kena baling dengan duster hitam kat dalam kelas gara-gara terlelap seketika.Sasaran sangat tepat ke muka,kalau kena kat tudung,lagi parah!!!!


Kalau tengok list-list ni,macam tak ada apa sangat kan? Tapi bagi yang melalui benda-benda ni,pengalaman-pengalaman macam ni tetap jadi kenangan yang sangat manis sebenarnya.hehehe.Bila teringat,kita akan rasa bersyukur sangat-sangat sebab kita dididik menjadi seorang yang berdisiplin dan berguna. Yehooo.!!

Saturday, March 26, 2011

SPM 2010,soalan susah ke senang?

Result SPM 2010 kategori SBP - Klik utk tumbesaran


Saya pasti adik-adik yang cemerlang dalam SPM baru-baru ni sangat selesa bila dah dapat tahu keputusan masing-masing kan?Alhamdulillah,berkat doa semua,ramai yang dapat keputusan cemerlang semua A dalam setiap mata pelajaran.Tahniah semua!


Biasanya bila kita tunggu keputusan SPM dari akhbar mahupun berita,keputusan adalah meningkat berbanding tahun-tahun lepas.Persoalan di sini,

Mengapa prestasi pelajar meningkat? Adakah kerana; Soalan mudah,pelajar sekarang lebih cemerlang atau graf bagi gred subjek tidak seperti dahulu lagi di mana gred A- adalah umpama gred B waktu dahulu??

Ok.Jom kita ambil positif,pelajar sekarang lebih cemerlang dan pandai berbanding zaman dahulu.Setuju??Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada kecermelangan pelajar sekarang.Antaranya;


  1. Sikap ibubapa yang mementingkan pelajaran disebabkan persaingan yang semakin sengit dalam pendidikan mahupun pekerjaan pada masa sekarang dan akan datang.Ibubapa pun banyak yang kerja bagus-bagus,CEO,Doktor,Jurutera,Pensyarah,Arkitek dan lain-lain
  2. Ibubapa sendiri merupakan ikon kecemerlangan anak-anak di mana prestasi pendidikan ibubapa mereka suatu masa dahulu juga cemerlang ---> Anak-anak mewarisi kebolehan yang ada pada ibubapa mereka.
  3. Sikap keterbukaan ibubapa yang dilihat tidak sama seperti dahulu.Anak-anak bebas bersuara dan meminta apa sahaja yang dimahukan.
  4. Guru-guru yang semakin efektif dalam pengajaran dan pembelajaran.Kalau bukan cikgu yang ajar,siapa lagi? Sedangkan tuisyen pun ada CIKGU! Ini menunjukkan kejayaan tu mungkin hasil usaha guru yang mendidik itu juga.Guru cemerlang,pendidikan berkesan!!
  5. Memang betul budak-budak sekarang pandai-pandai.Untung sebab mereka dilahirkan dalam teknologi yang serba lengkap,kemudahan pun banyak.Nak ke tuisyen? Nak pergi sekolah? Kereta ada,motor ada.Lagipun,setiap rumah majoriti ada 2 buah kereta.


Apa-apa faktor sekalipun,USAHA,DOA,TAWAKAL tetap menjadi panduan.Dari situ adanya keberkatan.


Tahniah kepada adik-adik junior Cik Ila yang cemerlang!

Sunday, March 13, 2011

Asal sebut asrama je,orang ingat hantu.

Semakin lama,aku rasa semakin banyak suasana asrama yang aku tiba-tiba rindu.Betul.Walaupun masa kat asrama,aku rasa teramat la bosan nya duduk sampaikan ada kawan cakap rasa macam duduk dalam penjara.Eh,pandai-pandai je dia cakap macam tu,entah-entah seronok duduk penjara,siapa tau?Haha.baru sekarang aku mengerti kebaikan duduk kat asrama.Bukan nak kata diri ni bagus,tapi kalau tengok pada keadaan tu,lebih terurus la jugak.



Style budak-budak zaman dulu kala.Kelakar pun ada


Tingkatan 1-5,sepenuh masa aku kat dalam asrama.Dan sepanjang 5 tahun jugak la,segala tok nenek cerita hantu aku dah hafal.Persoalan aku,kalau asrama je,mesti ada hantu kenapa? Mana-mana sekolah yang ada asrama,aku pasti sangat la 97% kata ada hantu.Tapi bila aku tanya..." Ohh,yeke,kau nampak 'dia' ke??"
.Di saat-saat macam ni, kawan aku kata, " Aku takde la nampak,tapi aku dengar jela!" ---> hampeh di situ.Tak boleh pakai sangat cerita-cerita ni.Aku pun boleh cakap kat sini ada hantu kat tangki,mesti orang percaya.Kan?



Kami 1 batch.All girl's school.Saya berbaju merah! haha


Cerita pasal  asrama,penuh dengan memori.Memori bersama kawan-kawan la senang cakap.Biasalah,bila duduk sekelompok satu tempat,semua orang buat aktiviti yang lebih kurang sama.Ohh,bangun pagi? Waktu sekolah memang la bangun pagi,pukul 5.30 dah bangun.Tapi tu bukan awal la,sebab ada lagi yang lebih awal,pukul 4 pagi ----> budak junior! .Bagus,nanti takda la senior dengki dengan korang sebab waktu-waktu kecederaan macam pukul 6.30 pagi tu biasanya senior je yang mandi.Kalau ada junior waktu tu,emmm...habis la korang..kena la nanti..(kena marah la..haha).Tidur pulak tak menentu.Tapi biasanya aku tidur awal macam junior,sebab aku nak bangun awal.Waktu aku tidur,kawan-kawan stay up buat homework kat study room.Aku tekad untuk tidur sebab aku tau,mesti aku berborak je sampai ke sudah nanti.


Budaya di asrama penuh dengan peraturan dan warden-warden yang jaga.Lumrah alam la,warden mesti dibenci oleh student.Tapi nak buat macam mana,nak tak nak kena buat jugak.Aku akui,bukan senang nak jaga budak-budak kat asrama.Sakit perut pun cari warden,duit hilang pun cari warden,homesick pun cari warden.Hmm,selain tu,aku suka dikelilingi kawan-kawan.Waktu susah senang,kawan-kawan semua ada kat tepi.Hari jadi? Jangan risau.Tak perlu susah-susah cari kek kat kedai.Kami buat sendiri kek menggunakan kek Apollo bersalutkan milo 3 in 1 dan bertaburkan gula-gula Smarties yang sedap! Lapar?? Jangan risau, dining hall sediakan 6 kali makan sehari.Kalau tak cukup,ada lagi jual makanan kat koop macam nasi bungkus malam-malam.Nak tengok TV? Ada,setiap blok ada TV.Nak tengok AF dan movie? Boleh datang ke dewan untuk tayangan setiap hujung minggu.Nak online? Mudah,Cyber Cafe ada (Facebook je belum ada masa tu).Homesick? Jangan segan-segan.Gunakan telefon bimbit yang disorok di merata-rata tempat untuk berhubung dengan ibubapa anda ye.Jaga baik-baik telefon,nanti kena rampas.Haha

Mempunyai ketahanan mental yang tinggi,boleh cuba yang ini! :)

Peraturan-peraturan asrama,memang dah masak sangat la bagi aku.Kesenambungan dari entri ni,sebenarnya aku nak cakap,budaya asrama yang aku buat selama 5 tahun tu berhasil waktu sekarang.Sebabnya,aku takda masalah untuk ikut apa-apa jenis peraturan melainkan kalau aku malas.Itu masalah sendiri la kan.Aku pun tak ada masalah dengan penggunaan masa.Small matter! Kalau waktu sekolah guna jam loceng yang bingit,jangan risau,sekarang ada hp boleh set alarm siap-siap dengan lagu SpongeBob dengan volume no.5,pasti akan bangun!!  ~ SpongeBob Squarepant...~SpongeBob Squarepant~ ( Ini alarm housemate aku dulu,selalu nya bila bunyi,aku yang terjaga tapi tuan nya tak jaga sampai sudah walaupun alarm dah no.5!!Langkah mudah,ambil dan stop alarm.Amik kau,pasni mesti kau tak bangun sampai sudah sebab tak "Snooze")



Budak-budak nakal ni.. ;p


Aku sangat rindu suasana asrama macam dulu.Bersyukur sangat-sangat terlatih dengan budaya-budaya positif kat sana.Semua tu pengalaman berharga yang aku pasti akan turunkan untuk anak-anak suatu hari nanti.InsyaAllah..Ok,rasanya dah sampai masa dah untuk aku berhenti kat sini.Lain kali aku sambung balik kisah kenangan-kenangan lama macam ni.Biasalah,aku seorang student,banyak lagi benda lain nak buat.Nak cover balik masa,sebab petang ni aku nak pergi kenduri.Masa terbuang di situ.So,baik aku bukak buku sekarang.Bye semua.

Thursday, January 6, 2011

Shopping complex terawal yang aku singgah

Zaman dulu tak macam sekarang.Kalau sekarang shopping complex tu tiap-tiap hari boleh pergi,dulu-dulu siapa yang pergi shopping complex tu kira wow,superduper kaya kot! Haha.
Entri hari ni nak cerita pasal shopping complex terawal aku pergi masa zaman kecik-kecik dan sekolah dulu.
Mula-mula sekali darjah 3,first time masuk shopping complex dalam hidup(sebelum tu setakat pergi pasaraya kecik je tarafnya!).Singgah-singgah di Sogo,KL..cewah!

Masa tu darjah 3,takde perasaan nak beli apa tapi excited dapat naik escalator.Takut segala bagai nak pijak atas tu.Jumpa benda berkenan! Cuba teka beli apa?Memang salah semua tekaan.Nak cerita pun segan.Tapi cerita jugak.Beli cermin muka cartoon yang boleh bukak tutup.Haha.Tak pasal-pasal kan?Kenapalah aku pergi benda-benda tak patut macam tu?Cuba la beli kasut ke,baju ke.Kenapa la dulu takde perasaan nak bergaya-gaya??haha.Dan cermin itu,kakak aku buat lari dia bawak pergi asrama dia buat pakai bedak.Sedar-sedar je dah lesap.Hilang cermin pusaka aku.

Selepas Sogo..(agak lama tak jejak shopping complex lagi),masa 13 tahun pulak.Alah tu pun sebab duk asrama kalau tak jangan harap nak pergi melepak-lepak.Disebabkan outing pelajar adalah ke pusat bandar,maka aku diperkenalkan dengan Plaza Angsana,Johor Bahru.


Kat sini boleh tahan happening jugak masa tu.Artis tak payah cakap.Tiap-tiap minggu boleh jumpa artis.hahaha.Jakun kan saya??Outing ada 2 sesi,9-11 pagi dan 2-4 petang.Ikut suka la nak pergi bila-bila pun setiap Sabtu dan Ahad.Yehaa.boleh cuci-cuci mata! Masa ni dah start beli macam-macam.Biasalah,umur macam ni suke explore! Barang-barang yang dibeli sangat banyak iaitu stok makanan tambahan budak asrama seperti biskut,air kotak dan meggi.

Itu yang ke-2..sekarang yang ke-3 punya shopping complex,masa sekolah jugak.Tiap-tiap kali nak mula cuti mesti akan singgah sini.,City Square sebab bersebelahan dengan stesen kereta api yang aku nak balik kampung selalu tu..Kat sini suasana dah tak sama dengan Plaza Angsana.Kalau Plaza Angsana adalah majoriti orang melayu,tapi kat City Plaza tak sebanyak itu.City Angsana memang betul-betul dekat dengan Singapore dan pengunjungnya adalah majoriti masyarakat Cina dan warga Singapore yang suka singgah shopping.(Duit Malaysia lagi murah lagi Singapore!).Tak heran la ramai yang suka shopping kat Malaysia sebab murah.

Tu je pun kisahnya.Bermula dari situ la aku kenalnya dunia melepak seperti nasihat cikgu-cikgu dulu,"Buang budaya lepak!"Haha.Lepas habis sekolah dan masuk universiti,makin bertambah-tambah tempat yang nak pergi.

So,kesimpulan.Mungkin anda-anda semua lebih beruntung dari saya sebab dah banyak berjalan-jalan ke shopping complex sejak kecik lagi,kan?Bila besar,barulah saya explore banyak sangat shopping complex sampai naik muak nak pergi sebab ramai sangat orang..

Sunday, January 2, 2011

Pengalaman balik semula ke sekolah selepas cuti

Esok sekolah.kahkahkah.Yang duduk asrama tu,abis la..mesti tak puas cuti kan?Teringat zaman dulu.Dekat-dekat cuti nak habis,mesti duk termenung kat kat rumah.Sebenarnya fikir macammana la bila dah sampai sana,selamat ke tidak aku ni.Haha.Selalu terbayang kenapa la cuti ni kejap sangat berlalu,tak puas lagi makan,tido,makan,tido kat rumah.

Kalau Isnin sekolah,maknanya Sabtu malam dah balik JB.Dengan apa?Dengan kenderaaan ni;

Ekspress Timuran (Tumpat-Singapore)
Sepanjang 5 tahun di sana,ni la kenderaan untuk balik kampung.Kenapa bukan bas? Sebab bas berhenti jauh,train ni berhenti dekat-dekat dengan rumah je.Gerabak kereta api pun dah selalu sangat kira.Kalau bukan 18,mesti 17 dan kadang-kadang 20 kalau banyak barang.Pengalaman dalam train? Macam-macam ada.
  • Budak kecik menangis tak henti-henti
  • Train delay lama sangat (mungkin jam!haha)
  • Blackout dalam train termasuk aircond rosak
  • Banyak kutu-kutu train (Penyibuk yang suka berkeliaran dalam gerabak orang lain)
  • Penjaja/penjual dalam train yang banyak kali lalu (jual air,kacang,nasi lemak)
  • Tempat duduk tertukar,kadang-kadang nombor seat sama (kesilapan teknikal tiket)
  • Toilet yang kurang enak (lelaki masuk toilet perempuan,perempuan masuk toilet lelaki)
  • Terkunci dalam toilet,tak boleh bukak pintu. Selak pintu tu bermasalah kot.
  • Ramai yang suka berjalan-jalan.Ada yang jatuh banyak kali sebab tak seimbang
  • Bising kalau ramai sangat budak-budak dan keluarga yang angkut satu lori naik train. 
  • Beg-beg kat atas jatuh ke bawah menghempap kepala.Nice-nice.haha
Kebiasaannya,kami budak-budak pantai timur disediakan 1 koc,dalam 30 seat supaya senang dan terjamin keselamatan.Tapi mesti akan campur jugak abang/kakak dari UTM Skudai/Sekolah Teknik/Maktab Perguruan.Perjalanan hampir 12 jam tu menyebabkan perasaan cukup muak dan bosan.Tapi seronok sebab boleh lalu semua tempat,Kelantan,Pahang,N.Sembilan,Johor dalam satu malam.Paling best,boleh tengok benda-benda hijau.Maklumlah,train lalu dalam hutan dan gua.Pengalaman tu tetap tak boleh lupa sampai sekarang.Dan sekarang selalu pulak naik bas.Agak-agak lepas ni,boleh naik flight selalu pulak kot?haha

p/s : Blogger-blogger pun mesti banyak pengalaman jugak kan?Jom kongsi

Saturday, December 18, 2010

Saya minat dia dulu..

Ok.Idea ni datang masa tengah reply komen!Jumpa komen ni.Ini bukan sesi mengutuk mahu pun komentar.Tapi nak cerita kenangan dulu;

Tengok circle merah!
Hoh.perkataan dalam bulatan tu mengingatkan saya tentang..? Yeahh..tentang seseorang! Haha.Tapi bukan.Tentang sekolah la.MCKK..atau Malay College Kuala Kangsar,semua orang tau kan?Ada cerita di sebalik tu.Cerita zaman sekolah yang penuh dengan episod kanak-kanak yang gatal.Dulu selalu berangan,konon-konon suatu hari nanti,dapat la pakwe budak MCKK.Mungkin,cerah masa depan agaknya kalu dapat kapel dengan budak sekolah ni yang majoriti kehidupan diorang berakhir dengan seseorang yang bergaya,korporat dan berjaya.--->Ada hati konon,padahal sekolah pun tak abis lagi!

Dalam episod mencari skandal kawan,saya cari medium dan saluran terbaik untuk kenal budak MCKK ni..guna MiRC!!! Masa tu form 2,chatting MiRC je yang femes.Bukak channel SBP,nah kau!! Kacau je.Lepas tu ada la kenal sorang budak ni.Kenal bukan setakat chat..Tulis surat bagai!!! Haha.Nama rahsia.Yang pasti,budak tu sekarang student Medic kat UIA.Kan dah cakap,budak sekolah tu cerah masa depan! 

Logo
Kolej Melayu Kuala Kangsar
Tambah-tambah pulak,MCKK ni sekolah lelaki dan saya sekolah perempuan,memang suka bab2 ni.eheh.Perasaan gatal datang.Ok.itu cerita dulu.Tapi sekarang,masih terasa hot kalau sebut MCKK,mesti excited! Kenapakah?Awak-awak dan kawan-kawan kat luar,siapa sekolah kat MCKK angkat tangan cepat.Hahahaha.

Friday, December 17, 2010

Dulu aku nakal


Hikhikhik.Kelakar la..ada jugak segmen macam ni.Tapi ok ape,sekurang-kurangnya,penuh la jugak blog ni dengan macam-macam entri.Terima kasih pada abg ben untuk segmen ni.Nak join!!!!Dalam segmen ni ada soalan yang nak kena jawap,semua pasal sekolah dulu-dulu;

1. Nama sekolah rendah dan sekolah menengah termasuk tahun
  •  Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil,Kuala Krai,Kelantan(1995-2000)
  •  Sekolah Tun Fatimah,Johor Bahru,Johor (2001-2005)   
2. Aktiviti ko kurikulum yang korang ceburi
  • Pancaragam & Orkestra STF
3. Jawatan yang di sandang dulu 
  •  Oh..masa sekolah rendah,saya Penolong Ketua Pengawas,masa sekolah menengah,jadi budak biasa je baju putih kain biru.Tapi dalam pancaragam,saya Section Leader.ehem!
4. Nama guru kesayangan korang
  • Time sekolah menengah,Cikgu Ujang Mohd Lazim,cikgu Bahasa Melayu.Suka sangat belajar time BM.hehehehe
5 . Subjek paling disukai dan tak suka 
  •  Suka - BM,Sejarah,Biologi (Saya suka ayat-ayat dan subjek menghafal)
  •  Tak suka - Math dan Addmath (saya tak suka nombor!)
6 . Kawan baik masa sekolah
  • Ada ke? tiada! haha.Saya kawan semua!
7.  Cita cita masa sekolah dulu
  • Doktor/ Ahli muzik ( 2-2 tak tercapai)
8.  Artis feveret masa sekolah dulu 
  • Siti Nurhaliza ( siap hafal lagu&lirik)
9.  Perkara yang paling tak dapat dilupakan masa sekolah
  • Bila masuk Pancaragam&Orkestra,banyak sangat merantau luar sekolah,paling jauh pergi Bangkok untuk wakil Malaysia dalam "Symphonic Asian Band Competition 2004" dan ke Singapura untuk "Singapore Youth Festival" di Victoria Hall,Singapore.Boleh katakan,setiap bulan akan ada function di mana-mana sahaja.Segala jenis stadium dah kenal sebab banyak buat performance untuk apa-apa sahaja termasuk pertandingan sejak form 1-5 di serata negeri.
  • Bila ada budak kena rasuk di sekolah.Lebih malang,berlaku dalam dorm sendiri.
  • Bila ada kes pukau! Dorm sendiri jugak.
  • Zaman-zaman bersama kawan-kawan yang banyak ragam.Biasalah,budak sekolah!
  • Zaman sekolah je dapat kekalkan berat badan ideal, 44..45kg! hehe.Tu pun sebab aktif.
  • Terikat dengan disiplin yang sangat ketat dalam pancaragam
10. Jika dapat kembali ke zaman persekolahan , apakah yang ingin korang lakukan
  • Saya nak kejar balik yang mana tertinggal.Tak kisah la apa-apa.Nak cari balik semangat belajar,nak pergi sembang dengan semua kawan!
11. Ceritakan kenakalan yang tak dapat dilupakan sewaktu sekolah dulu 
  • Aktiviti time weekend,banyak ponteng.Riadah,Qiam,Kuliah Subuh adalah benda-benda yang saya sengaja ponteng sampai ustazah sendiri datang kejut! 
  • Selipar saya selalu hilang.So,saya pun cilok la selipar orang lain pulak.
  • Kat sekolah tak boleh bawak hp,saya simpan dan sorok bawah locker,takpun dalam pasu bunga/pokok serai belakang asrama.
  • Saya selalu ketuk pintu rumah warden,lepas tu lari menyorok dan ketuk lagi.
  • Tengah praktis menari tarian kipas dalam kelas senior time prep malam dan terkantoi dengan cikgu.Cikgu suruh menari depan dia pulak! Cikgu tu lelaki ok!
  • Selalu cut turn junior time nak makan.Malas beratur.Ahh.lantak la.janji dapat makan.
  • Cut turn mandi pun wajib.Lantak la! sapa suruh lambat.haha.
  • Suruh budak junior pergi amik makanan (apa salahnya,tlg senior.haha)
  • Pernah join marah kat sorang budak yang jugak anak kpd artis,Kasmadiana.Adik tu nama Dewi Syafiqah.Maaf ye dik.Akak dah mintak maaf kan dulu?hehehehe
Okeh.Rasanya dah habis soklan.Tapi jawapannya tetap takkan habis sampai bila-bila sebab zaman sekolah la paling banyak memori yang sangat best kalau ingat balik.

Monday, December 13, 2010

Diari Sek.Tun Fatimah - Makanan kegemaran di asrama!

Nyum-nyum! :)
Kisah di asrama sepanjang tahun 2001-2005..

Ye..Nasi Lemak! Setiap hari Ahad,breakfast yang tersedia adalah Nasi Lemak.Seperti biasa,slot pengisian untuk hari Ahad adalah riadah,Qiamullalai,Kuliah Subuh,atau Bacaan Maa'thurat mengikut minggu.Seperti kawan-kawan,Cik Ila tak terkecuali untuk makan nasi lemak dining hall yang sedap tu dan dalam masa nak dapatkan Nasi Lemak tu,bermacam-macam halangan yang perlu dilalui.

Kalau pagi tu ada riadah pagi - Sanggup bangun seawal jam 6.30pg (awal la tu kan?),riadah mula pukul 7pg..Tapi bukan turun riadah dulu..Turun ambik makanan dan simpan kat meja dining hall bersama segelas Teh'O..Kadang-kadang,kalau terbabas bangun lambat,pergi je riadah dulu..Habis satu pusingan larian(riadah kena lari sekeliling kawasan sekolah),bila lari je depan Dining Hall..buat-buat macam tali kasut tercabut.Bila semua orang dah lepas,saya cabut lari masuk Dining Hall dan terus makan Nasi Lemak.Nyum-Nyum.
Pernah terkantoi dengan bermacam-macam warden dengan alasan yang tak berapa masuk akal..."Cikgu,saya sakit perut,saya tak boleh kalau tak makan sebelum riadah!"

Kalau pagi tu Qiamullail,Kuliah Subuh - Biasanya orang yang datang kejut,AJK surau!!!! Selalu buat bodoh je kalau orang datang kejut.Pernah sekali,ustazah sendiri yang datang kejut saya di dorm!!!!
Qiam habis selepas subuh,dining hall belum bukak.Sanggup pulak tunggu pintu tu bukak dan berebut masuk! Itu kalau pergi,kalau tak?? Terjumpa kawan-kawan yang tanya,"eh,ko tak pergi eh Qiam tadi?" Dengan selamba saya menjawap,"Eh,pergi la..tapi pergi lambat,korang dah nak abis baca,aku pun datang la makan terus!" -->ayat penipu habis!

Kalau pagi tu bacaan Ma'thurat - Ma'thurat ada 2 version,panjang dan pendek.Kalau pendek.emm.bagus..balik awal..kalau bacaan panjang,pukul 7 lbih baru siap.Yang jadi hal nya bila bacaan panjang,senang je..masuk surau,duduk hujung-hujung,kalau boleh amek selipar,letak kat pintu yang paling dekat menghala ke surau supaya senang nak keluar.Kalau terkantoi dengan senior ataupun ustazah,jawap jela; "Nak basuh muka kejap,mengantuk sangat!"

Kalau pagi tu diisytiharkan takda aktiviti - Sanggup jugak turun makan.Ikut mood,kadang-kadang seawal yang boleh bangun,boleh dapat banyak ikan bilis! Tapi kalau lambat datang,dapat kacang jela..sambal pun sikit je.Timun pun habis.Air Teh'O pun kena angkat ramai-ramai,tuang..baru dapat air..Kadang-kadang..nampak Nasi Lemak siapa entah,tutup dengan pinggan,kalau takda orang tuntut,zapppp! Saya kebas dengan muka tak bersalahnya!Zaman jadi junior,Form 1,2..Senior suka suruh ambikkan makanan dengan tupperware.Okay,bila saya jadi senior,saya pulak suruh junior ambikkan makanan.yey!

Itu cerita bila makan.Cerita lepas makan pun menarik.Biasanya..1 atau 2 jam selepas makan,semua orang berebut toilet.Arghh..faham kan?Berebut toilet pun satu hal.Kalau toilet full,takda jalan lain melainkan pegi ke blok pentadbiran sekolah dan buang di situ dengan selesa nya..hmm! Kebanyakkan lepas makan nasi lemak,kembali ke katil masing-masing untuk ruangan mimpi seterusnya...


Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah 1432

Salam Maal Hijrah 1432 kepada semua.
Semoga di tahun baru ni,semua dimurahkan rezeki dan diberkati selalu dan terhalang daripada buat perkara yang tak baik..
Salam Maal Hijrah 1432
Teringat zaman kat STF dulu.Time nak sambut tahun baru,
petang-petang lagi dah ada kat surau untuk baca doa akhir tahun dan time maghrib pulak baca doa awal tahun.Ustazah cakap,kalau kita baca dan niat dengan ikhlas,InsyaAllah,satu tahun tu kita terpelihara daripada gangguan syaitan dan seumpamanya.Hidup pun lebih tenang tahun tu,kiranya walaupun ada masalah,tapi Tuhan bagi kemudahan untuk kita dan dijauhkan daripada segala bahaya dan bencana.InsyaAllah.mudah-mudahan tahun ni,kita lebih kuat dan diberikan keselamatan dan kesihatan yang baik.Amin.

Wednesday, June 16, 2010

Rindu

Rindu yang aku maksudkan,for sure utk STF.Byk sangat kenangan even though aku rase,aku salah seorang student yg paling diam dlm form,betul tak? Yep,aku mmg diam dlm kelas,tapi tidak dlm band.Bila dlm band,aku byk pot pet pot pet ngn Hanis Aliaa,boleh dikatakan sectionmate chenta hidup,bak kata k.wanie ( WanieLim la,ouh die skrg Dr.Hazwani!) hehe.

Bila aku tgk STF skrg,lain sgt2,rase jeles pn ada.Mana tak nya,cikgu2 skrg lebih sempoi berbanding dlu,apa puncanya?Takkan la sbb ade Twitter,Facebook,cikgu2 jadi sporting sgt2.Entah,dlu bukan main takut lg kat cikgu2,tapi sekarang bila aku bukak Facebook,junior2 siap komen pic cikgu2 lagi,ape cerr? msti closed giler kan?

Logo STF

Nah,tu logo STF..aku sayang STF sgt2 sebenarnya.Orang lain bukan main nk masuk situ tp tak dapat,aku pulak tiba2 dpt situ.Rezeki jgn ditolak kata org tua2,apalagi aku rembat je.Tup2 5 thn aku kat situ.Dulu masa darjah 6,STF memang 1 of my choice instead of TKC,SSP..Oh Tuhan,aku bersyukur dpt masuk situ.Lagi2 bila dapat masuk band.Tahun 2000,STF masuk TV3,Pertandingan Pancaragam Sek Men Malaysia.Tahun 2001,tanpa segan silu,aku volunteer nak masuk.Time tu instructor Sir Azhar yang sgt byk kontroversi entah apa aku pun tak paham.


Aku rindu budak2 nakal ni... :(

Hopefully after this,i might see u'olls...aku rindu sgt2 nak makan sama2,kene marah sama2,main sama2,enjoy sgt dengan collection lagu yg sgt banyak dalam folder lagu..Ohh Tuhan,semoga aku akan kembali ke STF suatu hari nanti.. :(
Lilypie Angel and Memorial tickers