Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

Saturday, September 27, 2014

Best tak kahwin??

Tajuk entri menarik je kan?

Sebenarnya ada terbaca blog Namee Roslan. Kelakar pulak bila baca entri dia. Apa yang dia tulis tu kebenarannya ada la 99.99% sebab apa yang dia alami lebih kurang je macam aku. Haha

Tak tipu. Masa bujang aku pun terbayang yang indah-indah je pasal kahwin. Nah kau.Dah kahwin sekarang baru tahu perasaannya macam mana. Aku rasa siapa yang dah kahwin je yang faham. Am I right sayang-sayang semua? Kekekeke.

Kahwin.

Kita dengar macam biasa je.Tapi dalam kahwin tu ada 1001 rahsia yang tak ada siapa pun tahu kecuali pasangan tu sendiri.

Kenapa aku kata macam tu? Yela,semua pun dilalui bersama suami isteri. Yang duduk bersama tu sempurna la kehidupan suami isteri. Tapi bagi aku yang ber-PJJ dah masuk tahun kedua ni,masih lagi tertanya-tanya,"Kalau duduk sekali ni,entah apa la kisahnya kalau dah tiap-tiap hari mengadap muka yang sama!".Eheh~

Setiap pasangan tu dicipta saling melengkapi. Maksudnya,masing-masing ada kelemahan dan kelebihan. Tak ada dua-dua sempurna. 

Aku dan suami memang banyak benda beza. Rasanya yang sama pun,dua-dua jenis simple dalam bab makan.-Bab makan tak cerewet.Tekak kitorang tekak kampung,malay typical-Jadi tak susah nak cari makan. Kau campak je makanan apa,InsyaAllah kitorang sapu kalau makanan kampung ni.

Ohh ye.Kitorang agak jakun dengan western food sebenarnya. Maklumla,bila masing-masing dah besar,baru jumpa western food. Jumpa setahun sekali je kot.Setakat makan western food,tak kan kenyang punya.Confirm kena makan nasi jugak lepas tu.Hehe

Yang bezanya pasal kitorang??

1. Berjalan/melancong/shopping dan sebagainya.

Aku teramat suka berjalan. Shopping ke,window shopping ke,mengendap tengok kedai-     kedai,cukup suka.Tapi husband tak suka okey!!! Kalau nak keluar berjalan,aku fikir 2,3 kali dulu. Takut nanti husband buat muka boring time aku pusing-pusing mengendap tengok barang.Hahaha.Nampak tak kat situ.Sudahnya,aku pun berjangkit dah.Makin kurang suka berjalan dah sekarang.Sedih! ;(

2. Cara Memasak

Aku jenis suka masak simple. Setakat sayur tu.Hiris bawang putih.Lepas tu potong sayur..terus campak dalam kuali. Tapi husband,dia suka sayur tu jadi colourful. Nanti kau jumpa segala jenis bawang,lada,siap ada fishball bagai dalam tu. Bila tengok dalam kuali/periuk,sayur kau dah jadi warna-warni. Sama jugak masakan lain.Aku main campak je dalam kuali. Dapat kat suami, macam-macam accesories dia letak..errr,bagi aku membazir je letak banyak-banyak.Kalau simpan accesories tu untuk masak esok-lusa lagi ok kot!

3. Baju

Aku jenis simpan baju dalam keadaan berlipat kecuali baju kurung dan baju-baju yang aku tak nak dia terlalu kedut,so gantung saja. Tapi husband? Bila jemur baju,gantung pakai hanger. Bila dah kering,angkat baju dengan hanger tak buang,terus letak dalam locker. Bila nak pakai,bukak locker terus capai baju yang tergantung tu. Akibatnya,lambakan hanger berlaku kat rumah aku. Kalau dulu hanger satu warna je,sekarang hanger aku ada warna-warni. Entah mana la dia rembat hanger banyak-banyak tu!

4. Suasana hijau

Aku jenis tengok benda-benda hijau macam pokok-pokok ni, tak ada perasaan sangat. Tapi kalau suami,naik kereta dengan dia sempat pulak dia tenung pokok tepi-tepi jalan.Eh,sempat pulak drive sambil tengok tu pokok apa,ni pokok apa. Tapi yang bestnya,bila aku tak tahu jenis-jenis nama pokok,buah,daun..tanya dia je.InsyaAllah,semua dia tahu.Hehe.Cara-cara nak semai tanaman,pun tanya dia.

5. Rumah

Aku ok je rumah pattern camne-camne pun,banglo,teres,semi-D..semua ok. Tapi husband? Rumah dia haruslah banglo besar di tanah luas. Jauh sikit dari rumah jiran. Alasan dia,nanti boleh bukak volume tv kuat-kuat, boleh bercucuk tanam di sekeliling rumah, sembang kuat-kuat. Lorh! Haha

6. Kereta

Aku jenis tak suka kereta kotor. Dalam kereta dan luar kereta,wajib bersih sebab nanti orang tengok,malu!. Husband pulak katanya kalau dia basuh kereta je mesti akan kotor balik,so rugi je basuh. Dalam kereta aku, aku make sure tak ada tisu,resit-resit tak guna..aku buang terus. Dalam kereta husband,resit entah zaman bila pun ada dia selit kat celah-celah ruang kosong. Bila orang nak tumpang kereta,mula la kalut susun semua benda.

7. Membaca

Aku agak suka jumpa benda yang boleh dibaca. Tak kira la novel,artikel,magazine ke,buku apa-apa ke,rasa macam excited nak bukak baca walaupun tak baca semua. Tapi husband? KIV dulu la..Sebulan lagi pun belum tentu dia bukak baca.Hehe

8. Movie

Dulu aku suka tengok movie. Sejak dah kahwin ni aku rasa tak cukup masa nak tengok movie. Last-last jadi tak minat. Tapi husband cukup suka. Bukak laptop,download movie baru. Bila ajak tengok movie sekali,setengah jam pertama je aku pay attention,selebihnya aku lena! Haha.TV pun aku dah tak minat. 

9.Toileterries (Aku tak sure eja betul ke salah!)

Perkakas toilet. Yang ni sebijik sama macam blog Namee Roslan. Ubat gigi!!! Haaa,aku suka picit dari bawah,dengan harapan takde la kau terpicit-picit kat muncung lubang ubat gigi tu bila dah nak habis.Husband main taram je.Picit kat tengah-tengah badan tu.Amat sengsara la bila ubat gigi tu dah nak habis nanti. 

10. Kreativiti

Aku memang terkenal sebagai orang yang tak kreatif langsung. Bagi aku,buang masa je kreatif-kreatif ni. Husband pulak terlajak kreatif. Mesti ada idea tak kira la produk ke,benda-benda terbuang ke,dia tahu apa nak buat dengan semua benda tu. Kotak terbuang pun boleh jadi rumah kucing! haha

11. Sup vs.tomyam

Aku pencinta tomyam dan langsung tak minat sup. Husband adalah kaki suka makan sup dan paling tak suka makan tomyam. Dia alergi pedas. Aku tak pulak.hahaha.

Nahhh! Ada 11 unsur ketidaksamaan.Target 10 tapi terlebih satu. Tak pe la kan. Ada banyak lagi yang lawak-lawak,cuma aku fikir 2,3 kali nak tulis. Nanti lah kalau ada masa,aku tulis lagi entri macam ni. 

So,sekarang,terjawap tak salah satu persoalan best ke kahwin?

Adik-adik dan kawan yang masih single,fikir-fikirkan lahh..hahahaha












Monday, March 21, 2011

Dia dah selamat.Ada bagaimana?

Dia dah selamat,anda bagaimana??



Siapa dia?
Dia yang dimaksudkan adalah;




Danie X-Factor!



Tahniah atas pertunangan Danie X-Factor.
Saya tak tipu,masa kecik,memang idola saya.hahahahaa.
Semoga berbahagia dan Selamat menempuh alam perkahwinan tak lama lagi.




Gambar ni paling berkualiti



Orang kata,dalam masa bertunang,darah tengah manis.Semoga manis la sampai ke akhir hayat. :)

Tuesday, March 15, 2011

Cuti sekolah dan kenduri!

Cuti sekolah datang lagi.Musim kenduri sudah sampai.Entri ni pun nak terjah majlis kenduri laaa.Tarikh bersamaan 13 Mac 2011,saya dan kawan-kawan pergi kenduri salah seorang kawan kami yang sama-sama belajar suatu ketika dahulu ( ada la 2 tahun lepas).Majlis dibuat adalah Majlis Menyambut Menantu yang diadakan di Kangar,Perlis.<-----Dekat je tu.



Kami sampai lebih kurang jam 2 lebih.Sangat ramai orang.Tapi terkejut jugak sebab tengok ramai sangat orang,kenduri ni pun mengambil kawasan yang banyak.Macam biasa,makan adalah diutamakan sebab kami sangat-sangat lapar,biasa la orang jauh (padahal datang dari Kuala Perlis je pun).Makan pun ada banyak,selain nasi berlauk paukkan masakan kenduri,ada jugak bubur kacang dan ABC.Wah,pertama kali datang tempat kenduri ada ABC.Terbaik di sini.haha



Lepas makan,masa untuk berjumpa pengantin dan keluarga.Pengantin cantik dan comel sangat.Meh kita tengok sini;


Selamat Pengantin baru kepada Iltizam& Wani

Sambut menantu ;)


Paling meriah bila DYMM Raja Perlis dan DYMM Raja Muda Perlis pun turut sama datang ke majlis mereka ni.Wah,seronok!


Daulat Tuanku! :)

Comel kan pengantin perempuan


Berseri-seri pengantin



Selesai sudah majlis mereka.Lepas ni? Kalau ada majlis lagi,InsyaAllah saya akan berusaha untuk datang.Orang kata ambil berkat dulu.Tak tahu la kenapa suka sangat pergi majlis kenduri.Mungkin sebab dapat jumpa kenalan-kenalan,dapat makan-makan, dapat tengok suasana majlis sebab tempat kita mungkin tak sama dengan tempat orang lain kan? Kita boleh tengok dari segi persiapan, makanan pun berbeza.Lain negeri,lain dia punya majlis walaupun kita nampak macam sama.



Bagi saya,selagi orang jemput,kita cuba la usaha untuk datang.Bayangkan betapa gembiranya kawan kita bila kita ada kat majlis dia.Kadang-kadang kita tak pernah sangka pun orang tu akan datang majlis kita.Ingat tu!
Selamat Pengantin Baru untuk Iltizam & Wani.Semoga berbahagia ke akhir hayat.Amin

Thursday, September 16, 2010

Wedding Nola!

Wedding lagi...
First of all,Selamat Pengantin Baru kpd sorang STFian ni,Nola.
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.
Actually,wedding ni masa bulan Julai lagi,tapi Cik ila sengaja lambat-lambatkan post.
Sangat teruja pergi majlis tu,dapat jumpa kawan-kawan sekolah dulu masa Cik Ila kat STF.
Nola & Pali

Sweet kan?
STF 0105
Wedding bukan sekadar wedding,tapi boleh dikatakan reunion juga utk batch 0105.Nola adalah orang ke-5 yang kahwin selepas Shida,Hurul Aini,Asha Kamal,n Ain husin.Lepas ni siapa agaknya...Tunggu!! :)

Wedding baby!

Selamat Pengantin Baru utk kedua-dua mempelai ni,yang merangkap sepupu Cik Ila.Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.AMIN.

Selamat Pengantin baru!
Wan Amira Nabilah@Baby



Tahun ni,tahun eksklusif majlis-majlis perkahwinan.
Harap-harap,tahun depan semua timang anak la ye..
InsyaAllah
:)

Tuesday, June 15, 2010

Wedding sista!

Wink2...:) Akhirnya,after berbulan2 tunggu wedding day my sis,sudah tamat hari 'bahagia' tersebut.Maka bermula la episod baru utk mereka. Oh,kenapa 'bahagia'?Bahagia bagi mereka,dan bagaikan nak pengsan utk aku,penat kottt~! Ngeee...
Kerja keras pn dah,kerja halus pn dah.Apalagi,mari kita tgk pic2 wedding 12 Jun 2010 yg sempat diupload ;


Ni la pelamin angan2 kakakku..tgk la kerusi dia cmne,ish3..besar nya!! Nway,pasni tinggal la aku keseorangan yang masih bujang..Apa2 pun,doa aku satu je,cepat2 la majlis aku pulak..AMIN

Wednesday, June 9, 2010

Countdown


Hari ni tak tau pasal apa,aku moody semacam.Semua kerja pun aku tinggal,alah,takpe kot sebab esok lusa banyak lagi kerja aku mau bikin.Apa lagi bila esok lusa mau kenduri dan esok lusa jugaklah adik beradik aku mau pulang ke sini.Perasaan? Takde perasaan! Asal kenduri je,aku la orang penting buat kerja (bukan riak),tapi ah malas mau cerita.Yang pasti,sebesar2 periuk belanga tu confirm aku yang kena angkat,basuh,simpan.Huhh..nasib2..agak2 turn aku,siapa mau bikin? Mereka dan kakitangan mereka jugak! :)

Emm,ni pun satu hal,baru nak upload gambar sekeping,slow macam siput.Korang pernah guna kan emoticon YM yang gambar siput tu? (ouh,kantoi aku selalu YM..haha) Emm..Dia cakap;


"Lambat aaaa..cepat aa sket!"


Oh ye,sebut pasal kenduri kan,mcm2 cerita la kan.Alih2 bila aku ikut mummy aku pegi pass2 kad jemputan,mesti tanya;


"Yang mana nak kahwin,yang ini ke?"


Dalam hati aku nak je cakap, " Haah makcik/pakcik,saya la nak kawin tu! " Aihh,rasanya dh berpuluh2 soalan tu keluar,naik muak dah aku dengar! Senang cite mcm ni tak kira la bila pun,doa2 la utk aku,senang je korang perlu doa;

"Ya Allah Ya TuhanKu,percepatkanlah jodoh hambaMu yang bernama _______ ni.Semoga dimurahkan rezeki,diberikan perlindungan serta kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.Serta jauhkanlah hambaMu ini dari fitnah dan gangguan syaitan ke atas keluarganya.AMIN"



                                                                Jalan masuk rumah aku laa...



Senang kan? Haha.Atau aku yang kepingin sebenarnya?Ahh..aku tak kisah lagi cepat lagi bagus!

Haa..gambar yang aku upload lama gile2,ni dia..Aku tinggal di Jalan Halimah.Bukan cerita,bukan drama berepisod seperti Halimah Jongang dan lain2.Budak2 nakal panggil area2 ni sebagai Halimah Road.So,pada tetamu yang bakal hadir,selamat datang dan kpd pengantin,Selamat Pengantin Baru!! :)
Lilypie Angel and Memorial tickers