Showing posts with label Fakta benar. Show all posts
Showing posts with label Fakta benar. Show all posts

Sunday, February 19, 2012

Perkataan yang biasa di Perlis

Adoi.Sakit 'lehiaq' aku duk baca satu blog ni.Dia tunjuk perkataan yang biasa guna di Penghelih! Aku dah 6 tahun kat Peghelih cuma 1,2 perkataan je tau beza Penghelih dengan negeri-negeri lain.Tapi blog ni buat list banyak benda yang aku baru tahu.Nice entri!

Rupanya,banyak beza perkataan yang diguna pakai di Peghelih dengan negeri utara yang lain.Antaranya;

  1. TAK SANGGA  - bermaksud SAKAN punya SAKAN punya SAKAN lah.
  2. SAYOP ...... bermaksud LEWAT ..... misalnya bangun tidoq lewat .... depa nanti kata .... MANGKIT SAYOP. (kalau di Kedah, Penang, Perak (utara) plak..... ianya bermaksud jauh.... jauh .... nun di langit biru ..... kira SAYUP menjulang ke awan (langit lah tu). Atau bagi deria pendengaran ..... SAYUP2 kedengaran di telinga bunyi suara yang mendayu2 mendendangkan lagu di bawa angin bayu.
  3. CEMUIH ........ (naik CEMUIH) ..... bermaksud MELUAT ..... BOSAN ......MENYAMPAH ....... (bagi puak2 Kedah, Penang, Perak (utara) plak .... ianya bermaksud JEMU, PUAS DAH sebab dok kena benda yg sama saja).
  4. PULUIT - asalnya dari perkataan PULUT ..... TAPI puak2 Peghelih akan tambah 'i' selepas 'u' ..... maka jadilah PULUIT ...... Puak2 Peghelih saja buat lagu tu. Ulu banat punya jenis ......Ulu betoi .....
  5. TAKUIT - ini pun mcm tu gak .... asalnya dari perkataan TAKUT ...... jadi TAKUIT.
  6. PATUIT - pun lagu tu gak .... asal dari perkataan PATUT ...... malah banyak jugak lagi yg di tokok tambah di ubahsuai dgn cara lagu ni ...... macam2 yg dok ada.
Kalau nak tahu banyak lagi perkataan-perkataan di utara (mana la tau nak jadi orang utara ke,nak kerja ke),so boleh tengok blog ni...

Saturday, December 10, 2011

Tanda Lahir yang special!

Bila ada tanda lahir ni,rasa macam special je..tak semua orang ada.Tak ada la bengang pun..cuma penat aku nak terjemah satu persatu..Sebanyak 10% persoalan dari orang ramai aku kena jawap sejak kecik dulu.Cikgu-cikgu,kawan sekolah,kawan itu,kawan ini,masuk Universiti pun nak kena jawap jugak soalan yang sama.

Aku mempunyai tanda lahir pada mata sebelah kanan.Tempatnya sangat strategik,betul-betul kat tempat orang pakai eyeshadow! Biru gitu...auwww...korang ada? Tak ada kan..hahaha

Sejak tu jugaklah hari demi hari kalau jumpa orang yang baru kenal,cukup seminggu hari perkenalan,aku dah bajet..soalan tu mesti akan keluar..


  • " Eh,kenapa mata biru macam lebam kat mata tu??"
  • Cikgu sekolah tanya, "Kenapa mata awak lebam,awak bertumbuk dengan siapa??"
  • "Kenapa mata u sudah hitam sebelah??"

Tu antara soalan-soalan yang biasa aku dengar,dah tak ada perasaan ok! Dulu kecik-kecik memang hati panas jugak la kena soalan macam tu kan,biasa la budak kecik..suka ejek mengejek. Ada yang panggil aku lanun laa,macam-macam.Last-last lanun ni jugak la yang tolong korang kan! Haha

Tak kurang jugak yang pandai ambil hati aku.Bila aku cakap itu tanda lahir,diorang sedapkan hati aku yang lara ni.."Ohh,tanda lahir..budak pandai ni!". Tapi aku sedikit kecewa,sampai sekarang pun tak jugak pandai-pandai pun.Pandai kat celah mana pun tak tahu laa..

Agak pelik jugak bila tanda lahir aku ni kadang-kadang orang kata invisible. Kejap nampak,kejap tak nampak. Waktu invisible selalunya malam.Waktu siang,memang sah-sah la ada mata-mata orang yang merenung aku setiap hari. Haha

Aku masih ingat nasihat ustazah masa sekolah rendah, "Awak besar nanti kalau pakai eyeshadow,pakai sebelah je tau...!" Baik ustazah!! Sekarang memang pakai eyeshadow sebelah pun. Daripada menimbulkan syak wasangka orang,aku akan explain dulu awal-awal yang ni adalah tanda lahir semulajadi. Kalau malas nak explain,aku cuma letak letak sikit eyeshadow sebelah kiri yang agak-agak sama warna macam tanda lahir,dah sama rata! Haha

p/s : Kawan kata,tu la..masa kecik-kecik dulu tak nak pindah tanda tu ke tempat lain...!! oo...boleh ye pindah  tanda lahir time kecik?? Tak tahu pun..kalau boleh pun..dah terlambat!

Friday, December 9, 2011

Tudung segi empat tetap di hati..

Hari ni hari untuk mengemas..locker dalam keadaan 'carca marba',bila time busy..lipat-lipat baju dan terus sumbat dalam locker.Tak kira lipatan tu sama ke tidak,hentam sajalah! Janji masuk locker..Itu dia orang pemalas punya gaya...

Kemas punya kemas,bila masuk sesi mengemas tudung-tudung..terus jadi mata berpinar-pinar.Ohh,banyak jugak koleksi tudung aku bila lipat tudung bawal,shawl,pashmina,tudung express dan ada juga tudung corton (betul ke salah eja tu?).Dan apa yang membuatkan rasa rugi,bila beli tapi tak pernah pakai pun tudung tu.Menyesal pulak! Lipat punya lipat,MasyaAllah..macam boleh bukak kedai jual tudung..1 beg!

Tapi pakainya?? Kitaran yang sama..balik-balik tudung tu jugak..selang 2-3 minggu,pakai lagi tudung tu.Tudung yang tak pernah usik tu,sampai ke sudah tak pakai-pakai..Tak tahu mana silapnya,bila tengok orang pakai nampak cantik,terus rasa nak beli.Apatah lagi bila kat kedai tudung tu,macam angin tiup je suruh beli tudung tu.Zappp! Ambik dan hulurkan duit pada cashier...(Nasib baik kedai tudung tak ada  promoter,kalau ada..siap la,aku suruh promoter tu test pakai kat muka dia satu-satu!)

Walau segala bagai tudung dan jenis-jenis pemakaian tudung,aku tetap rasa tudung empat segi tu terbaik! Bukan apa, tudung tu macam sebati sejak dari zaman-zaman sekolah.Aku membesar dengan tudung empat segi dan segitiga (pakai waktu nak pergi mengaji Quran time tadika dulu).Masa tu tak ada shawl,pashmina tu semua..kalau ada pun,mesti aku fikir tu kain lapik meja kat ruang tamu!

Aku suka simple,tak mahu leceh-leceh dalam berpakaian.Rasa macam buang masa je nak bersiap lama-lama.Atau mungkin memang aku ni pemalas orangnya,terlalu mahu benda yang senang!


p/s : Banyak jugak gaya pemakaian tudung kat Youtube,taip saja Tutorial tudung,memang superb! haha

Monday, December 5, 2011

Feathers yang cantik

Kat bawah ni ada koleksi feathers yang sangat menarik bagi yang sukakan seni,yang tak suka..pun boleh tengok walaupun tak ada perasaan dengan keindahan corak yang terhasil...








p/s : ohh...boleh buat penanda buku,khas bagi mereka yang rajin membaca...Nampak gayanya boleh kumpul daripada zoo bila melawat burung...hehe ;)

Saturday, December 3, 2011

Makanan tradisi masyarakat Kelantan

Ada banyak makanan tradisi masyarakat Kelantan. Tapi tak semua yang tahu jenis-jenis makanan tu semua. Hari ni boleh tengok puas-puas jenis makanan yang selalu dimakan oleh masyarakat Kelantan tak kira pagi,tengahari,petang atau malam.

Ohh ye,credit utk raykinzoku.fotopages.com untuk gambar-gambar beliau..

Akok,antara yang famous!



Roti jala


Rasa macam akok,tapi bukan akok!


Murtabak

Orang tua-tua suka makan ni..

Nasi tumpang



Nasi Dagang


Kuih-muih termasuk Lompat Tikam dalam plastik yang ada warna merah dan hijau tu...

Sana panggil Etok! Haha

Nasi kerabu,paling Cik Ila suka!




p/s : Wahh..bila tengok makanan ni..rasa lapar tiba-tiba! Haha

Thursday, December 1, 2011

Proses membakar mayat

Tak pasti kat Malaysia,cara bakar macam mana,tapi kat luar Malaysia,macam ni la caranya untuk membakar mayat bagi yang bukan beragama Islam..

1. Sebelum dibakar, mayat dimasukan dulu ke sebuah mesin pendingin, untuk pastikan layak dibakar (Eh,boleh ye macam tu? Ingatkan main bakar je..)


2. Setelah layak untuk dibakar, petugas akan memeriksa seluruh barang yang melekat ditubuh mayat. Kalau ada benda berharga, nanti akan menjadi milik ahli warisnya/ keluarga yang ditinggalkan.


3. Petugas mulai menyiapkan Oven pembakaran.


4. Proses pembakaran pula. Mayat dibakar dengan suhu antara 1400 – 1800 darjah F. 



5. Mayat yang dibakar, tapi tidak semuanya hancur menjadi abu,masih dalam bentuk serpihan tulang.. Beberapa tulang yang keras seperti tulang panggul, masih boleh dikenali.


6. Untuk memastikan serpihan tadi berubah menjadi abu, tulang itu akan dimasukkan ke sebuah mesin pengisar.


7. Abu yang sudah siap untuk dikirim kepada ahli keluarga.




p/s : Orang Islam..kita dikuburkan..sebab terciptanya kita daripada tanah,dan kembalinya kita kepada tanah juga..

Wednesday, November 30, 2011

Jambatan terpanjang di dunia???


At 26.4 miles long, it is five miles further than the distance between Dover and Calais
China has opened the world's longest cross-sea bridge - which stretches five miles further than the distance between Dover and Calais .
The Jiaozhou Bay bridge is 26.4 miles long and links China's eastern port city of Qingdao to the offshore island Huangdao.
The road bridge, which is 110ft wide and is the longest of its kind, cost nearly £1billion to build.










p/s : Wahh..panjang tu..memang sah-sah la jalan kaki tak lepas!

Tuesday, November 29, 2011

Onion Festival di India

Macam tak percaya sebiji bawang boleh divariasikan dengan hiasan dan bentuk yang unik..Kalau tak ada gambar ni,tak terfikir langsung.Sangat kreatif mereka ni..sempena Onion Festival di India,mereka telah menghias bawang dengan bentuk yang kreatif.Jom tengok! ;)













p/s : Cantik kan? Teruja tengok.. ;)
Lilypie Angel and Memorial tickers