Showing posts with label Sekadar luahan. Show all posts
Showing posts with label Sekadar luahan. Show all posts

Monday, January 12, 2015

Pregnancy,Banjir,Tesis..

Hari ni dah 37weeks + 2 days pregnant untuk kali ke-2.

Adik baby bila-bila masa saja boleh lihat dunia. Alhamdulillah, sempat balik kampung untuk bersalin selepas bermacam-macam dugaan sebelum balik.Aku sendiri pening kepala hari tu.Antaranya hal banjir, Thesis Master terkontang-kanting,rumah aku di Kuala Krai kena banjir,jalan bukit Gerik runtuh,dilema nak bersalin di mana,dan macam-macam lagi.

Tapi segalanya dipermudahkan olehNya.

  • Draf Tesis Master - aku submit pada SV sehari sebelum balik.Yakin dan teramat yakin memang salah banyak. SV suruh aku hantar hardcopy untuk dia check,dan selepas check dia kasi balik untuk aku buat correction. Sudahnya,aku hantar hardcopy,sekali dengan kotak poslaju dengan ucapan pada SV, "Dr..Saya taknak susahkan Dr.Saya tahu tesis saya carca-marba,so saya bagi kotak poslaju,nanti Dr suruh je student Dr hantarkan lepas Dr check,esok saya nak balik dah!"
  • Banjir - Kata abah, rumah kita tinggi,tak banjir.Lagipun,selama hayat rumah kita tak permah banjir! Sudahnya,dapat info dari abah; "Salam anak2,rumah kita tenggelam.Tak jangka sama sekali,bateri fon pun out!' - Menangis tak berlagu,aku fikir barang baby yang ada separuh kat rumah sah-sah rosak! Sedih sebab time banjir tu tak boleh agak macammana parent aku survive.Entah makan ke tidak.Lagi-lagi masa telefon abah dah habis bateri,tiada elektrik+air.
  • Rumah di Kuala Krai - Since rumah banjir,aku fikir kotor,barang-barang rosak,air tak ada, udara kotor,wabak penyakit banyak. Macam mana aku nak balik bersalin kalau dah Hospital Kuala Krai tu pun entah ok ke tak ok. Kat rumah sah-sah la tak bagus untuk baby baru lahir dengan wabak penyakitnya. Itu belum kira rumah yang belum habis dibersihkan lagi.
  • Jalan Bukit Gerik - Sejak hujan tak henti dan Kelantan banjir,tup-tup dengar pulak kisah lori jatuh dalam gaung sebab tanah runtuh kat Gerik. Husband dah susah hati. Dia sepatutnya balik sebab ada meeting dan plan nak bawak balik kereta dia ke Kelantan pastu datang balik untuk angkut aku balik dengan kereta aku. Barang pun banyak. Nak harap cik purple aku, macam swiss roll la nanti. Sudahnya, terpaksa tinggalkan cik purple kat Perlis sampai sekarang.Harap-harap ok la cik purple di sana.
  • Dilema nak bersalin - Disebabkan aku ada kes daripada 1st pregnancy,so Doc suruh aku bersalin hospital yang ada specialist. Aku plan sebelum ni nak bersalin di Hospital K.Krai sebab ada pakar,plus sebelum ni pun aku bersalin kat situ. Disebabkan banjir, aku terpaksa balik rumah mertua di Bachok. Bachok tak ada hospital,paling dekat pun Hospital P.Puteh. Tapi Hospital P.Puteh pulak tak ada specialist. Yang ada specialist di HUSM dan Hospital Raja Perempuan Zainab,Kota Bharu dan perjalanan ambil masa sejam ke sana.Stress!
  • Fizikal&Mental - Celaru gila! Duk pujuk baby keluar la lambat sikit,tapi bukan lambat sangat,kang kena induce pulak macam hari tu. Disebabkan 1st pregnancy aku gagal sebab baby meninggal dalam perut, aku jadi macam takut-takut bila mengandung kali ke-2 ni. Tambah pulak dengan segala dugaan ni.
Haih.Mintak-mintak la dipermudahkan segalanya nanti.Adik baby,sabar ye.Nanti kita jumpa. Wee ;p

Sunday, October 12, 2014

Nescafe oh Nescafe!

Subhanallah.

Dah masuk 6 bulan tak pekena Nescafe.Aku ingat bila dah lama tak minum,akan lupa la pasal Nescafe ni.Rupanya haram tak langsung!

Yummeh!

Kalau nak tahu,aku peminat setia Nescafe.Kalau bukan Nescafe'O,Nescafe susu.Itu wajib setiap minggu mesti mahu minum. Kalau tak minum,aku jadi sakit kepala. Ini bermaksud, aku memang dah ketagih Nescafe sebenarnya.

Sekarang,tengah pregnant maka aku terpaksa berpuasa Nescafe hampir setahun. Ohh tidak! Tapi takpe,demi adik baby dalam perut ni,buang jela tabiat minum Nescafe.Nanti dah bersalin,aku nak minum tiap-tiap hari.Haha

Sebenarnya tak elok pun minum Nescafe ni. Tapi entah la,rasa seronok je minum Nescafe. Rasa macam semangat je nak buat kerja. Cuma satu jela. Orang kata kalau nak berjaga malam,minum la Nescafe atau kopi supaya tak mengantuk. Tapi aku tak. Minum la banyak mana pun,aku tetap akan tidur! Heee ;p

Untuk ibu-ibu hamil,bertahanlah korang. Kalau korang teringin,boleh minum tapi had-kan pengambilan Nescafe sebab ada sumber kafein yang boleh mengurangkan penyerapan zat besi korang. Nanti pergi klinik, kalau bacaan HB rendah,cuba check balik kot-kot ada terambil sumber kafein waktu ambil pil zat besi.

Tapi aku tak minum kafein,tetap jugak HB rendah. So how? Hahaha



Sunday, March 30, 2014

Mimpi Kapal terbang

Sejak kes MH370 tak tahu ke mana hilang,aku senyap je.Speechless.Sejujurnya aku gerun.Entah apa yang jadi sebenarnya. Tanggapan pertama tak lain tak bukan adalah terhempas. Tapi bila banyak pulak info baru tambah pulak spekulasi yang orang tulis dalam internet,aku tiba-tiba berfikir luar dari kotak pemikiran.

Tak tahu mana satu nak percaya. Sebab spekulasi tu sangat logik.Cuma tak tahu mana diorang dapat cerita dan fakta tu.Betul-betul ajar aku berfikir luar dari kotak. Sampai satu keadaan,aku rasa takut untuk hidup.Mula mencari surah-surah pilihan dan berfikir tentang kehidupan selepas ni.Ada jugak kebaikan spekulasi kat internet tu. Kebanyakkan spekulasi seolah-olah menyedarkan manusia bahawa dunia dah sampai ke penghujung.

Berhari-hari aku fikir.Esok lusa macammana?Hidup lagi ke aku?Apa yang jadi pada generasi aku nanti? Hidup bahagia tak diorang? Atau zaman diorang tak sebahagia zaman aku? Nauzubillah.

Tentang pesawat,aku tak tahu ke mana dia hilang.

Yang pasti,aku teringat yang aku pernah mimpi pasal pesawat terhempas sebanyak 2 kali. Mimpi tu tak berkaitan pun cuma ada seorang kawan yang cerita balik aku pernah tulis entri pasal pesawat terhempas. Baru aku teringat,tu kisah mimpi aku dulu pada 2011 dan 2012.




Kebetulan. Tapi mimpi tu memang menakutkan dan tahun ni, mimpi tu kembali menghantui.Semalam pun aku sempat lagi mimpi kapal terbang.Dalam mimpi tu,kapal terbang ada kat sebelah rumah je tapi tak ada orang yang nampak,aku je nampak.Hebat bukan? Huhu.Harap-harap ada pengkhabaran gembira untuk kita semua tentang MH370 ni. Semoga ada keajaiban nanti.InsyaAllah.

Saturday, March 29, 2014

Pengalaman bawa kucing travel

Travel sambil membawa kucing.

Aku tak ada experience bawak kucing travel sama ada dekat atau jauh. Tapi last week, aku belasah je bawak kucing balik kampung dari Perlis ke Kelantan.

Not bad.

Asalnya aku memang TAK NAK bawak kucing balik.Sebabnya satu je : Takut dia berak dalam kereta! Tapi ni semua rancangan encik suami yang hasut aku suruh bawak balik kucing. Macam-macam teori dia keluarkan kalau aku tinggalkan kucing kat Perlis.

Katanya nanti kucing mati, accident, kena langgar kereta, kucing bunuh diri, kena curi, budak-budak aniaya dan macam-macam lagi. Naluri penyayang aku tercabar sekejap dengar semua benda tu. So,ikut jela cadangan dia bawak balik kucing. Malam sebelum balik, aku cari kotak kat pasaraya. Dapat la kotak pampers budak.Nak letak kucing dalam tu.

Kotak tu encik suami dah modify sikit,buat macam jaring. At least, kalau dia duduk dalam tu, dia boleh nampak orang dan boleh bernyawa. Kucing tu aku panggil tommy. Dia betina. Whatsoever jantan ke betina,aku tetap panggil dia tommy walaupun encik suami panggil dia Amir,pun tak masuk akal jugak. ;p

Tommy mulanya memang excited habis nampak kotak. Kitorang ingat dia suka la.

Esoknya bila nak travel, aku kasi tommy makan awal pagi. Sebab  nanti dia ada masa untuk berak. Aku tak tau proses percernaan kucing,tapi aku andaikan saja proses dia macam orang, lepas makan akan berak. Lepas setel semua angkut barang naik kereta, proses untuk masukkan tommy dalam kotak dalam letak kat seat belakang bersama seat belt.

Beberapa kilometer pertama, tommy memang bising sangat. Dia tak suka duduk dalam tu.Dia nak keluar. Tapi kitorang pujuk balik dengan 'meow2' je kat depan.Lama-lama lepas tu,dia diam. Aku dan suami buat assumption : Agaknya tadi dia ingat tak ada orang,bila kita meow kat dia,dia dah tau kita ada sebab tu duduk diam. Kitorang pun teruskan perjalanan, tak hirau pun kat kucing.

Bila sampai kat Sik,Kedah aku tinjau kat jaring-jaring kotak tengok tommy.Mata celik je cuma diam. Suami kata better berhenti untuk cek kot-kot dia mati senyap-senyap. Hishh encik suami pon! haha

Bukak kotak,tengok mulut tommy berair. Kasi air dengan makanan,semua dia taknak. Disebabkan kesian,terpaksa lap-lap dulu lepas tu aku tukar seat duduk kat belakang dan riba tommy sampai la  Kelantan. Air liur dia,meleret-leret sampai ke Kelantan. Bila sampai Kelantan,tommy ambil masa sejam lebih untuk pulih seperti biasa.Agaknya dia pening kot huyung hayang dalam kereta. Nak-nak pulak lalu bukit Gerik.

Tapi yang ajaibnya, daripada Kelantan balik ke Perlis, tommy elok je. Mulut dah tak berair macam first trip hari tu. Musykil jugak. Bila masuk Perlis, dia dah start berdiri dalam kotak,macam tau-tau je dah nak sampai. Sampai pintu pagar,dia dah lompat dulu keluar kotak. Haihh,agaknya bau Perlis dia tak boleh lupa agaknya.

Macam tu la first experience bawak kucing balik kampung.Alhamudlillah, tommy dah lepas berjalan jauh. 

*Nasib baik dia tak berak dan kencing.Kalau tak,aku susah hati.haha





Saturday, March 8, 2014

Ego.Salah Siapa?

Bila ego datang,kita selalu fikir bukan salah kita.Aku pun macam tu.Bila serabut,lepas tu fikir balik bukan salah aku.Dia yang salah.Kenapa aku pulak?

Aku rasa almost semua orang ada ego.Cuma nampak tak nampak je.Ada jugak yang sorok ego tu.Tapi tak ke mana,last sekali dia memberontak.Lagi bahaya.Yang pasti,bukan senang nak merawat ego ni. Aku dah try tapi fail.

Maknanya iman aku masih tipis.*Mengaku pulak tu*

Habis-habis cuba buang ego pun.Aku kata macam ni,"Ahh..bukan salah siapa-siapa,masa dan keadaan tu yang tak betul!"Haha.So,siapa yang salah sebenarnya? Jawapan aku,masa dan keadaan.Masa dan keadaan tak boleh bercakap.So dia la yang mencipta masalah.Hehe

Kolot betul pemikiran aku.

Tapi betul la.Cuba bayangkan mood kita tengah ok,tiba-tiba kita gaduh dengan orang.Masa mood tengah ok tadi waktu lain.Bila tengah gaduh,waktu lain.Keadaan (merujuk kepada ketika tu) tak sama untuk setiap isu yang berlaku.Kan? 

Sah! Masa dan keadaan yang salah.

Entah la.Aku dah malas taip.Korang rasa macammana?



Monday, February 24, 2014

Demi Sarjana


Sekarang adalah waktu-waktu getir untuk sarjana.

Sarjana yang aku bayangkan dulu tak seindah apa yang lalui.Soalan yang aku tak boleh jawap adalah, "Bila nak habis Master?" Aku signifikasikan soalan itu sebagai soalan yang tidak berjawapan untuk setiap individu

Master by Research: 
Msc.Microelectronic Engineering

Itu sarjana aku.Belum lagi bersarjana.Tapi itulah yang dikejar.

Untuk yang selalu bertanya bila nak habis.Ini jawapan contoh;

Sarjana/Master ada 3 pilihan. 1) Coursework, 2) Mixed Mode, 3) Research

Sebahagian besar ramai yang memilih Coursework.Masuk kelas dan ambil exam.Tak lama, 2 semester saja dan ada mini projek di akhir semester.Apa perlu buat? Study untuk dapat maintain pointer bagus untuk result final nanti. Bertungkus-lumuslah anda dengan assignment,kuiz,dan final exam. Mini projek pun,siap tak siap,asalkan boleh bagi impak yang bagus pada pointer,haruslah mencapai apa yang korang nak demi pointer. Tesis,viva? Harus!

Ada yang nak fokus kedua-duanya, subjek dan projek.Maka ambil la dia Mixed-mode. Lebih kurang jugak kaedahnya.Cuma yang special case di sini adalah dia ada 1 sem untuk project dan ada masa untuk dia buat tesis lebih lama. Biasanya 3 semester (2 semester untuk subjek dan 1 semester untuk projek). Tesis,viva? Harus!

Ketiga, Research. Dulu aku selalu dibayangi dengan persoalan : Aku ni boleh ke buat master by research? Dan sekarang aku menjeratkan diri dalam research. Apa yang perlu ada untuk graduasi? Kelas tak ada,exam pun tak ada.Minimum 1 tahun,Maksimum 3 tahun.

Tapi wajib ada;

  • Hasilkan sebanyak mana paper (journal/proceeding) yang mempunyai nama kita sebagai 1st author. - Untuk universiti aku,setiap paper ada point,tak lepas point,hang jangan grad!
  • Join seberapa banyak conference (Local/International) yang jugak kita sebagai presenter.- Sama,pun ada point.Tak cukup point,hang extend!
  • Ada Proposal Defence (Nak propose tajuk pun susah,nak kene defend! - Hang kantoi,hang extend 3 bulan,re-viva balik!
  • Viva Voce (Final viva) - Kantoi yang ni,tak dapat master!
  • Thesis Final
  • Ada beratus-ratus research paper untuk dikaji,di'highlight',diconteng. Tak study,mana mana nak buat paper? Belum lagi method yang digunapakai.Betul ke salah ke apa yang dibuat? 
  • Research progress, kalau dapat apa yang kita nak,kita happy. Tapi kalau tak dapat, menangis untuk ke sekian kali duk fikir salah kat mana. Yang pasti, progress mesti capai target.Kalau tak,nak tunjuk apa kat supervisor?

Nampak tak betapa beratnya cabaran?

Aku tak tahu bila kesudahkan episod master by research ni. 

Setakat ni,cabaran memang getir.

  • Aku register master lepas kahwin dan survive kehidupan tanpa suami di sisi. Aku belajar di Perlis,suami bekerja di Kelantan. Dengan restu seorang suami,aku ikhtiar hidup.Makan,tidur,duit minyak,pandai-pandai lah nanti. Demi sarjana~
  • Aku pregnant anak sulung.Alhamdulillah Tuhan bagi rezeki awal. Segala pening-loya aku rasa seorang. Kawan tak rasa,hanya perhati je kita dan tolong setakat mampu. Demi sarjana~
  • Ulang-alik hampir 40km sehari drive. Apa nak buat,rumah di Kangaq, kampus di Pauh,sempadan Changlun,Kedah. Maka bersembanglah aku bersama baby dalam perut. Sampai satu keadaan,dah masuk dalam kereta,nak tarik pintu kereta pun tak larat! Demi sarjana~
  • Check up perut di klinik berseorangan.Pagi ke klinik, balik terus ke kampus ; demi anak dan demi sarjana~
  • Baby disahkan ada komplikasi. Waktu diagnose, turun-naik la aku ke hospital pakar termasuk ke Alor Setar. Jumpa doktor sana-sini. Seorang! Siang berbahagi dua; demi anak dan demi sarjana ~
  • Baby meninggal dalam perut di usia hampir 8 bulan. Satu episod yang mencabar emosi. Rasa nak rebah. Berehatlah aku di kampung bersama thesis chapter 1-3. Demi sarjana~
  • Aku kembali selepas berpantang. 2 bulan berpantang dan balik semula dengan kekuatan yang tipis. Rasa badan ringan tanpa si anak.Rasa kosong bila drive sebab selalu sembang dengan baby dalam perut. Gagahlah ke kampus untuk sambung belajar. Juga,demi sarjana~

Perasaan sekarang seperti;

"Esok aku nak grad!"

Tapi,

"Aku tak memenuhi kriteria lagi untuk grad!"

Kalau grad lambat,

"Tiada kesudahan. Hidup tanpa suami di sisi. Anak kedua yang entah bila menyusul."

Itu dia.

Betapa hebatnya ujian kesibukan dunia.

Demi sarjana. ;(







Saturday, November 30, 2013

Ikan Rebus!

Ada kawan pernah tanya,kenapa aku rebus ikan?

Aku senyap sekejap.

Sebab bukan sorang je yang tanya,dah ramai yang pernah tanya.Lepas tu terfikir eh,tempat diorang ni tak pernah buat macam ni ke? Takkan tempat aku je yang buat.

Ikan Rebus!
Dari kecik,aku selalu tengok ada ikan rebus kat rumah. Mummy akan panaskan setiap hari bersama garam dan asam keping kemudian simpan. Kata mummy,makin lama makin sedap ikan rebus ni.Kenapa buat macam ni? Kata mummy;

"Orang zaman dulu tak ada peti sejuk.Ni satu-satunya cara nak bagi ikan tahan lama.."

Apa yang kita nak buat dengan ikan rebus ni? Eh,macam-macam boleh buat tau. Paling senang,goreng je macam tu.Takyah gatal-gatal nak letak kunyit dengan garam.Dah memang sedap je macam tu,rasa masam masin. Ikan rebus ni jugak boleh buat masak lemak. Tak kira la Masak Lemak Cili Padi ke,Gulai Nasi Berlauk (Kelantan style) ke, Ikan Singgang (Kelantan style) ke, Gulai Nasi Dagang ke.Hmmm..banyak kan?Bergantung kepada jenis ikan la,tak semestinya rebus ikan macam dalam gambar tu je kan?

Lepas ni kalau korang jumpa orang rebus ikan,jangan rasa pelik lagi tau korang2? Hehe

Wednesday, November 13, 2013

Berasal Dari Kelantan?

Aku tak boleh tipu yang aku orang Kelantan yang asli.

Bukan orang asli.Orang putih bilang 'pure'.Maksud memang asal dari Kelantan.

Kenapa aku tak boleh tipu? Sebab ada beberapa perkataan yang aku susah nak sebut dengan bahasa melayuuuu nya! haha.Kalau dah sebut dengan bahasa melayuuuu nya pun,bunyi dan nada dia tetap bau budu.Susah nak menyamar kecuali aku avoid guna ayat-ayat yang boleh mengantoikan diri sendiri.

Kadang-kadang aku cuba menyamar,dengan cara tak mengantoikan diri macam statement tadi. Ada yang teka aku dari macam-macam negeri. Heh! Bukan bangga,tapi perasan kejap yang aku sebenarnya boleh jugak sorok sesuatu.

Aku ambil experience dari waktu aku sekolah di johor.

Dari form 1 sampai form 5 hidup di JB.Bukan calang bandar. Bila berkawan dengan budak-budak dari bermacam negeri,aku mudah terikut dengan bahasa-bahasa diorang. Loghat Johor IsyaAllah,aku boleh tolong translate kan kalau siapa-siapa tak faham. Cuma jangan campur perkataan jawa,please! Aku memang  tak belajar bahasa jawa.

Dari sini bermula.

Aku belajar cakap bahasa pasar macam : Diorang,Korang,Kitorang,Ngko,Aku, Benda alah ni, Benda alah tu, saingg, geborr,dan macam-macam lagi yang aku tak larat nak tulis satu-satu.

Yang pasti,kalau bukan aku belajar dari johor,dah tentu aku tak reti pun nak guna perkataan tu kat tempat lain dan rasanya aku akan bercakap bahasa skema seperti : Saya,Awak, Kami Semua, dan lain-lain sebab kat kelantan,mana wujud perkataan tu.

Kat Kelantan yang wujudnya- Aku,Mung,Dio,Kawe, Demo Tu, Sek Dio, Ambo dan lain-lain.

Nampak tak bezanya? Dan sekarang aku di utara. Jumpa benda lain pulak.-Hang,Depa,Kami,Hangpa..

Motifnya entri aku kali ni adalah,penting jugak kita merantau ke tempat orang.Bimbang kalau duduk di tempat sama,pemikiran duk ikut tempat tu jela.Contoh,lahir di Kelantan,sekolah rendah+menengah dia kelantan,kerja di Kelantan.Sudahnya,memang akan jadi anti negeri lain.Dah banyak aku perhati. Dah tu macam mana orang tak meluat? Hidup tak bercampur dengan negeri lain. Jangan la marah kalau orang kutuk awak sebab terlalu kenegerian. Tak pasal-pasal orang lain pun dipersalahkan atas dasar  satu negeri.

Satu benda aku nak nasihat.Berkawan lah dengan semua orang.Berbilang negeri,berbilang bangsa.Jangan sampai orang kata kita sombong,tak bercampur dengan orang. Okeh? babai. ;)

Saturday, October 19, 2013

Candy Crush!

Salam Aidiladha walaupun dah berlalu beberapa hari.

Aidiladha pertama sebagai isteri dan balik dua kampung,laki-bini.Siapa nak kawin,sila cari pasangan yang berasal dari negeri yang sama.Sebab? Kalau negeri sama sekalipun,korang akan tetap berebut dan kalah osom semata-mata nak balik mana dulu. Kalau negeri lain,aku tak tahu la! Haha

Selama aku bercuti seminggu,selama tu jugak la aku tak sentuh Candy Crush aku. Memang jahanam semua orang dah level tinggi-tinggi dan disebabkan aku jarang main,semua orang dah tinggalkan aku dengan level tak sampai pun seratus.

Tentang Candy Crush,aku dah tahu kenapa aku lambat naik level.Sebab? - Aku selalu main candy crush kat telefon! Bila aku main kat facebook,tiap-tiap hari naik level. Memang tak aci! Kalau aku tahu dari awal,mesti aku dah level 2++ dah sekarang.Kan? Haha

Pause.

Aku tengok berita kat tv ni.Tunjuk gambar keretapi Bukit Bendera.-Aku tak pernah pergi Bukit Bendera! Damn!

Sambung balik.

Candy Crush.Dulu aku menyampah sebab facebook aku semak orang request life sampai aku pesan kat orang tu,'Aku tak main candy crush,tak payah la mintak dengan aku!'.Sudahnya,aku stress sebab tiap-tiap hari aku nampak request dari kawan-kawan.Disebabkan stress dengan request,aku pun hanyut join sekali main candy crush! Haha

Tapi sayangnya,aku slow sikit main candy crush.Kawan-kawan semua dah level tinggi.Yang aku ni,apsal la susah sangat nak naik level. Aku memang benci bunyi music candy crush bila level failed! Bunyi macam nak boo kat aku je! 

Haih.Buang tabiat agaknya aku ni.Buang masa je.Termasuklah post entri merepek ni.Ok.Bye.Hihi ;p




Thursday, September 19, 2013

Kesejukan!

Sedar-sedar je dah hari Khamis.Cepat betul masa berlalu.Sambil-sambil buat kerja,syiok sendiri pulak snap picture.Harap-harap tak ada CCTV kat sini. Kalau ada memang malu besar la aku duk capture gambar sendiri tiap-tiap hari.



Well,aku sebenarnya kesejukan dalam lab ni.Masa pregnant dulu tak rasa sejuk macam ni sebab orang pregnant kan rasa panas! Sekarang nampak kipas pun aku sanggup kasi slow sebab rasa macam sejuk.Lagi satu,sebenarnya aku gerun tengok kipas level 5! Sebab laju sangat dan aku selalu fikir negatif yang kipas tu boleh jatuh atas kita.

Pernah dengar kes orang kena libas dengan kipas sampai pecah kepala.Nauzubillah.Fikiran negatif pasal kipas jatuh tu logik jugak sebenarnya walaupun dalam hati kata takkan jatuh. Aku dan suami dua-dua memang gerun bila tengok kipas laju.Rela berpanas daripada terbayang kipas jatuh bawah.Uwaaa.menakutkan.

Tak tahu la mana datang perasaan tu sebab tak pernah pulak alami kipas jatuh.Cuma pengalaman angkat kipas tu pernah la.Berat gila!!

Nampak macam kipas tu senang je pusing dalam bilik.Bila tukar kipas,angkat kipas tu rasa macam boleh mati kalau terhempap atas kita kalau kipas tengah berpusing! Fuh,mintak dijauhkan.

Banyak betul fobia kitorang ni kalau korang nak tau.Padahal tak pernah pun alami situasi negatif tu.Nanti lenkali aku cerita.Selamat Hari Khamis semua!! ;)

Friday, September 13, 2013

Dahaga ke Lapar?

Tak tahu la kenapa,sejak lepas bersalin ni kurang selera makan.

Kalau dulu,pantang nampak makanan,terus terjah! Sekarang,makan sikit je dah kenyang.Adakah petanda kehidupan diet bakal bermula? Haha

Ramai orang tegur,"Diet eh???" Aku cakap tak.Ceh,tak nak ngaku tu! haha.Aku cakap camni, "Eh,takde la,rasa macam muak pulak makan banyak,cepat kenyang!" 

Tapi memang betul la.Cepat kenyang.Kalau breakfast dah makan,jawapnya tengahari pun kenyang lagi.Kesimpulan,tak rasa pun nak makan sebenarnya.Cuma konfius,dahaga ke lapar? Bila minum air,kenyang  je.

Boleh tak nak buat macam ni. Tengahari tak nak makan.Kata Prof Muhaya," Saya tak makan tengahari,rugi masa!" Nah amek statement dia.Keh3x.Yang penting,suppliment kena ambil.

Ok.Sekarang dah konsisten makan ESP Shaklee.Betul la orang kata boleh buat elok kulit.Sebabnya langsung tak ada jerawat.Muka jadi halus.Putih ke ape ke tak sure lagi memandangkan kulit aku sawo matang.Hihi.

ESP Shaklee jugak buat aku sentiasa rasa kenyang.Teringat masa pregnant.Memang tak boleh langsung makan ESP sebab rasa macam nak muntah bila telan.Bila dah bersalin,masa pantang pun makan time breakfast,memang kenyang.

Eh,dah rasa macam dealer Shaklee la pulak.Tak! Aku pengguna Shaklee,bukan penjual Shaklee.Ok? ;)

Tuesday, September 3, 2013

Perjalanan Master

Ramai jugak yang bertanya..

"Macammana dengan study lepas ni?"

Aku jawap senang,teruskan jela.Apa lagi? Pelik aku.Adakah kerana anak meninggal,aku perlu stop Master?Banyak jugak dugaan dan salah satu dugaan adalah mengadap manusia-manusia seperti ini.Kalau tak kuat semangat,memang dah putus asa.Nasib baik jiwa ni kebal walaupun tak la sekebal mana pun tapi boleh la tahan kebal. Haha

MASTER

Aku rasa berdebar pun tak habis.Aku tak nafikan,masa pregnant pun aku sampai tak boleh nak kira gerak janin semata-mata sebab aku terlalu fokus untuk siapkan Master.Kebanyakkan waktu siang aku adalah untuk Master dan check up baby kat klinik.Balik rumah memang rest habis sebab waktu tidur memang takkan cukup.Ke toilet satu hal,ubah posisi tidur satu hal. Tak cukup masa nak tidur!

Perjalanan hidup masih panjang dan untuk pertama kalinya,ni adalah dugaan paling hebat setakat ini.Kalau bercakap dengan orang yang mengalami nasib yang hampir sama,tentu dia faham. Bercakap dengan orang yang tak pernah alami benda macam ni,memang dia akan tanya kita yang tak masuk akal.

Tak apa,masih ramai yang diuji lebih hebat waktu belajar ni.Kadang-kadang dugaan setiap orang tu lambat.Ada sorang member,waktu dia sambung PhD kat oversea diuji dengan dua kematian ahli keluarga.Wallahualam.Hebat dugaan yang dia hadapi Ujian Allah itu pasti ada untuk setiap manusia.Cepat-lambat,hebat tak hebat je bezanya.

Dan awak yang tengah membaca entri ni.Kalau pernah rasa dugaan hebat,tabahlah menghadapinya.In-Sya-Allah,ada yang terbaik untuk kita semua. Amin. ;)

Sunday, July 7, 2013

Menu Berpantang..

Hari ke-11 berpantang.

Nasi Putih,Ikan Selar Bakar,Sup Ikan Haruan ,Ikan Haruan Bakar,Sup Daging,Daging Bakar,Milo Panas,Susu Anlene,ubat-ubat klinik dan hospital,Biskut Tawar.- Itu jela menu setiap hari. Tak kisah.Makan aje!

Yang dikisahkan cuma ikan haruan tu je..Selama ni kan,kecik sampai besar memang tak jumpa la ikan ni. Kalau jumpa pun time melawat orang kat hospital. Penjaja akan jual anak ikan haruan dalam plastik.Maklumlah,ikan haruan ni kan boleh sembuhkan luka.


Ikan Haruan

Bagi yang tak pernah makan, ikan ni memang tak ada rasa.Tawar je! Kalau buat sup atau bakar,letak garam banyak pun masih tak rasa. Itu aku la.Tak tau la kalau orang lain suka.Hihi.

Sepanjang berpantang ni, mummy yang sediakan makanan untuk aku. Setiap kali aku tanya menu,kalau aku dengar je menu ikan haruan, aiseymen..sah-sah mesti makan nasi sikit. Sebab terpaksa! Boleh je nak makan,cuma tak kena dengan selera.Harapkan dia ubat je aku paksa makan.Kalau terdesak tak ada makanan pun aku fikir 2,3 kali nak makan ikan ni.

Kalau bakar ikan haruan ni,kita boleh tengok isi dia seolah-olah macam melekat seperti gam. Agaknya sebab tu la luka cepat sembuh. Bagus memang bagus,tapi tahan jela rasa tawar ikan haruan. Nak yang sedap,makan la Pati Ikan Haruan! Hehe ;)

Ni la pengalaman pertama berpantang. Agak membosankan bila makan-minum kena jaga,badan nak kena jaga, jalan nak kena jaga, alahai,rasa macam gadis-gadis zaman dulu pulak. Orang kata waktu berpantang ni, pantang la betul-betul nanti menyesal bila dah tua.

Oklah,nak pantang betul-betul.

(Entah tahan ke tidak nak jaga makan minum semua ni sampai habis pantang).Hehe ;)

p/s : Nak share pengalaman,rupanya set Shaklee tu memang betul-betul menjadi waktu berpantang ni.Jangan  was-was nak guna produk Shaklee ok. Aku bukan dealer nak promote Shaklee,tapi sekadar nak share pengalaman lepas guna Shaklee hampir 8 bulan.. ;)




Monday, July 1, 2013

Ahmad Rizqi Dalam Kenangan...

Assalamualaikum.

Rasanya kawan-kawan terdekat dah tahu tentang berita kematian anakku Ahmad Rizqi di dalam kandungan yang berusia 7 bulan.Usah dipersoal lagi macammana boleh meninggal.Dah sampai ajal,Tuhan lebih sayang Ahmad Rizqi,pergi jua mengadap Illahi.

Sekarang, hidup perlu diteruskan.Walau perit, walau sedih sekali pun,dah ada gunanya nak meratap.Soalnya kalau meratap,sampai bila?

Setengah orang kata,

"Kalau Tuhan bagi ujian ni pada aku,belum tentu aku boleh kuat macam kau!"
Aku tak pulak rasa megah bila orang kata aku kuat. Sebab dia bukan tahu setakat mana aku mampu kuat. 

Aku cukup rindu zaman mengandungkan Ahmad Rizqi.Rindu nak usap perut,cakap-cakap dengan Ahmad Rizqi dalam kereta,sebelum tidur dan waktu aku perdengarkan dia ayat-ayat suci Al-Quran. Rindu jugak perasaan ada Ahmad Rizqi menendang perut setiap masa.Cukup rindu itu semua.

Selama ni 7 bulan ke sana ke mari membawa perut.Alahai.Rindu dengan soalan, "Dah berapa bulan?" Ohhh,betul la kata orang,bila kita dah bersalin,kita akan rindu saat kita mengandung dulu.

"Mama rindu saat-saat mengandungkan Ahmad Rizqi!"

Orang bagi semangat,lepas ni mesti senang nak mengandung lagi.

Wallahualam.

Aku tak menolak rezeki kalau ada.Cuma,biarlah masa yang tentukan nanti.

Ahmad Rizqi sedang dikafankan

Ahmad Rizqi selesai dikebumikan.
Anak Mama,
Bergembiralah anak di sana. Kita hanya sempat bersama selama 7 bulan dan mama hanya sempat menatap wajah Ahmad Rizqi cuma 2 kali sahaja- Pertama kali selepas Ahmad Rizqi keluar dari perut dan kali keduanya semasa Ahmad Rizqi telah dibalut dengan kain batik,untuk dibawa pulang dan disemadikan di kampung abah,juga selepas mama selesai bersalin,masih di katil bersalin hospital.Lepas tu mama dah tak tengok lagi putera mama..... ;( 
Hanya abah yang mengiringi Ahmad Rizqi semasa urusan mandi,solat jenazah dan di perkuburan. Mama bagi peluang untuk Ahmad Rizqi bersama dengan abah pula.Mama masa tu masih di wad. Ahmad Rizqi saling tak tumpah seperti muka abah. Sekarang kalau mama rindu, mama cuma perlu tatap wajah abah saja...


Sunday, May 19, 2013

Penat,Moody dan Macam-Macam Hal Lahhh!

Orang kata waktu pregnant,jangan duk sedih-sedih,moody selalu.Tak elok untuk baby katanya.Tapi kalau ikutkan, aku moody la jugak daripada selalu.Eh,bukan sengaja tau.Entah hormon apa yang terlebih terkurang yang menyebabkan aku jadi moody.

Kadang-kadang kan,kita rasa penat,mengah,tapi terpaksa buat benda-benda rutin macam buat kerja kat tempat kerja dan kerja kat rumah.Tambah pulak semuanya buat sendiri,encik suami jauh.Bila penat tu terasa,alahai..sedihnya terpaksa buat sorang-sorang.Walaupun ada housemate,tak kan la nak suruh diorang pulak kan,diorang pun busy jugak.Kalau ada encik suami tu lain la cerita,boleh harap kat dia.

Ini kalau bab kereta kotor pun fikir 2,3 kali.Nak basuh sendiri ke nak hantar kedai.Nak hantar kedai nak kena tunggu turn,lama jugak ikut siapa yang datang dulu.Yang aku pulak tak suka hantar auto-car-wash semenjak kereta kawan calar sebab hantar auto-car-wash.So aku decide hantar kat manual-car wash.Mahal sikit pun takpe la,janji puas hati tengok luar dan dalam kereta tu licin dan kemas.

Kalau basuh sendiri,untung sebab tak payah nak keluar semata-mata pergi basuh kereta.Aku jenis tak suka kalau keluar dengan kereta semata-mata untuk satu tujuan.Contoh,keluar semata-mata nak isi minyak je.Tak suka! Baik keluar sambil isi minyak,pergi beli makanan,pergi shopping,baru la rasa berbaloi minyak habis.Hehe ;p

Tapi tengok la kondisi sekarang,mampu ke aku nak basuh kereta sendiri? Bongkok sikit pun dah lenguh pinggang,apa lagi nak memberus tayar,nak lap body kereta dengan air sabun,nak bilas balik.Alahai..sabar jela! Dulu masa aku pregnant 5 bulan,larat lagi.Sekarang sori laa cik purple! Tuan awak ni dah tak larat nak basuh awak.Kesian awak kotor dah 3 minggu! ;(

Kalau aku cerita kat orang,diorang kata,tak payah la basuh.Apa sangat la nak basuh kereta.Basuh hari ni,esok pergi kerja kotor balik! Cehhh~ Memang la akan kotor.Kalau tak nak kotor baik simpan je kereta dalam rumah,jangan pergi mana-mana.Aku jenis tak suka kereta kotor.Basuh sekali dalam seminggu-dua minggu pun jadi la.Puas hati tengok berkilat.

Berbalik kisah moody tadi.(Lama betul membebel pasal kereta kotor!)

Moody time pregnant sangat beza dengan moody tak pregnant tau! 

Lagi-lagi bila jauh dengan encik suami.Lenguh-lengih sikit,menitik jugak la airmata ni walaupun dalam hati sebenarnya tak nak pun fikir sedih-sedih ataupun layan perasaan.Tapi dia datang dengan sendirinya.Sabo jela!

Kepada pasangan-pasangan yang bakal berjauhan,bersedia lah fizikal dan mental untuk segala urusan.Bukan nak takutkan,tapi suruh bersedia je. ;)




Thursday, May 16, 2013

Cikgu Lupa Lirik!

Hari ni hari guru.Tapi aku baca kat FB tadi ada yang tulis,Selamat Hari Raya,Cikgu! Maaf Zahir Batin.Kelakar boleh tahan.Seronok la cikgu-cikgu hari ni mesti dapat banyak hadiah.Ohh ye,encik husband pun teacher! Entah apa agaknya hadiah yang dia dapat.Tengok-tengok takde hadiah pun.Kuang3x.

Serius,aku rindu zaman sekolah.Aku kategori budak skema.Rugi betul tak jadi gangster kat sekolah.Cikgu mana kenal aku.Sob3x ;( Kalau aku gangster mesti sampai sekarang cikgu ingat lagi,kan kan? Ni tak,kalau terjumpa cikgu sekolah dulu,dia tanya macam-macam.Sudahnya dia kata,"Mintak maaf la eh,cikgu ni kalau budak tu tak buat hal,cikgu kurang kenal!" 

Lorh,gitu pulak!

Ayuh kita cari Doraemon untuk pinjam mesin cahaya masa kembali ke zaman dulu..aku nak buat hal habis-habis!

Aku jugak bukan kategori top student.Oleh itu,memang layak untuk tidak dikenali.Lebih baik tak dikenali rasanya.Tak menyusahkan dan tak men'sesak'kan fikiran orang untuk fikir pasal kita.Betul tak,betul tak?

Tentang hari guru kan,satu je yang aku tertanya-tanya;

Dulu bila time hari guru,sah-sah la ada perhimpunan kan.Semua cikgu akan berdiri kat depan nyanyi lagu Hari Guru.Alah...lagu ni,"Kami Guru Malaysia....bla..bla..bla..~"

Yang peliknya kan,setiap tahun pun mesti ada cikgu yang nyanyi ikut kertas sebab tak ingat lirik.Ke,sekolah aku je cikgu tak ingat lirik lagu guru tu?Yang pelik jugak,cikgu yang tua-tua tahap dah nak pencen pun tengok lirik lagi.Haihhh..aku kata dalam hati,dah nak pencen,tapi lagu tak jugak hafal?

Ok.Kejam sket statement.Kalau ada blogger yang berstatus cikgu kat sini,aku mintak maaf.Aku cuma konfius je dan saja nak cari situasi supaya orang lain pun akan fikir benda yang sama.

Takpe! Abaikan.

By the way,Selamat Hari Guru Cikgu!  




Wednesday, May 15, 2013

Setan Ada Di Mana-Mana Sahaja!

Lumrah rasanya.Manusia memang tak pernah puas dengan apa yang dia ada.Apalagi kalau mata asyik pandang orang lain punya happy,bahagia,mula la rasa macam..TAK ACI! 

Aku bukan baik dan berhati suci,tapi aku jugak bukan kategori jahat.Cuma kadang-kadang yelah,setan tu ada di mana-mana sahaja.Aku taknak kawan dengan setan,tapi setan tu yang nak cuba kawan dengan aku.Ya Allah! Kuatkan iman ku.Tu yang selalu aku mintak.Tapi sekali doa,beratus-ratus pulak setan datang.

Tu la punca hati-hati manusia sangat kotor dan busuk.

Aku jugak tak terkecuali.

Kadang-kadang aku rasa macam apa yang ada dah cukup.Tapi bila tengok orang senang,aku rasa macam ishh,tak boleh jadi ni.Aku nak jugak senang macam dia.Mula-mula dapat kesenangan,memang kita rasa bersyukur sangat-sangat.Tapi bila orang lain pulak dapat kesenangan dan waktu tu kita tengah kecundang,kita rasa macam kenapa bukan aku yang senang macam dia?

Ibarat macam ni la.

Korang dah kawin.Lepas tu korang jumpa orang yang lain yang pada fikiran korang,dia la sepatutnya yang paling layak jadi pasangan korang.Masa tu setan datang suruh korang rasa menyesal tahap dewa! Mula la dalam hati duk fikir,kenapa la bukan dia yang aku jumpa dulu? 

Menyesal pun tak guna,kena terima qada' dan qadar.Sama macam kesenangan dan kesusahan.Entri ni  sebenarnya nak pujuk diri sendiri supaya sentiasa bersyukur walaupun kadang-kadang setan tu datang tanpa diundang.Serius! Aku tak pernah panggil setan,tapi dia datang. Agaknya kalau manusia boleh nampak setan,aku mesti tak jumpa jalan keluar sebab terlampau banyak setan.

Fuhh,muhasabah diri untuk ke sekian kalinya malam ni.Harap-harap emosi kembali stabil.Harap-harap la! ;)

p/s : Nama baby tak jugak jumpa.Susah betul nak cari nama untuk anak sendiri.Salah pilih nama,nanti besar anak salahkan kita pulak.Macam aku tanya mummy aku,kenapa nama aku macam ni? Nurul,Nur,Siti semua tak ada. Haha ;p

Tuesday, May 14, 2013

Panas Ibu Mengandung

Orang tak tahu macam mana rasa panas ibu mengandung.Bagi diorang;

"Alaaaaa,aku pun panas jugak,sekarang kan musim panas!",kata sorang hamba Allah.

Biar jela,hanya yang pernah jadi ibu je faham.Sama jugak bila aku kata;

"Asyik nak kencing je rasa,padahal tadi baru je kencing!", mula la akan ada bisikan kat telinga aku, "Biasa lah kalau dah selalu minum mesti nak kencing!"

Ahhh..jawapan yang tak mengembirakan aku langsung.Kot la nak tanya,"Iye ke macam tu,baru tau..!"

Tak jadi ibu mengandung,korang tak tahu dan jangan pandai-pandai buat assumption sendiri ye! Nasib baik la time pregnant ni tahap kesabaran memang tinggi.Dapat la jugak bersabar.Kalau tak,sah-sah lah kena basuh time tu jugak.

Berbalik kepada kisah panas tu.Jawapan aku senang je.Kalau nak tahu tahap panas ibu mengandung tu,bayangkan lah kalau tidur dalam aircond bersuhu sejuk 21-22 darjah celcius,TAK PERLU pakai selimut!
Haaa,bayangkan lahhh.Kalau ada mulut-mulut sumbang kata aircond cikai,memang nak kena! Haha

Kepada bakal-bakal ibu kat luar sana,yang baru bersedia nak pregnant,bersedialah fizikal dan mental,banyak benda-benda yang baru berlaku dalam hidup korang bila pregnant.Aku bukan menakutkan,tapi setiap yang pregnant akan merasa.

Kepada si suami,sila jaga wife masing-masing time wife pregnant.Sokongan anda sangat diharapkan.Sekian.Hehe 








Wednesday, May 8, 2013

Misi Mencari Nama Si Kecik Bermula..

Mengundi pun sudah,balik kampung pun sudah. Ramai yang terkejut,ohh perutku sudah besar.Ini menunjukkan dah tak berapa lama lagi si kecik ni nak keluar.Bermacam-macam perasaan pun ada sekarang.Fikir pasal si kecik,fikir barang-barang baby,fikir pasal kesihatan diri sendiri dan macam-macam lagi.Tidur toksah cakap la,perasaan nak tidur tu memang ada tapi tidur tak pernah lena.Lumrah ibu mengandung.

Disebabkan berat naik mendadak minggu sebelum ni,nurse suruh aku buat check up selang sehari untuk IE (Impending Eclampsia). Ini bermakna,tekanan darah darah dan urine test akan sentiasa dipantau untuk elakkan sebarang komplikasi macam darah tinggi,dan kencing manis.Bagus tu memang bagus,tapi bikin aku susah hati je.Nak makan pun fikir dulu,"Ni kang,makan banyak-banyak,naik lagi berat macammana?"Sedangkan nafsu makan meluap-luap.

Kata encik suami,lepas ni angin kereta kena buh lebih sikit.*Ok,perli baik punya!*Padahal dia pun sama naik berat.Kui3x.

Sekarang tengah sibuk cari nama untuk si kecik walhal belum pun tahu gender lagi.InsyaAllah,seminggu-dua ni confirm dah boleh check gender.Boboy ke Gegirl,tak kisah asalkan sihat sempurna.Cuma sekarang ni,bila jumpa ibu-ibu yang pernah ada pengalaman bersalin,semua cerita kisah-kisah ngeri yang menyebabkan aku fikir 2-3 kali,"Aku bersalin macammana agaknya nanti?".

Itu kisah mereka.Mungkin kisah aku lain.Harap-harap tak se'ngeri' itu.Ohh kawan-kawan blogger,jom la sama doakan aku dan baby baik-baik aje ye! Amin.InsyaAllah.

p/s : Pening jugak nak mencari nama anak ni.Kalau boleh,maksud nama tu biarlah yang bagus-bagus.

Tuesday, April 30, 2013

Akhirnya Tembam Jua!

Wink-wink.

Ramai la jugak yang request nak tengok gambar tengah preggy.Excited kejap snap pic sendiri.Dulu-dulu boleh la panggil kawan-kawan, "Wei,tolong amek gambar aku jap!" 

Zaaas! Memang semua kawan aku sempoi bab-bab tolong ambilkan gambar.Yela,dulu-dulu memang addicted sikit dengan kamera.Entah macam mana agaknya aku boleh suka kamera walhal masa kecik memang pemalu sangat.Tengok kamera tu rasa macam apa jek,terpaksa posing sehabis skema.

Sejak masuk Uni,mungkin jugak pengaruh kawan-kawan yang lebih 'rileks' depan kamera membuatkan aku rasa nak mengedik jua! Tapi kan,sejak dah jadi wife orang ni,aku rasa macam segan pulak nak posing bergambar.Eh,dah matang ke aku? Hihi

Cuma satu benda yang aku tak dapat buat dari dulu sampai sekarang.Cubaan untuk rakam video sendiri.Serius malu! Tak mungkin aku buat.InsyaAllah. Melainkan ada unsur-unsur nak kasi 'prank' kat aku di mana-mana yang buat aku tak sedar aku sedang dirakam.Mintak dijauhkan.Aku malu,ok!

Ok.Meh tengok sat.



Ohhh..dah tembam rupanya. Ini penting. Seumur hidup aku belum pernah cecah berat 60kg.Kali ni,minggu ni dan bulan ni jugak la,aku mencapai 60kg. Ya Allah.Saat-saat ni dalam hidup aku adalah saat di mana selera makan aku paling tinggi. Tak apa lah,demi si kecik dalam perut,ku relakan jua 60kg walaupun dalam hati memang risau,masak la aku nak pantang nanti,entah-entah tak makan nasi nak bagi kurus balik.

Harap-harap bila dah deliver baby bulan 8 nanti,aku larat la berpantang betul-betul.Harap sangat!!! Uwaaaa


Lilypie Angel and Memorial tickers