Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

Saturday, January 11, 2014

Rezeki Disember 2013 & Januari 2014


Alhamdulillah.Rezeki untuk bulan Dis13 dan Jan14.Walaupun nampak simple je penyertaan dan hadiahnya,tapi tetap jugak hadiah.Yang penting dapat free! Meh kita review hadiah dan siapa yang sponsor yang bermurah hati nak bagi hadiah untuk giveway.


Hello Kitty Case
HP Pixel Charm

Cute Pillow

Jom kita terjah sponsor-sponsor tu semua.Mana tau,rezeki u'olss pulak next time kan? Semoga dimurahkan rezeki semua yang sudi sponsor hadiah tu ye! Amin. ;)

Monday, November 11, 2013

Rezeki lagi.

Alhamdulillah.

Kali ni menang lagi Giveaway dapat barangan make up Simply Pretty. Mula-mula tau menang,ingatkan dapat  produk Simply Siti. Dah terbayang muka Siti Nurhaliza masa tu.

Nak tengok hadiahnya?

Simply Pretty Avon

Tq.Tq.Tq kepada penaja hadiah iaitu Miszz Nadea. Siapa nak macam-macam hadiah boleh join Giveaway di blog MY SECOND BLOG ni tau. Tak rugi,hanya join,follow up dengan due date Giveaway dan buat seperti yang disuruh.Mudah je kan? Meh la join.

Thursday, February 2, 2012

Blog Contest..apa pendapat anda?

Semenjak dua menjak ni,asyik jumpa blog yang menghentam Blog Contest...

Sejujurnya,aku terasa! Kerana aku juga ada Blog Contest. Untuk terjah blog contest ku,sila klik Cik Ila punya Blog Contest! 


Kes hentam menghentam blog contest ni berpunca dari sesetengah blogger yang memang kurang senang bila tengok wujudnya blog sedemikian. Memang! Aku pernah jugak rasa benda yang sama dulu masa awal-awal ada blog ni. Terfikir,diorang ni tak ada kerja eh main contest-contest semata-mata nak hadiah?

Contoh..aku punya blog contest

Makin lama, aku pun makin terikut-ikut jugak dengan penangan blog contest ni.Bagi aku,tak salah ada blog contest ni. Selagi blogger yang buat contest tu niat dia  ikhlas nak bagi,yang lain apa lagi..cuba la.Mana tau,rezeki!

Selalunya yang buat contest ni pelbagai.Ada sesetengah tu dari butik yang buat contest untuk promote kedai online dia dan ada juga blogger yang nak kongsi kegembiraan dia. Rasanya bila join contest tu,kita pun tumpang gembira sama la kan? Dia untung,kita pun untung kalau ada rezeki.Kalau yang buat contest tu ada butik,sekurang-kurangnya aku tau la jugak pasal kedai dia.

Rasanya tak perlu nak dipersoal sangat pasal Blog Contest sebab setiap blogger yang anjurkan contest tu sememangnya ikhlas nak buat dan bagi sesuatu sempena contest/giveaway dia yang bertuah atau yang memenuhi kriteria yang dia nak.Aku yang juga salah seorang peserta atau blogger yang cukup suka join contest/giveaway ni pun kalau ada masa,teringin jugak nak buat contest/giveaway khas untuk follower aku.Tapi,tak tahu lagi bila...

Thursday, February 17, 2011

Hadiah GiveAway saya!

Entri ni dah lama nak buat,tapi terbengkalai dek kerana banyak kerja.
Tapi nak jugak buat entri ni,sebab rasa gembira yang terlebih.
Minggu lepas,ade seorang blogger pos barang yang dijanjikan sebab Cik Ila terpilih untuk menang contest GiveAway.Yeyy,terima kasih pada penaja hadiah ni;

Lipstick n Lips Tint AVON
Ohh,maaf.Gambar kurang berkualiti.Tapi yang penting,Cik Ila nak promote blog yang bagi hadiah ni kat Cik Ila.Siapa dia??Boleh klik sini;


Saja nak cakap,rezeki tu ada kat mana-mana je.Jangan lupa bersyukur!! :)

Monday, December 6, 2010

"Sweet Yummy Sweet Life Giveawayz"

Klik sini
Jom join contest ni pulak.
Sweet Yummy Sweet Life Giveawayz!
Rugi tak join,hadiah pun menarik.
Selain tu,dapat bagi semangat kepada penganjur GiveAway ni untuk terus berblogging sampai bila-bila.Cik Ila nak menjawap soklan dari penganjur;

Berikan 2 Link kedai online Shaa?
1. http://www.jintanmanis.com/
2.http://www.myresipi.com/top/detail/197

Apa tunggu lagi,jom join;

Saturday, December 4, 2010

Masa untuk join contest lagi.

Okeh.Final exam dah tamat.Sekarang masa untuk follow-memollow blog
dan join contest.Yehaa... 
Contest lagi?Ahha.


Pick a dress GiveAway!!!
Nak join?Klik sini;

5 pemenang yang bertuah,akan dapat Reusable Shopping Beg+ Cartoon Broach yang harga RM15.So,jom kita join.
Lilypie Angel and Memorial tickers