Showing posts with label Kisah mimpi. Show all posts
Showing posts with label Kisah mimpi. Show all posts

Sunday, March 30, 2014

Mimpi Kapal terbang

Sejak kes MH370 tak tahu ke mana hilang,aku senyap je.Speechless.Sejujurnya aku gerun.Entah apa yang jadi sebenarnya. Tanggapan pertama tak lain tak bukan adalah terhempas. Tapi bila banyak pulak info baru tambah pulak spekulasi yang orang tulis dalam internet,aku tiba-tiba berfikir luar dari kotak pemikiran.

Tak tahu mana satu nak percaya. Sebab spekulasi tu sangat logik.Cuma tak tahu mana diorang dapat cerita dan fakta tu.Betul-betul ajar aku berfikir luar dari kotak. Sampai satu keadaan,aku rasa takut untuk hidup.Mula mencari surah-surah pilihan dan berfikir tentang kehidupan selepas ni.Ada jugak kebaikan spekulasi kat internet tu. Kebanyakkan spekulasi seolah-olah menyedarkan manusia bahawa dunia dah sampai ke penghujung.

Berhari-hari aku fikir.Esok lusa macammana?Hidup lagi ke aku?Apa yang jadi pada generasi aku nanti? Hidup bahagia tak diorang? Atau zaman diorang tak sebahagia zaman aku? Nauzubillah.

Tentang pesawat,aku tak tahu ke mana dia hilang.

Yang pasti,aku teringat yang aku pernah mimpi pasal pesawat terhempas sebanyak 2 kali. Mimpi tu tak berkaitan pun cuma ada seorang kawan yang cerita balik aku pernah tulis entri pasal pesawat terhempas. Baru aku teringat,tu kisah mimpi aku dulu pada 2011 dan 2012.




Kebetulan. Tapi mimpi tu memang menakutkan dan tahun ni, mimpi tu kembali menghantui.Semalam pun aku sempat lagi mimpi kapal terbang.Dalam mimpi tu,kapal terbang ada kat sebelah rumah je tapi tak ada orang yang nampak,aku je nampak.Hebat bukan? Huhu.Harap-harap ada pengkhabaran gembira untuk kita semua tentang MH370 ni. Semoga ada keajaiban nanti.InsyaAllah.

Saturday, September 21, 2013

Mimpi Baby Boy!

Semalam mimpi sedih dah sayu hati.

Mimpi berdiri kat luar rumah,betul-betul dekat pintu grill.Nampak baby boy tengah tidur dalam rumah tu.Aku panggil baby tu banyak kali.Tiba-tiba baby tu terjaga sambil senyum dan terus datang kat aku. Yang sedihnya,baby tu tak dapat keluar dari pintu grill tempat aku berdiri tu.

Sampai situ je mimpi.Kacau betul dapat mimpi macam ni.Sebab mimpi macam ni buat aku terfikir tentang arwah baby Rizqi,anakanda sulung ku..

Menangis pulak bangun dari tidur.Cepat-cepat text husband cakap pasal mimpi tu.Husband kata,terlampau fikir pasal arwah anak banyak sangat sebab tu terbawa-bawa ke mimpi.Tapi takkk! Aku tak fikir pun pasal baby 2-3 hari ni sebab terlampau busy.

Agak-agak kenapa baby tu muncul dalam mimpi semalam? Uwaaa..Fikiran dah teringat kat baby Rizqi.Ya Allah,tabahkan lah hati menerima ketentuan-MU.Amin. ;(

Tuesday, October 9, 2012

Pandai berenang?

Kisah mimpi bodoh datang lagi.

Sebelum aku lupa mimpi semalam,baik aku tulis dalam ni. Mimpi pergi kolam renang bersama dua lagi rakan. Cool tak cool...merentasi kolam naik kereta wei! Dah macam bot kereta tu haa..Member yang bawak kereta tu atas air. Syok jugak.Macam feri Langkawi.

Aku pelik,kenapa bila sampai bucu kolam baru dia nak U-turn. Kata kawan aku, kolam ni ada tempat yang dalam,ada tempat yang cetek.Kira hujung-hujung kolam tu cetek la,so boleh U-turn dengan selamat dan tak tenggelam. Serius merepek.

Lepas U-turn,kereta entah ke mana tiba-tiba hilang pulak. Terus berenang gaya bebas. Part ni memang best. Di alam nyata,aku tak pandai pun berenang. Tapi dalam mimpi, aku ibarat macam perenang kebangsaan. Kalau masuk SUKMA memang ada chance dapat pingat,serius! Dalam mimpi pun aku boleh persoal,owh...sebenarnya hebat jugak aku berenang.

Tak tahu kesudahan apa.Sedar-sedar bunyi alarm untuk Subuh. Turun tangga dengan kusut masai dalam keadaan tertanya-tanya,betul ke aku pandai berenang.Sampai toilet,baru la aku sedar yang tadi tu mimpi. 

Haihhh.

Kenapa la mimpi berenang yang tak ada kena mengena dengan kehidupan seharian aku semalam.

Thursday, August 30, 2012

Mimpi kain pulak!

Aku tak tau motif apa.

Semalam mimpi shopping kain pasang untuk buat baju kurung kat kedai kain.

Banyak woo

Gini la kalau jadi perempuan.Pilih kain pun boleh masuk alam mimpi.Siap demand pulak tu.Dalam mimpi tu mummy aku pilihkan aku kain.Pilih punya pilih terus dia assume aku suka tanpa tanya aku dulu. Lepas siap pilih terus nak tempah jahit kat kedai tu terus.Hangin la aku.Tak nak...tak nak,tak cantik aku kata. Mummy terus give up,suruh aku pilih sendiri.Dia nak keluar kedai dah katanya.

Sikit punya lama aku pilih,tak jugak jumpa.At last,aku sendiri tak tahu kain mana satu yang aku pilih semalam.Anyone can help? Siapa boleh kembalikan ingatan mimpi aku,aku bagi duit raya.hehehe ;p

p/s : Jadi perempuan,banyak nak kena fikir hal kemahiran hidup ni.Haha ;)

Friday, June 29, 2012

Mimpi pelik kembali lagi..

Semalam..

Selepas beberapa bulan tak mimpi pelik,akhirnya semalam mimpi pelik lagi. Kisahnya lebih kurang macam entri yang lepas 

Kali ni naik helikopter.Pilot kata dah tak boleh nak buat apa dengan pesawat,akan jatuh sekejap lagi.

Aduh.Aku tak suka mimpi macam ni.Bukan sekali dua,dah banyak kali mimpi lebih kurang macam ni. Bulan depan dah la nak naik flight lagi. Aku memang bermasalah bila naik flight.Dalam hati tu duk doa je harap-harap -tak ada benda yang menakutkan berlaku.

#Mimpi ke-2

Mimpi beranak.Begitu cekal dan tabahnya aku bila bersalin sorang-sorang. Tak sakit apa pun. Lepas tu buat tak tahu je.Siap cakap kat mummy.."Tadi rasa macam dah beranak,tapi tak tahu beranak ke tak.."

Mummy pun kata..aah,beranak la tu.Terus dia keluarkan uri dari perut.

Aduh.Tu mimpi merepek meraban jugak. Tu la kemaruk sangat tengok baby 2,3 hari ni..

Tuesday, November 15, 2011

Pelamin anganku tak jadi

Terkejut.Bila tersedar dan terfikir..Ohh,aku mimpi rupanya..Fuh,nasib baik.Kalau tidak?Mana taknya,mimpi tu membuatkan aku jadi kalut.Kesian si pemimpi macam aku ni..

Mimpi kali ni lebih mencabar emosi.Mimpi tengah buat persiapan kahwin,tapi pelamin tak sempat pasang.Kecewa..Esok nak kahwin,kemudian aku tanya mummy, "Pelamin tu hari tu dah cakap dalam telefon kat wedding planner tu,dia datang pasang tak kalau cakap melalui telefon je?" Mummy jawap,"Eh,mana boleh macam tu,kena pergi jumpa dia!"..Dah! Sentap kejap.Esok nak majlis tapi sah-sah esok pelamin tak ada.

Dalam mimpi pun sempat lagi fikir tindakan apa.Tindakan pertama,nak pergi cari wedding planner tu nak suruh pasang je yang mana ada. Tindakan kedua,pergi kat wedding planner Awie Bridal (salah satu wedding planner yang terkenal kat tempat aku).Tu diaa..Sampai tahap macam tu mimpi aku punya tindakan.Dasyat! Lepas tu cuak tak habis.Belum sempat tindakan seterusnya..aku pun terjaga..

Masih lagi cuak,bila fikir balik..Ohh..tadi tu mimpi rupanya! Nasib baik...hahahaa.Begitu la kisahnya tentang pelamin anganku tak jadi...

Wah..pink gitu

p/s : Aku pun tak tahu apa kisahnya sampai boleh termimpi pasal pelamin.Mungkin sebab semalam tengok gambar kahwin seorang kawan kot..Terus masuk dalam mimpi.

Thursday, March 24, 2011

Kisah mimpi kelmarin (tapi hari ni pun boleh ingat)

Kisah mimpi kelmarin (tapi hari ni pun boleh ingat lagi,pelik.........hmm!)


Sinopsis mimpi kelmarin....

Di sebuah rumah,ada seorang makcik yang baru meninggal dunia.Makcik ni jugak adalah tok guru mengaji saya.Semua urusan dilakukan sementara menunggu upacara pengkebumian.Saya dan keluarga turut sama datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah kerana arwah merupakan tok guru saya sewaktu mengaji Al-Quran.


Sebelum pulang,ayah saya bagi dua keping surat yang bernama ******* dan *******.Saya tak pasti dan tak ingat pun siapa penama bagi surat tu.Tapi yang pasti,dalam salah satu surat,ada nama saya dan ayah memberi surat itu kepada saya untuk dibuka.Surat tu seperti slip gaji,sebab ada lubang-lubang kat tepi!!!!!
Saya bukak dan tengok,ada tertulis nilai RM 10 080.90......


Persoalan saya;

  1. Kenapa tiba-tiba saya bermimpi tentang tok guru mengaji yang dah lama saya tak dengar khabar berita
  2. Apa motif ayah saya bagi surat tu yang bernilai RM 10 080.90
  3. Nilai RM 10 080.90 tu nilai duit untuk apa dan kenapa saya berkongsi nama dengan nilai sebanyak tu?

Andaian;

  1. Mungkin tok guru teringat kat saya dan mengharap doa dari saya.Tapi saya tak tahu khabar berita tok guru sama ada dia masih ada atau tidak sebab dia dah pindah.
  2. Mungkin ayah saya akan bagi sesuatu untuk saya suatu hari nanti.
  3. RM 10 080.90??? Tak pasti sampai sekarang,kenapa nilai ni?? huhu


*** Takut bila mimpi yang boleh ingat dalam masa yang lama.Memang orang cakap mimpi tu mainan tidur semata-mata,tapi kadang-kadang mimpi tu membuatkan kita terfikir kenapa kita termimpi macam tu sedangkan sebelum tidur,aktiviti atau fikiran saya tak terlintas langsung pasal benda-benda kat atas.Sebelum saya lupa tentang mimpi tu,saya cepat-cepat tulis kat sini dengan harapan kalau ditakdirkan mimpi saya ada kaitan dengan apa yang akan jadi selepas ini,saya la orang bertuah sebab dapat kaitkan semua ni.Wallahualam.

Wednesday, February 9, 2011

Pesawat terhempas

Entri kali ni mungkin cerita dongeng seperti cerita penglipur lara.Mungkin jugak macam kisah orang-orang tua yang bercerita pada cucu-cucu nya.Cik Ila hari ni rasa nak kongsi kisah mimpi pulak.Sebab bagi Cik Ila,setiap orang tetap akan lupa pada mimpi.Kalau ingat pun,seminggu bertahan,lama-lama mesti lupa.Tapi sesuatu yang menarik kalau kita boleh ingat mimpi kita.Macam mana? Dengan cara tulis dalam diari atau blog.

Kisah mimpi kali ni,
Mimpi Kapal Terbang jatuh

Kisah bermula apabila sebuah Pesawat Air Asia terhempas.Bukan secara terjunam,tapi pesawat ni dah lama berlegar-legar dan mencari kawasan untuk pendaratan kecemasan.Mungkin keadaan tak dapat dikawal lagi,akhirnya terhempas.Bukan secara melintang,tapi dalam keadaan menegak seperti roket yang mahu ke angkasa tapi menghala dengan tanah.Setelah beberapa minit,dah ramai orang yang berkerumun tengok kejadian tu.Apa yang penting,pesawat tu terhempas betul-betul sebelah rumah Cik Ila ---> Nasib baik mimpi je. 

Tunggu penyelamat lambat sangat sampai.Kami sekeluarga bertindak untuk membuka pintu belakang pesawat tu.Payah pulak nak bukak.Tapi dapat jugak bukak.Apa yang jadi? Ada 4 orang mangsa yang berjaya dikeluarkan.Yang kelakar nya,ada 4 orang je penumpang.Tapi tak jumpa pulak kat mana juruterbang dan anak-anak kapal.Mangsa tu pulak,semua perempuan.Diorang cakap,"Nasib baik ada orang yang selamatkan,kalau tak entah macamana la nasib".Dalam mimpi tu,Cik Ila puas hati sebab dapat tolong diorang.Mimpi tu berakhir macam tu je................

carian google
**Sebelum ni dah pernah mimpi kapal terbang terhempas dekat-dekat dengan rumah.Agak-agak,kenapa ye?
Walaupun mimpi tu mainan tidur,tapi kadang-kadang minda kita tak boleh lupa kalau terjadi mimpi yang lebih kurang sama atau kita pernah mimpi benda yang sama?
Lilypie Angel and Memorial tickers