Showing posts with label Khalayan. Show all posts
Showing posts with label Khalayan. Show all posts

Friday, September 27, 2013

Takut Nak Hadap Masa Depan


Kalau macam ni gayanya,aku cakap kat anak nanti,"Mind Your Own Business!".Hahahahah

Kesian kat anak cucu aku masa depan nanti.

Gamaknya dah tak bercakap langsung dengan parents dia.

Parents dia sekarang pun asyik membisu dengan laptop siang malam,

anak cucu apatah lagi.

Takotnya nak hadap masa depan nanti.

Kalau dulu nenek nama Fatimah,Zaleha,Zainab,Khadijah...

Cucu aku nanti jawap," Nenek I nama Suhaila!"

Nampak tak bezanya kat situ? Hehe :p

Wednesday, March 28, 2012

Zombies ate your brain!

Sepanjang 24 tahun menjalani kegiatan harian,rasanya ni la kali kedua rasa macam sibuk sangat.Kali pertama masa zaman sekolah dulu,nasib la kau aktif sangat..amek! Sekarang sibuk bab akademik (perasan kejap). Tahun -tahun sebelum ni memang aku banyak main-main.Biasalah,orang kata tak boleh pressure sangat,nanti jadi bengong! Aku enjoy jela tiap-tiap hari. Makan-makan,berpacaran,tengok wayang,karaoke,travel sana-sini,mengorat senior,menyibuk dalam segala aktiviti dan lain-lain.Bahagianya hidup.

Masuk tahun ni,semua tu tiada lagi.Ibarat macam masuk ofis.Pagi petang pun sibuk.Balik rumah malam-malam  layan Plant vs.Zombi. Yang menariknya pasal game ni,dari tahun lepas aku main level 5-4,sampai tahun ni aku tak lepas-lepas lagi dari level tu.Menarik bukan?

Zombies ate your brain!
Rupanya macam ni sisa-sisa terakhir jadi student sarjana muda. Belum jadi student sarjana lagi.Sah-sah bangun,tidur,makan mengadap journal.Tapi kira ok sebab aku masih bujang. Ada seorang member kat sini,dah week 38 pregnant,bila-bila masa je boleh beranak,dah la minggu depan dia ada test.Lagi simpati aku tengok.Semoga dia dipermudahkan segala urusan.Bila dia beranak,aku la orang yang gembira agaknya.Biasalah,excited nak tengok baby.Tu je sebenarnya.Haha

Monday, September 26, 2011

Angkat tangan selama 38 tahun?

Lelaki ini telah mengangkat tangan selama 38 tahun sebagai tanda keabdiannya kepada tuhannya. Tengokla sebelah tangannya tu dah mengecut dek kerana dibiarkan tak bergerak bertahun-tahun. Kalau di sana benda ni tak pelik sangat pun. Ada yang tak mandi bertahun-tahun, tak tidur bertahun-tahun semata-mata kerana keabdian mereka kepada tuhan mereka. Hmm, macam-macam….











Saturday, August 13, 2011

Kacak dan handsome di mata wanita...



Bercakap tentang kacak dan handsome di mata wanita,terlalu subjektif untuk dibincangkan.Apatah lagi,setiap manusia mempunyai taste tersendiri tentang kacak dan handsome.


Lelaki di luar sana patut berbangga bila jawapan yang diberi sang wanita,"Handsome la awak ni!"
Sebaliknya bila jawapan,"Eleh..ingat handsome sangat ke kau tu..!",si lelaki dalam hati yang pasrah berkata,"Yela..siapalah kita ni,dah la tak handsome..tak seberapa pulak tu..!" --> Ayat merajuk si pria terhebat.


Kacak dan handsome tu berbeza sebenarnya.Sama jugak dengan cantik dan comel,juga berbeza! Terpulang lah pada setiap individu macam mana nak kategorikan handsome dan kacak.Ohh,ramai jugak sang wanita yang memuja artis-artis dan celebriti tanahair mahupun Barat.Ohh..mengancam!


Ciri kacak di mata aku sangat pelik...


Si Lelaki dikatakan kacak bila mempunyai GIGI YANG TIDAK SEMPURNA, iaitu gigi yang berlapis di bahagian tepi dan jugak yang memakai besi pada gigi..BRACESS (betul ke eja macam ni?) Alasan utama,nampak sweet je bila diorang senyum,nampak gigi yang berlapis tu...hihihihi ;)


Pelik kan?Korang pulak macam mana?

p/s : Jangan malu,jangan segan..kongsi di sini.. ;)


Sunday, January 16, 2011

Kucing bergaduh sebab ape?

"Aku gaduh dengan kucing kat kotak ni,kenapa dia yang terpilih???
Sampai sekarang aku tak faham,kenapa kucing bergaduh bila jumpa.Tapi pasti ke itu satu pergaduhan?Dari kecik sampai besar,macam-macam sebab aku dengar bila kucing bertemu kucing tu gaduh;

  • Ohh,kucing tu jeles sebab kucing lagi satu tu lagi comel dari dia
  • Kucing tu marah,sebab potong line dia
  • Kucing tu nak jaga rumah kita
  • Kucing tu nak protect diri dan anak dia
  • Kucing tu lapar nak makan,tapi taknak makanan dia dikebas kucing lain
  • Kucing tu terkejut
  • Kucing tu bajet kucing lain nak kacau dia
Ahh,cukup-cukup,makin banyak point,makin banyak aku merepek nanti.Yang pasti,takkan ada orang tau sebab apa kucing-kucing jadi macam tu.Kita hanya nampak,kucing tu tak senang kalau ada kucing lain yang takda kene mengena dengan dia tapi kita tak tahu apa yang diorang cakap sebab kita tak paham bahasa kucing.So,awak-awak di luar sana,jangan tambah point-point kat atas ni.Lagi korang tambah,lagi merepek bunyinya macam kat atas tu.

**Konklusinya,aku sendiri pun tak tau kenapa kucing gaduh.hahaa

Sunday, July 25, 2010

Wajah Rahsia Hati


Seribu wajah,seribu tafsiran.Satu senyuman,pelbagai tangisan yang tidak pasti.
Benar kata orang,hati yang sedih,tiada siapa yang tahu.
Di sebalik senyum dan tawa,
terhimpun segala duka lara.
Tak pasti apa yang akan berlaku.
Naluri belum cukup kuat utk mengatakan sesuatu.
Seringkali terjadi,perkara yang tiba-tiba menyusul 
tanpa disedari.
Apa yang mungkin terjadi?
Ya Tuhan,berikanlah kekuatan.

Monday, May 17, 2010

Minda Bercelaru

Blog?
Saya tak tahu,saya tak ambik tau pasal blog..
Abes..ni blog sape?
Entah...saya pun tak tahu?

Persoalan utama terbit di situ.Konklusi,minda separuh sedar.Mungkin nyata atau khayalan semata2.Mahu itu dan ini,tapi akhirnya tersadai jua di ceruk sana.Salah siapa?Entah,tak tahu la salah siapa.

Lilypie Angel and Memorial tickers