Tuesday, September 27, 2011

Gereja yang telah diubah suai menjadi kedai buku!

Di Maastritch, sebuah bandar di negara Belanda - sebuah gereja Dominican diubah suai menjadi sebuah kedai buku yang cool. Gereja yang dibina pada kurun ke 13 ini asalnya menempatkan paderi Dominican. Pada tahun 1794 selepas Maastritch diserang Napoleon Bonaparte paderi Dominican dihalau keluar dari kota ini. Semenjak itu gereja ini bertukar-tukar fungi menjadi biara, stor menyimpan barang dan terakhir sekali sebagai garaj menyimpan basikal.


Beberapa tahun yang lalu ianya diubah suai menjadi sebuah kedai buku. Syarikat buku Selexyz di Belanda menggunakan khidmat syarikat senibina Merkx + Girod bagi mengubah suainya menjadi kedai buku yang unik. Sehingga kini kedai buku Selexyz Dominicanen sudah memenangi anugerah"Lensvelt de Architect Interior Prize" dan "Kedai Buku Terbaik Dunia 2008" dari akhbar The Guardian.







Lilypie Angel and Memorial tickers