Monday, September 19, 2011

Rindu pada cikgu......!!!

Semenjak baru mula semester ni,perasaan rasa sunyi semacam..Rasanya macam dah banyak keluar berjalan-jalan,tapi masih rasa tahap busan yang melampau.Apa lagi yang tak cukup? Macam semua dah ada je,makanan dah cukup..pakaian masih dalam keadaan baik.Tapi hati rasa tak puas lagi nak jenguk-jenguk apa yang berlaku pada dunia luar!

Cakap jela busan duk dalam rumah  kan?Macam biasa,bila dalam bilik ni,kerjanya sudah tentu berFACEBOOK dan segala bagai klik-klik pada laptop yang tak menjamin sebarang faedah...Bila dah syiok sangat,nak buat kerja lain pun malas.Hebat sungguh penangan dunia maya ni kan?
Kalau la aku rajin beribadat seolah-olah seperti rajinnya aku mengadap alam maya,alangkah bagus!!! Sepatutnya tak boleh lupa alam lain seperti alam kubur dan alam akhirat...

Bila berFACEBOOK,secara automatiknya kita akan selongkar sehabis-habisnya isi kandungan dalam facebook.Itu kerja stalker macam korang...dan macam aku jugak secara tak langsung.

Mengaku sangat jeles bila tengok facebook cikgu-cikgu masa zaman sekolah dulu.Terdetik dalam hati,"Kenapa masa zaman aku,Facebook belum wujud lagi??" Kalau ada,mesti cikgu dengan student tu lebih rapat,nak bergosip pun,boleh gosip kat Facebook..Cikgu-cikgu pun macam perangai kita jugak,cuma dalam sekolah berwatakan sangat berbeza..Bila masuk Facebook,komen-komen dan mesej diorang sama je macam kita.

Sangat rindu pada cikgu-cikgu di STF... ;(

Sesungguhnya,sangatlah rasa rindu pada cikgu-cikgu kat STF dulu yang banyak tolong dan bagi tunjuk ajar...Bila dah masuk Universiti,perasaan rindu nak kembali ke sekolah tu meluap-luap apatah lagi bila tengok post cikgu-cikgu dalam facebook berserta komen-komen dan gambar..rasa macam,wahh..sporting sangat cikgu-cikgu sekarang,dulu bukan main serius lagi cikgu kat sekolah...

Harap-harap satu masa dan ketika,akan jumpa balik dengan cikgu-cikgu tu semua...rindu sangat!!! ;)
Lilypie Angel and Memorial tickers