Monday, March 5, 2012

Warung tepi jalan.

Sepanjang merantau hampir 12 tahun di negeri orang, banyak benda yang aku belajar.Terutama budaya orang-orang kita.Tapi aku bukan nak mengutuk cuma aku nak bagitau,setiap negeri ada lagak yang tersendiri.Aku bernasib baik jugak sebab dapat merantau sekurang-kurangnya boleh la bergaul dengan semua orang,bukan hanya duduk dalam geng negeri sendiri aje!

Satu benda yang aku agak kagum bila pergi ke kedai-kedai warung tepi jalan.Ye,aku memang suka lepak kedai-kedai tepi jalan aje,sebab aku suka tengok orang masak dekat dengan pengunjung berbanding tukang masak yang masak kat dapur.Orang kata aku tak ada taste makan kat kedai-kedai macam tu,tapi aku punya suka laa!

Sekarang pun,aku menetap di tempat yang banyak warung-warung tepi jalan.Bersepah-sepah manusia datang dari entah mana-mana entah! Lagi-lagi kat tepi laut macam kat sini haaa...Kuala Perlis,ehem! Dah la warung tepi jalan,kena pulak angin laut tiup..memang best kalau hirup Bihun Sup atau makan Char Kueh Tiaw petang-petang.Nyum..Nyum!

Ok.Berbalik kepada benda yang aku kagum tadi...(selepas penat merepek entah apa-apa).Hasil pemerhatian aku pada warung-warung berkenaan,kalau lelaki yang bancuh air,mesti sedap.Aku hairan jugak mula-mula sebab dulu aku selalu ingat lelaki tak pandai bancuh air.Sangkaan aku kurang tepat.Rupanya mereka lebih handal daripada perempuan.Tu belum rasa yang lelaki masak lagi..

Patutlah Chef Wan dan Chef Ismail wujud....

Tapi perempuan tak nak jugak mengaku kalah..bukti? Chef Ezani kan ada....

4 comments:

bwarghhhhh said... Reply To This Comment

lelaki masak dan lelaki bancuh air sedap kan?..itu terbukti.

tapi bukan lelaki ini.kehkeh.

p/s: rinduuu mahu lepak di pantai kuala perlis sambil kena sosej bakar..nyum

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

@robotkuning

Yeahh..mmg terbukti..
uiks,low profile kah anda?haha
Penah duk perlis ye?

bwarghhhhh said... Reply To This Comment

penah duduk sana setahun.selesa duduk sana.petang-petang makan sotong goreng tepung.nyum.

jom jalan pi padang besaq jom.kehkeh

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

@robotkuning

Uwaaa..my feveret tuu!

Jom2..(pdhal aritu bru pegi)..haha

Lilypie Angel and Memorial tickers